arkib

Selasa, 6 Oktober 2009

DUN Bagan Pinang:Disuatu pagi....

salam hormat !
Kali terakhir saya menjejaki kaki kePort Dickson kira 3 tahun yang lepas,secara kebetulan diwaktu itu saya pergi menyaksi dan meraikan anak buah yang tamat latihan rekrut ketenteraan,saya dapati diawal awal pagi lagi sudah ramai dikalangan ahli ahli keluarga anggota rekrut ini yang ingin mengambil tempat untuk menyaksikan hari perbarisan tamat latihan tersebut. Menurut kata penduduk tempatan,perkara yang menjadi masaallah pada setiap tahun jika ada majlis seperti ini ialah kekurangan tempat untuk meletak kenderaan dan telah terbukti benar apabila saya sendiri mengalami masallah tersebut.
Berikut adalah cerita saya serba rengkas,pada padi itu keadaan jalan raya agak sibuk dan berlaku sedikit kesesakan lalulintas,walaupun begitu namun perjalanan kenderaan menjadi agak lancar apabila terdapat anggota polis trafik yang mengawal keadaan.Walaubagaimana pun sebagaimana yang dikata selepas melilau dan berpusing pusing dikawasan sekeliling untuk mendapatkan "parking" akhirnya terjumpalah saya akan suatu kawasan tanah lapang berumput berhampiran masjid bersebelahan kanan pintu pagar hadapan kem (diluar pagar kem). Waa...rasa seronok dan perasaan rasa lega,lalu membelok masuklah saya diikuti dengan beberapa buah kenderaan lain dibelakang,akan tetapi malangnya semakin masuk kedalam semakin dalam pula tayar kereta meredah tanah lembik,tayar berpusing pusing setempat lalu bersembur semburlah tanah tanah lumpur memercik kebelakang mengena cermin kereta yang mengekori tadi,wooo!....terpaksa buat lawak bodohlah nampaknya.Rupa rupanya keadaan tanah disini becah teruk dan berpaya pula ,patutlah tidak ada kereta lain yang sudi "parking" disini.... apa nak buat,mahu tak mahu terpaksalah letak juga kereta disini kesudahannya.Semasa hendak berjalan setelah keluar dari kereta menuju kepadang kem,maka lagi sekali kasut yang cantik dikilat semasa dihotel tadi sudah menjadi kelabu asap diseliputi tanah kerana meredah lumpur, lalu terus hilang mood malah kena sumpah seranah pula olih kaum keluarga yang turut hadir sama pada hari itu.
Kira kira pada jam 12 tengahari upacara kawad tamat latihan pun berakhir,para hadirin dijemput untuk menjamu selera disuatu tempat dikawasan padang berhampiran bangunan tempat latihan para rekrut ini,makanan yang disediakan tidak sempat saya lihat kerana telah diserbu bagaikan anak ayam dipanggil ibu,sepantas kilat licin kesemuanya.Olih kerana terdapat anak kecil saya yang merunggut kerana dahaga katanya,lalu saya mengajak mereka untuk pergi kekantin yang berhampiran,wahh...disini penuh juga dengan pelangan,setelah mengambil tempat dimeja disuatu sudut didalam kantin sambil menunggu makanan yang dipesan saya dan keluarga sempat mendapat hiburan percuma.Didalam kantin ini disediakan penyanyi sukarela , lepas seorang seorang tampil menunjukkan bakat nyanyian dengan mengikuti irama iringi muzik dari peti tv "karoeke",kebanyakkan berirama dangdut,apa lagi bergema dan bingit sekalilah bunyinya suasana didalam kantin bagaikan berada didalam sebuah kelab malam.Terpingga dan terpukaulah anak anak kecil saya yang mana padanya inilah kali pertama dia ditarbiah cara nyayian sedemikian rupa....Persoalannya adakah ini yang dikatakan budaya "sibaju hijau' untuk dipertontonkan kepada bapak bapak,ibu ibu dan adik adik kecil yang datang dari seluruh pelusuk kampung pada hari tersebut?dan saya pasti tidak cuma tersilap....!
Moral cerita diatas adalah hendak menunjukkan betapa fakta yang mengatakan UBN bolih membawa pembangunan secara menyeluruh adalah tidak tepat,buktinya bagaimana hendak mengadakan satu kemudahan asas untuk tempat letak kenderaan pun tidak dipedulikan apatah lagi jika tempat tersebut penting kerana menjadi tumpuan ramai pada setiap tahun.Kedua ialah pengurusan dalam kem seperti kantin dan sebagainya adalah tempat umum maka seharusnya dihindarkan dari perkara perkara yang menganggu ketenteraman awam.
tok ayah su-bercadang nak berniaga makanan dikantin dalam kem tentera....!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan