arkib

Khamis, 24 Mac 2011

Kisah benar walaupun mimpi....


Ada orang percaya pada mimpi dan ada orang menganggap mimpi hanya permainan tidur,namun tidak pada isteriku,agaknya kerana terlalu terdesak dan rasa ingin mencuba apa yang dinyatakan didalam mimpi itu benar lalu dicubanya,alhamdulillah rupanya mimpi itu menjadi kenyataan.
Kisahnya bermula apabila beliau agak begitu runsing kerana tempoh datang bulan (haid) tidak tiba tiba walaupun sudah terlewat hampir seminggu lebih dari kebiasaan,apakah aku sudah mengandung? alamak...alahai anak masih lagi kecil,baru masuk 2 tahun dan tengah menyusu dada umur aku pun sudah meningkat usia hampir setengah abad tetapi masih lagi subur, perut ini masih juga manja,kalau betul betul mengandung apalah yang akan jadi nanti? itulah yang bermain difikiran beliau sejak beberapa hari kebelangan ini.Untuk mempastikan beliau telah pergi keKlinik untuk membuat pemeriksaan,keputusan yang diketahuinya agak positif, dah lekat,"mengandung" kata doktor. Waduh...kebiasaannya beliau agak gembira menerima berita sebegini sebelum ini tetapi tidak begitu ceria untuk kali ini,kenapa?

Ada orang susahnya hendak dapatkan zuriat tetapi tidak pula bagiku, lepas seorang ,seorang melahirkan anak,dah dekat nak sampai korum satu pasukan bola,hampir sedozen ,keluhnya tidak henti henti,bukan takutkan susah nak cari makan untuk anak anak cuma yang dirisaukan pada kesihatan,kata orang jika bersalin pada usia yang sudah lanjut terdapat sedikit resiko yang bolih menjejaskan kesihatan badan, runsing...runsing...itulah sebahagian daripada keluhan yang saya dengar dari mulutnya.
Entah apalah agaknya, berkat doa hari hari tanpa putus putus lalu nasibnya agak baik dimana pada suatu malam ianya didatangi satu mimpi berlembaga bersuara memberi jalan petunjuk cara cara bagaimana hendak mengatasi permasallahannya itu......apakah kata lembaga dalam mimpi itu dan apakah kesudahannya,akan bersambung !
Sambungan:
Pada suatu pagi saya agak terperanjat juga apabila kelihatannya isteri saya itu dalam keadaan agak cemas berlari kebilik air,saya lihat tompok tompok darah mengalir kebetis dan terjatuh sedikit kelantai,namun demikian keadaan air mukanya nampak gembira,"apa sudah jadi dengan awak ni,awak keguguran ke?tanya saya,"jom pergi kehospital'ajak saya. Lalu dijawab "tak payah lah,saya bukan sakit pun",darah haid saya sudah datang" katanya. Aikk...pelik juga,sebelum ini sudah banyak cara dicuba antaranya memakan makanan buah buahan masam masam seperti buah nenas muda dan sebagainya tetapi tidak berhasil,namun percubaannya kali ini mejadi.Darah kotor berketul ketul kecil telah pun keluar,maklumlah baru hanya nak masuk sebulan,kata orang belum bersifat dan belum berjalin,isteriku sudah menjadi "doktor in house".buat expriment sendiri. awak buat macamana?setahu saya perut awak ni agak manja dan susah hendak dirancang dan agak degil walaupun sebelum ini pernah jatuh berdebuk dalam usia kandungan beberapa bulan tetapi tidak juga keguguran"desak saya untuk mengetahui lebih lanjut.

Lalu diceritakan katanya pada suatu malam munculnya satu lembaga didalam mimpi,lembaga tersebut juga dikenalinya sebagai saudaranya yang terdekat,"kenapalah kamu tidak cuba lakukan cara perubatan (tradisional) ini,kamu carilah bahan bahan yang bolih memanaskan badan bukannya makan benda benda masam spt buah nenas tadi, lembaga itu agak marah marah sambil menyarankan supaya memakan bahan bahan ubatan yang bolih memanaskan badan"Apakah benda bahan bahan panas itu? tanya isteri pada lembaga tersebut.Belum pun sempat lembaga itu menjawab tiba tiba dia terjaga dari mimpi.Pada keesokan paginya beliau termenung dan mengingati saranan suara dalam mimpi,macamanakah kalau aku terus mencuba,manalah tahu tahu kot kot menjadi.lalu teringat beliau akan ubatan tradisional yang pernah diamalkan olih arwah ibu mertuanya (ibuku) yang juga bolih dikatakan seorang bidan kampung pada suatu ketika dulu,malah ubatan tersebut senang dicari kerana masih berada disekeling rumah hasil pokok ubatan tinggalan tanaman tangan pusaka arwah antaranya pokok sirih,pokok lebaran,akar sepam kederam sedikit akar tongkat ali, dicampur lalu direbus dan airnya diminum (maaf kalau silap fakta ubat tradisioanal ini kerana isteri saya lebih mengtahuinya secara terperinci).
Baru hanya sempat sekali makan setengah cawan kesan keesokan harinya begitu menjadi,tambah katanya isteri setelah keadannya kembali ceria,alhamdulillah....kepada pembaca dinasihatkan jangan mencuba sendiri sebaliknya tanyalah dulu kepada sesiapa yang lebih tahu atau datanglah berjumpa isteri saya sendiri jika hendak tahu secara lebih lanjut.

tok ayah su-Amal makan sup "power".....

1 ulasan:

  1. ada yang komen tapi tak bernama...malas nak siarkan sbb hanuman yg menulis katanya dan dia tanya tak rasa berdosa ke? ini bab hukum pilih diantara 2 mudhorat,kalau dah sbelum ini ada nasihat doktor orang yang berumur dan dah punyai ramai anak kemungkinan akan memudhoratkan bagi ibu itu jika meneruskan mengandung jadi risiko pilihlah yang mana satu...ok....tambahan pula kandungan belum lagi sampai sebulan dan belum bersifat dan dan tidak bernyawa...itu kena faham betul betul fahammm....

    BalasPadam

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan