arkib

Sabtu, 28 Februari 2009

Risalah warta rakyat (Riwayat) 21


Poksu-Satu kesah benar,apabila sudah berada dikampung halaman,gigitan pacat dan lintah adalah satu perkara biasa,almaklumlah kadangkala turun padang buat kerja sebagai petani, satu alahan poksu ialah apabila terkena gigitan pacat bolih menyebahkan sakit berkudis yang dipercayai bawaan dari kuman darah pacat itu (hampir 3 tahun menderita sakit dikaki/betis) sehinggakan ubat ubatan moden hospital pun tidak mampu memulihkan sakit kudis tersebut. Akhirnya satu perubatan tradisional dengan cara meminum air zam zam telah dicuba,kini kudis bawaan gigitan pacat tadi sudah pun semboh sepenuhnya. Alhamdulillah,sukran.....!

Jumaat, 27 Februari 2009

Khamis, 26 Februari 2009

Risalah warta rakyat (Riwayat) 20


Dari maklumat dalaman JHEV ramai dari kalangan bekas tentera merasa terkilan dan amat tidak berpuashati mengenai pencen seperti mana yang dibentang didalam bajet 2009 yang lalu. Untuk makluman, secara amnya kenaikan pencen untuk pesara tentera telah diselaraskan semula, formula pengiraan pencen hanya TERHAD kepada penerima pencen yang akan berkuatkuasa pada bulan Mach ini,berikut adalah syarat Lain Lain Pangkat :-

1. berkhidmat melebihi 21 tahun, pengiraan pencen mengikut bulan perkhidmatan sehingga maksimum 25 tahun 2 bulan (bagi perkhidmatan melebihi 25 tahun 2 bulan, pengiraan pencen adalah 3/5 daripada gaji akhir bersamaan). Bagi Lain-Lain Pangkat yang perkhidmatannya hanya 21 tahun sahaja adalah tidak terlibat.



2.Formula pengiraan : 1/504 x bulan berkhidmat yang diakui x gaji akhir bersamaan.
Penerima Pencen kurang dari RM720 akan dinaikkan ke RM720 dengan syarat perkhidmatan minimum 25 tahun bagi pegawai dan 21 tahun bagi LLP. Diharap dengan makluman ini dapat memberi kefahaman tentang pelarasan pencen seperti yang dimaklum dalam bajet 2009 yang lalu. Sumber dari melebihi 21 tahun sedangkan syarat layak seseorang tentera untuk menerima pencen ialah mesti mencukupi tempoh kontrak perkidmatan selama 21 tahun.


4.soal kedua ialah berkenaan dengan penerima pencen yang layak ialah minimum kurang dari RM720 akan dinaikan kepada sama dengan jumlah tersebut.Tahukah kita siapa dan apakah pangkat seseorang bekas tentera yang sebelum ini menerima pencen sejumlah RM720,purata mereka ini ialah yang berpangkat Sarjan hingga ke Pegawai Warant,ini bererti secara "outomatik" mereka telah terkeluar dan tidak layak untuk menerima pencen baru tersebut. Kemudian purata yang akan menerima pencen baru pula adalah terdiri dari kalangan berpangkat Pribet sehingga Kopral.


5.Disini jelaslah sudah tidak ada lagi nisbah berbezaan penerima pencen dikalangan anggota lain lain pangkat.Jika begini lah keadaannya maka adalah lebih baik tidak payah diadakan sistem kenaikan pangkat dalam angkatan tentera, sebabnya tanggung jawab kerjanya tetap lebih tetapi apabila menerima pencen dengan kadar yang sama rata.Memang adilkah begitu?atau bagaimana?


6.Olih yang demikain sebelum Paklah berundur sebagai PM@Menteri Pertahanan adalah diharapkan moga moga terbuka hati beliau untuk membetulkan keadaan ini dan saya sendiri hendak mencadangkan supaya beliau jangan berundur selagi masaallah yang membelenggu bekas tentera ini (khususnya bagi yang berpangkat LLP) dapat diselesaikan sekaligus dapat melegakan keresahan kami warga Veteren ATM.


Poksu-mendahului dengan ucapan terima kasih diatas keperihatinan semua pehak.


Rabu, 25 Februari 2009

Risalah warta rakyat (Riwayat) 19

1(a)
1(b)
2.Pakaian yang sendat serta mengiurkan adalah salah satu punca yang bolih membuatkan kaum perempuan suka diusik dan diacah acah olih kaum lelaki akan tetapi jika pakaian yang longgar dan bertutup aurat sudah tentu (kaum lelaki) agak merasa segan silu untuk mengganggu dan mengusik usik,namun demikian jika ada juga berlaku ganguan sek terhadap kaum hawa yang "warak" ini, saya kira sememangnya kaum lelaki jenis ini teramatlah tidak bermoral disegi akhlaknya......
3.Perlu ditengok sama akan kes selepas pru ke12 dulu dimana spesis yang sama juga telah berdemontrasi menyanggah keputusan sultan dihadapan istana Maziah KT pada waktu itu, tetapi pada hari ini nadanya agak berlaianan pula,sudah jadi terbalik,alahai...... guane weh jadi gitu pulok? adakah kita masih ingat?
4.Ini adalah petua rawatan tradisional yang mungkin bolih dicuba,sebelum itu cari air kolah di tujuh buah masjid yang berlainan tempat sebanyak satu baldi (4 ltr),sediakan air zam zam yang asli dari tanah suci mekah sebanyak tujuh botol air meneral,kemudian bolih hubungi poksu .....insaallah bolih cuba !
5(a)
5(b)Kata orang jika anak anak kita sering merenggek rengek buat bising,ada kalanya itu adalah menandakan ia meminta sesuatu atau setidak tidaknya inginkan diberikan perhatian,lanjutan dengan itu cadangan poksu supaya beliau (Tok Him) ini diberi peluang bertanding perjawatan tertinggi (sekurang kurang Naib President) dalam protokol kepartian diperingkat pusat,macam mana?saya rasa beliau sendiri bersetuju dengan cadangan ini! persoalannya adakah Pas bersedia menerima beliau atau beliau sendiri tidak bersetuju untuk bersama Pas,jawapannya ada pada tuan empunya diri..........
Poksu-Terima kasih kepada pelawat yang sudi melancong dialam maya untuk tinjau meninjau apakah yang ada dalam pengisian blog ini.......!

Selasa, 24 Februari 2009

Risalah warta rakyat (Riwayat) 18

1.Ini perkara lama yang telah meleret meleret dari seorang menteri pelajaran kemudian telah beralih kepada seorang menteri pelajaran yang lain,akan tetapi masaallahnya masih ditakuk lama dah tidak berubah ubah,sedangkan nasib pelajar terpaksa diperjudikan manakala guru yang berkaitan dengan pengajaran pelajaran ini tetap ditambah elaun pengajaran,disini sudah tentulah ada yang cuba menangguk diair yang keruh.Malah satu pehak lagi (golongan peniaga) berjaya menindas kerajaan dengan mengeluarkan beratus ribu juta jenis buku teks yang berkenaan dengan nilaian harga lumayan yang mana sudah tentu berolih komisen yang lumayan juga kepada orang mengsyorkan idea tersebut. Akhirnya yang di "klim"untuk membayar cukai yang tinggi siapa lagi jika tidak kepada rakyat yang terbanyak......siapa yang untung? fikir betul betul !
2(a)
2(b)
poksu-Ada berkotak kotak dokumen rahsia yang tidak bolih dibongkar kerana bolih menyalahi undang undang........

Isnin, 23 Februari 2009

Risalah warta rakyat (Riwayat) 17

1(a).Setiap penulis ada inspirasi dan konspirasi tersendiri,samada untuk menzahirkan isi hati peribadi atau pun melahirkan suara bagi mewakili sesuatu komonuti maka dizaman IT ini suara sukar disekat sekat,ibarat air yang mengalir dari atas bukit,walau bagaimana hebat sekalipun usaha kita untuk menyekat akhirnya pasti air tersebut akan mencari jalan untuk terus turun mengalir........
1(b).Olih yang demikian,penilaian dari segi mutu sistem perhubungan memerlukan satu badan khas untuk menangkis hujah yang dikira tidak berasas supaya tidak menjadi merebak seumpama wabak yang bolih mengakibatkan kudis gatal kepada sesiapa yang terkena piasnya.Ada pun dengan kelahiran blog yang banyak sekarang ini bolih dijadikan sebagai sempadan kepada mana mana individu supaya berhati hati dalam sebarang tindak tanduk yang hendak lakukan kerana mereka (terutamanya para pemimpin) senantiasa diperhatikan olih setiap rakyat.Tidak dinafikan dengan kelahiran blog pada hari ini banyak memberi kemeriahan dalam dunia politik khususnya dalam negara Malaysia ini.Tidak keterlaluan jika dikatakan tanpa blog juga berkemungkinan ilmu menjadi sukar untuk berkembang yang mana akhirnya ditakuti rakyat terbanyak akan bersikap jumud dan beku pemikiran....
1(c).......sebagai contoh semalam,kami diperingkat suara akar umbi telah bermesyuarat,diantara perkara yang dibincangkan ialah masaallah masyarakat kampung yang kesukaran untuk melahirkan suara supaya didengari olih para kepimpinan kerajaan Negeri/PBT yang memerintah kerana ada diantara mereka telah didiskriminasikan.....
1(d) ......Salah satu cara yang ada (dikampung pendalaman) untuk melahirkan rasa tidak berpuas hati ini ialah melalui akbar akbar yang berbentuk komoniti (itu pun ada berita yang telah di edit dan dimanipulasikan fakta sebenar).
2(a)
2(b)Mungkin belum sampai masa atau masih ada sesuatu yang masih tak kena dan perlu dibuat penilaian semula apakah kesilapan diri sebelum ini........ada jodoh tak kemana,hilang kabus nampaklah ia !
3(a)
3(b)
3(c)
Poksu-Mencadangkan supaya setiap orang yang memegang jawatan dalam parti politik diperingkat cawangan supaya mereka ini sentiasa peka dan perihatin akan ahli khariah kampung dan sentiasa mengawasinya dengan cara merekodkan segala butiran peribadi isi rumah sekurang kurangnya untuk 10 buah rumah jiran tetanga disekeliling kelalang tempat kediaman pemimpin tersebut.Masukkan kedalam satu buku kecil (buku 555:sebagai contoh) dan sentiasa ada dalam simpanan (poket),dengan ini segala urusan untuk culaan dan juga bancian penduduk menjadi senang dan mudah dibuat !

Ahad, 22 Februari 2009

Risalah warta rakyat (Riwayat) 16

1.(a)
1.(b) 1.(c)
2.(a)
2.(b)
3.(a)
3(b)
Poksu-tidak kemana agenda politik jika rakyat terabai........!

Sabtu, 21 Februari 2009

Risalah warta rakyat (Riwayat) 15

1.(a)
1.(b)
2.(a)
2.(b)2.(c)
Poksu-marahkan anak sebagai tanda sayang dan ambil peduli........!

Rabu, 18 Februari 2009

Lensa dairi peribadi.......

1.Bayar apa ni che' kak......?
2. ....ooo....peralatan hendak menyambut bakal kelahiran bayi.....
3.Hari ini (15/2/2009) sampailah masa moksu dimaksukkan keHospital.......
4.Entah kenapa kelahiran kali ini mengalami sedikit kepayahan sehinggakan terpaksa menunggu hampir 8 jam.......
5.Dalam keadaan resah gelisah menunggu diluar,sempat juga meninjau ninjau pemandangan dari tingkat atas bangunan hospital..... cantik juga sehingga nampak laut cina selatan.............6.Teringat akan kelahiran anak yang lepas,pernah mendapat khidmat "air penawar" dari ayahda sepupu ,lalu bergegas balik semula untuk dapat air penawar tersebut.......
7.Atas kuasa allah jua,maka moksu telah selamat melahirkan anak...alhamdulillah !tapi malangnya,anak terpaksa dipindahkan kewad yang berasingan kerana mengalamai penafasan yang terlalu laju....sehingga mencurigakan !
8.Doktor mendapati tekananan penafasannya dalam sekitar 97,98,turun naik !
9.Terpaksa tinggal diWad ini untuk sementara......bagi memudahkan pehak hospital membuat penjagaan rapi .
10.Sementara itu poksu sendiri tidak putus putus berdoa....
11.Alhamdulillah,moksu telah selamat bersalin dan anak juga telah sihat,kini selamat kembali kerumah, pagi ini dijemur dibawah cahaya matahari pagi (panas panas suam) satu petua warisan untuk mencegah penyakit kekuningan.
12.Sampai masa memikirkan untuk memberi nama anak.........
13.Opp.....lupa nak bagitahu......apa jantina anaknya? Seorang puteri (perempuan) daa.........
14.Ada 3 nama cadangan, yang pertama Maziah (keistimewaan) cadangan kedua Marsya (subur menghijau) ketiga Maisarah (kesenangan) satu lagi tunggu cadangan daripada anda.......
15.Poksu-Hendak mengucapkan terima kasih kepada seluruh Kakitangan yang terlibat kerana telah bertungkus lumus memberi khidmat yang terbaik kepada seluruh pelanggan dihospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu,dan poksu kini masih lagi dalam bercuti kerana hendak mengambil alih tugas moksu sebagai surirumah........ha..ha..ha...

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan