Wajah wajah disekitar Hari Guru.....ulasanya akan disambung kemudian....insaallah !
Sambungan terkini:
Buat pertama kalinya saya hadir kemajlis sambutan hari guru yang
diadakan diperingkat sekolah, menurut guru besarnya menyatakan sambutan
hari guru buat pertama kalinya juga menjemput sama para ibubapa
(PIBG).Olih itu kelihatan pada hari tersebut beberapa orang ibubapa
serta ajk PIBG dan kelihatannya Pengerusi pun turut hadir sama.
Selepas ucapan olih
pehak guru kami diajak untuk menikmati jamuan rengan yang
disediakan.Secara kebetulan saya duduk semeja dengan guru besar dan
juga pengerusi PIBG serta guru guru yang lain, sambil makan santai
kami berbincag akan beberapa perkara,antara yang disentuh ialah
mengenai janji olih YB Datuk Rasul Wahid yang mahu memberi peruntukkan
pembelian bidai bagi menutupi ruang mesyuarat (Dewan terbuka) yang sering terkena tempias air hujan.(merujuk kepada ucapan perasmian PIBG yang lalu).
Olih
kerana terdapat suatu pendapat dari sesetengah pehak yang mengatakan
pengunaan bidai itu agak tidak sesuai kerana bolih melemaskan serta
menimbulkan suasana mesyuarat yang agak kurang selesa kelak jadi mereka
mahu supaya ditukar bidai kepada pemasangan owning (atap peneduh) akan
tetapi kosnya mungkin agak tinggi sedikit,olih itu menurut pengerusi
PIBG dari saranannya agar dibuat satu peruntuk yang bolih mengenapi satu kos Indent
kontrak didalam kadar RM 20.000.
Persoalanya
dikatakan perkara ini masih belum dimaklumkan lagi kepehak YB yang
dimaksudkan itu serta perlantikkan kontrakter masih belum dibuat dan
begitu juga dengan kertas kerja berkaitan anggaran kosnya juga masih belum
dilakukan.Olih itu Pehak guru besar berharap agar pengerusi PIBG bolih
turut sama memainkan peranan menghubungi pehak pehak yang berkaiatan dan saya cuma hanya sekadar menjadi orang tengah yang tolong menghebahkan diblog ini.
Menyentuh hari guru ini,anak saya begitu teruja mahu menghadiahkan sesuatu buat gurunya,siang siang lagi beliau menanyakan apakah bentuk hadiah yang mahu diberikan,entahlah....apa yang dibungkus bersama ibunya pada malam hari itu saya pun tidak tahu tetapi kelihatannya seperti ada sesuatu yang dibawa kesekolah pada hari guru tersebut.,harap harap che'gunya dapatlah menerima dengan seadanya....
Tok ayah su-terima kaasih guru anakku...dan guru guruku dahulu!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan