arkib

Isnin, 7 Januari 2013

Dairi kehidupan 2

Salam hormat!
Dalam bab pertama saya banyak mengesahkan kehidupan jatuh bangun susah senang dalam mengharungi liku liku kehidupan sebagai seorang tentera perpangkat rendah yang bergaji kecil untuk menyara kehidupan disebuah kota raya yang kesemuanya memerlukan perbelanjaan dari celik mata dipagi hari hatta kepejam mata dimalan hari kesemuanya memerlukan ongkosnya,kesemua atas kepandaian sendiri mengatur perbelanjaan,sama ada cukup atau tidak gaji yang ada itulah sahaja, dimana kadang kala gaji dipotong lagi sehingga tidak  terfikir apa sebab musababnya,bagaikan jatuh ditimpa tangga.Bila pergi bertanya dikatakan termakan lebih elaun penerbangan sabah serawak yang lewat dipublishkan.Untuk pengtahuan diawal perkhidmatan saya ditugaskan diLabuan Sabah,sebagai orang baru ketika itu manalah saya tahu mahu dipublishkan atau tidak turun naik kapal terbang kerana itu semua tugas kerani yang sepatutnya dilakukan.entahlah....pening juga kepala jika nak dikenangkan.

Mujurlah anak anak masih belum bersekolah cuma sekadar untuk membeli susu dan perbelanjaan harian  akan tetapi terbeban lagi apabila saya diarahkan menjalani kursus kursus lanjutan kerjaya,bukan free kesemuanya, ada yang memerlukan duit poket untuk menampung perbelanjaan kursus.Pergilah juga bertereh tereh mana mana ada baki dalam poket,ditinggalkan anak bini kerana tidak dibenarkan balik kerumah disepanjang masa kursus.Dalam kepala terfikir juga keadaan rimahtangga sebabnya dirumah sewa baru ku itu ada juga spesis yang suka skodeng,pernah disuatu malam aku berkejar kejar keliling kampung dengan sipemuda nakal ini. Geram punya pasal aku baling apa sahaja yang ada ditangan,beberapa hari kemudian aku dapat mengesan ada balutan dibetis kaki sipemuda itu, apabila aku pergi menghampirinya dia cepat cepat lari.

Sahlah dia yang melakukannya kerja tersebut.Pada malam kejadian aku sempat juga pergi kepublikfone untuk talifon 999 minta bantuan tetapi mereka tak juga sampai sampai. Keesokan harinya aku ada pergi berjumpa dengan orang yang dikatakan  punyai kuasa sedikit dikampung itu.Dia akui dikampung ini sememangnya ada budak nakal sebegitu tetapi susah sikit nak diramalkan siapa yang melakukanya,dalam hatiku berkata "patutlah kampung ini namanya kampung "Sungai Ramal" sebab penduduknya suka meramalkan sesuatu perkara".Dalam keadaan kerisauan itu dapat jugalah aku menyudahkan kursus malah mendapat tempat terbaik lagi, alhamdulillah...

Habis kursus aku minta lagi Quaters dengan memberi alasan rumah sewa kurang selamat selain dari ada kaki skodeng adakalanya disemasa aku balik bercuti dikampung rumah sewa pernah juga dipecah masuk tetapi apalah sangat barang rumah atau perabut yang aku ada,jadi sia sia sahajalah penceroboh itu,tidak dapat apa apa.Minta punya minta akhirnya dapatlah rumah quaters walaupun tidak luas tetapi agak selamat sebab berada didalam kawasan kem.Tibalah pula masa Pilihanraya Umum,aku jadi pengundi pos manakala isteri aku pula mengundi bersama orang awam disalah sebuah sekolah.Aku tidak segan mengatakan pada waktu aku pangkah parti BN dan aku juga menyuruh isteri aku juga memangkah BN sama.Jadi apakah aku dan isteri aku serta mereka yang sewaktu dengannya pada waktu itu sebagai kapir dan kalau kini aku pangkah parti Pas, apakah bererti aku telah menjadi seorang orang islam? jawab.... BERSAMBUNG .....

SAMBUNGAN>  Diatas tadi saya ada memberitahu bahawa saya pernah berkhidmat diLabuan,jadi adalah sedikit sejarah diri tercipta disini,aku memang aktif berlatih sukan termasuk bermain bola,sehinggakan ada sedikit peningkatan kebolihan aku lalu mahu diambilnya olih jurulatih untuk diangkat keperingkat mewakili pasukan tetapi entah bagaimana hasrat jadi terbantut disebabkan aku jatuh sakit secara tiba tiba,misteri juga...kalau ikutkan kata nasihat perubatan tradisiaonal, biasalah...jawapannya sudah "terkena buatan orang", nak dikatakan terkena buatan dari orang betina rasanya aku bukan kaki betina pada masa itu...tetapi kerana sikap ego aku yang tidak suka melayani mereka tatkala aku bersantai santai diwarung warung makan, mungkinlah juga agaknya...sememangnya aku famous dan dikenali satu Labuan almaklumlah bekas juara Larian Rakyat....aku mendapat tempat pertama dikalangan peserta yang beratus ratus orang menyertainya,lagi pun Labuan bukanlah besar sangat, pusing pusing dok tang tu jugak....itu sebabnya aku mudah dikenali.
 Selepas dari Labuan aku ditukarkan pula keKem lapangan terbang Pangkalan Chepa Kelantan.Ketika berada disinilah  aku banyak menyertai operasi operasi ketenteraan,antaranya operasi pemantauan pembinaan lebuh raya Jeli-Banding-sampai keGrik Perak.Disemasa ini masih lagi dikira kawasan hitam yang melibatkan ancaman dari anasir  Komunis, walaupun aku pada masa itu hanya sebagai pemandu/pengawal peribadi kepada pegawai pegawai yang terlibat akan tetapi tidak kering peluh juga dibuatnya. Bertemu dengan bekas dan kesan kesan pertempuran itu sudah menjadi perkara biasa.Ada yang masih berasap berapi,tetapi sebagai orang bujang yang masih belum ada tanggung jawab pada  keluarga  maka aku tidak ada merasa sedikit pun perasaan takut mahu pun gentar,jika ditakdirkan bertembung dan bertempur pun aku sentiasa bersedia.Almaklumlah darah mudalah katakan...Selain dari itu terlibat dalam operasi Banjir,dari Kota Baru sehinggalah keHulu Terengganu dan juga bertransit diKem Seberang Takir.Disemasa banjir sebegini fikiran sentiasa teringat akan rumah ibuku yang juga sering dinaiki air,pergi op banjir ditempat orang lain tetapi rumah ibuku sendiri bagaimana pula?mujurlah masih ada lagi adik beradik ku yang lain lagi ada bersamanya.Selain daripada itu latihan biasa dengan anggota tentera asing seperti New Zealand.

ehhh...ehhh...penceritaan ini berpatah balik keawal perkhidmatan ku  rupanya...okeylah selepas ini aku sambung balik semula kepertengahan kerjayaku.....tunggu....

sambungan>  seperti yang dijanjikan aku akan menyambung kembali kepringkat pertengahan kerjayaku, biasalah jika filem pun ada "flastback' apatah lagi tulisan novel ku ini.Selepas dari satu kursus kesatu kursus,aku hadiri mungkin dengan ditakdir rezeki anak sama dapatlah aku sejalit dua pangkat,itu pun setelah aku buat perangai gila gila sikit,ada ke patut arahan dari jabatan arah untuk kenaikan pangkat diperapkan olih pasukan,aku ada informer langsung dari "atas sana" akan surat hitam putihnya sebab itu aku berani buat buat pakai sendiri pangkatnya,melihat keadaan begitu barulah pasukan mengelabah biawak mengadakan upacara pemangkaian pangkat secara rasmi,jika tidak dok main bertangguh tangguh dari sehari kesehari. Selepas dari itu aku diberi tugas sikit atas iaitu menjaga ketua seksyen kenderaan selain kadangkala menjadi kerani kawalan keluar masuk kenderaan serta  membuat penugasan harian anggota.

Selang beberapa tahun kemudian aku ditawarkan lagi untuk kenaikan pangkat seterusnya tetapi dengan bersyarat aku kena berpindah tukar keutara semenanjung. Ada dikalangan anggota yang menolak kenaikan pangkat dengan alasan sudah selesa berada dikem ini tambahan pula ada isterinya yang berkerja dan ada yang mahu membantu isteri mejalankan perniagaan.Tidak dinafikan diKL kalau kena dengan gaya dan caranya memang mudah mencari rezeki sampingan.Akan tetapi bagi aku pula terasa ingin mengubah selera dan merasai cara hidup ditempat lain pula apatah lagi memang salah satu minat aku ialah suka mengembara, lalu aku pilihlah untuk berpindah,maka pergilah aku keutara dengan meninggalkan segala kemudahan dan kemewahan yang ada diKL itu.

Diantara cabaran aku berada disini ialah kesukaran mendipsiplin anggota.Sebelum kedatangan aku  dikem baru ini dikatakan satu tempat panas dimana anggotanya berani berani belaka sehinggakan keberanian mereka sampai bolih menyerang Balai Polis.Aku tidak tahu lah kesah atau punca sebenar, akan tetapi aku difahamkan meraka mahu menuntut bela diatas kekasaran yang dilakukan olih anggota polis kepada anggota tentera tatkala masa dalam tahanan polis diatas sebab sebab tertentu.Bagaikan bertemu buku dengan ruas seperti yang dijangka memang ada yang berperangai liat menjalankan tugas,ada yang datang kerja lewat balik awal, kadangkala sampai tak datang langsung pun ada.Ada yang seludup barangan dalam kem bawa keluar, pendek kata ada macam macam hal....aku bukanlah robot atau hero yang bolih menyelesaikan semua perkara masaalah disiplin sebegini akan tetapi dari sehari kesahari aku cuba bermotivasi ,berdamping secara baik lagi berdiplomasi dan adakalanya yang paling degil sampai mahu mencabar ajak bertumbuk pun ada....
Terdapat kes sikit sikit katanya asyik asyik dia yang jadi mangsa suruhan,jadi terpaksalah aku tunjukkan buku giliran bertugas siapa yang dah kena pergi dan kini giliran siapa pula bertugas, siapa yang dah pergi bercuti hari raya tahun lepas dan siapa yang kena pula bertugas pada hari raya tahun ini dan sebagainya jika tidak dibuat begitu perkara sekecil ini pun bolih menjadi pertikaian,alahai....poning kepala jugak nak jaga budak budak macam ni....sebab dikuala lumpur dulu tidak ada pun kes kes sebegini akan tetapi bila datang kekem baru ini lain pulak jadinya....Dalam keadaan begitu pun kerja tetap jalan juga....masih bolih dikawal dan masih ada kerjasama,buktinya setiap pemeriksaan tahunan kenderaan bolih lulus dengan cemerlang malah dengan kerjasama serta peranan yang turut dimainkan olih pegawai atasan semuanya dapat dibereskan sehinggakan bolih dapat johan lagi dalam pertandingan Kawad diantara pasukan pasukan sekitar....olih itu berhenti dulu disini akan disambung lagi kemudian....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan