arkib

Jumaat, 2 November 2012

Mengeratkah ukhwah kekeluargaan...

Salam hormat!
Semalam  saya dah turun lagi kerambi Mekah,datang menziarahi adik beradik.ipar duai, emak saudara dan juga sepupu sepapan almaklumlah ibarat kata bidalan  tak akan putus air dicincang jadi sedikit sebanyak dapatlah menghilangkan rindu dendam kerana ada yang diantara kami sudah hampir 30 tahun tidak berjumpa .....bersambung
sambungan:
Semasa tulisan sambungan ini ditulis wajah insan yang sedang sakit itu telah pun kini meninggal dunia, ALFatihah... sebenarnya beliau adalah ipar saya yang paling kacak dan hensom disemasa mudanya dulu,kini umurnya sudah menjangkau 75 tahun,saya percaya ramai rakan rakan dari negeri Terengganu yang mengenalinya kerana pada suatu ketika dahulu iaitu disekitar tahun 50-60an dia pernah berkerja dilombong bijih diBukit Besi.Selepas lombong itu ditutup pada awal tahun 70an beliau kembali kekampung asalnya disini yakni disalah sebuah kampung yang berada diKawasan Parlimen Ketereh Dun Kadok,olih itu jika pembaca terlihat wajah YB Dun Kadok datang melawat pesakit maka jangan pelik kerana begitulah apa yang saya difahamkan rutinnya amalan dilakukan olih YBerhormat ini.

Begitulah kalau sudah ketentuan dari illahi walaupun umurnya masih lagi muda jika hendak dibandingkan dengan emak saudara saya yang sudah mencecah 90  tahun tetapi masih sehat walaupun terpaksa bertongkat untuk bergerak tetapi yang pergi terlebih dahulu pergi ialah orang yang lebih muda.. Jika mahu mendekati dan mengenali sanak saudara yang sudah lama terpisah maka rajin rajinlah datang menziarah sanak saudara seandainya ada yang sakit,kerana insaallah disinilah juga akan menjadi medan berkumpulnya anak beranak yang sudah sekian lama tidak bertemu.Jika hendak diambil masa khusus melawat dari rumah kerumah sanak saudara mungkin ada yang tidak berkesempatan berbuat demikian. Jesteru itu saya dapati ada diantara kami yang sudah hampir 30 tahun lebih terpisah dapat bertemu disini pada hari itu.Saya pernah terdengar kuliah dari seorang ustaz katanya barang siapa yang datang menziarah kerumah kenalan mahupun sanak saudara tak kiralah samada diwaktu dia susah atau senang sebenarnya penziarah itu dianggap sebagai pemberi rahmat yang baik kepada tuan rumah manakala penziarah itu sendiri akan diberi ganjaran pahala yang amat besar sehinggakan jika ditakdirkan dia meninggal dunia kemalangan samada semasa,sedang atau ketika kembali dari lawatan maka kematiannya bolih disamakan dengan kematian seorang yang mati syahid, begitulah menurut kata dari ustaz yang pernah saya dengar.Wallahuaklam. 

Apabila sudah berjumpa sudah tentu banyak cerita cerita lama termasuk fakta berkaitan yang pernah saya paparkan sebelum ini yakni berkaitan isu tanah pusaka peninggalan datuk nenekku dahulu.Namun demikian demi menjaga intergriti pehak tertentu saya tidak dapat menurunkan apa apa maklumat yang berkaitan disini,tetapi sedikit sebanyak telah pun saya rakamkan percakapan mereka termasuk dari emak saudara.Selain itu saya sempat bertanya kepada 2 orang waris yang sudah berstatus warga emas yang agak susah kehidupan mereka apakah mereka ada menerima apa apa bantuan secara bulanan daripada mana mana pehak termasuk JKM, jawapannya alhamdulillah "adalah juga..."katanya.

Jika ada yang pernah membaca posting saya sebelum ini mengkhabarkan bahawa terdapat satu keluarga sepupu saya yang telah ditimpa musibah  dimana rumahnya terbakar yang mengakibatkan kerugian hampir rm200.000 kini rumah baru telah pun dapat dibina semula,apabila ditanya datang dari mana duit biaya membangunkan rumah baru itu,katanya hasil muafakat tolong menolong dari pelbagai pehak,ada yang memeberi bantuan berupa material seperti pasir,simen,kayu kayan dan tidak ketinggallan pertolongan dalam bentuk wang ringgit,syukur kepada tuhan kerana masih ada yang bermurah hati kerana sudi membantu kepada keluarga sepupuku ini.Alhamdulillah.

tok ayah su-mengharapkan kakak sekeluarga tabah menghadapi ujian kematian suami tercinta....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan