salam hormat!
Walaupun tidak berkesempatan menyaksikan perlawanan akhir bola sepak piala Malaysia diantara Kelantan dengan ATM distadium Shah Alam namun begitu saya tidak ketinggalan menyaksikannya siaran secara lansung melalui kaca TV.Pada perngkat awal kejohanan saya tidaklah begitiu mengambil berat sangat tetapi apabila sudah sampai keperingkat separuh akhir barulah terasa ingin pula mengikutinya. Satu kejutan pada saya apabila didapati pasukan yang selama ini tidaklah segah mana tiba tiba bolih melayakkan diri keperingkat akhir,pasukan itu ialah ATM.Walaupun ramai daripada pemainnya diimpot dari lain lain pasukan sebelum ini tetapi apabila sudah berjaya sampai kepringkat akhir maka sudah pasti ianya membuka mata ramai bahawa pelaburan untuk mendapatkan pemain impot ini sudah dikira berbaloi.
Yang seronoknya apabila menonton dirumah bersama keluarga terdapat pelbagai reaksi dan respon dari anak anak mahupun dari isteri.Sungguh tak disangaka isteri ku juga seorang peminat bola sepak.Malah dia lebih mengenali nama nama pemain mahu pun nama nama jurulatih,mengalahkan aku lah pulak.Boh Jan, boh sia, pemain kembar, pemain berasal dari negeri mana pun diketahuinya,naik pelik dan ajaib aku padanya.
Bertambah gamat lagi apabila aku dan isteri mempunyai pasukan pilihan tersendiri,aku pilih ATM manakala dia pula sokong Kelantan.Aku sokong ATM sebab aku Veteren ATM, manakala dia suka kelantan sebab sentimen kenegerian,anok jati Kelate lah katakan....Apabila aku kata "bedil ATM bedil" dia pula kata "gomo kelate gomo". keh...keh...keh...
Apabila satu gol "betina" merobos masuk kegawang gol ATM aku sudah mula gelisah,aku kata ATM akan bolih sumbat dua gol tetapi kalah menang tak bolih nak jaminlah,setelah melihat aku gelisah tiba tiba dia masuk kedapur kemudian dibawa secawan kopi dan semangkuk cuk kodok atau orang kampung sini panggil jemput jemput pisang.Dalam hati aku berkata kalau beginilah sikapnya "sapa tak sayang bini oii..." keh... keh...keh...bersambung....
sambungan-
maaf....saya rasa ada orang yang tidak bersetuju jika saya berkata hanya melayu yang suka pada bola sepak.Jika diteliti memang betullah bukan hanya melayu yang suka pada bola sepak sebabnya bola sepak itu bukanlah berasal dari permainan asli orang melayu,ianya hanya menumpang dari permainan yang terlebih dahulu dipopularkan olih bangsa eropah.Jadi apakah permaianan orang melayu yang asli?jika ditanya saya sudah tentu saya jawab bola sepak raga,kerana apa? sejarah telah membuktikan dizaman pra sejarah kesultanan Melayu dahulu kala pun telah pun berlaku pertengkaran diantara sekumpulan kerabat diraja yang sedang bersiar siar dikampung tiba tiba bola sepak raga telah melantung terkena kepala raja tersebut.Dari situ timbul salah faham bahawa penduduk kampung iaitu anak muda yang bermain bermain itu telah cuba menjadi pengacau kepada rombonga keluarga diraja berjalan jalan.Saya rasa semua orang telah terbaca sejarah ini kerana setiap buku tek sekolah rendah pun telah terselit cerita tersebut.
Adapun apa yang saya perhatikan berkenaan permainan bola sepak (diMalaysia) pada hari ini ianya telah banyak dimonopoli olih orang melayu terutamanya para pemainnya, jika ada pun bangsa lain hanya bolih dibilang dengan jari,bangsa cina "jarang jarang' ada,malah ada negeri negeri tertentu langsung tidak ada pemain berbangsa cina,kenapa? apakah bola sepak tidak bolih dijadikan satu kerjaya yang bolih menjamin kehidupan masa depan mereka? atau pun terdapat diskriminasi kaum didalam erena permainan bola sepak?
Bila bercakap soal pendapatan sudah tentu permainan bola sepak bolih dijadikan 9/10 punca rezeki,ambil mudah perkiraan,satu orang tiket berharga rm 50 jika didharab 80.000 orang sekali jual...sudah hampir setengah juta,pada saya lebih baik cari rezeki secara ini daripada menghalalkan judi walaupun bola sepak masih terdapat elemen elemen yang tidak menepati amalan agama islam contohnya dari segi menutup aurat ataupun pengabaian menunaikan amalan bersolat.
Meskipun bergitu sukan lain seperti Perahu Layar piala Monsun,sukan Motor Cross yang kini diadakan secara tahunan olih kerajaan negeri Terengganu masih lagi tidak mendapatkan keberhasilan khususnya bagi golongan rakyat terbanyak,menafaatnya hanya dapat dikecapai bagi segelintir golongan sahaja,semasa saya pergi menyaksikan sukan Layar pada suatu ketika dulu masih terdengar suara suara mereka yang tidak menyukai sukan air ini,katanya sukan ini tidak mendapat sambutan daripada penduduk tempatan jauh sekali untuk turut sama mengambil bahagian melainkan katanya hanya setakat bolih mempromosikan negeri Terengganu didalam peta dunia,itu sahaja.....
tok ayah su-mengaggap sukan satu hiburan yang menyihatkan...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan