arkib

Jumaat, 23 Januari 2015

Tadah doa

Salam hormat!
sisipan akhbar SH
Sejak dua menjak ini saya agak slow down (perlahan) sikit dari membabitkan diri didalam sebarang aktiviti mahupun hadir kemesyuarat parti.Kebiasaannya jika didalam setiap mesyuarat pasti saya akan bersuara samaada dalam bentuk memberi respon,bertanyakan soalan mahupun memberi cadangan/usul dan sekali sekala mengkritik, jadi didalam diam sudah tentu akan ada individu yang tersentuh hati menjadi geram malah mungkin juga ada yang meluat tahap gaban, pun begitu bukan niat saya untuk mengajar mereka apatah lagi untuk memandai mandai,ada pun segala dari apa yang saya luahkan hanyalah dengan harapan mencari kebaikan disebalik kebaikan yang ada. Sebagai contoh aku pernah membuat satu cadangan kepada cawangan supaya diadakan satu kutipan secara bulanan untuk tujuan bagi membolihkan ahli jemaah membuat lawatan kesatu satu tempat misalkan pergi kerumah tuan guru Nik Abdul Aziz mantan menteri besar Kelantan itu,akan tetapi sampai sekarang tidak terlaksana,kalau aku hendak pergi secara individu agak terasa kekok dan segan segan siskit akan tetapi seandainya pergi ramai ramai lainlah pula rasanya....
Kata orang , membuat perkara yang sama untuk mendapatkan hasil yang berbeza ada satu perkara yang mustahil melainkan jika diubah strateginya, jesteru itu saya secara peribadi hendak ucapkan tahniah kepada HARAP 3.1 yang telah mengubah pendekatan baru.Harap selepas ini dapatlah ramai ramai cawanganku bolih pergi melawat TGNA yang kini dikhabarkan sedang didalam keuzuran itu.

PENANGAN DOA
Teringat peristiwa semasa didalam perkhidmatan tentera dahulu,diantara peranan selaku SSM hendaklah sentiasa memantau mutu disiplin anggota dibawah tanggungjawab agar sentiasa didalam berkualiti,kemas, bebas dari sebarang masaallah perkhidmatan supaya sentiasa bolih bersiap sedia menjalankan tugas pada bila bila masa yang diperlukan,jadi hampir setiap hari terpaksa memberi sokongan moral kepada anggota agar mereka tidak mudah muak dengan rutin kerja (perbarisan kehadiran kerja harian) selain dari berbuih mulut pot... pet... pot.... pet... berleter macam mak nenek dengan diselangselikan kata kata motivasi maka diantara cara lain adalah dengan membaca doa untuk ditadah olih semua anggota sebelum memulakan tugas (kecuali non muslim). Begitulah kaedah yang saya gunakan selalu.
sisipan akhbar SH
Alhamdulillah....dari apa yang saya perhatikan miski pun tanpa mengunakan rotan untuk pukul memukul namun setelah saya menterjemahkan beberapa potong ayat doa misalnya minta dijauhi dari bersifat malas,mohon keampunan buat kedua ibubapa,minta keberkatan rezeki dan ketinggian darjat dihari akhiarat lalu didapati beberapa anggota khususnya yang tinggal dibilik asrama bujang telah bolih berubah sikap dengan membuang tabiat buruk tidak suka mengemas bilik sebelum datang bertugas kini bertukar menjadi rajin mengemas belaka.

apa apa pun itu semua melibatkan orang yang sudah bolih digelar bapak budak, sudah menjadi buluh namun bagaimana pula yang masih rebung,yang masih diperingkat kanak kanak?disini timbulah konflik,kata kata siapa yang hendak kita ikut,kata kata pimpinankah atau kata kata dari saranan agama? tepuk dada tanya iman....

Keajaiban doa
Satu lagi cerita benar...terdapat sepasang suami isteri yang mempunyai anak muda lelaki remaja yang sudah tidak tahan dengan kerenah yang ditunjukkan olih anaknya itu, puas sudah dileterkan agak tidak terikut ikut dengan perangai rakan rakan sebayanya yakni suka berpoya poya membuang masa,asyik keluar rumah sesuka hati sahaja, ibarat rumah hanya sebagai rumah tumpangan,rasa nak pergi dan rasa nak balik jam berapa waktu mana pakai sesedap hatinya sahaja, entah apa yang disibukkan diluar rumah sana,nak kata pergi kerja pun tidak jugak, balik balik minta wang dan minta belanja dari mak bapak jugak,lebih suka menganggur dari hendak melakukan apa apa kerja.Naik risau hati mak bapak namun....yang peliknya apabila ditanya "kenapa pukul 2ke3 pagi baru pulang kerumah?" dijawabnya pergi bermain bola futsal, inilah yang memeningkan apabila mengenangkan telatah anak anak muda remaja hari ini,apakah pehak berwajib yang ada kuasa tidak bolih membendung atau menyekat budaya yang telah menghakis nilai amalan sopan mengikut tradisi kehidupan orang tua dulu dulu.Kalau ya pun nak bermain main takkanlah  sampai kelarut pagi hari sebegitu.....yang lebih dibimbangkah kot kot anak remajanya itu bolih terjebak dengan budaya nagatif yang lain pula....keluh pasangan suami isteri itu.

Setelah habis iktiar,beliau terdengar satu saranan agar membuat satu amalan doa, tetapi masa yang afdhal untuk menadah memohon apa apa doa adalah tatkala masa diantara dua  bacaan khutbah jumaat dimasjid.Selepas itu tanpa berputus harap maka disetiap kali hari jumaat akan mulalah  dia amalkan berdoa.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan