arkib

Sabtu, 28 November 2009

Dihari hari raya korban...




Salam hormat !

Walaupun agak terlewat sedikit saya mengucapkan selamat hari raya aidul adha,namun seperti orang lain saya tetap tidak mahu ketinggalan untuk turut menyampaikan selamat menyambut salah satu hari kebesaran untuk diraikan olih umat islam dan yang lebih bertuah ialah kepada mereka yang dapat menyambut seruan kebaitullah Mekahramah.

Dari kecil hingga keseparuh abad umur (bagi saya) kita telah dihidangkan dengan kesah yang sama pada setiap kali tibanya hari raya korban iaitu satu pengorbanan yang paling agong tentang satu sejarah Nabi Ibarahim a.s yang sanggup akur untuk melakukan pergorbanan menyembelih anaknya baginda sendiri nabi Ismail.Sebenarnya tanpa jemu kita akan mendengar dan terus mendengar kesah ini yang diiktiraf sehingga direkodkan kedalam kitab suci AlQur"an mudah mudahan bolih memberi satu proses untuk mencari satu kekuatan kepada diri kita bagi melakukan pengorbanan.

Seterusnya bagi insan biasa dizaman abad ke21 ini kita hanya dituntut lebih melakukan ibadat untuk melakukan pengorbanan harta benda berbanding korban jiwa raga contohnya seperti perlu bersedia keluarkan sedikit belanja untuk mengerjakan ibadat haji bagi memenuhi rukun islam kelima bagi mereka mereka yang mampu.Bagi mereka yang tidak berkesempatan dan berada ditanah air pada kebiasaannya lebih senonim mengeluarkan sedikit belanja untuk diimfaqkan bagi melakukan ibadah korban menyembelih binatang ternakan halal mudah mudah dapat pula diagih agihkan kepada mereka yang kurang berkemampuan untuk sama sama merasaikan keenakan daging sembelihan seperti lembu kambing dan sebagainya.

Bagi diri saya sendiri pada tahun ini selain melakukan ibadah korban satu lagi pengisian yang telah dilakukan dan tercatat didalam diary harian ialah meletakkan batu nesan berserta bingkai simennya dikubur nenekda mertua sebelah isteri yang telah meninggal dunia diawal bulan november yang lalu dan pernah saya telah catatkan didalam blog pada siri siri yang lalu. Walaupun ini hanyalah satu pengorbanan kecil namun ianya cukup cukup memberi kesan dan terpahat didalam sejarah hidup saya sendiri.Mudah mudahan perkara baik ini akan menjadi ikutan olih anak anak dan juga generasi saya pada masa masa akan datang seandainya saya juga telah pergi dan tak kembali.....

Tok ayah su-menyimpan azam dan hasrat untuk melakukan ibadat korban ditanah suci....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan