arkib

Rabu, 7 Julai 2010

Jasamu dikenang....



salam hormat !
Kata pepatah "kawan ketawa senang dicari,kawan menanggis seorang diri",ini membawa erti ramai kawan akan mengelilingi kita apabila didapati kita berolih sesuatu kejayaan besar,ibarat dialog dalam filem sibongkok (maaf sudah lupa senikatanya),akan tetapi apabila kita berolih sesuatu musibah atau dalam kedukaan maka amat jarang sekali ditemui mereka yang mahu dekati jika ada pun hanya sekadar diucapkan "saya juga bersimpati dengan anda".

Apa yang hendak saya ceritakan disini ialah mengenai sikap seorang kawan lama yang baru baru ini telah datang mengunjungi kerumah,pada mulanya saya ingatkan perangainya sudah berubah almaklumlah sekarang ini sudah bergelar seorang usahawan yang berjaya,mempunyai ramai rakan dalam rangkaian perniagaan MLM dan juga memiliki sebuah restoran disamping mempunyai beberapa buah rumah dan beberapa buah kereta separa mewah,isteri pun sudah lebih dari satu...he..he..he...Namun perangainya tetap sama seperti saya kenali kira hampir 30 tahun dahulu,jika dahulu bolih dikatakan dialah kawan dan dialah juga saudara,apa tidaknya persahabatan kami begitu akrab juga bolih berkongsi masaallah dalam apa jua suasana samada ketika susah ataupun senang,begitu intim sekali bagaikan saudara kandung.
Antara kehebatan beliau yang mempunyai gaji yang tidak seberapa ketika itu namun diatas kepandaiannya yang "casligas"telah mampu berdikari bolih bergerak kesana kemari dengan kereta proton yang model awal 8Oan keluaran terkini.Beliau bolih menjadi saleman usecar,dia bolih jadi ejen syarikat kereta sewa pandu sendiri,dia juga bolih menjadi pemandu kereta sewa (teksi) dan paling paling habis iktiar dia juga bolih jadi pemancing ikan,malah adakalanya dia telah diminta olih kawan kawan yang lain berkhidmat sebagai ejen Bank untuk menarik kereta yang tidak menjelas insuran,puhh...yooo...bolih tahan "gedebe" jugak orangnya. Manakala orang kanannya ketika itu siapa lagi jika tidak saya. Kemana sahaja tempat bergerak pasti sayalah diajak temankan dia.

Pada suatu ketika saya terpaksa berpisah sementara dengannya sewaktu hendak menghadiri kursus selama 3 bulan nun jauh diselatan tanah air,kursus yang memerlukan kerahan tenaga yang lasak seperti berkawad dan berjalan jarak jauh,entah dimana silapnya tiba tiba sahaja saya jatuh sakit dan diusung kehospital kerana disyaki telah keracunan makanan,akibatnya perut saya terpaksa dibedah untuk membuang usus yang sakit atau diistilah dengan ilmu perubatan moden sebagai sakit ependik.Sayang disayang....saya terpaksa balik semula ke kem asal dan tidak sempat untuk menamatkan kursus walaupun sudah separuh masa terbuang menjalankan kursus tersebut,olih kerana kawan saya tadi mahukan saya lebih selesa untuk pulang maka beliau sanggup datang dari KL keHospital Seremban untuk menjemput saya pulang dengan menaiki keretanya.

Kerana itu apabila mengenangkan kembali kesah tersebut,beliau berkata kepada saya "sebenarnya kejayaan perlu dicipta kerana ia tidak akan datang sendiri,sebagai contoh untuk berolih kejayaan saya terpaksa datang kursus tersebut untuk kali kedua setelah tertangguh untuk menunggu sembuh kira 2 tahun lebih selepas itu,katanya jika saya telah berputus asa sudah tentu tidak lagi mahu untuk datang kursus lasak tersebut untuk kali keduanya"pujian iklas beliau pada saya.
Lalu saya juga teringat pada kata kata jurulatih "jarang anak melayu yang datang kursus lasak ini sampai dua kali malainkan dia berperangai gila gila" ahhh...lantaklah,apa jua gelaran yang hendak diberikan kepada saya yang penting aku mahu mencipta sesuatu kejayaan"bisik hati saya pada ketika itu. Alhamdulillah, untuk kali kedua ini saya telah dapat menamatkan kursus tersebut dengan jayanya.
Akan bersambung.....
TERKINI
Duhai sahabatku,semua itu telah pun berlalu dan meninggalkan nostalgia buat kita,namun sekali sekala apabila dikenangkan bagaikan ianya baru sahaja semalam berlaku,perjalanan hidup yang ditempuh telah banyak mengajar dan mematangkan kita,masakan tidak apabila melihat selonggok durian yang pasarkan olih penjaja maka akan teringat semasa tatkala susah dahulu, jangankan untuk membeli selonggok ,untuk dapat belikan sebiji pun terpaksa menunggu tarikh hari gaji, manakala setelah terima gaji tak sampai seminggu duit poket sudah pun kosong,mahu tidak mahu terpaksalah beriktiar cara lain bagi mendapatkan sumber keuwangan bagi menampung keperluan keluarga,malah bukanlah satu perkara mudah untuk memperolihi wang,terpaksa berkerja keras tak mengira penat lelah dan jemu sehinggakan adakalanya jatuh bangun dalam setiap yang diceburi telah menjadi asam garam,sudah secukup rasa....
Duhai kawan,persabahatan kita kini telah terpisah dengan dua suasana,keadaan jarak jauh beratus kilometer dan suasana kedua ialah budaya kehidupan dikampung berbanding dikota amat jauh berbeza,dibandar bolih dikatakan semuanya ada melainkan ayah dan bonda,manakala didesa begitu terbatas dengan kekurangan banyak perkara.Untuk menghilangan rasa gelisah dan gundah gulana maka ubatnya ialah dengan sering mendampingi buku agama sebagai teman manakala sekali sekala mengunjungi masjid untuk lebih dapat mengulangkajinya.Itulah rutin harian ku kini disamping kerja hakiki sebagai peniaga sepenuh masa.Mudah mudahan nikmat yang allah berikan pada kita ini akan terus berkekalan hendaknya....amim !!
tok ayah su-mohon keberkatan rezeki...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan