arkib

Khamis, 18 Februari 2010

Surat terbuka untuk Dato" President PBTM


Kehadapan Ybhg Dato"President.

Mukaddimah
Kata orang PBTM adalah sebuah persatuan NGO (non goverment organisation) yang ditubuhkan dari hasil usaha perjuangan bekas bekas tentera dari generasi orang orang lama dan kini hasilnya dapat diwarisi olih generasi baru dan tidak mustahil ianya akan kekal gah hingga kebeberapa generasi akan datang.Pada asasnya antara lain objektif utamanya ialah untuk merialisikan gagasan dan hasrat kerajaan disamping dapat memberi kebaikan dari segi menjaga hak kebajikan kemanusian bekas bekas tentera agar terus terbela,almaklumlah jika ada kesatuan dan persefahaman dalam satu satu kelompok atau kumpulan sudah tentulah akan mudah dijadikan landasan perantaraan untuk mendesak atau untuk menuntut sesuatu perkara yang difikirkan bersesuaian dengan keseimbangan jasa yang telah dicurahkan sebelum ini,dan harapan kita agar ianya akan mudah dilayan olih mana mana pehak yang berkaitan.

Cuma peranan PBTM kini dari sudut pandangan peribadi, saya lihat persatuan telah banyak dimanipulasikan untuk tujuan mainan politik,sebagai contoh semasa didalam setiap kali majlis mesyuarat sepatutnya lebih difokuskan kepada egenda bagaimana untuk mencari satu jalan penyelesaian melepaskan dari belenggu kekurangan dana bagi tujuan menjalankan sebarang aktiviti persatuan. Kenapa? sebabnya ialah kerana persatuan bukanlah pertubuhan parti politik. Tetapi sebaliknya jika dipolitikkan maka jadilah apa yang berlaku iaitu majlis mesyuarat telah dijadikan medan untuk mengadu domba juga lobi melobi mana mana tokoh politik disamping mempromosikan pertubuhan parti politik.Walhal diantara piagam pelangan persatuan berbunyi "BERDIRI TEGUH DIBELAKANG KERAJAAN".

Jika hendak diambil kira dari piagam tersebut ini bererti waimma sesiapa saja tokoh atau mana mana parti politik yang dipilih rakyat untuk memerintah sudah tentu Ahli PBTM mestilah mempunyai sikap dimana bumi dipijak maka disitulah langgit mesti dijunjung.Maknanya jika dalam kontek bernegara sudah tentu buat masa ini persatuan mestilah menunjukan sokongan kepada kerajaan BN yang memerintah ,manakala untuk negeri negeri dibawah pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) seperti diKelantan,Selangor dan Kedah maka PBTM hendaklah juga menunjukkan kesetian kepada pimpanan dibawah kerajaan PR ini,bolihkah begitu?sebenarnya tidaklah sukar untuk memberi kesetian jika ada sikap keiklasan dalam perjuangan PBTM.Namun demikian apa yang menyedihkan tentang apa yang belaku dalam tek tek ucapan mesyuarat akan terselitnya kata kata sindiran sinis ditujukan kepada pimpinan politik bagi tujuan mengutuk pehak lawan.Tidakkah ini menandakan persatuan PBTM telah cuba dimanipulasikan bagi tujuan mencapai hasrat dan cita cita politik bagi pehak pehak tertentu?.

PERJUANGAN

Jadi apa yang harus diubah dan diperjuangkan?saya selaku bekas tentera generasi ahli baru mahu cepat belajar dan ingin memahami rentak tari yang didendangkan olih persatuan dengan harapan agar dapat menyesuaikan diri dengan keadaan namun dimasa yang sama kadangkala merasakan bahawa saya perlu menjadi bagaikan seorang jurulatih kawad yang mesti menegur akan kesilapan yang dilakukan oleh anak buah,kerana itu adalah sebahagian dari kerja kerja saya semasa dalam perkhidmatan dahulu. Jesteru itu saya melihat peri pentingnya segelintir ahli PBTM perlu membuat anjakan paradigma kearah membuat perubahan minda,jika sekali pun mahu menyokong mana mana polisi yang dicadangkan maka seharusnya ia perlu dibawa kehadapan ahli terlebih dahulu untuk dibahaskan barulah ianya dipanggil bersesuain dengan konsep amalan berdemokrasi iaitu "satu undi satu suara". Jadi dikesempatan ini saya terpanggil untuk turut berjuang mengunakan kemudahan alam siber dizaman IT untuk turut sama memberi pandangan dan cadangan untuk tindakkan PBTM seterusnya jika sudi.....

Pandangan dan cadangan pertama

Berkenaan dengan cadangan untuk menjadikan konsep satu bekas tentera satu rumah dibawah skim rumah mesra rakyat yang diuruskan kelulusannya olih syarikat perumahan negara berhad (SPNB) saya dapati proses permohonannya perlu terlebih dahulu melalui beberapa saluran tokoh politik tertentu seperti ADUN ataupun Ahli Parliment dikawasan masing masing.Untuk itu sebagai memudahkan cara maka saya ingin "mencadangkan" supaya ditetapkan satu polisi agar dilantik mana mana pegawai dikalangan Ahli PBTM sendiri untuk memberi kuasa membolihkan beliau menanda tangan borang borang berkaitan dengan permohonan tersebut.Ini kerana seperti ramai sedia maklum terdapat dikalangan ahli yang berlainan haluan arah tuju idealogi politik mereka.Perbezaan fahaman pegangan idealogi politik ini menyebabkan mereka merasa berat hati atau segan silu untuk datang mengadap sembah kepada mana mana tokoh politik yang tidak sealiran.Itulah pandangan saya dimana saya dapati akan perkara yang perlu ada kepada perubahan dalam urusan pentadbiran persatuan.

Pandangan dan cadangan kedua

Berkenaan dengan akta veteren yang bakal diwartakan,saya ingin memberi sedikit respon berkenaannya.Daripada cakap cakap yang degari mengatakan akta veteren ini akan mengandungi antara lain menyatakan bahawa mana mana bekas tentera yang pernah berkhidmat selama 10 tahu keatas akan turut sama diberi pencen bulanan,persoalannya kenapa hanya selepas anggota ini berhenti (bukan bersara wajib) barulah mereka terfikir akan kepentingan berhenti secara berpencen,sedangkan mengikut pengalaman saya yang pernah mendengar dari cakap cakap tentang sebab musabab mengapa mereka memilih untuk berhenti awal adalah kerana sudah jemu untuk berkhidmat (berjuang dalam tentera) disamping itu turut terpengaruh dengan duit ganjaran kerajaan yang disekalikan (double) perolihan wang simpanan dari LTAT. Jadi apakah layak mereka ini digelar pejuang walhal perjuangan mereka hanya separuh jalan dan apabila telah berada diluar baharulah teringin untuk berjuang kembali. Perjuangan jenis apakah ini? Sedarkah mereka betapa peritnya kehidupan bagi anggota yang mahu menamatkan edah 21 tahun untuk melayakkan diri memperolehi pencen? sedangkan mereka hanya bersenang senang diluar dengan khidmat hanya cukup 10 tahun sahaja akan tetapi sudah ingin menuntut itu dan ini...sedarkah?Tambahan pula apabila perkara ini diketahui olih anggota yang kini masih berkhidmat sudah tentu mereka juga akan mahu berhenti awal (10 tahun) kerana ganjaran pencen sudah menanti mereka,maka dikala itu akan pasti berduyun duyunlah anggota yang akan "keluar baris" awal.Akan timbul pula masaallah penganggur baru dikalangan bekas tentera disamping memberi beban keuwangan kepada kerajaan untuk menampung kos kadar pencen yang naik mendadak itu, implikasinya rakyat teramai akan menjadi mangsa dikenakan kenaikan pelbagai jenis cukai.Jadi apa gunanya akta ini dirangka jika hanya untuk kepentingan beberapa kerat golongan tertentu sahaja?.

Baru baru ini iaitu pada bulan January 2009 telah pun dikuatkuasa pindaan pemberian pencen maksimun kepada bekas tentera LLP yang mendapat kurang daripada rm720.00 diketegerikan sebagai layak mendapat pindaan pencen baru tersebut,begitu juga dengan bekas pegawai yang berkhidmat lebih dari tempoh masa 24 tahun juga dikata layak mendapat 3/5 gaji akhir,sebelum pindaan kelayakkan hanya 1/2 daripada gaji akhir hari bersara.Namun pindaan ini tidaklah menyeluruh kerana tidak meliputi kepada bekas bekas tentera yang berkhidmat genap 21 tahun keatas.Olih itu cadangan saya agar PBTM dapat sekali lagi membuat gesaan agar dapat disemak semula pemberian pencen kepada bekas tentera yang khidmatnya genap 21 tahun ini kerana saya merasakan mereka ini telah yang tercicir.

Pandangan dan cadangan ketiga

Berkaitan dengan dewan perniagaan bekas tentera,saya difahamkan keutamaan untuk turut serta berada didalam dewan perniagaan ini adalah terdiri daripada kalangan usahawan yang mempunyai lesen kontrekter samada kelas F atau lesen keuwangan dan sebagainya.Untuk makluman bukan semua orang berminat untuk menceburkan diri dari merebut sebarang tender kontrek dari kerajaan,sebaliknya mereka lebih suka berkecimpung dalam bidang niaga seperti membuka restoran ataupun warung warung kopi,persoalannya apakah peranan persatuan dalam usaha untuk membantu golongan seperti ini? jadi cadangan saya agar dapat kiranya persatuan menyediakan satu premis sendiri yang mempunyai pasarana yang lengkap
untuk diuruskan olih ahli ahli didalam mana mana kawasan yang difikirkan strategik bagi disetiap cawangan,sebagai contoh kedai ala milik anak syarikat Felda seperti cafeteria D"saji atau kedai runcit D"mart.

Cadangan dan pandangan yang keempat-akan bersambung kemudian....
Sambungan:
Tentang penglibatan PBTM dalam menjaga hal ehwal agama dan kebajikan pendidikan anak anak ahli.Selain jabatan Veteren (JHEV) selaku penyalur bantuan bagi pehak kerajaan untuk anak anak ahli yang layak menerima,saya selaku ketua bironya mengharapkan agar PBTM Bahagian (Negeri) hendaklah juga menyumbangkan sedikit peruntukan kepada cawangan sekadar untuk menampung keperluan membiayai aktiviti yang akan dibuat seperti majlis solat hajat dan juga untuk sumbangan saguhati kepada pelajar cemerlang mahupun kepada (ahli)keluarga pelajar yang kurang berkemampuan.Selain daripada itu mohon dibenarkan cawangan menubuhkan tabung khairat kematian dibawah pentadbiran cawangan sendiri, ini kerana memandangkan kos menampung keperluan mengurus jenazah sudah semakin meningkat disamping sebagai sumber tambahan kepada peruntukkan yang disalurkan olih JHEV sebanyak rm 500.00 tersebut yang dikira masih tidak mencukupi.
Hanya sekian dari Ahli PBTM seumur hidup yang bernombor-3511,terima kaseh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan