arkib

Khamis, 12 Februari 2009

Risalah warta rakyat (Riwayat) 11

Jika diperhatikan taraf kedudukan sosial ekonomi bekas/pesara tentera,pasti kita akan dapat melihat keadaannya hampir sama dengan masyarakat awam yang terbanyak,jika bolih dipecahkan kepada tiga ketegori.Pertama: golongan separa mewah-mereka ini agak bernasib baik kerana telah menjadi ahli perniagaan yang berjaya semaada menjadi kontrakter dengan cara mendapatkan tender tender daripada egensi kerajaaan atau pun dari pehak swasta.Tidak dinafikan mereka (golongan separa mewah) ini bolih bertindak sebagai penyumbang atau pun penderma kepada kepada mana mana pehak termasuk kepada persatuan sendiri.

Manakala golongan kedua: ialah mereka yang berpendapatan sederhana,punca sumber mata pencarian rezeki ialah melalui perniagaan kecil kecilan dan disamping menambah nilai dengan membuat kerja kerja sambilan yang lain dengan upah gaji yang tetap,difahamkan golongan sederhana ini adakalanya bolih memberi sumbangan kepada orang lain dan adakalanya mereka juga memerlukan pertolongan bantuan dari pehak pehak tertentu,dalam erti kata lain mereka ini termasuk dalam golongan "pemberi dan penerima".

Ada pun satu golongan lagi ialah dalam ketegori "hidup segan mati tak mahu" ataupun bolih disamakan dengan golongan kais pagi makan pagi ,kais petang makan petang,kebiasaannya kapasiti mereka dalam ketegori dibawah paras kemiskinan tegar.Sudah pastilah golongan ini tidak berdaya membantu orang lain malah mereka ini memerlukan bantuan dari pehak lain pada masa masa tertentu.

Kesimpulannya ketiga tiga kumpulan ini begitu sibuk dengan tugas tugas seharian untuk mencari kelebihan pendapatan bagi menampung keperluan hidup masing masing.Jesteru itu,jika berbalik kepada hasrat Persatuan bekas tentera ini ingin menubuhkan koperasi sendiri, pada asasnya hajat tersebut adalah baik sekali namun demikian ianya juga haruslah dikaji dengan dua tiga perkara.

Pertama: Seperti yang disebut tadi,setiap pesara mempunyai tugas peribadi tersendiri,dengan ini sudah tentulah tumpuan tidak bolih diberikan kepada koperasi disebabkan keterbatasan masa.

Kedua:Olih kerana status ekonomi pesara tidak menentu,sudah pastilah menjejaskan pembayaran caruman dan lain lain pembayaran.

ketiga:Bolih dikatakan hampir 100 peratus daripada pesara tidak mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam hal mengurus tadbir berkait dengan perjalanan sesebuah pertubuhan koperasi.

Cara penyelesaiannya:Bolih dicari satu kaedah yang mudah untuk dilaksanakan secara sambilan, untuk itu hampir 80% kertas kerja telah pun disiapkan dan diserahkan kepada PBTM cawangan, tinggal lagi 20% masih dalam simpanan cuma menunggu masa untuk diperingkat perlaksanaannya sahaja.

Poksu-sebelum menyertai Persatuan ini,poksu pernah bertanya pada seseorang yang merupakan "orang lama",apakah sebenarnya yang diperjuangkan olih persatuan?lalu dijawab olih beliau secara berseloroh "persatuan berfungsi sebagai satu pelantar atau batu lonjatan untuk melonjak naikan nama seseorang tokoh pemimpin politik',aikk...betul ke begitu?tanya poksu lagi.Kemudian selepas itu sambil ketawa beliau menambah"sebenarnya persatuan lebih berperanan kepada untuk menjadi jambatan diantara mana mana kerajaan yang memerintah sama ada diperingkat negeri mahupun diperingkat Pusat/Persekutuan dan dilebih khususkan lagi dengan Jabatan Hal ehwal Veteren dibawah Kementerian Pertahanan itu sendiri,tujuannya adalah semata mata untuk menjaga hal ehwal kebajikan ahli ahli persatuan itu.Tetapi ada desas desus berita terkini yang menyatakan "bangunan kebanggaan persatuan iaitu Wisma Pahlawan yang berada diWilayah perseketuan K.Lumpur telah disalah urus sehingga beban hutang penyelenggaraannya telah tidak dapat dibayar dan ditampung lagi malah kemungkinan satu langkah drastik mesti diambil seperti dijualkan sahaja eset tersebut ketangan pehak lain".....sanggupkah kita kehilangan satu lagi mercu tanda kebanggaan warga bekas tentera? fikir betul betul !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan