salam hormat!
Tidak kiralah samada sesebuah filem itu dalam ketegori drama pendek,triller.atau pun action rengan mahu pun ganas maka sedikit sebanyak pengaruhnya tetap menular tanpa disedari sehinggakan para pelakon mahu pun artis itu bolih mengalahkan populariti seseorang pemimpin masyarakat atau pun tokoh tokoh tertentu.Pro dan kotra baik dan buruknya tetap ada.
Dan baru baru ini sebuah filem pendek yang mencetuskan kotroversi dikalangan umat islam kerana terdapat unsur unsur yang menghina Nabi Muhammad S.A.W sekaligus mencemarkan kesucian agama islam lalu membangkitkan kemarahan dari kalangan seluruh umat islam diserata pelusuk dunia.Kemuncak kemarahan melibatkan pembunuhan beberapa orang tertentu.
Filem itu hiburan dan hiburan itu filem,akan tetapi kalau sudah disalah gunakan medium tersebut maka akan lainlah pula jadinya.
Nizarman adalah sebuah syarikat filem ditanah air,slot drama mahupun filem pada era tahun 80an-90an banyak dikeluarkan olih syarikat ini.,namun kurang dikenali melainkan hanya artis artis dan para pelakon yang terlibat sahaja mengenalinya.Orang tidak kenal dek kerana orang tidak mengambil kesah siapa dibelakang tabir bikinan sesebuah filem,sama seperti orang pergi berbelanja membeli belah dalam disesebuah pasaraya,kebanyakanya tidak mengtahui siapakah pemilik gedung perniagaan tersebut.Begitulah dengan producer filem, akan tetapi bila disebut apa judul filem dan siapkah artis yang melakunkan maka orang akan cepat mengtahuinya.....bersambung....
Sambungan:
Pada suatu hari (dah lama dah) saya berkesempatan berbual bual dengan seorang pelakon dan pelawak yang begitu dikenali dalam segmen TV "Pi Mai Pi Mai Tang Tu" ,dia ialah Pak Usu, tetapi dimana Pok Usu sekarang saya sudah ketinggalan berita dan tidak tahu apa sudah jadi dengan beliau,jika Pok Uda tahu lah saya, sudah almarhum... apa yang nak saya ceritakan didalam perbualan saya dengan Pak Usu itu katanya penerbit dan syarikat pembikin filem Nizarman ini sangat kaya raya. Olih yang demikian disekitar tahun 2000 - 2004 saya dapat maklum bahawa bekas suami kepada orang kuat syarikat Nizarman ini amat begitu pemurah dengan memberi bantuan secara bulanan sejumlah wang kepada beberapa orang kampung berstatus warga emas dikawasan kampung kelahiran beliau diPasir Puteh.Disamping itu dia juga menjadi buah mulut yang mengatakan beliau seorang dermawan dan juga begitu aktif diarena politik Umno/BN. Namun sama ada beliau berminat atau tidak untuk menjadi calon dalam PRU !3 itu tak tahulah pulak saya.
harap maaf.... saya telah menghentikan secara mengejut penulisan ini dan telah tertangguh hampir 2 minggu tidak bersambung sambung,secara tidak diduga terdapat kerja penting yang terpaksa saya dahulukan, sebab itulah saya tangguhkan dulu secara serta merta.Pada kali ini saya akan menyelesaikan apa yang hendak saya paparkan, sebanarnya sebahagian dari mesej yang hendak saya sampaikan telah pun ditulis,tinggal lagi apa yang saya mahu teruskan ialah bagaimana sesebuah filem itu memberi pengaruh kepada masyarakat.Sama ada sedar atau tidak sedikit sebanyak ianya bolih memberi kesan sampingan contohnya jika dulu dulu filem hindustan yang menjadi kegilangan dikalangan orang melayu sehinggakan jika kecewa dalam hasrat untuk memiliki seseorang gadis idaman maka akan ada yang mengzahirkan rasa "frush"nya sehinggakan menangguhkan usianya untuk meneruskan perkahwinan dengan lain lain gadis sampai meningkat keusia menjadi "bujang lapuk...." begitulah romantik dan ektreanyanya pengaruh cerita hindustan.Pemujaan kepada perempuan ala Shah Jehan yang membina Taj Mahal kepada permaisurinya turut difilemkan dan menjadi ikutan sehinggakan ada yang mengsamakan pembinaan Mahligai PM diputra jaya dikatakan terdapat unsur unsur kemewahan yang mahu diperibadikan bagi menghadiahkan kepada isteri PM ke4 itu.
Antara filem melayu yang menjadi ikutan sudah tentu "Madu Tiga",kerana apa? kerana ada lagunya yang berbunyi "mesti pandai berbohong....mesti pandai temberang....tetapi...jangan sampai....hai....pecah tembelang" , Berbohong dan temberang ini bukan sahaja menjadi ikutan dikalangan mereka yang khawin lebih dari satu tetapi dianya juga menjadi budaya bagi sesetengah (bukan semua) tokoh tokoh politik.Malah sejak akhir akhir ini budaya samseng ala ala dalam filem "pendekar bujang lapuk" juga telah menjadi ikutan.Sekumpulan samseng yang diupah olih seorang saudagar yang berkepentingan untuk mengutip cukai dipenambang telah menjadikan budaya siapa kuat kudrat dia yang berkuasa,undang undang ditangan sendiri.Jesteru itu diantara banyak banyak filem terdapat juga episod didalam filem hindustan mahupun Tamil yang berani menzahirkan kepincangan dan rasuah olih pehak berkuasa seperti pasukan Polis dan sebagainya tetapi kepincangan mereka didalangi dan dilindungi olih tokoh tokoh penting lagi berkuasa.Apakah cerita tersebut sama dengan realiti kehidupan sebenar atau bagaimana?
Terkenang nostalgia dizaman sekolah dahulu.Saya juga suka menonton filem tetapi secara percuma....aaa...setiap kali jika saya mahu menonton maka pasti saya akan berjumpa seorang pakcik (pok ungku) penjaga panggung minta kebenaran untuk masuk,nasib saya baik dibaginya saya masuk percuma,jika ada kerusi kosong saya akan duduk jika tidak saya akan berdiri ditepi dinding sampai habis cerita.Habis cerita berpinau biji mata silau cahaya matahari petang almaklumlah masuk jam 2.30 tegahhari keluar jam 4.30 petang.Habis waktu sekolah terus kayuh basikal pergi kepanggung Sky (nama panggung). keh...keh...keh....ramai diantara muka superstar yang sempat saya temui secara life kerana mereka turut hadir jika terdapat filem lakonan mereka ditayangkan.Saya suka melihat filem hindustan kerana lagunya yang sedap didengar walaupun tidak mudah difahami serta melihat keindahan pandangannya seperti ditaman taman bunga yang berwarna warni serta gunung ganangnya yang mengkagumkan tetapi berlainan pula dengan filem hindustan dizaman sekarang kebanyakkan lagu lagu serta tari menarinya terlalu banyak menjolok mata dan tarianya ala ala disco hanya dimainkan didalam bangunan. Kini semuanya tinggal kenangan Pok Ungku pun sudah tiada dan panggung pun sudah tutup walaupun bangunannya masih ada.Itu semua perihal dizaman jahiliah ku dulu tetapi kini aku sudah pun berhijrah kearah yang lebih baik....
tok ayah su-salam maal hijrah (siaran lewat)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan