arkib

Jumaat, 26 Oktober 2012

Berkorban atau dikorbankan?

salam hormat!
Apakah dengan mengorbankan  warisan orang melayu dari menjadi amalan dalam kehidupan harian khususnya tulisan jawi demi untuk  kononnya mahu mengejar kemajuan dunia yang berkiblatkan dunia barat hari ini adalah satu langkah yang tepat? Jesteru itu apabila dibentangkan soal atur peraturan agama pun pada hari ini dilihat telah dialihkan kebentuk tulisan rumi,bagi mereka yang kononya juga berapi berapi bercakap ingin berjuang untuk bangsa namun dimasa yang sama apa yang dikendong olih bangsa itu sendiri dicicirkan seumpama kata pepatah "yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran". Sebab itulah walaupun sudah 55 tahun merdeka akan tetapi cuba kita tanya berapa keratkah yang faham tentang hudud misalnya,sebab apa? antara sebabnya roh jawi yang ada pada generasi orang melayu itu telah dikesampingkan.Saya pernah menulis sebelum ini bahawa huruf jawi itu dengan melayu sudah senonim bagaikan  isi denga kuku.,maknanya tidak bolih dipsahkan seumpama bunyi lagu P.Ramli bagaikan irama dan lagu tidak bolih dipisahkan jika dipisahkan pincanglah irama rosaklah lagu....
Pengorbanan yang kedua ialah menghabiskan masa kepada perkara yang sudah diyakini tidak bolih menang contoh didalam pilihanraya,pernah dari pengalaman seorang petugas parti telah membuat culaan (memastikan) dari setiap rumah kesetiap rumah dari setiap orang penghuni yang bilih mengundi kepada setiap pengundi telah dicopkan sudah menjadi penyokong kuat kepada parti A dikawasan tersebut,akan tetapi yang parti B masih juga mahu berkeras keng hendak bertanding dengan alasan pertandingan bukan mahu mencari menang (sebab sudah tahu akan kalah) cuma katanya pertandingan adalah hanya sekadar untuk tidak mahu memberi kemenangan percuma kepada pehak lawan, relevenkah alasan tersebut? sebabnya didalam pertandingan Pilihanraya bukan sedikit perkara yang mahu ditumpu dan dikorbankan contohnya tenaga pekerja parti,masa terbuang begitu sahaja apatah lagi dari segi wang ringgit bolih dianggap membazir dan dicurahkan secara separuh sedar.Hanya keajaiban diatas pertolongan Allah sahaja yang bolih membalikkan keadaan....Saya pernah terbaca kesah pergorbanan yang pernah berlaku diantara kaum muhajirin dengan golongan ansar selain kesah Nabi Ibrahim yang diperintahkan mengorbankan anaknya nabi Ismail...bersambung

Sambungan-  Bila tersebut nama nabi Ismail ini saya juga teringat akan seorang yang "senama" cumanya dia bukan nabi tetapi seorang bekas calon dalam pilihan raya,olih kerana semangat kerjasama kaum Muhajirin dengan golongan Ansar tidak menyerap kesanubari pengundi disini maka siIsmail bekas calon ini tidak dapat menang,sebab apa? sebabnya beliau bukan dari kalangan penduduk tempatan yakni dianggap orang luar. Amat berbeza seperti pepatah menyebut "jauh panggang dari api" dengan bentuk budi bicara kaum ansur yang sanggup berkorban hatta sanggup menceraikan isteri untuk dipasangkan dengan kaum Muhajirin. begitulah hebatnya pergorbanan generasi terdahulu untuk melingdungi dan melayan rombangan Nabi Muhammad S.A.W diMadinah,kemuncak pengorbanan ialah memberi kuasa pemerintahan kepada Rasullalah S.A.W.Apakah kita sanggup begitu? saya rasa orang yang tidak ada biji mata sahaja yang sanggup. Itulah realiti dunia hari ini jika hendak dibandingkan tatkala dizaman praperjuangan diawal islam dahulu.

Bila bicara soal ibadat korban bersempena seluruh kaum muslim dan muslimat didunia menunaikan rukun islam kelima iaitu mengerjakan haji ditanah suci Mekah (bagi yang berkemampuan) jadi bagi mereka yang berada ditanah air juga tidak ketinggalan meraikanya dengan beraya dan menyembelih haiwan ternakan seperti lembu,kerbau sama ada kambing dan sebagainya maka saya yang tidak berkesempatan pada tahun ini  untuk berkorban sembelihan menjadi tertunggu tunggu juga hendak merasa daging yang segar,nanti punya nanti,tunggu punya tunggu alhamdulillah dapatlah juga rezeki dalam setengah kilo kesemuanya yang telah disampaikan olih pehak masjid yang menjadi wakil sembelihan dari orang kampung. cumanya saya nak gossiplah sikit tentang jiran disekeliling kelalang saya, jika dilihat pada zahirnya meraka ini golongan orang senang lenang belaka maklumlah JKKK  namun  semenjak dari sepuluh tahun yang lepas sampai kehati ini tidak pernah waimma walau sekali pun sampai daging sembelihan korban dari mereka yang diagihkan kerumah saya,jadi dihati saya tertanya tanya juga adakah mereka ini berkorban atau bagaimana? saya bukannya apa kadang kadang teringat juga akan adab hidup berjiran,sebagaimana yang disebut 40 dari jiran sekeling tidak dapat tidur lena kerana terbau masakan enak dari dapur kita sedangkan kita bolih tidur nyenyak dek perut kekenyangan....maka kata nabi "mereka itu (yang tidak ambil peduli kesusahan jiran) bukan dari kalangan umatku"masyaallah wanauzubillah huminzaliq....

tok ayah su-rindu Kaabah....

Isnin, 22 Oktober 2012

Hanya melayu suka bola,betul ke?

salam hormat!
Walaupun tidak berkesempatan menyaksikan perlawanan akhir bola sepak piala Malaysia diantara Kelantan dengan ATM distadium Shah Alam namun begitu saya tidak ketinggalan menyaksikannya siaran secara lansung melalui kaca TV.Pada perngkat awal kejohanan saya tidaklah begitiu mengambil berat sangat tetapi apabila sudah sampai keperingkat separuh akhir barulah terasa ingin pula mengikutinya. Satu kejutan pada saya apabila didapati pasukan yang selama ini tidaklah segah mana tiba tiba bolih melayakkan diri keperingkat akhir,pasukan itu ialah ATM.Walaupun ramai daripada pemainnya diimpot dari lain lain pasukan sebelum ini tetapi apabila sudah berjaya sampai kepringkat akhir maka sudah pasti ianya membuka mata ramai bahawa pelaburan untuk mendapatkan pemain impot ini sudah dikira berbaloi.

Yang seronoknya apabila menonton dirumah bersama keluarga terdapat pelbagai reaksi dan respon  dari anak anak mahupun dari isteri.Sungguh tak disangaka isteri ku juga seorang peminat bola sepak.Malah dia lebih mengenali nama nama pemain mahu pun nama nama jurulatih,mengalahkan aku lah pulak.Boh Jan, boh sia, pemain kembar, pemain berasal dari negeri mana pun diketahuinya,naik pelik dan ajaib aku padanya.
 
Bertambah gamat lagi apabila aku dan isteri mempunyai pasukan pilihan tersendiri,aku pilih ATM manakala dia pula sokong Kelantan.Aku sokong ATM sebab aku Veteren ATM, manakala dia suka kelantan sebab sentimen kenegerian,anok jati Kelate lah katakan....Apabila aku kata "bedil ATM bedil" dia pula kata "gomo kelate gomo". keh...keh...keh...

Apabila satu gol "betina" merobos masuk kegawang  gol ATM aku sudah mula gelisah,aku kata ATM akan bolih sumbat dua gol tetapi kalah menang tak bolih nak jaminlah,setelah melihat aku gelisah tiba tiba dia masuk kedapur kemudian dibawa secawan kopi dan semangkuk cuk kodok atau orang kampung sini panggil jemput jemput pisang.Dalam hati aku berkata kalau beginilah sikapnya "sapa tak sayang bini oii..." keh... keh...keh...bersambung....
 sambungan-
maaf....saya rasa ada orang yang tidak bersetuju jika saya berkata hanya melayu yang suka pada bola sepak.Jika diteliti memang betullah bukan hanya melayu yang suka pada bola sepak sebabnya bola sepak itu bukanlah berasal dari permainan asli orang melayu,ianya hanya menumpang dari permainan yang terlebih dahulu dipopularkan olih bangsa eropah.Jadi apakah permaianan orang melayu yang asli?jika ditanya saya sudah tentu saya jawab bola sepak raga,kerana apa? sejarah telah membuktikan dizaman pra sejarah kesultanan Melayu dahulu kala pun telah pun berlaku pertengkaran diantara sekumpulan kerabat diraja yang sedang bersiar siar dikampung tiba tiba bola sepak raga telah melantung terkena kepala raja tersebut.Dari situ timbul salah faham bahawa penduduk kampung iaitu anak muda yang bermain bermain itu telah cuba menjadi pengacau kepada rombonga keluarga diraja berjalan jalan.Saya rasa semua orang telah terbaca sejarah ini kerana setiap buku tek sekolah rendah pun telah terselit cerita tersebut.

Adapun apa yang saya perhatikan berkenaan permainan bola sepak (diMalaysia) pada hari ini ianya telah banyak dimonopoli olih orang melayu terutamanya para pemainnya, jika ada pun bangsa lain hanya bolih dibilang dengan jari,bangsa cina "jarang jarang' ada,malah ada negeri negeri tertentu langsung tidak ada pemain berbangsa cina,kenapa? apakah bola sepak tidak bolih dijadikan satu kerjaya yang bolih menjamin kehidupan masa depan mereka? atau pun terdapat diskriminasi kaum didalam erena permainan bola sepak?
Bila bercakap soal pendapatan sudah tentu permainan bola sepak bolih dijadikan 9/10 punca rezeki,ambil mudah perkiraan,satu orang tiket berharga rm 50 jika didharab 80.000 orang sekali jual...sudah hampir setengah juta,pada saya lebih baik cari rezeki secara ini daripada menghalalkan judi walaupun bola sepak masih terdapat elemen elemen yang tidak menepati amalan agama islam contohnya dari segi menutup aurat ataupun pengabaian menunaikan amalan bersolat.

Meskipun bergitu sukan lain seperti Perahu Layar piala Monsun,sukan Motor Cross yang kini diadakan secara tahunan olih kerajaan negeri Terengganu masih lagi tidak mendapatkan keberhasilan khususnya bagi golongan rakyat terbanyak,menafaatnya hanya dapat dikecapai bagi segelintir golongan sahaja,semasa saya pergi menyaksikan sukan Layar pada suatu ketika dulu masih terdengar suara suara mereka yang tidak menyukai sukan air ini,katanya sukan ini tidak mendapat sambutan daripada penduduk tempatan jauh sekali untuk turut sama mengambil bahagian melainkan katanya hanya setakat bolih mempromosikan negeri Terengganu didalam peta dunia,itu sahaja.....

tok ayah su-mengaggap sukan satu hiburan  yang menyihatkan...

Jumaat, 5 Oktober 2012

Cerita perihal Tongkat...


Salam hormat!
Satu cerita humur kanak kanak yang pernah saya dengar dan mungkin orang lain juga sudah tahu,tetapi apa salahnya saya imbas kembali bercerita manalah tahu ada diantara pembaca yang belum mengtahuinya,walaupun ianya dituju kepada kanak kanak namun jika diteliti bolih dijadikan pengajaran berguna untuk orang dewasa juga..ceritanya bukan sekarang, nantikan dulu dilain masa...
sambungan terkini:
sebenarnya saya berhasrat atau teringin mahu menjadi penulis dengan nama pena tongkat warant namun setelah saya ketahui nama tersebut telah pun digunakan olih orang lain jadi saya mengambil keputusan untuk mengunakan nama pena berkenaan dengan tongkat juga tetapi namanya "Tongkat Langit".Ewah...sedap juga rasanya nama pena tersebut.Tetapi yang dibimbangi nama tersebut sedikit keras atau pun seolah olah seperti ada kuasa luar biasa pulak sehinggakan ada tongkat yang bolih menungkat langgit,sedangkan yang berkuasa meruntuh tatkala berlakunya hari khiamat mahupun ketika  membinanya sejak dahulu kala pun  adalah maha pencipta iaitu Allah S.W.T ,tetapi jika nama pena ku menjadi "tongkat langgit" disini adalah memberi maksud "reverse psikologi" iaitu setiap orang tidak akan hidup dan berkuasa buat selama lamanya.

Diceritakan juga didalam AlQur"an nurkarim sesungguhnya Raja Firaun mempunyai tukang tukang sihir yang mempunyai tongkat yang berkuasa sehinggakan bolih menjelma menjadi ular namun dengan kuasa Allah S.W.T juga ular jelmaan dari tukang  sihir Firaun  tersebut telah dapat dikalahkan dengan kuasa tongkat dari nabi Musa a.s dimana tongkat nabi Musa a.s juga bolih bertukar menjadi Ular yang lebih besar dan dapat menelan kesemua  ular ular ahli sihir Firuan.Jesteru itu ahli sihir firaun yang arif tentang ilmu sihir sudah tahu dan yakin bahawa tongkat Nabi Musa a.s itu adalah bukan satu kerja sihir tetapi benar benar terjadi dari kurnian mukjizat tuhan Musa.Akhirnya Ahli sihir Firaun telah menjadi pengikut Nabi Musa a.s. dan meninggalkan kekuasaan kerajaan Firaun.

Ada pun cerita humur kanak kanak yang mahu saya ulang cerita ialah berkenaan sekumpulan binatang yang tinggal dihutan belantara,ceritanya bermula apabila seekor kancil yang menjadi IKON kepada binatang lain kerana dek kepintaran dan kecerdikan nya telah pada satu hari turun ketebing sungai untuk mengambil beberapa biji buah yang sedang mengalir perlahan dipinggir air, ketika sedang asyik mengait gait buah dengan sebatang tongkat tiba tiba "brumm...."datang seekor buaya menerkam kaki sikancil. "hai...kancil kenapa engkau kutip kesemua buah  buah yang ada disini? nanti jika aku sudah tiada makanan, kelak dengan tubuh badan engkau itu sendiri akan menjadi mangsa aku' Marah sibuaya sambil mengertak. "tolong....sibuaya lepaskan aku,engkau lihat diseberang sungai sana terdapat lebih banyak lagi buah buah yang bolih aku tolong kaitkan buat engkau dengan tongkat aku ini" rayu sikancil sambil berjanji."betulkah engkau bolih dapatkan buah buah yang banyak diseberang sungai itu untuk aku?" tanya buaya untuk mendapatkan kepastian."betullah....tapi aku tidak dapat berenang kesana sebab aku takut dihanyutkan arus tambahan pula ramai dari buaya buaya lain yang akan menerkam aku" Suasana perundingan antara sikancil dengan sibuaya sedang berjalan."habis tu macam mana caranya wahai sikancil engkau mahu tunaikan janji"tanya sibuaya lagi."begini...wahai sibuaya,engkau mintalah  tolong dengan kawan kawan engkau itu beratur panjang terapung dari tebing sungai ini sehingga sampai ketebing sungai sana, kemudian bolihlah aku meniti buat sebagai jambatan ".Jawab sikancil memberi jalan penyelesaian masaallah."ooo....begitu,itu senang aje bah,bisa diaturkan."baiklah aku akan lepaskan engkau kancil,tetapi engkau jangan cuba hendak main kotor untuk menipu aku,nanti dimasa akan datang jiwa engkau tidak akan selamat"lagi sekali sibuaya memberi amaran pada kancil."baiklah...aku betul betul berjanji tidak akan tipu engkau wahai sibuaya".Penjanjian diantara sang buaya dan sikancil pun termeterai lalu kancil dilepaskan. Setelah sibuaya menghimpun sibuaya buaya lain dan beratur panjang sebagaimana permintaan yang dikehendaki olih sikancil maka berkata sikancil "wahai sibuaya nampaknya anak buah kamu itu begitu ramai jadi aku rasa ianya (buah itu) tidaklah mencukupi untuk engkau bahagi bahagikan kepada buaya buaya lain,tetapi jika engkau hendak juga aku ada satu cara lagi" 'Jadi bagaimanakah cara itu wahai kancil"tanya siketua buaya."begini....sut.. .sit... sut... sit... sut...sit (sikancil berbisik perlahan lahan dengan siketua buaya itu) "okey...okey....aku setuju"kata ketua buaya.....bersambung lagi....

sambungan- mungkin sudah ada dikalangan pembaca tertanya tanya apakah dicakapkan olih sikancil yang menyebabkan begitu senang dipersetujui olih siketua buaya.Bila dah bersetuju maka tanpa berlengah lagi sikancil memulakan memijak menaiki belakang buaya buaya untuk menyeberang kesebarang sungai,sambil berjalan sambil membilang "satu untuk aku....satu untuk engkau... lekok" kancil mengetuk kepala sibuaya yang dipijak itu dengan tongkatnya. Ada yang pening pening lalat dan ada yang termuntah macam orang mabuk todi selepas dikena ketuk.Membilang dan terus membilang satu persatu sehinggalah sikancil selamat sampai keseberang sungai.Tanpa disedari olih sibuaya buaya lain sikancil terus mengait dan membahagikan buah buah yang dikait itu hanya diantara dia dengan siketua buaya sahaja sedangkan sianak buah buaya yang lain tertunggu tunggu bilakah akan habuan mereka akan dibahagikan.Setelah sekian lama menunggu tidak tidak juga ada habuan mereka akhirnya ada yang naik marah marah lalu bertanya "mana bahagian kami semua,asyik asyik kamu berdua sahaja yang dapat?"anak buah buaya yang ramai itu memberontak dan marah marah dan terasa semacam mereka sudah tertipu.

"macam ni...."siketua buaya memulakan jawapan "kalau kamu semua mahu saya bolih berikan tetapi hanya sedikit seorang sahaja yang akan dapat jika mahu lebih banyak kenalah kamu membayar Tol terlebih dahulu kerana pokok pokok buah ini telah diswastakan sebagai saham FGV kepunyaan sikancil,jika anda semua membayar sedikit untuk saham ini maka dividennya nanti akan diberikan kepada anda semua bila sampai masa tempohnya dikemudian hari, harap kamu semua faham' jelas siketua buaya panjang lebar. "ooo... begitu,rupanya kamulah yang menjadi tali barut bersubahat dengan kancil dengan memperalatkan kami ya? luah sianak buah kancil yang sudah mulai sedar rupanya ada agenda tersembunyi diantara boss mereka dengan sikancil yang licik itu. Hubungan diantara ANAK buah dengan siketua buaya telah retak dan terkeduh hati tetapi tidak kurangnya ada juga yang bersetuju dengan penjelasan dan mahu menyokong ketua mereka.

Olih kerana masih ada mandat yang diberikan kepada siketua buaya maka tertubuhlah pembinaan lebuhraya ber"TOL" merentangi sungai dengan segala kemudahan pasarananya mahupun tender kontrek projek dan juga peluang kerja diadakan secara terbuka disini.Namun pekerja yang mahu dipilih berkhidmat hanya terdiri dari golongan muda yang berumur tidak lebih dari 45 tahun kebawah sahaja.

Demikianlah berakhirnya kesah Tongkat walaupun banyak lagi yang tidak disentuh contohnya tongkat cogmar,tongkat dimembar masjid,tongkat warant tentera dan lain lain tongkat tetapi yang pasti didalam cerita ini tongkat kancillah yang ada "power" setakat ini....

tok ayah su-pernah melihat tongkat warant terbang....

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan