Salam Hormat!
Pada pagi kelmarin saya hadir mendengar kuliah subuh olih
Ustaz Hassan dari Pejabat Ugama,olih itu saya mahu perturunkan sedikit intipati
apa yang telah disampaikan olih
beliau,seandainya ada dikalangan pembaca yang sudah tahu atau pernah mendengarkannya
diharapkan anggaplah sebagai ulang tayang ataupun sebagai mengulangkaji ingatan
kita semula kepada apa apa yang pernah kita pelajari sebelum ini,jadi jangan
kemana mana bacakan sampai habis akan catatan ini nanti.
sisipan akhbar SH |
Firman Allah “kamu akan aku uji dengan sedikit ketakutan dan
kelaparan” olih yang demikian diBulan Ramadhan ini umat islam dtempat kita
hanya diuji sedikit sahaja masa untuk bertahan lapar dan dahaga jika nak
dibandingkan dengan kesusahan dan kelaparan olih saudara seagama kita dinegera
negara luar seperti Palestine,bosnia dan juga sesetengah negara yang umat
islamnya monoriti, sering tertindas dengan pehak pemerintah disana.Lihat sahaja
diutara Burma dan juga disatu wilayah kecil dibenua China,ada yang sampai tidak
dibenarkan menjalankan ibadat puasa.Jadi kita mengutuk sekeras kerasnya akan
sekatan hak berugama bagi berbuat ibadat olih sesuatu bangsa.Selain daripada itu ujian juga turut berlaku kepada para Mualaf atau saudara yang seagama yang baru memeluk islam.Pernah terpampang atau berita sedih dimana terdapat segelintir mualaf tidak diberi perhatian olih pehak yang dipertanggungjawabkan ,olih kerana mereka sudah tersisih dari kelompok asal jadi tiada lain tempat untuk mereka bergantung harap melainkan dari orang islam yang ada disekeliling,jika tidak mereka akan kecewa seterusnya berkemungkinan akan bolih berpatah balik jadi Murtad keagama asal nenek moyang mereka itu dahulu.Jadi olih kerana itu jangan kita (orang islam) jadi cepat teruja dan ghairah tanpa mengambil langkah "service after sale" (memberi khidmat bantuan susulan selepasnya).
Alhamdulillah umat islam dinegara kita masih bolih bebas
melaksanankan aktiviti keagamaan miskipun terdapat sedikit peraturan peraturan
tertentu yang perlu dipatuhi terlebih dahulu.Itu juga hanyalah merupakan satu
ujian kecil yang perlu ditangani dengan sabar sebagaimana ujian menahan nafsu
dan juga berlapar dahaga dalam masa cuma kira kira dalam lingkungan 12jam
sahaja sehari.Ada negara diEropah sana masa siangnya panjang dan masa malamnya hanya 4
jam sahaja,tetapi tidak berlaku begitu ditempat kita.Barang siapa yang dapat
menempuh ujian tadi maka Allah janjikan ganjaran pahala yang berlipat kali
ganda,sebagai contoh amalan sunat dibulan Ramadhan ini akan diberi ganjaran
sama perbuatannya dengan amalan wajib,yakni nisbahnya jika 1 rukun solat Wajib
bersamaan 70 kali gandaan berbanding pada hari hari dibulan biasa,satu solat
sunat nisbahnya bersamaan dengan satu solat wajib.Selain daripada itu masih ada
lagi satu bonos iaitu barang siapa memperolehi anugerah “Malam Lailatul Khadar”
habuan pahalanya pula bersamaan sama dengan 1000 bulan ramadhan,umur kita pun
hanya sekadar purata mati dalam lingkungan seratus tahun, mana nak cari sampai
seribu? Itulah bonusnya.
Olih sebab gandaan pahala begitu banyak ditawarkan pada
bulan ini,jadi untuk mengejar akan lain lain kebaikan yang sama maka umat islam
juga digalakan supaya memperbanyakkan memberi derma atau bersedeqah.Salah satu
satu saluran bersedeqah ialah dengan menunaikan kewajipan berzakat. Tak kiralah
samada zakat perniagaan atau zakat harta mahupun zakat fitrah,jika sudah cukup
nasab kiraannya maka wajib setiap umat islam mengeluarkan zakat dengan kadar
kadar tertentu mengikut kadar jumlah terakhir tahun yang ada dalam simpanan.Dan
ingatlah kata tuhan “akan terputus setiap amalan seseorang setelah kematiannya
melainkan 3 perkara.Pertama-Anak solih yang senantiasa mendoakan kepada kedua
orang tuanya.Kedua-Ilmunya yang ada bolih dimenafaatkan olih orang lain dan
yang Ketiga-Sedeqah Jariah yang dihulurkan semasa ada hayatnya dahulu.Firman Allah yang bermaksud ديريکن شولت دان تونايکن زکاة دان اڤ اڤ کباٴيقن يڠ کامو لاکوکن سودە تنتو اکن منداڤت ڤهالا دري الله
(سبحانه وتعالى ،سسوڠݢوهڽ الله مها مليهت اڤ يڠ کامو کرجکن" ﴿الباقره110:2
Ini
bererti ketiga tiga perkara inilah yang akan dapat menolong membantu
menghidupkan amalannya seolah olah seperti mana sama dilakukan tatkala ketika
beliau hidup dahulu.Sebagai tambahan mengikut pandangan ajaran dari orang tua
saya dahulu katanya,kain sarung jika disedeqahkan pahalanya akan tetap
berpanjangan diperolihi selama mana kain itu tidak buruk atau reput,samalah
juga dengan lain lain hartapusaka, bolih dikira sebagai satu sedeqah kepada
generasi selepasnya selama mana harta tersebut tidak terlepas kepada orang
lain.
sisipan akhbar SH |
Yang timbul masaalahnya kata beliau (Ust. Hassan)
bahawasanya masih ramai lagi yang tidak yakin akan janji janji Allah.Sebaliknya
janji yang dibuat olih manusia pula dijadikan sandaran.Seolah olah janji
manusia sahaja ditepati,contohnya jikalaulah ada mana mana pehak yang berjanji akan
turun memberi bantuan pada satu satu tarikh dan tempat,sudah tentu dialah orang
yang terlebih dahulu akan pergi kesana.Miskipun sebelum itu dia sering memberi
alasan ada keuzuran untuk hadir kemana mana majlis ilmu namun dimajlis
penyampaian bantuan seperti ini bolih pula dia datang,pelik jugakan...Biar pun ada yang berkata setiap bantuan yang dihulurkan itu
merupakan durian runtuh yang perlu dikutip dan bukannya selalu pun jadi apa
salahnya durian runtuh yang dijanji olih Allah S.W.T kita turut kutip sama kerana ianya akan
berkekalan sampai kehari akhirat malah nilainya tidak terkira jika nak
dibandingkan dengan pemberian nikmat dunia yang hanya sementara.Walah huaklam.
tok ayah su-buat pedoman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan