arkib

Jumaat, 18 Julai 2014

MH17 ditembak-apakah motifnya?

Salam hormat!
Sebelum ini saya pernah terbaca pergolakan yang berlaku diUkraine-Rusia, pernah melihat siaran keganasan bergambar dikaca TV namun tidak terlintas untuk mengambil tahu secara lebih mendalam tentangnya malah menganggapnya sebagai perkara biasa dalam mana mana konflik perebutan kuasa pemerintahan bagi mana mana kerajaan diluar negara.Setelah tiba tiba berita mengejutkan tersebar luas berkenaan kemalangan MH17 milik syarikat penerbangan negara (MAS) maka terasa terkedu dan terkejut amat sangat kerana tidak menjangka dalam tempoh hanya baru 4 bulan MAS telah kehilangan MH370 ghaib tak berkubur  lalu lagi sekali rakyat Malaysia digemparkan dengan berita baru pula yang juga melibatkan syarikat penerbangan yang sama, malang sungguh..sayu hati tak terkata buat seketika.

Dalam masa dunia mengikuti perkembangan keganasan Israil dibumi Gaza rupa rupanya nasib yang sama tapi tidak serupa turut juga menimpa negara Malaysia kita. Jika MH 370 banyak persepsi dan banyak anologi serta banyak spekulasi dilemparkan sesungguhnya hikmat disebaliknya tidak ada siapa yang tahu sehingga kini kecuali dibawah pengtahuannya jua.Pun begitu dek kerana kemalangan ini melibat satu perbuatan disengajakan yang dikatakan kononnya terkena tembakan tentera yang sedang bergolak dibumi Rusian-Ukraine maka saya amat teringin untuk mengtahui akan sejarah peperangan yang berlaku disana.Walau pun jauh nun disana malah saya sendiri tidak pernah pun sampai sejauh itu namun olih kerana maklumat pada hari ini bolih diekses dimana mana lalu saya membuka laman Wikepedia yang berkaitan.

Dari sedikit maklumat yang perolihi dapatlah saya membuat sedikit kesimpulan rengkas akan sejarah pergolakan yang berlaku diRusia-Ukraine sana.Dikhabarkan bahawa dahulunya nama asal Ukraine adalah diambil dari satu nama etnik Krimea,berada dibawah empayar Rusia kemudian diberi status outonomi, selepas sovietRusia terlibat dalam peperangan dunia ke2 pada 1945, status outonomi ditarik balik lalu Krimea ditukar nama keUkraine. Pun begitu sebilangan etnik krimea ini tidak berpuas hati kerana mereka bertegas mahu mengekalkan status outonomi.Maka mula timbulah konflik yang berpanjangan.

Yang terakhir pada bulan Feb 2014 tercetuslah satu Revolusi, ekoran daripada itu kerajaan yang ada digulingkan dan diganti dengan pemimpin kerajaan baru yang pernah menjadi pembangkan sebelumnya. Walaupun begitu masih ada terdapat dikalangan rakyatnya yang pro kepada kerajaan lama.Jesteru itu Rusia turut campur tangan, dengan bantuan Pro kerajaan lama mereka menentang pasukan pertahanan Ukraian dengan alasan kononnya mahu mahu memulihkan ketegangan.Tindakan Rusia ini dikecam olih beberapa negara luar seperti Amerika Syarikat,United Kindom, Perancis, German dan kesatuan negara Eropah.
Rusia terus berkeras mahu meneruskan usahanya dan tidak mahu mengiktiraf kerajaan baru Ukraine itu sebaliknya bertindak secara terang terangan menyokong President yang telah diguligkan itu iaitu Victor Yonokovych. Maka ujudlah kumpulan yang dilebelkan sebagai Pasukan Pemberontak proRusia.

Tetapi...tetapi mengapa MAS dimangsakan dan apakah motifnya? bersambung.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan