arkib

Rabu, 16 Mac 2011

PIBG




salam hormat !
Majlis Mesyuarat Agong PIBG telah berlangsung dengan dirasmikan olih Yb Dato' Hj Rasul bin Wahid,apakah intipati ucapan beliau,antaranya "zaman sekarang ini dikatakan barangan keperluan harian serba mahal tetapi kelihatannya rakyat semakin senang,rata rata setiap isi rumah telahpun mampu berkereta,jika hendak dibandingkan dizaman barangan murah disuatu masa dahulu rakyat kebanyakkannya tidak mampu pun berkenderaan sendiri"
alahai....nampak gayanya kenalah rakyat kembali hidup susah seperti dahulu barulah harga barangan akan kembali turun harga,begitukah?
dan banyak lagi yang akan dikupas nanti...jadi kenalah tunggu sambungannya
Sambungan terkini:
Jika dizaman dahulu (semasa harga barangan murah) ramai dikalangan orang kampung mampu untuk pergi menunaikan haji keMekah,tetapi dewasa ini walaupun ramai dikatakan berolih berpendapan tinggi namun tidak ramai yang dapat menunaikan haji,apakah sebab musababnya?Inilah satu perkara yang perlu dikaji,apakah disebabkan ketidak mahuan individu itu sendiri atau disebabkan kurangnya kesedaran dalam bab perkara rukun islam yang menyebut bahawa "menunaikan haji keMekah bagi sesiapa yang berkemampuan" ataupun ada halangan halangan lain yang membantutkan hajat mereka itu?
Jika hendak menyusahkan rakyat caranya amat mudah,tetapi untuk mengekalkan nikmat kesenangan hari ini yang agak sukar,contohnya jika mahu susah,kerajaan bolih sahaja membenarkan harga barangan naik mendadak secara sewenang wenangnya seperti mana hari ini harga ayam sudah pun naik rm2 iaitu daripada harga rm6.80 kepada harga rm9+ selain daripada itu upah gaji pekerja jangan dinaikkan biarlah ia kekal ditangga gaji lama disamping itu bukalah peluang seluas luasnya kepada rakyat untuk meminjam wang seberapa banyak yang ia mahu samaada daripada intitiusi keewangan berlesen ataupu ah long,insaallah dengan cara ini rakyat akan rasa terbeban seterusnya hidup mereka sedikit demi sedikit akan jatuh susah,tetapi ingat persoalannya adakah sebegitu yang kita mahu?
Berbalik kepada petikan ucapan Yb Rosol wahid (ADUN Ajil) katanya gejala merempit dikalangan anak muda hari ini akan terhenti dengan sendirinya sekiranya mereka sudah berumah tangga atau pun setelah usia mereka semakin tua dewasa akan tetapi jika seseorang belia itu sudah terjebak dengan gejala penagihan dadah,akibatnya ketagihan dadah untuk menagih ini tidak akan terhenti dan akan tetap berkekalan sehingga sampai kehujung usia.jika umurnya panjang bolih sampai ketahap umur warga emas pun masih juga lagi jadi penagih,saya bersetuju dengan pendapat ini namun persoalannya (banyak sungguh soalan) gejala dadah dan merempit ini kedua duanya ada peminat dan pengikutnya tersendiri,jika ada yang sudah pencen merempit maka siadiknya pula yang akan mengambil alih,jadi sampai bila bila pun tidak akan selesai melainkan...apa caraya? Begitu juga dengan dengan dadah,jika sekali seorang terjebak lalu ditangkap olih pehak berkuasa maka akan lahir pula sepuluh lagi penagih tegar yang baru silih berganti,ini berdasarkan pengalaman lalu kerana masallah dadah ini bukannya satu perkara baru malah sudah bertapak disegenap pelusuk tanahair sejak lebih dari 40 tahun dahulu,senang cerita ianya ibarat seperti kata pepatah 'patah tumbuh hilang berganti" seumpama menghalau ayam yang berkeliaran dilesung tumbuk padi,sekali dihalau sekejap lari kemudian akan datang kembali.
Jadi bagaimanakah cara jalan penyelesaiannya?apakah bolih dirobah dengan corak pendidikan yang berteraskan islam atau dengan mengambil pendekatan melalui pendidikan yang sedia ada pada hari ini?
akan bersambung lagi....
sambungan...
Jika di sekolah kerajaan ada diujudkan Tabung kecermerlangan pendidikkan murid apa kurangnya dengan organisasi Pas mereka juga mengadakan tabung buluh .Sumbangan melalui tabung bulu ini adalah satu langkah alternatif yang baik kerana memandangkan cabaran dunia globalisasi hari ini dimana segala maklumat telah bolih diekses dirumah mengakibatkan orang ramai sudah malas untuk keluar mendengar sebarang ceramah politik sekaligus kesannya agak sukar untuk petugas parti untuk mengumpul derma yang disedekahkan olih orang ramai yang datang mndengar kesatu satu program ceramah.
Jadi dengan adanya Tabung buluh ini setidak tidaknya dapat juga sedikit sebanyak para petugas parti mengumpul dana untuk bolih diimfaqkan bagi menampung kos dalam menghadapi sebarang pilihanraya..
akan bersambung lagi....
Sambungan:
Sebelum saya terlajak jauh tersasar dan terkeluar dari topik asal iaitu PIBG maka adalah baiknya saya fokuskan kembali kepada agenda meyuarat PIBG, kelihatannya tidak ada sebarang konflik yang menghangat suasana mensyuarat pibg pada tahun ini,mungkin disebabkan mesyuarat kali ini telah diselamatkan olih deraian hujan yang agak lebat menyebabkan ramai ibubapa ingin cepat menyudahkan mesyuarat tambahan pula bau baun gulai kawah yang datang menyusuk masuk kehidung membuatkan ramai orang bergelora perut menahan lapar untuk segera menjamu selera,namun demikian suka saya ingin memaparkan satu ucapan tanguhan olih seorang AJK. Ucapan tangguhan tersebut lebih kepada ingin mengemukan soalan.
katanya 'baru baru ini hampir semua murid murid tahun5 sekolah rendah kebangsaan diperingkat DUN Ajil telah menerima pemberian sumbangan EBook dari kerajaan Negeri dan telah disampaikan sendiri olih YAB Menteri Besar Dato" Seri Ahmad Said.Olih yang demikian pengisian EBook ini sudah tentu sama isi kandungannya dengan apa yang terkandung didalam buku Tek, persoalannya sistem perbelajaran selepas pemberian EBOOK juga ada kesan sampingan sebagai contoh murid murid agak rasa terbeban kerana terpaksa membawa dan memikul beg yang agak berat kerana telah ditambah dengan EBook dan dimasa yang sama buku Tek juga terpaksa dibawa sama kesekolah, jika sebelum ini hanya buku tek sahaja tetapi kini apabila beg bercampur muatan ebook maka beratnya sudah terlebih satu kali ganda,aduh kesian juga melihatnya, kadang kadang dilihat murid murid termengah mengah mengalas beg sehinggakan hendak melompat longkang sekolah pun tidak lepas,jadi untuk mengatasi masaalah ini apakah tindakan dan langkah dari pehak sekolah untuk mengatasinya? Soal penanya merangkap pemberi ucapan tangguhan tadi.
tok ayah su-masih dipilih dan kekal sebagai AJK PIBG.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan