arkib

Ahad, 21 September 2014

DiKale Kubor lahirnya cinta (2)

Salam hormat !
sisipan akhbar SH
Dua hari yang lalu dimajlis khawin saya duduk makan bersebelahan dengan seseorang yang suka berceloteh dan cakap banyak,saya tak kenal pun siapa dia dan begitulah sebaliknya.Olih kerana itu saya tak menyampuk sebaliknya mendengar sahaja percakapannya,bermula dari topik 2 pesawat MAS yang jatuh dan hilang hinggalah dia bercerita tentang kerjayanya yang dikatakan agak stress (tertekan) "nak penuhkan ruang atau kolum bukannya kerja senang,tidak seperti nak penuhkan korum mesyuarat...itu senang....panggil orang orang berkepentingan kemudian sediakan sedikit imbuhan, maka bolih penuhhlah bilik mesyuarat,tetapi jika setiap hari nak penuhkan setiap kolum supaya setiap muka suratnya penuh dengan berita bukan satu kerja mudah" Pak Cik disebelahnya tiba tiba menyampuk dan bertanya " awang ni kerja dimana dan kerja apa?"ooo....saya kerja dengan syarikat surat khabar".
Kah... kah... kah.... dalam hati aku berkata ini sahlah dia itu seorang wartawan, patutlah kadangkala aku lihat surat khabar terpaksa memenuhkan kolum dengan mengisi beberapa muka penuh hanya dengan iklan iklan, rupa rupanya nak penuh kolum pada setiap edisi pada hari hari tersebut,sebab itulah juga agaknya pelangan lain jemu nak melanggan, melainkan aku saja yang gila tidak pernah mis membeli, tak serik serik walaupun terpaksa membeli iklan.....keh....keh....keh....(batuk pakej)
sisipan akhbar SH

Bercakap pasal stress ni aku pernah terbaca selain daripada wartawan,pasukan keselamatan seperti polis dan tentera juga termasuk didalam 10 senarai kerjaya yang sentiasa tertekan perasaan semasa kerja.Cuma mungkin tahapnya berbeza bagi sesetengah orang, bergantung kepada cara individu itu menanganinya. Soal sama ada dia seorang berpangkat atau pun tidak masaallahnya sedikit sebanyak tetap ada.Ini jelas saya lihat terpancar akan kerekter pegawai muda Kapt Nordin yang saya sebut pada siri pertama dulu.Aku yang masih bujang pada ketika itu selamba saja dengan lagak "happy go lucky" namun dia yang juga pada masa itu masih bujang dan tinggal diMess agak tidak senang hati. Masa "time" kerja nampak benar dia begitu serius tak bolih main main tetapi selepas waktu kerja sekala sekala dia jemput aku membonceng motorsikal scramlernya keluar ronda ronda. Pada suatu hari ketika minum minum aku cuba bertanya. "kenapa ajak saya jalan jalan dengan tuan sedangkan ramai lagi pegawai diMess tu,apasal tidak berkawan dengan meraka". tanya saya. "mereka itu kebanyakannya senior,suka sangat membuli aku...tak tahan" kah...kah...kah....bocor rahsia dah. "ooo...patutlah...saya jadi mangsa,nak balas dendam pada mereka....buli saya pulak" saya cuba menyangkak...Itulah keistimewaan tuan Nordin ni, dia bolih tukar kerekter, bolih diacu acah,bolih berlawak tetapi pada masa lain bolih jadi cukup serius gila, kalau nak melawak pun kena tengok mood dia dulu, jika selepas minum air kegemaran dia kira ok lah....air apa eekkk? ayaq nyor muda isi beringus... keh... keh... keh.... dolu dolu mana air nyor pakai jual dikaki lima seperti sekarang, selepas Datuk Sanusi Jonid menteri Pertanian buat kempen barulah ada dalam pasaran, masih ingatkah anda jasa bekas Menteri  itu? kerana payah nak dapatkan air kelapa mudalah maka saya sering dijak jalan jalan masuk kampung mencari nyor yang fress dipokok, tak tahulah pulak kot kot dia ada niat lain, sambil menyelam sambil minum air kata orang nak intai intai anak daro, maklumlah kami duo duo masih bujang trang tang tang.
sisipan akhbar SH
 Sambil minum minum disebuah restoran kami bersembang sembang lagi "dengar khabar kamu buat rekod".Tanya tuan Nordin."rekod apa tuan? tanya saya. "rekod kejar keretapi.... kah....kah...kah....' giliran tuan Nordin pulak gelakkan aku."cuba cerita sikit saya nak dengar"sambungnya.

"ooo...panjang ceritanya tuannn....pendek kata pada hari tu tiada kereta lain yang berada dihadapan saya, semuanya saya ciluk...potong habis....kereta kecik kereta besar lori kecik lori besar kereta murah kereta mewah semuanya makan asap dibelakang saya. Bukan saya berlumba tuan...tapi...nak kejar masa...kalau truck saya ada siren mudahlah jalan...itu bukanya lebuhraya empat lorong tapi jalan 2 lorong biasa saja sebab itu bukannya senang malahan bukanya dekat beratus kilometer jauhnya.... bla.... bla.... bla.... saya bercerita "dah tu masa kamu jalan balik katanya truck kamu rosak, betul ke, apa rosaknya? tanya tuan Nordin yang menampakan dia agak begitu serius ingin tahu. " ya...betul....rosak....habis clucth' saya cuba menerangkan."Habis clucth ke habis minyak?" tanya dia inginkan kepastian. "kalau habis minyak injinnya tak hidup,sedangkan ini injinnya hidup apabila dipress injin keretanya berdauumm tapi tak mahu jalan"jawab saya. "habis tu kamu buat macam mana" tanya dia lagi.....

"buat macammana lagi tuan...saya jadi supermanlah....angkat truck tu buat terbang balik" aku cuba buat lawak bodoh""iss...iss....dahsyatnya kau ya....tapi nampak benor nipunyo...cuba kau cerita betul betul' desak tuan nordin lagi."kah... kah... kah.... maafkan saya tuann, itu saya melawak saja,  sebenarnya saya agak bernasib juga sebab terjumpa dengan saudara sepupu yang melalui jalan itu,jadi saya tumpanglah motorsikal dia pergi cari publicfon, kiranya dapatlah saya talipon ke incharge Kpl Mat Gedut (dah arwah) puas juga saya menunggu seorang diri tengah tengah sawah padi dikiri kanan jalan itu.dari waktu asar bawa kepukul hampir 10 malam,dah bercupak darah saya dihisap olih nyamuk malahan perut juga bernyanyi keroncong barulah tiba bantuan.Jikalah saya ini perempuan agaknya sudah ada lelaki yang cuba datang nak merogol.....keh...keh....keh.....
sisipan akhbar SH

"ooo....memang betullah...kamu agak bernasib baik,jikalaulah kerosakkan itu berlaku semasa dalam perjalanan pergi hala keKuala Krai sudah tentu lagi bermasaallah....olih kerana kamu berjaya mencipta rekod....nah ambil kunci motor aku ni"tambah tuan Nordin,Aku sangka tuan Nordin mahu aku tunggang bawa motornya balik Kem."esok kita pergi ke JPJ tukar nama sebab aku nak hadiahkan motor ini pada kau" tambah tuan Nordin lagi.Aku jadi kaget dan agak terkejut "apa hal ni....tuan dah buang tebiat ke....jangan main main gitu tuan" tanya saya bercampur kehairanan."dak eehhh....bukan main main....ini betul betul"katanya. "betull??jadi....."belum sempat aku meneruskan cakap dia mencelah " macam ni....saya dah kena bertukar ketempat lain jadi rasanya malaslah aku nak bawa motor ini bersama....kau bayarlah pada saya harga murah murah saja pun jadilah"beliau menerangkan.

Alahai....lagi sekali pucuk dicita ulam mendatang....dalam hati sangat gembira sebab sudah bertahun aku berangan nak pakai motor namun dimasa yang sama terasa juga kesedihan kerana terpaksa berpisah dengan Khalid Ibarahim....oopppp silap taip nama mantan MB Selangor pulakkkk....terpaksa berpisah dengan Tuan Nordin.
sisipan akhbar

kesimpulannya segala cerita cerita diatas adalah asam garam dan ragam kehidupan dari pengalaman sebenar saya diawal perkhidmatan tentera dahulu namun tidak dinafikan terdapat sedikit sebanyak tokok tambah sebagai penambah perisa....wassalam.

Tok ayah su-selamat memilih pemimpin kepada pengundi diDUN Pengkalan Kubor....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan