arkib

Jumaat, 7 Disember 2012

Dairi kehidupan...

Salam hormat!
Sudah lama saya menyimpan hasrat untuk menjenggok bapa saudara sebelah isteri yang sedang sakit tenat iaitu tatkala pada hari raya puasa yang lalu lagi,pada masa itu beliau  sedang menerima rawatan dihospital USM Kubang Kerian,akan tetapi disebabkan olih pada masa itu keadaan jalanraya agak sesak dan diberitakan JEM teruk jadi saya terpaksa menangguh dulu hasrat tersebut, hanya pada minggu lepas barulah saya berkesempatan untuk berbuat demikian.Pada ketika ini (semasa lawatan saya) ianya telah pun dibawa pulang kerumah anaknya dan selang beberapa hari selepas itu (5/12/2012) yang lalu beliau dimaklumkan telah pun menghembuskan nafas terakhir (meninggal dunia).Beliau yang juga merupakan seorang bekas tentera yang menamatkan perkhidmatan selama 15 tahun tanpa pencen,menurut anaknya walaupun dalam keadaan sakit berpapah digagahi juga pergi keBank untuk membuka  buku akaun bagi membolihkan beliau mendapat bantuan 1,000 ringgit sebagaimana yang telah diumumkan olih kerajaan, namun begitu hasrat beliau tidak berkesampaian kerana telah pun terlebih dahulu meniggal dunia,difahamkan anaknya akan cuba pula memohon bagi mendapatkan duit khairat kematian sebagaimana yang pernah diumumkan juga olih kerajaan pusat pada suatu ketika dulu itu untuk bekas bekas tentera.bersambung....

Sambungan- dah naik berlumuk tulisan ini tak bersambung sambung sudah hampir sebulan,jadi apa lagi yang hendak aku tambahi,sebenarnya terdapat kesah ROMANTIK ku yang ada kaitan dengan si  Arwah,kira kira 30 tahun lepas dirumah arwahlah tempat pertemuan pertama aku dengan "SiMek"  yang aku miliki hari ini,kesahnya bermula apabila apabila anak saudara siarwah (bini aku le ni lah) datang berjalan jalan bertandang kerumah beliau yang juga berada dalam satu kawasan kem (rumah Quaters tentera) ,maka berputiklah satu cinta pandang pertama,ewah...pecah tembelang dah...malu lah pulak kepada anak anak rasanya,pada pandangan aku pada masa itu rupa wajahnya tidak ubah seperti Lady Diana... keh... keh..  .keh...walhal pada masa yang sama aku juga ada tersimpan hati dengan seorang lagi pacaran yang tak kurang juga cun mencungnya, malah ada pertalian darah waris pulak tu....tetapi entah macam mana kalau dah jodohlah katakan,tiba tiba siLady Diana ini lah yang berjaya menambat hatiku,kenapa ya?banyak juga kriterianya yang ada padanya,bukan saja ada iras wajah macam Lady Diana sawo matangnya sahaja,tetapi sebaliknya ada rahsia penarik yang lain juga,setelah berkenalan yang memakan masa beberapa ketika tibalah pula aku berkunjung kerumahnya,aku dapati beliau agak cekal berdikari membeli barangan dapur bersusah payah bergegas kedapur menyiapkan sendiri juadah lauk paut untuk disediakan pada aku sebagai tetamunya..

Almaklumlah dia juga senasib dengan aku yang tinggal dengan seorang Nenek tua.Lain lain kreteria apabila aku tanya "habis (pandai) ke baca alqur"an? jawabnya dimasa dalam alam sekolah lagi habis berbalik baca beberapa kali khatam....ewah hebat.... kan.. .kan...kan....
Dipendekkan cerita aku menyuruh abang sulung aku (kini dah arwah) datang meminang dah sampai masa majlis akad nikah pun berlansung ,baru saja beberapa bulan khawin aku pula diarahkan bertukar ketempat kerja baru diKem Sg.Besi Kuala Lumpur, berat hati nak tinggal bini maklumlah baru khawin,jadi pergi seorang diri dululah dan aku  tinggal bujang bersama sama anggota bujang yang lain.Sambil sambil tu aku mencari rumah sewa,nak minta rumah quaters bukannya senang,quateras disini keutamaannya diberi hanya kepada anggota yang sudah banyak anak,olih yang demikian terpaksalah aku mencari rumah sewa.rumah yang mula mula aku sewa hanya merupakan sebuah rumah setinggan,tiada api tiada air,pakai air perigi dan pelita minyak tanah,pakai tv hutang dikedai Pernama yang bolih pakai beteri,tengok dua tiga jam habis kong betery weath,bercaslah sokmo sokmo dua tiga hari sekali .Dalam kepayahan begitu hadirlah anak sulung ku,itu pun nak bersalin bawa balik kekampung bagi memudahkan urusan,lahirlah anak sulung ku diHospital Machang.

Setelah umur anak agak beberapa bulan aku mencari pula rumah sewa lain kerana agak sudah tidak tahan lagi  apabila anak anak alahan gatal gatal kulit mandi air perigi yang bekas tanah lombong,banyak  toksik dan agak tidak tahan dengan kulit kanak kanak,rumah sewa baru ku ini agak mahallah sikit jika nak dibandingkan dengan tangga gajiku yang tidak seberapa itu dan juga agak jauh juga jaraknya dengan tempat kerja.  ....bersambung lagi sambungan-
BERSELANG 6 TAHUN SELEPAS ITU
Setelah berpindah tinggal dirumah sewa baru agak berubahlah sedikit corak kesusahan hidup bergelap bila tiba malam dan tidak lagi mengunakan air perigi,semua petik dengan jari menyalo api pulas paip terkeluar air tetapi dek kerana anak juga turut bertambah jadi rumah yang dianggap selesa sedikit menjadi sempit,anak seorang setahun subur macam benih padi Malinja (pinjam kata kata P.Ramli) lalu bermohonlah saya rumah (quaters) namun jawapannya masih dalam senarai menunggu.Beban ekonomi pun turut meningkat,olih itu isteriku minta kebenaran untuk berkerja,lalu berkerjalah dia sementara disebuah kilang.Hasil dari kerja keras beliau bercampur juga dengan sedikit duit pinjaman dapatlah juga aku merasa membeli sebuah kereta antik bagi memudah aku berulang alik kerja tanpa terkena lagi panas dan hujan yang mana sebelum itu hanya mengunakan motorsikal.Tetapi keselesaan aku berulang alik telah dibebankan pula dengan bayaran tol yang pada ketika baru sahaja dibuka.

Bagi mengurangkan beban yang ada kalanya terputus duit belanja,jadi tatkala ada waktu terluang aku pula mengikut kawan kawan lain pergi memancing dan membuat macam macam kerja sampinga lain lagi, sehinggakan pada suatu hari aku dipanggil dan dinasihati olih boss supaya tidak membuat kerja lain,tapi olih kerana desakkan hidup daripada aku membuat kerja jenayah adalah lebih baik aku mencari kerja kerja yang dikira halal walaupun bertentangan dengan perarturan kerja.Curi curi buat kerja sampingan termasuklah membawa Teksi disebelah malam atau diwaktu hari hari cuti.Bukan aku seorang yang menghadapi masaalah malah ada yang tak tahan daulat untuk servise (beriktiar hidup)..Ada yang.ber\henti awal..... BERSAMBUNG

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan