Wajah wajah disekitar Mesyuarat Agong PBTM Cwgn H.Trg kali ke35 (2012) Ulasan selanjutnya akan disambung kemudian.....
Sambungan :
Salam hormat!
Saya dan orang lain juga agaknya berfikiran yang sama iaitu tidak mahu melihat setiap orang yang memegang apa apa jawatan terutama yang melibatkan Persatuan PBTM ini terus memegang jawatan tertentu selama lamanya bagaikan mahu menongkat langgit.Jesteru itu didalam mesyuarat agong kali ini telah berlaku satu peralihan kuasa Ketua Cawangan dan lain lain jawatan berkaitan.Ini menunjukan jawatan yang disandang bukan milik untuk kepentingan peribadi sebaliknya yang lebih penting jika ada mampir mahu menabur bakti untuk meneruskan peranan Persatuan haruslah juga diberi peluang sama.Bagi yang menyokong menaikkan sesorang ketua itu sudah tentu mahu melihat matlamat hala tuju persatuan kekal berjaya memperjuangkan nasib nasib ahli terus terbela.
Olih sebab kerana itulah juga saya merasakan pemilihan kepimpinan sehingga keperinggkat lebih atas yakni Bahagian (Negeri) akan turut sama berlaku.Pertukaran kepimpinan Peringkat Bahagian ini akan ditentukan olih ahli ahli perwakilan dari cawangan cawangan didalam satu Majlis Persidangan yang akan diadakan dalam tempoh masa terdekat nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan