arkib

Sabtu, 26 Januari 2013

Dairi kehidupan 6 (sambungan akhir )

salam hormat!
Tak tahu macamana nak buat dah....asyik asyik line internet terputus ,nak kena buat buat report 100 memanjang, dah naik jemu,macam mana nak menulis kalu lagu ni....selepas 24 keadaan line dah agak stabil sikit jadi akan saya ambil kesempatan untuk menyudahkan sedikit lagi siri sambungan akhir dairi kehidupan ini.Difahamkan dari sumber cakap penduduk kampung katanya line atau cabel bawah tanah telah dicuri, bergulung gulung panjangnya walhal ada diantara penduduk sedar kejadian pada malam tersebut tetapi disangkanya perlakuan adalah pekerja dari TM sebab cara kerjanya amat profesioanal dengan macam macam alat kelengkapan yang ada tetapi sebaliknya itu rupanya sipencuri cabel....berbagai bagai  cara peliik dan aneh kerja penciri dizaman ini.

Berbalik kepada siri pertama dulu,apabila berbual bual ketika dimajlis kematian bapa saudara isteri ku dulu itu maka terdengar macam macam perkara ditelinga.Terdapat seorang pembual itu yang agak banyak bercakap macam orang bersyarah hal agama,katanya dizaman Nabi dulu terdapat seorang yang hanya baru sahaja memeluk islam tetapi besok harinya dia meninggal dunia didalam pertempuran,tetapi telah dijamin olih nabi sebagai penghuni syurga,analoginya buat amal sedikit tetapi sudah dapat untung banyak (syurga) Sepanjang tempoh hayat saya pernah juga terlihat sendiri orang yang mengaku melayu tetapi tidak pernah kenal air sembahyang apatah lagi untuk hadir bersolat Jumaat diMasjid. Jadi tertanya sendirian kemanakah arah tuju siPolan ini setelah berada diakhirat nanti? maka kerana itu setiap kali saya melihat orang melayu yang sedang nazak pasti akan saya menasihatkan kepada ahli keluarganya supaya sering membisik bisik kepada sipesakit itu agar mengucap 2 kalimah syahadah.Dengan itu mudah mudahan dapat dihitung kira berapa berat amalan baik dengan kerja kurang baik jika ada pada masa hidup lampaunya.
Namun begitu bukan bermakna kita bolih bergoyang kaki tidak mahu melakukan amal ibadat sehingga ditunggu sampai kehujung nyawa.Fir"aun pun tidak diampun tuhan tatkala dia mahu mengaku tuhan (Allah) Musa a.s.

terkini: Tulisan diatas tergantung tidak dapat disiapkan kerana masaallah line yang terputus jadi idea nak menulis pun jadi terputus putus juga...olih itu tulis sajalah apa apa yang terlintas dikepala.
Adapun kesah yang hendak disambung cerita ialah seperti yang dijanjikan iaitu perihal aku berada dikem Bt10 Kuantan.Walau pun corak kerja disini agak rengan sikit berbanding ditempat lain akan tetapi tanggungjawabnya lebih besar,almaklumlah sudah ada berpuluh puluh orang anak buah dibelakang yang perlu dijaga,jadi macam macam hal dan kerenah yang dihadapi,tetapi itu semua senang ditangani sebab pengalaman ditempat lain sebelum ini sudah dapat dibuat tauladan dan pengajaran.Kalau nak diikutkan kepada perjawatan sebenar memanglah ada Kapten sebagai penolong kepada ketua Pasukan,tetapi entah bagaimana bertahun tahun pengawai itu hilang absent tidak balik balik semula keKem dan tidak diganti.Disebabkan pengawai itu tidak ada maka Modul yang sepatutnya diajar olih beliau mahu tidak mahu sayalah yang akan mengantikan tempatnya begitulah juga dengan hal pentadbiran anggota,Masaallahnya gaji kecik je tapi kerja lebih....

Penyakit PHD ini ada dimana mana,olih kerana gaji kecik anak sekolah ramai,terpaksalah saya rengan rengankan tulang berkebun dibelakang Quaters,tetapi sedang elok hendak dipetik hasil tiba tiba mendapat arahan dari pehak atasan supaya semua (bukan saya seorang) yang berkebun mesti dimusnahkan, maka berputih matalah kami....nasib baiklah masa itu ikan sayur dipasar masih murah,bolih dibeli secara longgok dan segar segar lagi....Tergantung lagi atas sebab yang sama tetapi telah menghubungi pehak TM (100) untuk membuat aduan kerosakan. Harap harap selepas ini tiada lagi masaallah.

Dalam pada itu dipasukan ini juga ada ditumpangkan seorang pegawai agama (ustaz) KAGAT,jadi jika terdapat aktiviti syarahan agama dan lain lain majlis agama maka tenaga utama yang akan memimpin ialah olih ustaz inilah.Jika ketiadaan ustaz ini untuk setakat membaca doa selamat disetiap perbarisan pagi sayalah yang akan mengantikan tempat beliau.Pada mulanya saya tidak menyangka bolih berbuat demikian,akan tetapi apabila pada suatu malam terdapat seorang anak buah yang mahu mengadakan majlis doa selamat mungkin diatas sebab sebab tertentu ustaz yang dijemput tidak dapat menghadirkan diri, pada malam itu saya lihat masih ada orang orang tua kampung bersama didalam majlis,jadi saya sangka sudah tentu orang orang yang lebih tua bolih dan lebih tahu untuk sekadar membaca doa.tetapi sebaliknya tidak.Berpunca daripada situlah saya mula berazam dan mahu menghafal doa doa dan alhamdulillah, dalam masa yang singkat sahaja saya sudah dapat mengingati dan menguasi sepotong dua ayat ayat doa,untuk selepas itu tiada lagi timbul masaallah jika seandainya ketiadaan ustaz tersebut untuk sekadar mengetuai majlis doa selamat...inilah kelebihannya jika pasukan ada anggota yang mempunyai pengtahuan asas pendidikan agama.Bukan niat saya hendak membanggakan diri cumanya sekadar hendak memaklumkan bahawa didalam keadaan keadaan tertentu mereka yang ada didikan akedemik samata mata tidak mencukupi....

Tidak lengkap saya kira jika didalam penulisan ini jika tidak disentuh serba sedikit perihal perihal  politik, sebagaimana ramai yang sudah sedia maklum,memanglah terdapat arahan dan larangan tertentu apa yang bolih dan tidak dibolihkan bagi seorang tentera untuk berpolitik,antara laranganya tidak bolih menjadi ahli bagi mana mana pertubuhan parti politik sama ada kepada parti kerajaan sendiri atau parti pembangkang. Olih itu  dengan sendirinya seorang tentera itu tidak bolih membuat sebarang keputusan mengenai apa juga berkaitan dasar parti dan sebagainya.Akan tetapi dibolihkan menyertai untuk bersama sama menyokong mana mana parti politik yang menjadi pilihan mereka dengan bersyarat tidak bolih mengambil bahagian didalam sebarang aktiviti aktiviti yang dianjurkan melainkan setelah mendapat kebenaran dari pasukannya terlebih dahulu.Adapun larangan ini tidak tertakluk kepada suami atau isteri seandainya mereka itu orang awam (bukan tentera).Olih kerana itulah apabila disuatu hari meja pendaftaran SPR dibuka isteri saya telah mengisi borang untuk membuat pertukaran alamat terakhir dimana beliau tinggal sekarang.Manakala saya sendiri, segala urusan kerja berkaitan telah dibuat olih pehak pasukan.Beberapa bulan selepas itu melalui anggota dispatch saya telah meminta beliau tolong berhubung dan bertanya di ibu pejabat SPR akan status permohonan pertukaran alamat isteri ku dulu itu,tetapi malangnya nama sudah tiada (hilang) didalam simpanan rekod SPR....jadi untuk tahun tersebut tidaklah isteri ku mengundi didalam pilihan raya ke10 tersebut. Sudah rugi satu undi....bersambung....

Selasa, 22 Januari 2013

Dairi kehidupan 5

Salam hormat!
Walaupun sahari dua ni mood untuk menulis agak terganggu dek kerana berlakunya sedikit musibah yang diuji olih tuhan sebagaimana yang telah saya ceritakan dalam siri ke4 yang lalu,namun begitu saya akan tetap gagahi juga jari jemari ini semampu mungkin bagi membolihkan saya menyudahkan apa yang akan tersirat disebalik paparannya nanti,Mudah mudahan  Dairi Kehidupan bersiri ini dapat ditatapi olih generasi anak anak hendaknya,dengan itu sekurang kurangnya mereka bolih mengtahui apa jua sekelumit yang dimiliki olih bapanya kini adalah hasil dari warisan nenek moyang mereka dan juga termasuklah sedikit keringat yang dicurahkan olih kedua orang tuanya.Jesteru itu diharapkan mereka juga kelak akan dapat menilai betapa mahalnya harga sebuah perjuangan olih orang orang yang terdahulu.

Kebiasaanya bila disebut semangat petrotik maka ianya lebih senonim dengan semangat yang dituinjukkan olih Anggota Keselamatan khususnya tentera dan juga polis.Kerana itu apabila semalam saya menonton filem "Sarjan Hassan" lakonan Allahyarham Tan Sri P.Ramli,lalu terpanggil saya untuk memberi sedikit komen. Sikap cemburu positif untuk menyaingi Aziz yang terpilih menyertai pasukan askar melayu menyebabkan siHassan melanggar perintah larangan dari bapa angkatnya yang pada mulanya melarang beliau menjadi seorang askar..Sjn Hassan mezahirkan semangat sayang pada kerjaya tentera pada pertengahan cerita,pada awal dia hanya dicabar olih aziz dengan mengutuknya sebagai pengecut.Setelah mendapat bimbingan dan juga tunjuk ajar serta dorongan semangat dari jurulatihnya itu telah membuatkan dia semakin meminati kepada kerjanya itu.Lalu timbullah babak babak petrotik untuk berperang menentang anasir kuasa luar.Miski pun itu hanya filem dan tidak mungkin sama dengan realiti sebenar namun begitu terdapat pengajaran yang juga bolih dikutip daripadanya, contohnya sikap buruk seorang bekas penduduk asal kampung itu yang telah menjadi alat (tali barut) kepada pehak musuh lalu melakukan kekejaman kepada kaum kenalannya sendiri..
Apa kaitannya pula dengan saya? walaupun saya tidak setanding dengan Sarjan Hassan atau seberani seperti Pahlawan Kanang Anak Langkau atau pun dengan mereka mereka yang sewaktunya,tetapi disini biarlah saya berterus terang, saya menyertai tentera atas kerelaan sendiri tanpa ada paksaan dari mana mana pehak, itu pun setelah tentera menjadi pilihan terakhir dalam langkah menncari pekerjaan diwaktu itu,pada awalnya memang begitu,namun setelah khawin dulu bercinta kemudian bab kata pepatah "tak kenal maka tak cinta".jadi minatnya telah timbul kemudian,lebih kurang hampir sama dengan sarjan Hassan tadi.Apabila saya menyaksikan dan mengalami sendiri betapa kesungguhan rakan rakan seperjuangan sehingga ada tercedera dan gugur dalam pertempuran dengan anasir komunis atas dasar berjuang demi agama,bangsa dan tanah air maka betapa tergurisnya hati apabila didapati dengan senangnya mereka yang memegang tampuk pemerintahan secara mudahnya menjual gadaikan tanah air yang juga dipanggil tanah rezab melayu/bumiputra itu satu persatu..Jadi sudah terang lagi bersuluh kami (Tentera) ini hanya seolah olah dijadikan alat atau diperalatkan sahaja.Siapa lagi pehak berkuasa pada ketika itu jika bukan kerajaan Umno/BN.Jadi semangat petrolik yang kami perjuangakan menjadi sia sia.
 Diatas kesedaran itu timbullah pula sikap ingin menentang sesiapa sahaja yang cuba memperalatkan kami (tentera),Jesteru itu ketika berada diKem Bt10 Kuantan saya telah memilih parti pembangkang sebagai platform untuk menentang golongan UBN ini,namun begitu sekali lagi apabila timbulnya isu pemberian tanah kepada pehak luar dibawah kerajaan Pas Kelantan,maka saya jadi keliru didalam suasana dilema,apa tidaknya, ku harap kerajaan Pas tidak sama dengan UBN tetapi yang terjadi sebaliknya,soal tanah bukan calang calang isu,sekitar akhir tahun 70an lagi telah berlaku,bagi mengatasi perkara sedemikian terjadi terdapat ramai dikalangan rakyat kelantan keluar berhimpun dijalanan berdemotrasi memprotes juga dengan isu yang sama iaitu tanah tergadai....

Seperti yang pernah saya ceritakan dalam artikel artikel saya sebelum ini,sejak sedari kecil lagi saya telah pun merasi keperitan hidup secara menumpang ditanah sendiri setelah diambil olih orang secara penipuan. Jadi saya amat faham betapa azab sengsaranya apabila kita tidak mempunyai apa apa,walaupun tidak sehebat kesusahan dizaman Jepun seperti yang dicerita olih nenek moyang dulu akan tetapi kesan psikologinya menusuk kalbu dan bolih menganggu emosi harian.Orang yang tidak pernah merasinya dan tidak pernah terkena kepada batang hidung sendiri pasti tidak akan merasa apa apa kesan dan tekanan langsung darinya,namun sejarah itu tidak mungkin tidak akan terkena kepada anak cucu cicit mereka pula buat pada masa akan datang. Dimasa itulah akan terasa bagaikan menangis tidak berlagu....kata lagu P.Ramli "nak ku nangis tiada berair mata...."dan diwaktu itulah juga mungkin baru nak tersedar betapa mahalnya sebuah perjuangan....Jika sepasang burung pun memerlukan sebuah sarang untuk meneruskan kehidupan apatah lagi bagi seorang insan yang bernama manusia,sudah tentu mereka memerlukan tanah air bagi menjamin keselesaan masa depan kehidupan mereka...

akan bersambung dengan imbasan kembali apa yang berlaku diKem Bt10 Kuantan....insaallah....

Isnin, 14 Januari 2013

Dairi kehidupan 4

salam hormat!
Saya ada seorang kawan yang ada nama gelaran Mat Motif,setiap kali berbual dengan dia jika membabitkan sesuatu perkara atau isu pasti akan ditanya "apakah motifnya?" sekali dengar macam pengawai penyiasatlah  pulak gayanya,tetapi itulah tabiat semula jadinya,olih itu jika dia melihat kepada perhimpunan KL112 ini pasti saya dapat agak dia akan berkata "motif nya ialah untuk mencari  dana",itu klu kepada perhimpunan ini yang akan dilebelkan olih beliau.Walaupun matlamat disebaliknya untuk mengukur sejauh mana dan seramai mana sambutan yang akan dan telah diberikan olih orang ramai itu belakang kira.


Seorang lagi kawan terlekat dengan gelaran "Din Autority" antara sebabnya dia terlalu berpegang kepada hitam putih surat kebenaran atau kelulusan dari mana mana pehak sebelum dia melakukan sesuatu,jika tiada surat jemputan atau lain lain surat yang berkaitan jangan diharap dia akan melakukan perkara atau tugas tersebut.Apatah lagi jika diarahkan kena pergi ketempat perhimpunan sebegini...itulah perangai "Din Autority", terlalu street dan ikut buku...bersambung....

sambungan> semenjak dua menjak ni mood saya untuk menulis menjadi sedikit suram,ini kerana disebabkan terdapat satu musibah yang berlaku, anak telah ditimpa kemalangan,ceritanya dia hanya menjadi pembonceng untuk kesebuah warung makan disuatu malam dijalan yang tiada mempunyai lampu jalan,apabila dikatakan motor yang ditumpanginya itu telah brek mengejut untuk mengelak dari terlanggar sebuah motor dihadapan yang tidak memasang lampu maka kerana itu dia jadi melambung jatuh dan terdapat banyak juga luka luka dibadan dan dikepala.Alhamdulillah....kesakitannya telah semakin pulih dan telah pun keluar dari hospital,sepanjang masa 4 malam 3 hari emaknya telah menemaninya  disemasa berada dihospital,secara kebetulan YB Adun Bukit Payong telah melawat seorang kenalan beliau yang juga telah ditimpa kemalangan ketika pulang dari menghadiri perhimpunan HKR KL 112 tempoh hari lalu disinggah juga kekatil anak saya dan turut menghulurkan sedikit buah tangan,jadi dikesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan terima kasih.Manakala peserta HKR KL112 yang kemalangan itu tadi kelihatanya masih parah dan sekali sekala kedengaran meraung raung kesakitan.Didoakan kepada beliau agar cepat sembuh,insaallah... 
Sementara itu seorang lagi kenalan Sdr Roslan yang juga seorang bekas tentera dan kini tinggal diHulu Terengganu juga telah menjadi penghuni hospital,sejarah sakitnya sudah lama dan hampir separuh urat saraf badannya lemah juga sering berulang alik kehospital untuk mencuci darah tetapi kesah terbaru beliau telah terjatuh tangga dirumahnya dan kini dalam rawatan diHospital K.T, jadi PBTM Hulu Terengganu diharap bolih ambil perhatian kerana difahamkan beliau juga merupakan seorang ahli pertubuhan itu.Duit Rm 1,000 untuk bekas tentera tidak berpencen itu bagaimana? bersambung lagi....

Khamis, 10 Januari 2013

Dairi kehidupan 3

salam hormat !

Dalam siri penceritaan dairi kehidupan 2 yang lalu saya memaparkan bagaimana situasi berdepan dengan  tugasan saya untuk menangani kerenah anak buah dibawah tanggungjawab yang saya kira begitu mencabar kesabaran diri dalam pada untuk membentuk disiplin mereka.Ini kerana kebanyakkan rata ratanya berasal dari utara olih itulah sebabnya mereka lebih tahu mana mana lubang lubang tikus untuk meloloskan diri, bagaimana nak menyelamatkan diri,siapa siapa orang terpengaruh yang bolih menjadi tempat mereka bergantung harap serta lebih tahu untuk merebut peluang peluang yang ada dipersikataran.Pendek kata ada yang diibarat "tak makan dek saman".Bersikap nelang nelang belaka,orang utara kata "cege cege",pantang ditegur nak melawan balik dan cepat melenting..Namun begitu sikap setia kawan sesama mereka tetap terjalin,itulah satu kelebihan yang bolih dipuji,Sebab itulah agaknya mereka terus bertindak balas menyerang keatas balai polis apabila didapati salah seorang rakan mereka dikasari olih pehak polis dengan alasan mahu membalas dendam,  kes ini bukannya calang calang,.bukan  kecik kecik anak malah melibatkan tembak menembak dan mengorbankan salah seorang anggota tentera.itulah gambaran cerita yang disampaikan kepentahuan saya.Begitulah keadaannya seumpama ibarat api yang menyala jika disimbah dengan minyak akan bertambah marak lagilah jawabnya,jadi disini memerlukan satu keadaan yang ada cara seakan bertarik tali bagaikan bermain layang layang sekejap lepas sekejap tarik.

Sekali lagi saya berdepan dengan pilihanraya umum,tetapi kali ini saya tidak nampak bayang bayang kertas undi untuk saya memangkah sedar sedar siap beres semuanya. Entahlah...agaknya ada tangan tangan ghaib yang mewakili saya, tetapi bolihkah begitu?
 Selepas menghadiri satu lagi kursus kerjaya,secara senyap saya menyimpan hasrat untuk ingin kembali bertugas diKuala Lumpur.,entah bagaimana hasrat saya tercapai dimana bukan saya sahaja bahkan dengan satu pasukan sekali kena dipindahkan kesalah satu penempatan kem Wardiburn Setapak, bersiap sedialah dengan tuku lekar, tikar bantal periuk belanga kesemua anggota untuk dibawa keKem Baru,Ada anggota memohon masuk kequaters yang baru sahaja siap dibina Manakala aku pula dalam delima sebab nama dalam senarai untuk ditukarkan lagi kekem Bt 10 Kuantan.Untuk sementara aku tinggallah diMess bujang sambil menunggu pegesahan surat perpindahan, anak isteri pula dihantar balik tinggal diKampung buat sementara...bersambung....

Sambungan> Suasana pekerjaan dikem baru ini adakala saya tidak bersehaluan dengan tingkah laku seorang pegawai no2 pasukan,caranya memberi sesuatu arahan ternarnpak sangat begitu ketara bahawasanya seolah olah seperti  mahu membuli,apa tidaknya, sekejap sekejap panggil sekejap panggil hampir berbelas kali sehari, berdering dering talipon meja dicallnya minta saya pergi berjumpa dia dipejabatnya, berselang tak sampai 10 minit sekali, maka berulang aliklah saya kepejabatnya yang terletak kira 50 meter dari pejabat saya,Bila dah masuk kepejabatnya diarahkan membuat itu dan ini walaupun kerja itu tidak sepatutnya (bukan) dibawah bidang tugas saya,nak kata dia bodoh,terfikir pulak macam mana pegawai ini bolih menyandang pangkat kapten,dalam bahasa manisnya saya anggap dia cerdik sikit daripada lembu. Untuk tidak mahu bertengkar panjang saya hanya mengangguk dan berkata "BERES" sahaja setiap arahan yang diberikan itu.Selepas itu saya abaikan dan pergi kelain iaitu membuat skop tugas saya sebenar,itulah menyebabkan dia naik berang dan sering menganggu saya.Kemuncak kemarahan dia tidak mahu meluluskan permohonan cuti walaupun dia tahu cuti itu adalah untuk membolihkan aku balik kekampung melihat isteri aku yang baru sahaja melahirkan anak

Dalam suasana kerja yang sering dikacau ganggu dan terlalu banyak campur tangan dalam banyak hal olih pegawai itu membuatkan saya menjadi sedikit stress kemudian ditambah balik kerja untuk berehat keMess bujang keadaannya pula agak kurang selesa,bilik kecil yang sepatutnya hanya bolih dimuatkan 2 orang pada kebiasaannya akan tetapi disumbat sampai 4katil bercampur dengan almari lagi sudah tentu merimaskan dan menjadi sempit lagi panas,ini kerana bilik bujang mess juga terhad, aggota (PTT Kanan) lain juga masing masing ada masaallah sendiri,sebab itulah mereka juga turut sama tidak mahu membawa anak isteri,jadi berkongsilah kami duduk ramai ramai dalam satu bilik macam ikan sardin daa...tidur malam pula tidak berapa lena (agaknya bini aku dikampung juga sering sebut sebut) secara tak sekena mengena tiba tiba lagi sekali aku jatuh sakit dan dibawa olih rakan rakan kehospital,aku menjadi ingat ingat lupa dihospital mana dan dimana,yang aku ingat dihospital ini ada seorang Ustaz datang memberi tazkirah dan dalam majlis tazkirah itu aku bertanya dia siapakah imam Mahadi?aikk...pelik dihospital ada ustaz buat tazkirah agama...

.Direngkaskan cerita sampailah masa aku berpindah keKem Bt10 Kuantan pula,disini corak tugasan aku sedikit berbeza,jika diKuala Lumpur dahulu aku pernah dipinjamkan untuk berkhidmat sebagai Jurulatih Memandu akan tetapi disini aku pula menjadi penyelia kursus alias sebagai jurulatih ilmu ketenteraan seperti membaca peta,ilmu dimedan perang,ilmu berkawad,menembak dan pelbagai lagi disamping membuat tugas hakiki aku sebagai Sarjan Mejar Pasukan.

bersambung lagi.... selepas ini ada cerita bagaimana aku bolih mengantikan tempat ustaz KAGAT pula...

Isnin, 7 Januari 2013

Dairi kehidupan 2

Salam hormat!
Dalam bab pertama saya banyak mengesahkan kehidupan jatuh bangun susah senang dalam mengharungi liku liku kehidupan sebagai seorang tentera perpangkat rendah yang bergaji kecil untuk menyara kehidupan disebuah kota raya yang kesemuanya memerlukan perbelanjaan dari celik mata dipagi hari hatta kepejam mata dimalan hari kesemuanya memerlukan ongkosnya,kesemua atas kepandaian sendiri mengatur perbelanjaan,sama ada cukup atau tidak gaji yang ada itulah sahaja, dimana kadang kala gaji dipotong lagi sehingga tidak  terfikir apa sebab musababnya,bagaikan jatuh ditimpa tangga.Bila pergi bertanya dikatakan termakan lebih elaun penerbangan sabah serawak yang lewat dipublishkan.Untuk pengtahuan diawal perkhidmatan saya ditugaskan diLabuan Sabah,sebagai orang baru ketika itu manalah saya tahu mahu dipublishkan atau tidak turun naik kapal terbang kerana itu semua tugas kerani yang sepatutnya dilakukan.entahlah....pening juga kepala jika nak dikenangkan.

Mujurlah anak anak masih belum bersekolah cuma sekadar untuk membeli susu dan perbelanjaan harian  akan tetapi terbeban lagi apabila saya diarahkan menjalani kursus kursus lanjutan kerjaya,bukan free kesemuanya, ada yang memerlukan duit poket untuk menampung perbelanjaan kursus.Pergilah juga bertereh tereh mana mana ada baki dalam poket,ditinggalkan anak bini kerana tidak dibenarkan balik kerumah disepanjang masa kursus.Dalam kepala terfikir juga keadaan rimahtangga sebabnya dirumah sewa baru ku itu ada juga spesis yang suka skodeng,pernah disuatu malam aku berkejar kejar keliling kampung dengan sipemuda nakal ini. Geram punya pasal aku baling apa sahaja yang ada ditangan,beberapa hari kemudian aku dapat mengesan ada balutan dibetis kaki sipemuda itu, apabila aku pergi menghampirinya dia cepat cepat lari.

Sahlah dia yang melakukannya kerja tersebut.Pada malam kejadian aku sempat juga pergi kepublikfone untuk talifon 999 minta bantuan tetapi mereka tak juga sampai sampai. Keesokan harinya aku ada pergi berjumpa dengan orang yang dikatakan  punyai kuasa sedikit dikampung itu.Dia akui dikampung ini sememangnya ada budak nakal sebegitu tetapi susah sikit nak diramalkan siapa yang melakukanya,dalam hatiku berkata "patutlah kampung ini namanya kampung "Sungai Ramal" sebab penduduknya suka meramalkan sesuatu perkara".Dalam keadaan kerisauan itu dapat jugalah aku menyudahkan kursus malah mendapat tempat terbaik lagi, alhamdulillah...

Habis kursus aku minta lagi Quaters dengan memberi alasan rumah sewa kurang selamat selain dari ada kaki skodeng adakalanya disemasa aku balik bercuti dikampung rumah sewa pernah juga dipecah masuk tetapi apalah sangat barang rumah atau perabut yang aku ada,jadi sia sia sahajalah penceroboh itu,tidak dapat apa apa.Minta punya minta akhirnya dapatlah rumah quaters walaupun tidak luas tetapi agak selamat sebab berada didalam kawasan kem.Tibalah pula masa Pilihanraya Umum,aku jadi pengundi pos manakala isteri aku pula mengundi bersama orang awam disalah sebuah sekolah.Aku tidak segan mengatakan pada waktu aku pangkah parti BN dan aku juga menyuruh isteri aku juga memangkah BN sama.Jadi apakah aku dan isteri aku serta mereka yang sewaktu dengannya pada waktu itu sebagai kapir dan kalau kini aku pangkah parti Pas, apakah bererti aku telah menjadi seorang orang islam? jawab.... BERSAMBUNG .....

SAMBUNGAN>  Diatas tadi saya ada memberitahu bahawa saya pernah berkhidmat diLabuan,jadi adalah sedikit sejarah diri tercipta disini,aku memang aktif berlatih sukan termasuk bermain bola,sehinggakan ada sedikit peningkatan kebolihan aku lalu mahu diambilnya olih jurulatih untuk diangkat keperingkat mewakili pasukan tetapi entah bagaimana hasrat jadi terbantut disebabkan aku jatuh sakit secara tiba tiba,misteri juga...kalau ikutkan kata nasihat perubatan tradisiaonal, biasalah...jawapannya sudah "terkena buatan orang", nak dikatakan terkena buatan dari orang betina rasanya aku bukan kaki betina pada masa itu...tetapi kerana sikap ego aku yang tidak suka melayani mereka tatkala aku bersantai santai diwarung warung makan, mungkinlah juga agaknya...sememangnya aku famous dan dikenali satu Labuan almaklumlah bekas juara Larian Rakyat....aku mendapat tempat pertama dikalangan peserta yang beratus ratus orang menyertainya,lagi pun Labuan bukanlah besar sangat, pusing pusing dok tang tu jugak....itu sebabnya aku mudah dikenali.
 Selepas dari Labuan aku ditukarkan pula keKem lapangan terbang Pangkalan Chepa Kelantan.Ketika berada disinilah  aku banyak menyertai operasi operasi ketenteraan,antaranya operasi pemantauan pembinaan lebuh raya Jeli-Banding-sampai keGrik Perak.Disemasa ini masih lagi dikira kawasan hitam yang melibatkan ancaman dari anasir  Komunis, walaupun aku pada masa itu hanya sebagai pemandu/pengawal peribadi kepada pegawai pegawai yang terlibat akan tetapi tidak kering peluh juga dibuatnya. Bertemu dengan bekas dan kesan kesan pertempuran itu sudah menjadi perkara biasa.Ada yang masih berasap berapi,tetapi sebagai orang bujang yang masih belum ada tanggung jawab pada  keluarga  maka aku tidak ada merasa sedikit pun perasaan takut mahu pun gentar,jika ditakdirkan bertembung dan bertempur pun aku sentiasa bersedia.Almaklumlah darah mudalah katakan...Selain dari itu terlibat dalam operasi Banjir,dari Kota Baru sehinggalah keHulu Terengganu dan juga bertransit diKem Seberang Takir.Disemasa banjir sebegini fikiran sentiasa teringat akan rumah ibuku yang juga sering dinaiki air,pergi op banjir ditempat orang lain tetapi rumah ibuku sendiri bagaimana pula?mujurlah masih ada lagi adik beradik ku yang lain lagi ada bersamanya.Selain daripada itu latihan biasa dengan anggota tentera asing seperti New Zealand.

ehhh...ehhh...penceritaan ini berpatah balik keawal perkhidmatan ku  rupanya...okeylah selepas ini aku sambung balik semula kepertengahan kerjayaku.....tunggu....

sambungan>  seperti yang dijanjikan aku akan menyambung kembali kepringkat pertengahan kerjayaku, biasalah jika filem pun ada "flastback' apatah lagi tulisan novel ku ini.Selepas dari satu kursus kesatu kursus,aku hadiri mungkin dengan ditakdir rezeki anak sama dapatlah aku sejalit dua pangkat,itu pun setelah aku buat perangai gila gila sikit,ada ke patut arahan dari jabatan arah untuk kenaikan pangkat diperapkan olih pasukan,aku ada informer langsung dari "atas sana" akan surat hitam putihnya sebab itu aku berani buat buat pakai sendiri pangkatnya,melihat keadaan begitu barulah pasukan mengelabah biawak mengadakan upacara pemangkaian pangkat secara rasmi,jika tidak dok main bertangguh tangguh dari sehari kesehari. Selepas dari itu aku diberi tugas sikit atas iaitu menjaga ketua seksyen kenderaan selain kadangkala menjadi kerani kawalan keluar masuk kenderaan serta  membuat penugasan harian anggota.

Selang beberapa tahun kemudian aku ditawarkan lagi untuk kenaikan pangkat seterusnya tetapi dengan bersyarat aku kena berpindah tukar keutara semenanjung. Ada dikalangan anggota yang menolak kenaikan pangkat dengan alasan sudah selesa berada dikem ini tambahan pula ada isterinya yang berkerja dan ada yang mahu membantu isteri mejalankan perniagaan.Tidak dinafikan diKL kalau kena dengan gaya dan caranya memang mudah mencari rezeki sampingan.Akan tetapi bagi aku pula terasa ingin mengubah selera dan merasai cara hidup ditempat lain pula apatah lagi memang salah satu minat aku ialah suka mengembara, lalu aku pilihlah untuk berpindah,maka pergilah aku keutara dengan meninggalkan segala kemudahan dan kemewahan yang ada diKL itu.

Diantara cabaran aku berada disini ialah kesukaran mendipsiplin anggota.Sebelum kedatangan aku  dikem baru ini dikatakan satu tempat panas dimana anggotanya berani berani belaka sehinggakan keberanian mereka sampai bolih menyerang Balai Polis.Aku tidak tahu lah kesah atau punca sebenar, akan tetapi aku difahamkan meraka mahu menuntut bela diatas kekasaran yang dilakukan olih anggota polis kepada anggota tentera tatkala masa dalam tahanan polis diatas sebab sebab tertentu.Bagaikan bertemu buku dengan ruas seperti yang dijangka memang ada yang berperangai liat menjalankan tugas,ada yang datang kerja lewat balik awal, kadangkala sampai tak datang langsung pun ada.Ada yang seludup barangan dalam kem bawa keluar, pendek kata ada macam macam hal....aku bukanlah robot atau hero yang bolih menyelesaikan semua perkara masaalah disiplin sebegini akan tetapi dari sehari kesahari aku cuba bermotivasi ,berdamping secara baik lagi berdiplomasi dan adakalanya yang paling degil sampai mahu mencabar ajak bertumbuk pun ada....
Terdapat kes sikit sikit katanya asyik asyik dia yang jadi mangsa suruhan,jadi terpaksalah aku tunjukkan buku giliran bertugas siapa yang dah kena pergi dan kini giliran siapa pula bertugas, siapa yang dah pergi bercuti hari raya tahun lepas dan siapa yang kena pula bertugas pada hari raya tahun ini dan sebagainya jika tidak dibuat begitu perkara sekecil ini pun bolih menjadi pertikaian,alahai....poning kepala jugak nak jaga budak budak macam ni....sebab dikuala lumpur dulu tidak ada pun kes kes sebegini akan tetapi bila datang kekem baru ini lain pulak jadinya....Dalam keadaan begitu pun kerja tetap jalan juga....masih bolih dikawal dan masih ada kerjasama,buktinya setiap pemeriksaan tahunan kenderaan bolih lulus dengan cemerlang malah dengan kerjasama serta peranan yang turut dimainkan olih pegawai atasan semuanya dapat dibereskan sehinggakan bolih dapat johan lagi dalam pertandingan Kawad diantara pasukan pasukan sekitar....olih itu berhenti dulu disini akan disambung lagi kemudian....

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan