salam hormat! Dalam pelihanraya kecil Parlimen Pasir Mas pada suatu ketika dulu saya berjalan jalan mencari gerai makan disebelah tengaharinya,bersama sama saya seorang rakan dan juga Che"gu Fariz (keadilan) didalam perjalanan kami terhenti seketika apabila kelihatan Che"gu Fariz begitu berminat dengan alat alatan purba lagi antik yang dipamerkan olih sipenjual ubat dikaki lima.Lalu saya bertanya "adakah beliau mahu melihat lebih banyak lagi barang barang lama seperti ini? jawabnya "mahu..." okey lah kalau begitu, nanti jika ada ruang masa dan peluang, saya bolih tunjukkan tempatnya.Pemilik barangan antik ini bukan setakat menyimpannya sahaja tetapi dia juga berkebolihan berubat orang secara tradisioanal,sakit gaut,patah patah rengan tulang kaki tangan,urutan badan dan juga terseliuh serta banyak lagilah...."kata saya.."dimana? tanya beliau."DiAir Lanas Jeli"jawab saya.....bersambung....
sambungan:
Kesian juga saya dengan che"gu Fariz ni sebab saya perhatikan seperti semacam telah menjadi mangsa sebatoj kepada mainan orang politik,semasa dalam perkhidmatan perguruan dulu beliau sering ditukarkan dari tempat kesatu tempat,tak sampai dalam tempoh 3 tahun dari Jabor ditukar pula ke sekolah disalah sebuah kawasan tanah penoroka diNegeri sembilan.Tetapi semangatnya tetap kental, segalanya ditempohi dengan penuh sabar walau bagaimana pun kini rasanya dia telah pun meletakkan jawatan sebagai guru dan berkhidmat dengan kerajaan negeri (PR) Selangor.Saya mengenali beliau secara kebetulan kerana dia kerap singgah dikedai makan "mek" saya yang berada didalam jalan laluan kerumah ibubapa mertuanya disini.Disamping itu saya difaham beliau agak gemar menjaga kesihatan dengan sering mengamalkan mengurut gurut badan,maka kerana itulah saya suka mengenalkan pada dia seorang tukang urut (lelakilah...) sehingga sampai keAir Lanas,Jeli diKelantan.
Sebenarnya sampai kehari ini saya masih belum berkesempatan untuk kesana bersamanya,maklumlah mungkin sama sama sibuk sehingga dah terlupa sebab telah lama berlalu.Apa yang saya nak khabarkan tukang urut alias tok bomoh itu tidaklah dikenali sangat dikampung ini sebabnya dia sendiri tidak mengistiharkan dirinya sebagai bomoh,tak tahulah kenapa agaknya mungkin disebabkan sikap tawaduknya tidak suka menonjol nonjolkan diri ada kebolihan tetapi jika ada sesiapa yang agak terdesak dan minta tolong sangat sangat barulah tergerak hatinya untuk berubat, disamping tidak sanggup menghampakan harapan orang ,katanya

Kerja berubat secara tradisional ini pun macam lebih kurang seperti tukang masak juga sebab ada "air tangan" tersendiri, jika serasi insaallah akan menjadi,dari pengalaman saya sendiri dek kerana teringat akan zaman kanak kanak sering diajak olih orang dewasa untuk mandi sambil menyiram badan didalam kebun tanaman kerana dikatakan 'air badan' anak kembar bolih melebatkan buat buah tanaman jadi pada suatu hari disebabkan terlalu terdesak saya meletakkan anak sendiri dibawah kangkang sambil mandi mandikan saya bersama dia (anak) kerana suhu badannya naik dipercayai terkena deman panas dengan sedikit bacaan ayat ayat yang mana saya tahu,alhamdulillah demannya semboh(lucu pulaklah rasanya).Beberapa hari sebelum itu saya telah bertikam lidah dengan pehak hospital kerana saya tidak mahu membenarkan dibedah untuk diambil air sum sum tulang belakang.Saya nekad untuk membawa balik dan mahu mencuba cara perubatan sendiri.Dengan izin tuhan juga anak tersebut kini telah sehat walafiat.Itu kesah pertama dan ada banyak lagi kesah melibatkan diri sendiri dan orang lain,pernah pada suatu ketika telah habis hospital berbayar (swasta) telah saya jajak untuk membuat experimen (uji kaji) apakah ubat yang sesuai dan serasi dengan penyakit kulit dibetis kaki yang telah saya alami,banyak wang keluar dan telah banyak ubat dimakan dan dicucuk tetapi kata doktor penyakit saya akan kekal sampai keakhir hayat dan tidak bolih diubat lagi.Olih kerana tidak mahu berputus asa, saya telah mencuba dengan cara perubatan tradisional mengikut kaedah sendiri (tapi biarlah dirahsiakan dulu caranya),alhamdulillah...syukur sangat sangat....kesakitan tersebut kini telah pun sembuh sepenuhnya dan saya tidak lagi runsing untuk pantang makan apa sahaja,jika dulu.... udang, ketam, ikan tertentu tidak bolih dimakan sewenang wenangnya.Antara kesah lain saya telah menerima telifon dari kakak kandung katanya beliau telah bermimpi yang didalam mimpinya yang saya telah menjadi seorang bomoh perubatan tradisional. Dengan selamba saya menjawab sambil secara kebetulan baharu semalam saya telah beriktiar mengubati seorang pesakit yang juga merupakan seorang rakan yang dikenali sejak berpuluh tahun dahulu,kini.hari ini dia seolah seperti telah telah terkena penyakit misteri,tidak bolih tidur, tidak bolih duduk diam,jiwa gelisah dan tidak tenang.Walaupun penyakit rakan saya saya ini tidak bolih sembuh lagi tetapi keadaannya bolihlah bertahan dan agak reda sedikit katanya.
Dengan penceritaan diatas itu diharapkan janganlah pula ada yang menyangka saya mahu menjadi bomoh pula,sebanarnya saya tidak berniat pun begitu kerana saya tidak mahu menjadi "bomoh temberang" akan tetapi sekadar hendak mencuba kerana bersimpati akan nasib pesakit yang menderita maka saya rasa apa salahnya beriktiar....saya hanya bergantung dan berserah kepada Allah S.W.T semata mata,jika diizinkan menjadilah ia....jika tidak apa bolih buat tetapi kata nabi setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati....
tok ayah su-ada saudara susuan diAir Lanas....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan