arkib

Rabu, 17 Februari 2010

Kerajaan BN gawat:?


Salam hormat !
Pada petang semalam (16 Feb 2010) saya telah menghadiri mesyuarat AJK PIBG untuk kali pertama bagi tahun 2010.Terdapat dua tiga egenda telah diperbincangkan dalam tempoh 2 jam mesyuarat berlangsung. Pada keseluruhannya apa yang bolih saya simpulkan diantara intipati mesyuarat adalah hanya berkisar kearah untuk mencari dana bagi keperluan membiayai aktiviti PIBG termasuklah untuk menampung peralatan bahan mesin cetak seperti dakwat dan sebagainya bagi kegunaan fotocopy kertas kertas alatan bantuan mengajar.Saya juga difahamkan mesin cetak yang ada bukanlah milik sekolah ataupun milik kerajaan@kementerian tetapi ianya disewa pakai olih pehak sekolah dari sebuah syarikat swasta.Persoalannya kenapakah selama ini pehak kementerian pendidikan tidak bolih mengadakan sendiri alatan yang sepenting ini untuk kegunaan mana mana sekolah kerajaan? Apakah kerana hendak menjaga dan menghidupkan syarikat syarikat kroni jadi mesin cetak ini dibiarkan ianya disewa untuk selama lamanya? Kemanakah perginya peruntukan bajet kerajaan untuk kementerian pendidikan dibelanjakan kalau setakat mesin cetak pun tidak mampu diadakan?


akan bersambung...harap sabar menunggu !


Terkini:


Kedudukan keuwangan semasa PIBG mengikut dari akaun yang dibentangkan hanya ada sejumlah seribu ringgit lebih sahaja manakala program yang bakal dilaksanakan untuk sepanjang tahun 2010 ini dijangka memakan belanja rm 5 ribu lebih ini tidak termasuk perbelanjaan menampung kos bahan dan kertas kertas fotocopy untuk alatan bantuan mengajar sebagai mana yang disebutkan tadi,maka kerana itu menurut Pengetua sekolah yang juga selaku penasihat PIBG katanya untuk tahun ini PIBG tidak lagi mendapat peruntukkan "one off" sebagaimana lazimnya dari kementerian pendidikan,jesteru itu untuk mempastikan akaun PIBG berduit maka pehak sekolah berhasrat untuk menubuhkan tabung pendidikan dibawah seliaan PIBG dengan tujuan dan harapan segala perancangan aktiviti sekolah dapat berjalan lancar seperti biasa,katanya.
Persoalannya kenapa dan apakah sebabnya pehak kementerian tidak lagi menyalurkan sejumlah peruntukkan untuk kepentingan PIBG? jawapannya sudah terang lagi bersuluh bahawa kementerian atau kerajaan itu sendiri sudah berada dalam kegawatan ekonomi yang teramat kritikal,untuk mengatasi masaallah itu maka tempiasnya akan dibebani untuk turut sama dipikul kebahu ibu bapa murid murid dan juga guru guru.
Bagi mencapai hasrat menyambung tali hayat dan masa depan murid murid satu syor untuk menubuhkan tabung Pendidikan PIBG dengan kadar bayaran yang dikenakan rm 15.oo untuk satu orang murid,untuk makluman sebelum itu yuran wajib bagi setiap anak telah pun dikenakan hampir rm 25.00 seorang,manakala kini dengan ujudnya tabung itu nanti bererti ibubapa dikehendaki mengeluarkan belanja tambahan,sebagai contoh jika satu keluarga mempunyai 2 orang anak jumlahnya menjadi rm 50.oo ditambah dengan bayaran duit tabung untuk 2 orang rm 30.00 jadi jumlah besarnya sudah menjadi rm 80.00 ringgit,ini tidak termasuk belanja belanja lain seperti untuk membeli baju badan beruniform tunas puteri dan sebagainya.Jika ditambah pula dengan duit saku dan tambang bagi keperluan anak anak disekolah menengah sebanyak rm 20.00 sehari maka cubalah kira sendiri berapa beratnya bebanan yang akan dipikul olih ibubapa bagi sasebuah keluarga dikampung yang mempunyai kadar pendapatan tidak menentu dengan hanya berkerja sendiri malah diseret pula dengan kos sara hidup diTerengganu yang serba mahal dan paling tinggi disemenanjung Malaysia mengalahkan kos sara hidup yang ditanggung bagi penduduk yang berada dipusat bandar seperti diKuala Lumpur sendiri. Jadi inikah yang dikatakan bertetapan dengan slogan pencapaian diutamakan rakyat diutamakan?
Olih kerana itu saya juga menyokong pendapat salah seorang ahli jawatan kuasa PIBG pada majlis mesyuarat dihari tersebut dimana beliau telah menyuarakan keluhan dengan katanya "adalah tidak wajar dalam suasana kegawatan ekonomi negara pada hari ini maka kerajaan pula hendak mengheretkan sama permasallahan tersebut kebeban bahu rakyat kerana seperti ramai sedia maklum masyarakat hari ini sudah cukup terbeban dengan kesan kenaikan harga barang ditambah pula kenaikan kos pasarana asas rakyat seperti contohnya minyak kenderaan dan bahan api, air, letrik serta melalui cukai cukai wajib yang lain.Sedangkan rata rata sumber pendapatan penduduk kampung hanyalah dalam bidang pertanian yang tidaklah seberapa jumlahnya jadi apakah dengan kedaifan masyarakat kampung ini terdapat pula pehak lain seperti JKKK,Adun mahupun Ahli Parlimen mahu pula menangguk diair yang keruh dengan menawarkan bantuan "wang ehsan" atau dana khas sebagai langkah untuk maraih sokongan politik semata?" Tambah beliau lagi 'apabila pehak sekolah milik kerajaan sering meminta minta dari ibu bapa maka ianya tidak ubah seperti ala sekolah Asuhan Tunas Islam (PASTI) kepunyaan milik rakyat yang tiada berkerajaan,jadi apakah sekolah berkerajaan juga turut sama mahu persepsi meminta minta sebegini terus ingin diperlihatkan dan dikekalkan?jikalau begitu alangkah lekehkan kerajaan BN yang ada pada hari ini..."katanya.
Walau bagaimana pun mesyuarat telah mencadangkan satu cara untuk mendapatkan sumber keuwangan secara sementara iaitu dengan mencari jalan memasarkan secara kitar semula bahan terbuang contohnya dengan menebang pokok balak kayu lempong yang sudah tua berusia 7 tahun dimana batangnya sahaja sudah sebesar pemeluk orang dewasa , pada sewaktu 7 tahun dahulu ianya ditanam untuk landskap buat peneduh kawasan sekolah berjumlah hampir 50 batang lebih kesemuanya dengan anggaran pendapatan rm 50.00 x 50 batang = ram 2,500.00 dan hasilnya nanti akan disumbangkan masuk kedalam akaun tabung PIBG.Itulah kehebatan dan kreatifnya PIBG disini walaupun ianya kelihatan seperti pelik tetapi hakikatnya benar sebagai langkah untuk menampung kegawatan poket ibu bapa sekaligus untuk menyelamatkan air muka sebuah sekolah milik kerajaan.....
Tok ayah su-masih sangsi dengan keupayaan kaedah pembelajaran melalui E-Book yang dibekalkan kepada murid....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan