arkib

Isnin, 19 Oktober 2009

....sambungan: ijtima' (bahagian akhir)



(imej 2:pamiran bergambar termasuk artikel dari petikan akbar)(pelancaran 4 sumber maklumat)

(video video ucapan)

(kerumun air kolah untuk ambil wudud,satu kolah kongsi ramai ramai)


(solat berperingkat secara bergilir untuk memberi ruang sembahyang yang luas)
salam hormat !
Sebenarnya inilah pengalaman pertama saya menghadiri satu majlis ijtima" kepimpinan Pas walaupun sebelum ini ianya pernah diadakan saban tahun disetiap daerah atau kawasan dinegeri terengganu namun saya tidak berkesempatan untuk turut serta disebabkan kekangan masa sendiri.Olih yang demikian apabila hadir maka saya suka meninjau dari setiap sudut samada dari segi pengurusanya mahupun pengisian atucaranya.
Penganjuran satu satu majlis besar sebegini memerlukan seorang 'arkitek perancangan' agar membolihkan ianya memberikan keselesaan dan susun atur majlis yang kemas dan tampak terancang disamping memerlukan satu kos perbelanjaan yang besar namun saya difahamkan ianya memerlukan bajet dalam sekitar rm 40ribu ke 50 ribu sahaja jika nak dibandingkan dengan program yang dijalankan olih UMNOBN sudah tentu bolih mencecah ratusan ribu ringgit,begitulah menurut jurucakap penganjur.Itulah perbezaannya,malahan para peserta mahu hadirin jemputan kebanyakan secara sukara rela mengeluarkan belanja sendiri samada dalam bentuk keawangan mahu pun tenaga,itulah kelebihan dan kehebatannya disini.
Agaknya dengan belanja yang terhad menyebabkan ada perkara penting dianggap patut diadakan tidak dapat dilaksanakan,sebagai contoh selepas sahaja ucaptama tuan guru president para peserta sepatutnya diberi minuman ringan seperti air kotak mahupun roti kering tanpa perlu beredar dari tempat duduk,maka dengan itu tidak banyak membuang masa dengan membiarkan peserta mengambil masa sendiri melilau lilau mencari warung makan berhampiran untuk mengalas perut,almaklumlah ada yang datang diawal awal pagi sudah tentu tidak sempat bersarapan terlebih dahulu,begitu juga saya lihat dengan anggota perbarisan seperti unit amal mahu nisa"turut sama sama berebut mengkerumuni penjaja untuk membeli ais batu campur cendur, kesian.... penat nampaknya mereka ini berpanas sebelum itu.
selepas ucaptama saya sempat mengikuti perbahasan dari 4 wakil,wakil pertama dari Pas kawasan kuala Terenganu,diantara intipati ucapan beliau ialah mengingatkan agar kewujudan kumpulan kumpula tertentu atau puak sebelum ini seperti team erdogan dan sebagainya tidak usahlah diamalkan menular didalam jemaah kerana penedekatan Pas for all itu sendiri lebih mensasarkan untuk satu gagasan yang menyeluruh disamping itu beliau juga menyarankan akan kepimpinan bersedia menerima konsep 'public epening" atau pun yang bermaksud menerima pendapat umum,maknanya pandangan dari pehak luaran juga perlu diambail kira.
Ucapan wakil dari Perantau terpaksa dihentikan setelah azan zohor berkumandang,para peserta beredar keMusollah yang terletak ditingkat bawah bangunan Qudsi untuk solat,disini sekali lagi kolah air di kerumuni untuk mengambil wuduk,saya sudah acap kali datang kesini untuk solat namun demikian keadaan yang masih tidak berubah ialah air kolahnya,terasa geli geman untuk berkomor kerana terasa masing masing manis dan jika dilihat dan diperhatikan didalam kolah ada perbagai anak gajah didasar seolah seperti tidak pernah dicuci dan disalin airnya.
selepas solat zohor jamuan nasi bungkus disediakan...kira kira jam 2.15 petang acara majlis diteruskan
Tok ayah su-tidak sempat mengikuti sehingga keakhir program kerana terpaksa menguruskan hal peribadi yang lain....panjang umur jumpa lagi dilain ijtima",insallah.......!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan