arkib

Isnin, 22 Februari 2010

Dari blog ke facebook...


Salam hormat!
Bagi saya sebagai seorang orang lama (belum setua mana lagi pun) tetapi sudah masuk setengah abad usia,kadang kala terasa semacam bermimpi pula apabila saya bolih menyesuaikan diri deng an dunia teknologi maklumat (IT) sebab dizaman remaja mahupun dialam persekolahan dahulu saya tidak pernah terdedah pun dengan alat secanggih ini pada masa itu iaitu dunia internet. Olih kerana minat yang mendalam serta sedar akan kepentingan hidup dialas baru abad ke21 pada hari ini maka dirinya hendaklah mesti kena berilmu walaupun hanya sekadar secara asas mengikut kemampuan yang ada pada diri,olih itu saya melihat dunia IT amat membantu seseorang itu memperolihi ilmu dan berhubung dengan hanya klik dihujung jari.
Semalam saya amat teruja apabaila anak saya yang sedang belajar diseberang laut meminta saya mengirimkan kepadanya beberapa keping gambar keuarga yang terbaharu untuk tatapannya buat melepas kerinduan katanya,saya terfikir jika hendak dikirimkan dengan Handfone guna MMS sudah tentu lambat dan dikenakan charge yang lebih pada kadar biasa,jadi alang alang saya dan dan juga beliau ada kemudahan internet maka terus saya ekses sahaja melalalui akaun FaceBook,alhamdulillah apabila saya hantar sahaja dengan kadar masa tidak sampai pun dua saat tetiba beliau sudah maklumkan dengan mengatakan gambar gambar yang dikirimkan itu sudah diterimanya.Inilah kelebihan,kehebatan serta jasa jasa internet yang bolih memberi khidmat yang 'pantas dan pasti" pada orang ramai.
Dengan IT juga saya juga mampu melayari dan memahami serta cuba menyesuaikan diri dengan anak muda remaja yang sebaya dengan anak saya,diFaceBooklah saya kira menjadi medan yang disukai olih golongan muda ini untuk berintraksi dan layari.Untuk kepastian sila klik disini http://www.facebook.com/#!/profile.php?id=100000194062640&ref=mf
NetworkedBlogs
Select a post then click the 'Share' button.
sriadibah: Majlis tahlil... Surat terbuka untuk Dato" President PBTM... Kerajaan BN gawat:PIBG terpaksa jual pokok teduhan hiasan sekolah?... Ceramah simulasi p/raya (BN menang rakyat senang?)... Ceramah simulasi p/raya (tanah ganu ditawan)... Ceramah simulasi p/raya (isu rasuah)... Jangan berbalah soal furu"... komentar...keselamatan ! (2)... komentar...keselamatan
tok ayah su-Alhamdulillah...syukur nikmat,kepada tuhan yang memberi rahmat !

Ahad, 21 Februari 2010

Khamis, 18 Februari 2010

Surat terbuka untuk Dato" President PBTM


Kehadapan Ybhg Dato"President.

Mukaddimah
Kata orang PBTM adalah sebuah persatuan NGO (non goverment organisation) yang ditubuhkan dari hasil usaha perjuangan bekas bekas tentera dari generasi orang orang lama dan kini hasilnya dapat diwarisi olih generasi baru dan tidak mustahil ianya akan kekal gah hingga kebeberapa generasi akan datang.Pada asasnya antara lain objektif utamanya ialah untuk merialisikan gagasan dan hasrat kerajaan disamping dapat memberi kebaikan dari segi menjaga hak kebajikan kemanusian bekas bekas tentera agar terus terbela,almaklumlah jika ada kesatuan dan persefahaman dalam satu satu kelompok atau kumpulan sudah tentulah akan mudah dijadikan landasan perantaraan untuk mendesak atau untuk menuntut sesuatu perkara yang difikirkan bersesuaian dengan keseimbangan jasa yang telah dicurahkan sebelum ini,dan harapan kita agar ianya akan mudah dilayan olih mana mana pehak yang berkaitan.

Cuma peranan PBTM kini dari sudut pandangan peribadi, saya lihat persatuan telah banyak dimanipulasikan untuk tujuan mainan politik,sebagai contoh semasa didalam setiap kali majlis mesyuarat sepatutnya lebih difokuskan kepada egenda bagaimana untuk mencari satu jalan penyelesaian melepaskan dari belenggu kekurangan dana bagi tujuan menjalankan sebarang aktiviti persatuan. Kenapa? sebabnya ialah kerana persatuan bukanlah pertubuhan parti politik. Tetapi sebaliknya jika dipolitikkan maka jadilah apa yang berlaku iaitu majlis mesyuarat telah dijadikan medan untuk mengadu domba juga lobi melobi mana mana tokoh politik disamping mempromosikan pertubuhan parti politik.Walhal diantara piagam pelangan persatuan berbunyi "BERDIRI TEGUH DIBELAKANG KERAJAAN".

Jika hendak diambil kira dari piagam tersebut ini bererti waimma sesiapa saja tokoh atau mana mana parti politik yang dipilih rakyat untuk memerintah sudah tentu Ahli PBTM mestilah mempunyai sikap dimana bumi dipijak maka disitulah langgit mesti dijunjung.Maknanya jika dalam kontek bernegara sudah tentu buat masa ini persatuan mestilah menunjukan sokongan kepada kerajaan BN yang memerintah ,manakala untuk negeri negeri dibawah pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) seperti diKelantan,Selangor dan Kedah maka PBTM hendaklah juga menunjukkan kesetian kepada pimpanan dibawah kerajaan PR ini,bolihkah begitu?sebenarnya tidaklah sukar untuk memberi kesetian jika ada sikap keiklasan dalam perjuangan PBTM.Namun demikian apa yang menyedihkan tentang apa yang belaku dalam tek tek ucapan mesyuarat akan terselitnya kata kata sindiran sinis ditujukan kepada pimpinan politik bagi tujuan mengutuk pehak lawan.Tidakkah ini menandakan persatuan PBTM telah cuba dimanipulasikan bagi tujuan mencapai hasrat dan cita cita politik bagi pehak pehak tertentu?.

PERJUANGAN

Jadi apa yang harus diubah dan diperjuangkan?saya selaku bekas tentera generasi ahli baru mahu cepat belajar dan ingin memahami rentak tari yang didendangkan olih persatuan dengan harapan agar dapat menyesuaikan diri dengan keadaan namun dimasa yang sama kadangkala merasakan bahawa saya perlu menjadi bagaikan seorang jurulatih kawad yang mesti menegur akan kesilapan yang dilakukan oleh anak buah,kerana itu adalah sebahagian dari kerja kerja saya semasa dalam perkhidmatan dahulu. Jesteru itu saya melihat peri pentingnya segelintir ahli PBTM perlu membuat anjakan paradigma kearah membuat perubahan minda,jika sekali pun mahu menyokong mana mana polisi yang dicadangkan maka seharusnya ia perlu dibawa kehadapan ahli terlebih dahulu untuk dibahaskan barulah ianya dipanggil bersesuain dengan konsep amalan berdemokrasi iaitu "satu undi satu suara". Jadi dikesempatan ini saya terpanggil untuk turut berjuang mengunakan kemudahan alam siber dizaman IT untuk turut sama memberi pandangan dan cadangan untuk tindakkan PBTM seterusnya jika sudi.....

Pandangan dan cadangan pertama

Berkenaan dengan cadangan untuk menjadikan konsep satu bekas tentera satu rumah dibawah skim rumah mesra rakyat yang diuruskan kelulusannya olih syarikat perumahan negara berhad (SPNB) saya dapati proses permohonannya perlu terlebih dahulu melalui beberapa saluran tokoh politik tertentu seperti ADUN ataupun Ahli Parliment dikawasan masing masing.Untuk itu sebagai memudahkan cara maka saya ingin "mencadangkan" supaya ditetapkan satu polisi agar dilantik mana mana pegawai dikalangan Ahli PBTM sendiri untuk memberi kuasa membolihkan beliau menanda tangan borang borang berkaitan dengan permohonan tersebut.Ini kerana seperti ramai sedia maklum terdapat dikalangan ahli yang berlainan haluan arah tuju idealogi politik mereka.Perbezaan fahaman pegangan idealogi politik ini menyebabkan mereka merasa berat hati atau segan silu untuk datang mengadap sembah kepada mana mana tokoh politik yang tidak sealiran.Itulah pandangan saya dimana saya dapati akan perkara yang perlu ada kepada perubahan dalam urusan pentadbiran persatuan.

Pandangan dan cadangan kedua

Berkenaan dengan akta veteren yang bakal diwartakan,saya ingin memberi sedikit respon berkenaannya.Daripada cakap cakap yang degari mengatakan akta veteren ini akan mengandungi antara lain menyatakan bahawa mana mana bekas tentera yang pernah berkhidmat selama 10 tahu keatas akan turut sama diberi pencen bulanan,persoalannya kenapa hanya selepas anggota ini berhenti (bukan bersara wajib) barulah mereka terfikir akan kepentingan berhenti secara berpencen,sedangkan mengikut pengalaman saya yang pernah mendengar dari cakap cakap tentang sebab musabab mengapa mereka memilih untuk berhenti awal adalah kerana sudah jemu untuk berkhidmat (berjuang dalam tentera) disamping itu turut terpengaruh dengan duit ganjaran kerajaan yang disekalikan (double) perolihan wang simpanan dari LTAT. Jadi apakah layak mereka ini digelar pejuang walhal perjuangan mereka hanya separuh jalan dan apabila telah berada diluar baharulah teringin untuk berjuang kembali. Perjuangan jenis apakah ini? Sedarkah mereka betapa peritnya kehidupan bagi anggota yang mahu menamatkan edah 21 tahun untuk melayakkan diri memperolehi pencen? sedangkan mereka hanya bersenang senang diluar dengan khidmat hanya cukup 10 tahun sahaja akan tetapi sudah ingin menuntut itu dan ini...sedarkah?Tambahan pula apabila perkara ini diketahui olih anggota yang kini masih berkhidmat sudah tentu mereka juga akan mahu berhenti awal (10 tahun) kerana ganjaran pencen sudah menanti mereka,maka dikala itu akan pasti berduyun duyunlah anggota yang akan "keluar baris" awal.Akan timbul pula masaallah penganggur baru dikalangan bekas tentera disamping memberi beban keuwangan kepada kerajaan untuk menampung kos kadar pencen yang naik mendadak itu, implikasinya rakyat teramai akan menjadi mangsa dikenakan kenaikan pelbagai jenis cukai.Jadi apa gunanya akta ini dirangka jika hanya untuk kepentingan beberapa kerat golongan tertentu sahaja?.

Baru baru ini iaitu pada bulan January 2009 telah pun dikuatkuasa pindaan pemberian pencen maksimun kepada bekas tentera LLP yang mendapat kurang daripada rm720.00 diketegerikan sebagai layak mendapat pindaan pencen baru tersebut,begitu juga dengan bekas pegawai yang berkhidmat lebih dari tempoh masa 24 tahun juga dikata layak mendapat 3/5 gaji akhir,sebelum pindaan kelayakkan hanya 1/2 daripada gaji akhir hari bersara.Namun pindaan ini tidaklah menyeluruh kerana tidak meliputi kepada bekas bekas tentera yang berkhidmat genap 21 tahun keatas.Olih itu cadangan saya agar PBTM dapat sekali lagi membuat gesaan agar dapat disemak semula pemberian pencen kepada bekas tentera yang khidmatnya genap 21 tahun ini kerana saya merasakan mereka ini telah yang tercicir.

Pandangan dan cadangan ketiga

Berkaitan dengan dewan perniagaan bekas tentera,saya difahamkan keutamaan untuk turut serta berada didalam dewan perniagaan ini adalah terdiri daripada kalangan usahawan yang mempunyai lesen kontrekter samada kelas F atau lesen keuwangan dan sebagainya.Untuk makluman bukan semua orang berminat untuk menceburkan diri dari merebut sebarang tender kontrek dari kerajaan,sebaliknya mereka lebih suka berkecimpung dalam bidang niaga seperti membuka restoran ataupun warung warung kopi,persoalannya apakah peranan persatuan dalam usaha untuk membantu golongan seperti ini? jadi cadangan saya agar dapat kiranya persatuan menyediakan satu premis sendiri yang mempunyai pasarana yang lengkap
untuk diuruskan olih ahli ahli didalam mana mana kawasan yang difikirkan strategik bagi disetiap cawangan,sebagai contoh kedai ala milik anak syarikat Felda seperti cafeteria D"saji atau kedai runcit D"mart.

Cadangan dan pandangan yang keempat-akan bersambung kemudian....
Sambungan:
Tentang penglibatan PBTM dalam menjaga hal ehwal agama dan kebajikan pendidikan anak anak ahli.Selain jabatan Veteren (JHEV) selaku penyalur bantuan bagi pehak kerajaan untuk anak anak ahli yang layak menerima,saya selaku ketua bironya mengharapkan agar PBTM Bahagian (Negeri) hendaklah juga menyumbangkan sedikit peruntukan kepada cawangan sekadar untuk menampung keperluan membiayai aktiviti yang akan dibuat seperti majlis solat hajat dan juga untuk sumbangan saguhati kepada pelajar cemerlang mahupun kepada (ahli)keluarga pelajar yang kurang berkemampuan.Selain daripada itu mohon dibenarkan cawangan menubuhkan tabung khairat kematian dibawah pentadbiran cawangan sendiri, ini kerana memandangkan kos menampung keperluan mengurus jenazah sudah semakin meningkat disamping sebagai sumber tambahan kepada peruntukkan yang disalurkan olih JHEV sebanyak rm 500.00 tersebut yang dikira masih tidak mencukupi.
Hanya sekian dari Ahli PBTM seumur hidup yang bernombor-3511,terima kaseh.

Rabu, 17 Februari 2010

Kerajaan BN gawat:?


Salam hormat !
Pada petang semalam (16 Feb 2010) saya telah menghadiri mesyuarat AJK PIBG untuk kali pertama bagi tahun 2010.Terdapat dua tiga egenda telah diperbincangkan dalam tempoh 2 jam mesyuarat berlangsung. Pada keseluruhannya apa yang bolih saya simpulkan diantara intipati mesyuarat adalah hanya berkisar kearah untuk mencari dana bagi keperluan membiayai aktiviti PIBG termasuklah untuk menampung peralatan bahan mesin cetak seperti dakwat dan sebagainya bagi kegunaan fotocopy kertas kertas alatan bantuan mengajar.Saya juga difahamkan mesin cetak yang ada bukanlah milik sekolah ataupun milik kerajaan@kementerian tetapi ianya disewa pakai olih pehak sekolah dari sebuah syarikat swasta.Persoalannya kenapakah selama ini pehak kementerian pendidikan tidak bolih mengadakan sendiri alatan yang sepenting ini untuk kegunaan mana mana sekolah kerajaan? Apakah kerana hendak menjaga dan menghidupkan syarikat syarikat kroni jadi mesin cetak ini dibiarkan ianya disewa untuk selama lamanya? Kemanakah perginya peruntukan bajet kerajaan untuk kementerian pendidikan dibelanjakan kalau setakat mesin cetak pun tidak mampu diadakan?


akan bersambung...harap sabar menunggu !


Terkini:


Kedudukan keuwangan semasa PIBG mengikut dari akaun yang dibentangkan hanya ada sejumlah seribu ringgit lebih sahaja manakala program yang bakal dilaksanakan untuk sepanjang tahun 2010 ini dijangka memakan belanja rm 5 ribu lebih ini tidak termasuk perbelanjaan menampung kos bahan dan kertas kertas fotocopy untuk alatan bantuan mengajar sebagai mana yang disebutkan tadi,maka kerana itu menurut Pengetua sekolah yang juga selaku penasihat PIBG katanya untuk tahun ini PIBG tidak lagi mendapat peruntukkan "one off" sebagaimana lazimnya dari kementerian pendidikan,jesteru itu untuk mempastikan akaun PIBG berduit maka pehak sekolah berhasrat untuk menubuhkan tabung pendidikan dibawah seliaan PIBG dengan tujuan dan harapan segala perancangan aktiviti sekolah dapat berjalan lancar seperti biasa,katanya.
Persoalannya kenapa dan apakah sebabnya pehak kementerian tidak lagi menyalurkan sejumlah peruntukkan untuk kepentingan PIBG? jawapannya sudah terang lagi bersuluh bahawa kementerian atau kerajaan itu sendiri sudah berada dalam kegawatan ekonomi yang teramat kritikal,untuk mengatasi masaallah itu maka tempiasnya akan dibebani untuk turut sama dipikul kebahu ibu bapa murid murid dan juga guru guru.
Bagi mencapai hasrat menyambung tali hayat dan masa depan murid murid satu syor untuk menubuhkan tabung Pendidikan PIBG dengan kadar bayaran yang dikenakan rm 15.oo untuk satu orang murid,untuk makluman sebelum itu yuran wajib bagi setiap anak telah pun dikenakan hampir rm 25.00 seorang,manakala kini dengan ujudnya tabung itu nanti bererti ibubapa dikehendaki mengeluarkan belanja tambahan,sebagai contoh jika satu keluarga mempunyai 2 orang anak jumlahnya menjadi rm 50.oo ditambah dengan bayaran duit tabung untuk 2 orang rm 30.00 jadi jumlah besarnya sudah menjadi rm 80.00 ringgit,ini tidak termasuk belanja belanja lain seperti untuk membeli baju badan beruniform tunas puteri dan sebagainya.Jika ditambah pula dengan duit saku dan tambang bagi keperluan anak anak disekolah menengah sebanyak rm 20.00 sehari maka cubalah kira sendiri berapa beratnya bebanan yang akan dipikul olih ibubapa bagi sasebuah keluarga dikampung yang mempunyai kadar pendapatan tidak menentu dengan hanya berkerja sendiri malah diseret pula dengan kos sara hidup diTerengganu yang serba mahal dan paling tinggi disemenanjung Malaysia mengalahkan kos sara hidup yang ditanggung bagi penduduk yang berada dipusat bandar seperti diKuala Lumpur sendiri. Jadi inikah yang dikatakan bertetapan dengan slogan pencapaian diutamakan rakyat diutamakan?
Olih kerana itu saya juga menyokong pendapat salah seorang ahli jawatan kuasa PIBG pada majlis mesyuarat dihari tersebut dimana beliau telah menyuarakan keluhan dengan katanya "adalah tidak wajar dalam suasana kegawatan ekonomi negara pada hari ini maka kerajaan pula hendak mengheretkan sama permasallahan tersebut kebeban bahu rakyat kerana seperti ramai sedia maklum masyarakat hari ini sudah cukup terbeban dengan kesan kenaikan harga barang ditambah pula kenaikan kos pasarana asas rakyat seperti contohnya minyak kenderaan dan bahan api, air, letrik serta melalui cukai cukai wajib yang lain.Sedangkan rata rata sumber pendapatan penduduk kampung hanyalah dalam bidang pertanian yang tidaklah seberapa jumlahnya jadi apakah dengan kedaifan masyarakat kampung ini terdapat pula pehak lain seperti JKKK,Adun mahupun Ahli Parlimen mahu pula menangguk diair yang keruh dengan menawarkan bantuan "wang ehsan" atau dana khas sebagai langkah untuk maraih sokongan politik semata?" Tambah beliau lagi 'apabila pehak sekolah milik kerajaan sering meminta minta dari ibu bapa maka ianya tidak ubah seperti ala sekolah Asuhan Tunas Islam (PASTI) kepunyaan milik rakyat yang tiada berkerajaan,jadi apakah sekolah berkerajaan juga turut sama mahu persepsi meminta minta sebegini terus ingin diperlihatkan dan dikekalkan?jikalau begitu alangkah lekehkan kerajaan BN yang ada pada hari ini..."katanya.
Walau bagaimana pun mesyuarat telah mencadangkan satu cara untuk mendapatkan sumber keuwangan secara sementara iaitu dengan mencari jalan memasarkan secara kitar semula bahan terbuang contohnya dengan menebang pokok balak kayu lempong yang sudah tua berusia 7 tahun dimana batangnya sahaja sudah sebesar pemeluk orang dewasa , pada sewaktu 7 tahun dahulu ianya ditanam untuk landskap buat peneduh kawasan sekolah berjumlah hampir 50 batang lebih kesemuanya dengan anggaran pendapatan rm 50.00 x 50 batang = ram 2,500.00 dan hasilnya nanti akan disumbangkan masuk kedalam akaun tabung PIBG.Itulah kehebatan dan kreatifnya PIBG disini walaupun ianya kelihatan seperti pelik tetapi hakikatnya benar sebagai langkah untuk menampung kegawatan poket ibu bapa sekaligus untuk menyelamatkan air muka sebuah sekolah milik kerajaan.....
Tok ayah su-masih sangsi dengan keupayaan kaedah pembelajaran melalui E-Book yang dibekalkan kepada murid....

Jumaat, 12 Februari 2010

Ceramah simulasi p/raya (isu rasuah)

tok ayah su-adakah kita hanya mahu geleng kepala....?

Jangan berbalah soal furu"

Tok ayah su-renung renungkan....

komentar...keselamatan ! (2)

Salam hormat!
Peralatan perang yang ada dalam atm sekadar untuk memenuhi keperluan lojistik bagi pertahanan domestik sahaja kerana senjata yang ada belum lagi mencapai tahap secanggih negara luar,jika berlaku apa apa seperti ala perang dunia ke2 misalnya sudah pasti pergantungan kita hanya kepada pertolongan ehsan dari negara negara dibawah payung bangsa bangsa bersatu.

Kelengkapan senjata yang sedia ada kini hanyalah sebagai eset untuk ditalakan bagi kegunaan musuh dalam selimut semata disamping sekadar untuk memenuhi keperluan urusan jual beli yang berkomisen bagi membolihkan poket pehak pehak tertentu sentiasa penuh.

Itulah persepsi umum terhadap alat kelengkapan pertahanan dalam negara kita, memburuk burukkan segelintir kepimpinan tentera sebagai pengkhianat dan sebagainya adalah satu helah untuk menutup kelemahan para menteri sebagai pembuat dasar sedangkan anggota alias kepimpinan tentera hanyalah berfungsi sebagai pelaksana dasar yang telah digariskan olih kuasa exsgetive tadi...jadi siapa tuding jari pada siapa?

Tok ayah su- fikir fikirkan !

Khamis, 11 Februari 2010

komentar...keselamatan !


Salam hormat !
Jika orang islam ada tempat untuk simpanan bagi tujuan tabungan ibadat seperti untuk naik haji kemekah,begitu juga dengan orang bukan islam,saya difahamkan mereka ada menabung semata mata untuk melawat atau melancung keluar keluar negara,bermula dialam memasuki sektor pekerjaan sehinggalah setelah mereka pencen,maka diwaktu inilah masa yang sesuai untuk mereka marasakan lebih selesa dan bebas pergi kemana mana.Olih itu cadangan saya yang pertama ialah agar pehak kerajaan dapat menwujudkan satu intitiusi simpanan yang khusus bagi membolehkan seseorang itu menyimpam wang kearah tujuan tersebut.
Seterusnya perlu ditanya,apakah keistimewaan yang ada disesebuah negara atau negeri itu untuk bolih dijadi daya tarikan pelancungan.Adakah datangan pelancung warga asing dek kerana ada gadis gadis manis yang bolih membelai manja akan mereka? Apakah kerana ingin melihat bangunan pencakar langit yang menyaingi ketinggian bangunan dinegara mereka?Apakan ingin melihat alam tropika semula jadi serta menikmati suasana cuaca yang berbeza ditempat mereka? Atau ingin melihat keistimewaan kepelbagaian etnik dan kaum,serta anutan agama berbeza namun bolih hidup amam dibawah satu payung negara yang mengamalkan ajaran islam sebagai agama resmi?Atau ingin melihat sebuah negara yang sering dilanda alunan gelombang pergolakkan politik?
Jadi perlulah diingat selain bertujuan untuk urusan perniagaan atau mahu mengambil peluang melanjutkan pelajaran dinegara kita,para pelancung yang datang sudah semestinya tidak mahu diganggu dengan satu keadaan yang menserabutkan fikiran dan mengancam keselamatan diri sebaliknya mahu satu keselesaan yang bolih memberi satu ketenangan jiwa buat mereka beriadah....
Tok ayah su-fikir fikirkan !

Isnin, 8 Februari 2010

Nak respon sikit...

Melebelkan sesebuah parti politik yang tiada kerajaan sebagai pembangkang adalah sudah tidak releven lagi,ini kerana sudah terdapat dikalangan sesama ahli dalaman sudah mula menunjukkan reaksi membangkang sesama sendiri,Jika diteliti situasi ini adalah satu trend baru sebagai tanda untuk memprotes atau menegur tetapi malangnya ada yang disalah tafsir sebagai ejen kepada parti lawan pula.

Sebagai contoh keujudan (hukuman) JK Disiplin adalah dibuat untuk mengambil kira sebagai langkah menegur sebarang salah laku dan sikap ahli dalaman.Walaupun kurang selesa pada sesiapa yang berada didalam JK disiplin ini kerana bolih membangkitkan rasa kurang popular disamping bolih menjadi mangsa kritikan namun untuk menjamin keseimbangan (Check n Balance)maka JK Disiplin perlu berfungsi bukan sahaja sebagai pemantau malah sehingga keperingkat memutuskan sesuatu peraturan atau hukuman (berdasarkan pengalaman sendiri).

Apa yang penting istilah pembangkang perlu ditukar kepada memberi cadangan kepada kepehak kedua,manakala pehak yang menerima cadangan tersebut perlulah pula menimbangtara akan cadangan itu untuk diputuskan,hanya dengan cara inilah sahaja bolih menjamin kestabilan hubungan dikalangan sesama anggota.


Tok Ayah su-tunggu muzakarah umno-Pas.... 

Selasa, 2 Februari 2010

Berinfaqlah untuk fisabilillah...


tok ayah su-kepada sesiapa yang teringin untuk turut menyumbang bolih hubungi tok ayah su !

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan