Saya merasakan untuk melakukan sesuatu harus ada "target" ataupun sasaran,dengan kata lain mesti ada tujuan. Bagi seorang majikan terutamanya yang menjalankan perniagaan lagilah mesti berkira kira berapa jumlah sasaran (target) pendapatan yang mesti diperolihi dalam satu satu masa,Jika pencapaian pendapatannya tidak seperti yang diharapkan maka sudah tentulah satu satu perniagaan itu akan menghadapi masaalah terutama untuk berdepan dengan bayaran kos kos sengaraan yang menanti termasuklah kos bayaran bil bil, bayaran hutang piutang pinjaman (jka ada) dan juga gaji pekerjanya.
Hendak menembak kena ada sasaran jika tidak "timeming" akan jadi silap jesteru akan tertembak kelain...
Hendak bermain sukan badminton pun kena mengenali sasaran atau pun lubuk kosong...
Hendak "anu anu" bagi sisuami pun kena kenal sasaran untuk mengelak tertindihnya pelanduk dua serupa....keh...keh...keh...
Waimma hendak berpolitik pun juga wajib mengenali siapa sasaran sebenar kita....
dan lagiii? tunggu akan sambungan ulasannya....
Sambungan:
Bercerita tentang pelanduk dua serupa ini saya pernah mendengar dari penglaman seorang kawan katanya didalam satu majlis perkahwinan ada yang bertukar diantara tuan rumah sebenar dengan adik kembar kepada tuan rumah tersebut,disebabkan ada yang tidak tahu dek kerana rupanya seiras jadi ada dikalangan tetamu yang hadir kemajlis pada hari itu telah berjumpa mata sambil bertanya khabar itu dan ini dengan salah seorang kembarnya itu,jadi terkebil kebillah kerana tidak dapat dijawab akan persoalan yang diajukan sehinggalah diterangkan keadaan sebenar,"ooo begitu,ada sikembar rupanya,barulah kami tahu.....patutlah sudah penat kami bercakap tetapi awak tidak ada respon pun" luah tetamu....keh...keh...keh....tetapi jika menurut petua orang tua dulu dulu sikembar ini ada dia punya kelebihannya yang tersendiri,jika sikembar bermandi manda sambil menyiram pokok pokok kebun sayuran atau pun tanaman kacang jagung mahu pun padi sudah pasti buah buah yang keluar nanti akan menjadi lebat berkembar kembar lagi,apatah lagi jika kembar itu bukan kembar sejenis yakni antara lelaki dgn perempuan (macam akulah....kah....kah...kah...) la
bersambung lagi....asyik bersambung ....macam nak siar iklan spt diTV je, boring betul....sabarrrr je
Tadi tu bercerita tentang kembar rupa seiras tetapi bagaimana dengan serupa nama tetapi tubuh badannya orang lain, alaa... macam cerita kes pegawai/pengarah SPR tulah,namanya serupa tetapi orangnya lain,dalam kes sebegini jika dibawa keMahkamah bolih ke disabitkan kes eekk?
ok lah bila dah terlanjur bercakap soal kes ini saya ada menerima satu hal dalaman yang berlaku didalam sebuah Persatuan (rahsia) yang dikatakan melibatkan sejumlah wang beratus ribu ringgit malaysia tidak dapat dikesan kemana mengalirnya setelah satu projek usaha kawasan balak diluluskan. Jadi kes ini telah dipanjangkan keperingkat Jabatan SPRM untuk siasatan seterusnya namun demikian dalam kes ini sipelapur akan penyelewengan tersebut telah dilucutkan keahlian dengan suara majority ahli Jawatan kuasa.Atas alasan kesalahan melanggar peraturan dibawah Perlembagaan persatuan yang menyebut "tidak membenarkan ahli membawa apa jua perkara yang bersabit dengan persatuan terus keMahkamah atau membuat lapuran kemana mana pehak berkuasa mahupun memberi maklumat kepada pehak media. Jika diengkari ahli tersebut akan digugurkan keahliannya" .
Alahai....Persoalannya adakah peraturan sebegini ada ketelusannya, sebab apa? kerana sipelapur penyelewengan secara tersendiri telah disabitkan kesalahan (lucut keahlian) sedangkan sikena tuduh itu (jika benar) kesalahannya masih tetap tertutup kerana berlindung disebalik perlembagaan tadi.Olih itu pada pandangan saya perlembagaan sebegini perlulah dipinda,ayat perlembagaan yang paling baik ialah berbunyi ". Keahlian seseorang ahli itu akan terlucut dengan sendiri sekiranya kes yang dibawa itu didapati tidak benar olih mahkamah". Maksudnya kenalah tunggu selesai dulu akan keputusan siasatan SPRM sejauh mana kebenarannya kes,barulah dikatan ADIL.Contoh kes seperti kemelut yang berlaku didalam persatuan Bolasepak (FAM) yang melibatkan Dato" Sri Anwar, masa pergantungannya juga ada tempoh tertentu akan tetapi seperti didalam kes yang saya sebut tadi tidak ada masa yang ditetapkan.
Tok ayah su-sedang tunggu masa utk hadir kemesyuarat agong persatuan PBTM....
TAMABAHAN:
BalasPadamMenurut ceritanya Ajk memberi sokongan pemecatan kerana telah disogok dengan sejumlah wang....