arkib

Sabtu, 19 Mac 2011

nak kongsi cerita....

Mahligai yang baru dibina ini dipercayai milik MB Terengganu
Salam hormat !
Tidak sangka dan tidak tahu pulak saya bahawa kampung ini adalah sebuah kampung asal tempat kelahiran MB Terengganu sekarang ini, jika tidak bagaimana pulak sebuah mahligai yang tersergam ini bolih dibina disini dan difahamkan kepunyaan beliau,kelihatannya seperti binaan belum siap sepenuhnya,jika siap nanti bagaimanakah agak rupanya,sudah tentu lebih hebat lagi.

Bagaimana pun saya tidak berhasrat untuk memanjangkan perihal istana tersebut,apa yang hendak saya kongsikan cerita disini ialah pada hari jumaat kelmarin saya bersama dengan satu rombongan angkatan meminang telah hadir kesini,opp...lupalah pulak untuk memberitahu apakah namanya tempat ini,jika hendak tahu inilah Kampung Teluk Kalong,berada didalam Daerah Kemamam.Terengganu yang jaraknya kira kira 10km dari Bandar Kemaman.
Memandangkan rombongan meminang ini datangnya jauh iaitu dari Desa pahlawan Kok Lanas Kelantan jadi sebelum itu mereka menginap terlebih dahulu untuk semalaman di sebuah Home Stay yang berada diPerumahan Mak Cili bandar Kemaman.Apa yang menyedihkan walaupun perumahan "Home Stay"agak selesa dari segi kemudahan asasnya namun dari segi servisnya agak kurang memuaskan.Adakah patut alas cadar dan juga selimut berbau hapak kesan tinggalan penyewa sebelumnya masih juga disediakan untuk penyewa baru,tak patut...tak patut...itulah runggutan rombongan peminangan tersebut. Maknanya kurang peka soal kebersihan,ee...malunya.
Selain daripada itu segala urusan peminangan berjalan lancar dan teratur, persiapan tuan rumah begitu rapi walaupun sederhana,alhamdulillah.
Tok ayah su-turut serta meraikan kerana rombongan meminang tersebut adalah juga merupakan anak buah dari sebelah bapa saudara....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan