arkib

Ahad, 28 November 2010

Politik:Ketuanan melayu atau ketuanan rakyat?


Salam hormat !
Jia hendak diulas berhubung dengan isu ini maka saya kira ianya memerlukan sokongan beberapa fakta berkaitan dengan perlembagaan negara,saya bukanlah orang yang terlalu arif untuk menulis tentang perihal tajuk namun demikian berdasarkan beberapa hasil buku teks bacaan yang pernah dibaca berkhususan dengan pengajian Am berhubung dengan dasar dasar kenegaraan Malaysia jadi sebagai kesimpulan dari apa intipati yang dibaca adalah lebih baik saya perturunkan sedikit untuk dibuat sebagai rujukan kepada artikel saya pada kali ini.
Suhu iklim politik yang agak lembap telah bisa digodak gelegakkan olih satu kenyataan yang semua orang sudah sedia maklum dan menganggapnya begitu sensitif untuk dibicarakan secara terbuka iaitu soal "Ketuanan Melayu".Olih sebab itu kita lihat rata rata orang telah memperkatakan disegenap tempat khususnya diwarung warung kopi kepunyaaan orang melayu.Jika premis perniagaan pun ada tuan empunya,jadi apakah bangsa Melayu juga perlu berTUAN? Bila sebut "tuan" sudah tentu kena ada jugalah "kuli"nya atau dalam bahasa manisnya ialah "pekerja" kepada "tuan"nya.
Wajib tinggalkan ketuanan melayu dan gantikan dengan ketuanan rakyat? Itulah topik dan itulah isunya.... apapun saya juga ingin bertanya siapakah melayu itu dan siapakah pula rakyat? Jika merujuk kepada perkara 60 perlembagaan negara telah mengtakrifkan orang melayu itu :
1(satu) Berketurunan darah melayu .
2(dua) Menganut agama Islam.
3(tiga) Bertutur dengan loghat bahasa melayu.
4(empat) mengamal adat istiadat melayu.
5(lima) Dilahirkan diPerseketuan dan jika diSingapura sebelum tarikh kemerdekaan.
Siapa pula Rakyat? Merujuk kepada takrif kelayakan Kewarganagaraan adalah rakyat,apa syarat kelayakkan yang dimaksudkan? maaf,akan bersambung lagi......
Sambungan...
Terdapat banyak kaedah atau cara bagi memenuhi syarat untuk melayakkan menjadi seorang warga negara,antaranya mengikut undang undang terjadi sendiri atau dengan izin Outomatik dengan cara tidak perlu memohon malah hanya sekadar melapurkan sahaja akana kelahiran dengan syarat kretiria berikut:
1. Dilahirkan antara hari merdeka 1957 hingga Oktober 1962 dalam persekutuan (berasaskan jus soli)
2.Dilahirkan selepas bulan oktober 1962 diPersekutuan,ibubapa atau warga negra atau pemastautin tetap (status penduduk tetap yang tidak memiliki kewarganagaraan mana mana negara).
3.Pemastautin Sabah dan Serawak yang berdaftar dengan kerajaan British dibawah jajahan British.
4.Individu yang telah diterima menjadi warga negra perseketuan tahun 1948.
5.Bagi yang lahir pada atau selepas Hari merdeka diluar persekutuan (dengan syarat syarat tertentu)
dan banyak lagi yang tidak dapat saya tulis kesemuanya disini.
Orang atau mereka mereka yang telah diktiraf sebagai warga negara (tanpa mengira bangsa keturunan) itu adalah dikatakan rakyat iaitu rakyat Negara Malaysia.
Adapun maksud hak hak rakyat mahupun melayu itu sudah termaktub didalam Perlembagaan (mengikut pecahan para tertentu) sudah terjamin jika tidak bertentangan didalam peruntukan perundangan seperti dalam bab para "Kebasaan Asasi" yang antara lain menyebut setiap warga negara tidak bolih didisminasikan dari segi mendapat hak contohnya hidup mengamalkan kepercayaan agama kaum masing masing tetapi dilarang menyebarkan kepercayaan agama tersebut kecuali agama islam.Mendaftarkan kelahiran keturunan dengan tempat.Pemilikan harta,hak berhimpun secara aman,menubuh dan menyertai pertubuhan atau persatuan,hak kebebasan bersuara tanpa mempersoalkan perkara sensitiviti umpamanya jaminan hak keistimewaan orang melayu/bumiputra, bahasa melayu termasuklah kedaulatan raja raja melayu,jika tidak dipatuhi maka undang menyebut bolih seseorang itu disabitkan dengan kesalahan dibawah Akta Hasutan 1948 (1971) yang berkaitan.
Berbalik kepada topik,kaedah parti PKR mengadakan pemilihan pimpinan melalui konsep satu(1) ahli satu(1) undi adalah dianggap tepat,kerana dengan cara ini barulah benar benar dikatakan pemilihan dibuat dengan suara rakyat teramai,menurut seorang penganalis politik dengan cara ini juga akan dapat mencegah berlakunya habuan politik wang,kerana mana mungkin seorang bakal pencalonan dapat menyediakan sejumlah wang yang banyak untuk ditaburkan bagi memancing undi.
Berbeza pula dengan parti Umno ,dimana kaedah yang dguna pakai dan sering kita dengar terdapatnya kes politik wang kerana terpaksa dihulurkan kepada sebilangan perwakilan,olih kerana jumlah perwakilan yang sedikit jadi adalah tidak mustahil terdapat tauke tauke perniagaan yang "backup" dibelakang tabir.
Olih kerana itu sedikit kesimpulannya disini ialah satu persoalan yang harus ditanya siapakah yang untung dan siapa pula yang rugi sedangkan ketuanan melayu mahu pun ketuanan rakyat sebenarnya tidak langsung bolih dikait dengan soal perkara 153 perlembagaan perseketuan,cuma sedikit kekecuhan yang dilihat ini hanyalah sebagai gimik yang berkisar soal pemilihan pucuk pimpinan parti PKR ,itu saja....
Tok ayah su-ulat buku....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan