Salam hormat!
Satu cerita humur kanak kanak yang pernah saya dengar dan mungkin orang lain juga sudah tahu,tetapi apa salahnya saya imbas kembali bercerita manalah tahu ada diantara pembaca yang belum mengtahuinya,walaupun ianya dituju kepada kanak kanak namun jika diteliti bolih dijadikan pengajaran berguna untuk orang dewasa juga..ceritanya bukan sekarang, nantikan dulu dilain masa...
sambungan terkini:
sebenarnya saya berhasrat atau teringin mahu menjadi penulis dengan nama pena tongkat warant namun setelah saya ketahui nama tersebut telah pun digunakan olih orang lain jadi saya mengambil keputusan untuk mengunakan nama pena berkenaan dengan tongkat juga tetapi namanya "Tongkat Langit".Ewah...sedap juga rasanya nama pena tersebut.Tetapi yang dibimbangi nama tersebut sedikit keras atau pun seolah olah seperti ada kuasa luar biasa pulak sehinggakan ada tongkat yang bolih menungkat langgit,sedangkan yang berkuasa meruntuh tatkala berlakunya hari khiamat mahupun ketika membinanya sejak dahulu kala pun adalah maha pencipta iaitu Allah S.W.T ,tetapi jika nama pena ku menjadi "tongkat langgit" disini adalah memberi maksud "reverse psikologi" iaitu setiap orang tidak akan hidup dan berkuasa buat selama lamanya.Diceritakan juga didalam AlQur"an nurkarim sesungguhnya Raja Firaun mempunyai tukang tukang sihir yang mempunyai tongkat yang berkuasa sehinggakan bolih menjelma menjadi ular namun dengan kuasa Allah S.W.T juga ular jelmaan dari tukang sihir Firaun tersebut telah dapat dikalahkan dengan kuasa tongkat dari nabi Musa a.s dimana tongkat nabi Musa a.s juga bolih bertukar menjadi Ular yang lebih besar dan dapat menelan kesemua ular ular ahli sihir Firuan.Jesteru itu ahli sihir firaun yang arif tentang ilmu sihir sudah tahu dan yakin bahawa tongkat Nabi Musa a.s itu adalah bukan satu kerja sihir tetapi benar benar terjadi dari kurnian mukjizat tuhan Musa.Akhirnya Ahli sihir Firaun telah menjadi pengikut Nabi Musa a.s. dan meninggalkan kekuasaan kerajaan Firaun.
Ada pun cerita humur kanak kanak yang mahu saya ulang cerita ialah berkenaan sekumpulan binatang yang tinggal dihutan belantara,ceritanya bermula apabila seekor kancil yang menjadi IKON kepada binatang lain kerana dek kepintaran dan kecerdikan nya telah pada satu hari turun ketebing sungai untuk mengambil beberapa biji buah yang sedang mengalir perlahan dipinggir air, ketika sedang asyik mengait gait buah dengan sebatang tongkat tiba tiba "brumm...."datang seekor buaya menerkam kaki sikancil. "hai...kancil kenapa engkau kutip kesemua buah buah yang ada disini? nanti jika aku sudah tiada makanan, kelak dengan tubuh badan engkau itu sendiri akan menjadi mangsa aku' Marah sibuaya sambil mengertak. "tolong....sibuaya lepaskan aku,engkau lihat diseberang sungai sana terdapat lebih banyak lagi buah buah yang bolih aku tolong kaitkan buat engkau dengan tongkat aku ini" rayu sikancil sambil berjanji."betulkah engkau bolih dapatkan buah buah yang banyak diseberang sungai itu untuk aku?" tanya buaya untuk mendapatkan kepastian."betullah....tapi aku tidak dapat berenang kesana sebab aku takut dihanyutkan arus tambahan pula ramai dari buaya buaya lain yang akan menerkam aku" Suasana perundingan antara sikancil dengan sibuaya sedang berjalan."habis tu macam mana caranya wahai sikancil engkau mahu tunaikan janji"tanya sibuaya lagi."begini...wahai sibuaya,engkau mintalah tolong dengan kawan kawan engkau itu beratur panjang terapung dari tebing sungai ini sehingga sampai ketebing sungai sana, kemudian bolihlah aku meniti buat sebagai jambatan ".Jawab sikancil memberi jalan penyelesaian masaallah."ooo....begitu,itu senang aje bah,bisa diaturkan."baiklah aku akan lepaskan engkau kancil,tetapi engkau jangan cuba hendak main kotor untuk menipu aku,nanti dimasa akan datang jiwa engkau tidak akan selamat"lagi sekali sibuaya memberi amaran pada kancil."baiklah...aku betul betul berjanji tidak akan tipu engkau wahai sibuaya".Penjanjian diantara sang buaya dan sikancil pun termeterai lalu kancil dilepaskan. Setelah sibuaya menghimpun sibuaya buaya lain dan beratur panjang sebagaimana permintaan yang dikehendaki olih sikancil maka berkata sikancil "wahai sibuaya nampaknya anak buah kamu itu begitu ramai jadi aku rasa ianya (buah itu) tidaklah mencukupi untuk engkau bahagi bahagikan kepada buaya buaya lain,tetapi jika engkau hendak juga aku ada satu cara lagi" 'Jadi bagaimanakah cara itu wahai kancil"tanya siketua buaya."begini....sut.. .sit... sut... sit... sut...sit (sikancil berbisik perlahan lahan dengan siketua buaya itu) "okey...okey....aku setuju"kata ketua buaya.....bersambung lagi....
sambungan- mungkin sudah ada dikalangan pembaca tertanya tanya apakah dicakapkan olih sikancil yang menyebabkan begitu senang dipersetujui olih siketua buaya.Bila dah bersetuju maka tanpa berlengah lagi sikancil memulakan memijak menaiki belakang buaya buaya untuk menyeberang kesebarang sungai,sambil berjalan sambil membilang "satu untuk aku....satu untuk engkau... lekok" kancil mengetuk kepala sibuaya yang dipijak itu dengan tongkatnya. Ada yang pening pening lalat dan ada yang termuntah macam orang mabuk todi selepas dikena ketuk.Membilang dan terus membilang satu persatu sehinggalah sikancil selamat sampai keseberang sungai.Tanpa disedari olih sibuaya buaya lain sikancil terus mengait dan membahagikan buah buah yang dikait itu hanya diantara dia dengan siketua buaya sahaja sedangkan sianak buah buaya yang lain tertunggu tunggu bilakah akan habuan mereka akan dibahagikan.Setelah sekian lama menunggu tidak tidak juga ada habuan mereka akhirnya ada yang naik marah marah lalu bertanya "mana bahagian kami semua,asyik asyik kamu berdua sahaja yang dapat?"anak buah buaya yang ramai itu memberontak dan marah marah dan terasa semacam mereka sudah tertipu.
"macam ni...."siketua buaya memulakan jawapan "kalau kamu semua mahu saya bolih berikan tetapi hanya sedikit seorang sahaja yang akan dapat jika mahu lebih banyak kenalah kamu membayar Tol terlebih dahulu kerana pokok pokok buah ini telah diswastakan sebagai saham FGV kepunyaan sikancil,jika anda semua membayar sedikit untuk saham ini maka dividennya nanti akan diberikan kepada anda semua bila sampai masa tempohnya dikemudian hari, harap kamu semua faham' jelas siketua buaya panjang lebar. "ooo... begitu,rupanya kamulah yang menjadi tali barut bersubahat dengan kancil dengan memperalatkan kami ya? luah sianak buah kancil yang sudah mulai sedar rupanya ada agenda tersembunyi diantara boss mereka dengan sikancil yang licik itu. Hubungan diantara ANAK buah dengan siketua buaya telah retak dan terkeduh hati tetapi tidak kurangnya ada juga yang bersetuju dengan penjelasan dan mahu menyokong ketua mereka.
Olih kerana masih ada mandat yang diberikan kepada siketua buaya maka tertubuhlah pembinaan lebuhraya ber"TOL" merentangi sungai dengan segala kemudahan pasarananya mahupun tender kontrek projek dan juga peluang kerja diadakan secara terbuka disini.Namun pekerja yang mahu dipilih berkhidmat hanya terdiri dari golongan muda yang berumur tidak lebih dari 45 tahun kebawah sahaja.
Demikianlah berakhirnya kesah Tongkat walaupun banyak lagi yang tidak disentuh contohnya tongkat cogmar,tongkat dimembar masjid,tongkat warant tentera dan lain lain tongkat tetapi yang pasti didalam cerita ini tongkat kancillah yang ada "power" setakat ini....
tok ayah su-pernah melihat tongkat warant terbang....
Demikianlah berakhirnya kesah Tongkat walaupun banyak lagi yang tidak disentuh contohnya tongkat cogmar,tongkat dimembar masjid,tongkat warant tentera dan lain lain tongkat tetapi yang pasti didalam cerita ini tongkat kancillah yang ada "power" setakat ini....
tok ayah su-pernah melihat tongkat warant terbang....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan