arkib

Rabu, 11 November 2009

Kembalinya nenekda mertua...




Salam hormat !
pada 6hb Nov 2009 hari jumaat malam sabtu jam kira kira pukul 1pagi saya menerima panggilan dari kampung isteri dipasir Puteh menyatakan nenekda mertua (bukan ibu mertua) telah pun meninggal dunia.Nenekda ini bagaikan ibu sendiri kepada isteri saya kerana beliau telah dipelihara olih nenek semenjak dari kecil lagi.Ibunya (ibu mertua saya) masih ada lagi cuma diwaktu kecilnya itu secara kebetulan neneknya ini teringin hendak membelanya disebabkan untuk merengankan beban siibunya yang terpaksa memelihara adik adik yang ramai dan masih kecil kecil ketika itu sedangkan secara kebetulan neneknya sudah pun tiada anak yang lain kerana inilah cucu sulung dari anak yang bongsu.

Setelah berkemas kemas tanpa tidur pada malam tersebut maka bertolaklah saya seisis keluarga kePasir Puteh,pada mulanya saya bercadang hendak melalui jalan kuala Berang-Sg Tong malah telah pun sampai separuh jalan tiba tiba kami tersekat kerana disini rupa rupanya banjir masih lagi belum surut.Sehari sebelum itu iaitu pada hari khamis sememangnya jalan ini telah pun ditutup kepada semua kenderaan namun memandang hujan telah pun berhenti dan air telah pun mula surut dibeberapa tempat jadi saya cuba juga untuk melalui jalan ini,namun apabila sampai diKg matang yang jaraknya kira kira 30km dari kuala berang saya telah pun terkandas,menurut seorang penduduk yang ditemui dan masih belum tidur walaupun jam menunjukkan pukul 4pagi katanya air masih lagi sedalam paras lutut,jika diredah juga sudah tentu merbahaya tambahan pula dalam keadaan cuaca dimalam yang gelap.mahu tidak mahu terpaksalah saya berpatah balik dan meneruskan perjalanan melalui jalan pantai kuala terengganu , sudah lari "taiming"kerana termakan masa terbuang selama hampir 2 jam.
akan bersambung....
nak tahu bagaimana urusan duit kifalah untuk kematian warga emas ?urusan jenazah pengkebumian termasuk duit derma tabung lawatan kematian hilang dicuri toyol?dan majlis tahlil pada malam pertama tiada sambutan kerana bertembung dengan siaran langsung bola sepak akhir piala malaysia antara kelantan-N.Sembilan?
Terkini;
Secara peribadi saya merasa kagum dengan sikap ambil cakna seluruh penduduk kampung dengan datang menziarah dan juga memberi kerjasama dalam urusan persiapan pengkebumian, dengar khabarnya apabila berlaku sesuatu kes kematian didalam kampung ini pehak keluarga simati yang masih sugul dan sedih tidak perlu banyak melakukan sesuatu sebaliknya hanya perlu melapurkan sahaja kes kematian tersebut kepada seorang ketua masyarakat ataupun ketua kampung sudah memadai,maka setelah itu menjadi tanggung jawab siketua tadi membuat urusan mencari sipenggali kuburnya,menyediakan orang memandi dan mengkhafankannya, memaklumkan kepada imam dan bilal untuk sembahyang jenazah malah kepada membuat report kematian dibalai polis pun ada orang suruhan ketua kampung tersebut melapurkannya.
manakala kepada ahli keluarga terdekat kepada simati hanya perlu menyediakan sedikit wang bagi melicinkan urusan belian barang barang keperluan berkaitan sebelum tibanya duit peruntukkan dari kerajaan negeri yang dikenali dengan skim kifalah untuk warga emas yang berumur 60 tahun keatas.Dan difahamlkan skim kifalah ini tetap diberi tanpa mengenal kira status miskin kaya dan apa jua bangsa,begitulah kehebatannya skim ini dimana keluarga arwah nenekda saya sendiri telah pun menerima sebanyak tunai rm 500 dihari pertama kematian dan akan diberi lagi mengikut proses dengan syarat mengisi beberapa borang pengesahan selepas itu yang berlanjutan sehingga ke 100 hari kematian dengan jumlah kesemuanya rm2500.00.Inilah kelebihan berada dalam sebuah negeri kerajaan Pas yang mengambil cakna akan hal ehwal rakyatnya,syabas....
Akan tetapi walau bagaimana pun terdapat juga sikap panjang tangan dikalangan ramai ramai orang yang datang,duit didalam tabung yang disediakan khas kepada sesiapa yang mahu menderma kepada keluarga simati telah hilang lesap tanpa disedari.Ada juga yang sanggup melakukan kerja terkutuk dengan mencuri ditatkala orang ramai dalam keadaan bersedih,inilah ragam manusia....
Satu perkara lagi yang sepatutnya saya rakamkan penghargaan ialah kepada Imam kampung dimana belaiu sendiri tiun padang malah turun kedalam kubur untuk membetulkan apa apa yang patut pada kedudukan mayat siarwah didalam kubur sebelum ditimbus tanah dan kerja seperti ini jarang dilakukan olih para imam ditempat lain (setahu saya) cumanya dimalam pertama untuk majlis tahlil agak kurang mendapat sambutan kerana ramai yang terlalu ghairah untuk melihat aksi siaran langsung perlawanan bola sepak piala malaysia diantara pasukan negeri kelantan menentang negeri sembilan,terdengan sosek soksek disana sini masing masing bersembang tajuk kehebatan negeri kelantan yang telah berjaya memasuki sampai keperingkat perlawanan akhir,malah yang agak pelik dan kelakarnya kaum perempuan pun tak kira tua mahpun muda, suri rumah mahu pun anak dara tidak ketinggalan masing masing galak menceritakan hal bola...bola...bola bola... Sekali lagi syabas Kelantan !
Tok ayah su-ingin merakam ucapan terima kasih kepada kesemua orang yang terlibat dengan peyempurnaan urusan pengkemubian jenazah arwah nenekda mertua.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan