arkib

Sabtu, 1 Januari 2011

Bicara wacanai 9/10 punca rezeki....(1)

Salam hormat !

Seorang usahawan yang berjaya terlebih dahulu mengenalpasti perkara-perkara yang boleh menghalang jalannya ke arah kejayaan. Perkara utama yang menghalang kebanyakan orang ialah “takut gagal”.Kenapa perasaan ini sentiasa menyerang bila kita hendak memulakan langkah? Berdebar-debar, gementar, berpeluh-peluh, suara tak keluar atau pun suara terketar-ketar adalah reaksi yang normal bagi seorang yang sedang takut dan gelisah. Bayangan ketakutan dan kegagalan itu akan lebih besar bila ditampilkan dengan fikiran-fikiran yang negatif seperti :-

”Peperiksaan itu sungguh sukar”
”Bilik itu mungkin ada hantu kerana gelap sangat”
”Bos aku tu kalau bertempik mengalahkan Mak tiri Cinderella” atau
”Kalau aku buat ini mesti susah dan gagal lagi”

Bagaimana anda tahu peperiksaan itu sukar sedangkan anda belum mendudukinya lagi?
Bagaimana anda tahu bilik itu ada hantu sedangkan anda belum masuk ke dalamnya ?
Bagaimana anda tahu bos akan marah jika anda belum bersemuka dengannya?
Bagaimana anda tahu akan gagal sedangkan anda belum membuatnya lagi?

Bayangan ketakutan seperti ini wajib dihapuskan sama sekali dari lipatan fikiran anda. Tidak ada faedahnya membesar-besarkan perkara yang belum tentu terbukti kewujudannya.Tidak ada maknanya untuk anda membuang masa dan tenaga hanya kerana ketakutan yang tidak berasas seperti itu.Bagaimana pula mengatasi perasaan ini?Berikut adalah beberapa tips yang diharapkan dapat membantu m! engurangkan rasa tersebut dan seterusnya melancarkan perjalanan anda menuju ke arah kejayaan :-

Kenal pasti perasaan takut dan cemas itu, cari sebabnya.
Singkirkan perasaan gentar sebelum melaksanakan sesuatu pekerjaan.
Gantikan dengan ketabahan dan keyakinan yang tidak ber! belah bagi
Tekan perasaan takut dengan semangat yang tinggi
Sempurnakan pekerjaan tersebut dengan serius dan bersungguh-sungguh
Buat dengan teliti supaya merasa selesa dengan pekerjaan itu.
Tentukan tahap kejayaan yang hendak dicapai bersesuaian dengan kemampuan diri secara berperingkat-peringkat
Kata semangat sebagai pendorong perlu ditulis dan sentiasa dibac! a untuk memperingati diri
Jujur kepada diri dengan mengakui kesilapan yang telah menyebabkan kegagalan
Cari punca kenapa berlaku kegagalan bukan cari alasan
Cari jalan untuk membaiki kesilapan dengan segera, jangan tunduk kepada kekecewaan dengan mengambil masa yang panjang pula.

Peluang seluas-luasnya untuk anda meningkatkan kemampuan yang sebenarnya untuk menjadi seorang yang berjaya ada disini. Kami alu-alukan penyertaan sesiapa sahaja yang mempunyai wawasan untuk memajukan diri dengan menjana pendapatan sampingan yang lumayan dengan kaedah dan cara yang mudah dan senang.
Kami memberi peluang kedua untuk menambah pendapatan sendiri secara sambilan atau pun sepenuh masa yang boleh dilakukan terus dari rumah. Plan perniagaan yang mudah ini amat sesuai bagi sesiapa sahaja yang ingin menambah pendapatan keluarga juga keluar dari kemelut masalah hutang yang tidak berkesudahan.

Daftarlah sekarang secara PERCUMA

Name:
Email Address:

atau klik disini > http://www.WebSite.ws/maha58/

Tok ayah su-pinjam kata kata seseorang "TIADA HALANGAN MELAINKAN PELUANG"...

1 ulasan:

  1. anda ada bakat menulis, cuba hantar karya anda ke surat khabar atau mana-mana majalah, mana tahu boleh menjana pendapatan. Minat yang boleh menambah pendapatan. Hadiri juga bengkel-bengkel penulisan supaya mendapat panduan di mana harus anda mulakan. Semoga berjaya

    BalasPadam

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan