arkib

Rabu, 14 Oktober 2009

ijtima':taklimat awal

salam hormat !


Terkini:
Pada malam rabu yang lalu saya dijemput kemajlis taklimat awal persiapan bagi menyambut hari ijtima' kepimpinan peringkat Negeri Terengganu,menurut pengerusi jawatan kuasa urusetia sambutan dipetik sebagai berkata kawasan Hulu Terengganu telah dipilih untuk menjadi tuan untuk sekelian kalinya setelah kali terakhir Pas kawasan Hulu Terengganu pernah menjadi tuan rumah pada tahun 1998 kemudian daripada itu pelihanraya umum ke 11 telah diadakan dan Pas telah berjaya didalam pilihanraya tersebut sekaligus bolih mengambil alih pemerintahan kerajaan negeri Terngganu daripada UMNO/BN.Maka dengan ini adalah menjadi harapan Pas akan turut berjaya lagi sekali pada pilhanraya ke13 akan datang jika mengambil petunjuk dari sejarah apa yang berlaku terdahulu.Kehadiran dijangka akan hadhir seramai 5000 orang terdiri daripada perwakilan dan pemerhati dari setiap pelusuk kawasan dan DUN serta cawangan.Olih itu sebagai tuan rumah sudah tentu segala persiapan perlulah disusun atur untuk memberi keselesaan kepada seluruh tetamu yang hadir termasuk penginapan dan makan minum. Atucara majlis mahu pun tenaga kerja telah pun dikerah untuk membanting tulang bagi menjayakan majlis ini.Apa yang diharapkan lagi ialah sumbangan dari orang ramai masih lagi diperlukan samada dalam bentuk wang ringgit mahupun dari segi pembekalan bahan bahan mentah seperti beras,gula dan sebagainya.Kerja kerja merata tanah tujuan pembersihan kawasan tanah lapang untuk meletak kenderaan dan lot lot untuk sewaan perniagaan kepada para penjaja telah pun dilaksanakan.Tinggal lagi kerjasama dari semua pehak untuk menjadikan majlis ini berjalan dengan lancar amat amatlah dialu alukan,begitulah menurut jurucakap urus setia majlis sambutan.
Sementara itu jika mengikut daripada agenda majlis ijtima',daripada petikan ucaptama dato" sri President akan dibahaskan olih para wakil wakil kawasan dan juga dari Dewan dewan seperti dari dewan ulama",muslimat dan juga pemuda.walaupun bayangan intipati ucapan tidak lagi diketahui namun saya dapat mengagak perkara yang akan disentuh ialah akan keputusan Pilihanraya kecil diBagan Pinang.Maka sudah tentu ketelusan undi pos akan menjadi sasaran. Respon kepada undi pos ini akan ada pelbagai pendapat,jika selari dengan apa yang diucapkan maka tidaklah dinamakan perbahasan,lebih baik diampu dan diamimkan saja....
Olih sebab itu sebagai bekas tentera saya rasa terpanggil untuk memberi sedikit pendapat ataupun cadangan.Seperti mana pendapat saya didalam artikal saya sebelum ini saya tetap berpendirian untuk megatakan undi pos tidak perlu dihapuskan sebaliknya cadangan saya adalah lebih wajar ditambah baikkan sistem pengendaliannya.Jikalau pun ada cadangan supaya tentera dibenarkan mendaftarkan diri sebagai pemilih seperti orang awam biasa namun akan timbul pula permasaalahan lain,sebagai contoh tentera dikekang dengan batasa batasan tertentu untuk bergiat aktif dalam politik maka seandainya seseorang tentera itu mendaftar melalui egen egen parti sudah beliau akan ditohmah sebagai penyokong tegar parti dari parti tersebut.Ini tidak baik kepada kerjaya tentera kerana tentera itu sendiri ada keistimewaan tersendiri untuk memerintah sebuah kerajaan atau negara jika keadaan atau suasana dalam sesebuah negara sudah tidak aman dan terdesak,ambil sahaja contoh seperti negara Thailand dan juga Pakistan, sama ada sedar atau tidak tentera sebenarnya mesti mampu menjadi dirinya berkecuali walaupun kadangkala dilihat mudah diperalatkan. jadi fikir fikir kan.....!
Tok ayah su-mahu sama turut melihat gajah didepan mata sambil melihat kuman diseberang laut.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan