salam hormat!
Apakah dengan mengorbankan warisan orang melayu dari menjadi amalan dalam kehidupan harian khususnya tulisan jawi demi untuk kononnya mahu mengejar kemajuan dunia yang berkiblatkan dunia barat hari ini adalah satu langkah yang tepat? Jesteru itu apabila dibentangkan soal atur peraturan agama pun pada hari ini dilihat telah dialihkan kebentuk tulisan rumi,bagi mereka yang kononya juga berapi berapi bercakap ingin berjuang untuk bangsa namun dimasa yang sama apa yang dikendong olih bangsa itu sendiri dicicirkan seumpama kata pepatah "yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran". Sebab itulah walaupun sudah 55 tahun merdeka akan tetapi cuba kita tanya berapa keratkah yang faham tentang hudud misalnya,sebab apa? antara sebabnya roh jawi yang ada pada generasi orang melayu itu telah dikesampingkan.Saya pernah menulis sebelum ini bahawa huruf jawi itu dengan melayu sudah senonim bagaikan isi denga kuku.,maknanya tidak bolih dipsahkan seumpama bunyi lagu P.Ramli bagaikan irama dan lagu tidak bolih dipisahkan jika dipisahkan pincanglah irama rosaklah lagu....
Pengorbanan yang kedua ialah menghabiskan masa kepada perkara yang sudah diyakini tidak bolih menang contoh didalam pilihanraya,pernah dari pengalaman seorang petugas parti telah membuat culaan (memastikan) dari setiap rumah kesetiap rumah dari setiap orang penghuni yang bilih mengundi kepada setiap pengundi telah dicopkan sudah menjadi penyokong kuat kepada parti A dikawasan tersebut,akan tetapi yang parti B masih juga mahu berkeras keng hendak bertanding dengan alasan pertandingan bukan mahu mencari menang (sebab sudah tahu akan kalah) cuma katanya pertandingan adalah hanya sekadar untuk tidak mahu memberi kemenangan percuma kepada pehak lawan, relevenkah alasan tersebut? sebabnya didalam pertandingan Pilihanraya bukan sedikit perkara yang mahu ditumpu dan dikorbankan contohnya tenaga pekerja parti,masa terbuang begitu sahaja apatah lagi dari segi wang ringgit bolih dianggap membazir dan dicurahkan secara separuh sedar.Hanya keajaiban diatas pertolongan Allah sahaja yang bolih membalikkan keadaan....Saya pernah terbaca kesah pergorbanan yang pernah berlaku diantara kaum muhajirin dengan golongan ansar selain kesah Nabi Ibrahim yang diperintahkan mengorbankan anaknya nabi Ismail...bersambung
Sambungan- Bila tersebut nama nabi Ismail ini saya juga teringat akan seorang yang "senama" cumanya dia bukan nabi tetapi seorang bekas calon dalam pilihan raya,olih kerana semangat kerjasama kaum Muhajirin dengan golongan Ansar tidak menyerap kesanubari pengundi disini maka siIsmail bekas calon ini tidak dapat menang,sebab apa? sebabnya beliau bukan dari kalangan penduduk tempatan yakni dianggap orang luar. Amat berbeza seperti pepatah menyebut "jauh panggang dari api" dengan bentuk budi bicara kaum ansur yang sanggup berkorban hatta sanggup menceraikan isteri untuk dipasangkan dengan kaum Muhajirin. begitulah hebatnya pergorbanan generasi terdahulu untuk melingdungi dan melayan rombangan Nabi Muhammad S.A.W diMadinah,kemuncak pengorbanan ialah memberi kuasa pemerintahan kepada Rasullalah S.A.W.Apakah kita sanggup begitu? saya rasa orang yang tidak ada biji mata sahaja yang sanggup. Itulah realiti dunia hari ini jika hendak dibandingkan tatkala dizaman praperjuangan diawal islam dahulu.
Bila bicara soal ibadat korban bersempena seluruh kaum muslim dan muslimat didunia menunaikan rukun islam kelima iaitu mengerjakan haji ditanah suci Mekah (bagi yang berkemampuan) jadi bagi mereka yang berada ditanah air juga tidak ketinggalan meraikanya dengan beraya dan menyembelih haiwan ternakan seperti lembu,kerbau sama ada kambing dan sebagainya maka saya yang tidak berkesempatan pada tahun ini untuk berkorban sembelihan menjadi tertunggu tunggu juga hendak merasa daging yang segar,nanti punya nanti,tunggu punya tunggu alhamdulillah dapatlah juga rezeki dalam setengah kilo kesemuanya yang telah disampaikan olih pehak masjid yang menjadi wakil sembelihan dari orang kampung. cumanya saya nak gossiplah sikit tentang jiran disekeliling kelalang saya, jika dilihat pada zahirnya meraka ini golongan orang senang lenang belaka maklumlah JKKK namun semenjak dari sepuluh tahun yang lepas sampai kehati ini tidak pernah waimma walau sekali pun sampai daging sembelihan korban dari mereka yang diagihkan kerumah saya,jadi dihati saya tertanya tanya juga adakah mereka ini berkorban atau bagaimana? saya bukannya apa kadang kadang teringat juga akan adab hidup berjiran,sebagaimana yang disebut 40 dari jiran sekeling tidak dapat tidur lena kerana terbau masakan enak dari dapur kita sedangkan kita bolih tidur nyenyak dek perut kekenyangan....maka kata nabi "mereka itu (yang tidak ambil peduli kesusahan jiran) bukan dari kalangan umatku"masyaallah wanauzubillah huminzaliq....
tok ayah su-rindu Kaabah....

Tiada ulasan:
Catat Ulasan