arkib

Selasa, 30 September 2014

Jangan cabar Saari...

Salam hormat!
sisipan akhbar SH
Aku panggil dia Saari Komando, tapi bagi kawan kawan yang lain mengelar pada dia Saari Tawil, agaknya kerana raut wajah dia saling tak tumpah ada persamaan wajah pelakon yang memegang watak Si Tawil didalam filem Darah Satria arahan siAbg Badol.
Tetapi aku ada sebab tersendiri memanggilnya Saari komando, antara sebabnya aku lihat banyak tingkah lakunya sedikit gedebe gila gila,bukan setakat dengan anggota biasa yang sama "rank" sahaja dia bolih jadi tiba tiba naik angin malah dengan pegawai atasan juga dia bolih jadi panas baran seandainya terdapat perkara yang kurang disenanginya.Adat didalam setiap pekerjaan sudah pasti adakalanya terdapat selisih faham,cumanya terpulang kepada setiap individu itu sejauh mana dia dapat mengawal perasaan imarahnya,bagi yang tidak tahan atau yang bertelinga nipis sudah tentu akan jadi cepat melenting.Banyak kesah kesah lama yang diceritakan tentang perihal pergaulannya yang telah mencetuskan kekecohan,"aku bukan pembodek, semuanya nak "yes sir"kalau nak nilai aku lihatlah pada prestasi pekerjaan yang aku buat, bukannya kerana kipas sana ampu sini" ceritanya pada suatu hari.

Baru baru ini saya ketemu dia dan bersembang sembang lagi, antara topik perbualan kami sudah tentu tak lari dari mengimbas kembali kehidupan lama semasa didalam perkhidmatan tentera dahulu selain daripada bertanya khabar perkembangan terbaharu beliau. Dah diketahui sikapnya begitu jadi saya kenalah berhati hati supaya tidak terlepas cakap yang bolih melintang angin dia."berani mu Saari..." saya memulakan 'jack' sikit sikit. "berani gapo? tanya dia balik (dalam loghat bahasa kelate) "aku ingat jadi perang besar dah antara mu dengan ChiefClark Hambali....mu ingat dok?" tanya saya padanya tentang satu siri kejadian perang mulut yang pernah saya saksikan sendiri."ooo...pasal tu"dia jawab sambil tersenyum semacam dia sudah ingat dan terbayang kembali kenangan lamanya itu dulu.
sisipan akbar dan rujukan pendapat
"yo lah....tok soh kirolah hok dulu tu...lo ni ore tok malu doh dengan ore gedebe...tebeng dok tunjuk berani lebih lebih....orang pulau kito lagi adolah' satu hujah berbentuk nasihat darinya.Namun begitu sempat juga dia buat ayo (kelakar) dengan ayat tambahannya "zaman la ni orang akan malu alah kalau "anu'nya tegang dan bolih besar kecik....tidak lembik....kah...kah...kah...."dia ketawa kecil "kita ni kan dah veteren...sudah berumur....nafsu saja kuat tapi tenaganya tak dak" saya cuba keluarkan pendapat untuk mendapat tahu apakah reaksinya. Biasalah....dengan sikapnya yang tidak suka mudah mengalah lalu dia memberi respon "itulah mu... lain kali kena pandai pandailah jaga badan, buat macam aku ni haa...tak pernah miss pergi masaj dan berurut, jangan kita orang lelaki sahaja,pastikan orang perempuan juga kena jaga badan...kalau mu nak tahu... gaji pencen aku hampir seratus peratus aku bagi pada isteri untuk dia jaga diri" dia berhujah sokongan.

 Aku tumpang gembira dengan kawan aku yang seorang ini kerana telah menjadi seorang tokoh korperat berjaya sehinggakan duit pencennya tidak diusik lagi, hanya cuma untuk dibajetkan buat isterinya membeli alatan penjagaan badan (wanita)....wow....dirinya sendiri pun poketnya juga sentiasa penuh, maka apa nak dihairankan.Tapi dia tidaklah lokek....saya ada pengalaman benar tentang itu...sebab itu saya tak berani nak cabar dia....bersambung....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan