arkib

Ahad, 11 Julai 2010

Piala Dunia > Tahniah Sepanyol....



salam hormat!
Para peminat bola sepak sudah tentu tidak mahu melepaskan peluang menonton perlawanan akhir merebut satu piala yang amat berprestij didunia yang mana hanya dapat disaksikan dalam tempoh satu musim empat tahun sekali,inilah yang dikatakan "bola",untuk meraih kejayaan sampai kepuncak bukanlah satu perkara mudah malah untuk mengekalkan kejuaraan yang disandang pun bukanlah senang,contohnya pasukan German walaupun sudah dua musim lalu sebagai penyandang juara namun pada musim kali ini telah kecundang.
Pada musim tahun ini saya tidaklah bersungguh sangat mengikuti perlawanan ini dari awal ianya bermula,namun begitu saya tetap memberi perhatian setelah masuk aksi keperingkat saat separuh akhir,pada peringkat ini perhatian saya kepada perlawanan diantara German melawan Sepanyol,saya melihat pemain German talah ramai dibarisi pemain baru dan berusia muda, keghairahan pasukan ini yang tanpa banyak pengalaman meyebabkan saya tidak banyak meletakkan keyakinan bahawa pasukan German akan bolih terus mara keperingkat akhir,itulah penilaian saya lalu memilih Pasukan Sepanyol sebagai pilihan,dengan itu juga saya telah membuat beberapa ramalan ,jika disemak banyak dari komen komen saya (dalam FaceBook rakan rakan) sebelum perlawanan bermula diantara German menentang Sepanyol maka saya telah memilih Sepanyol,wow...tergaman pula apabila tekaan saya telah menjadi tepat sekaligus melayakkan sepanyol keperingkat akhir.Seterusnya dua hari selepas itu giliran perlawan untuk merebut tempat ke3 diantara German melawan Paraguay,namun pada kali ini saya telah memilih German dengan membuat tekaan rambang bahawa German akan menang,woww...sekali lagi ramalan saya telah menjadi tepat dimana German telah dapat mengalahkan Paraguay dengan jaringan 3 gol berbalas 2.

Semalam sekali lagi masa yang ditunggu tunggu saatnya telah tiba,walaupun pedih mata berjaga namun demi pasukan fovorite saya iaitu Sepanyol maka saya telah mengorban masa tidur untuk menonton siaran langsung tersebut.Jika Paul iaitu seekor sotong yang menjadi pilihan dunia untuk membuat ramalan,jadi fikir saya apa salahnya jika saya sebagai manusia normal ini turut membuat tekaan,setidak tidaknya perhatian tidaklah hanya tertumpu kepada sotong dengan melakukan satu kepercayaan khurafat bahawa binatang yang tidak mempunyai akal dan tidak tahu menahu tentang bola sepak tetapi telah diperbesar besarkan sebagai Tok Nujum keramat.

Berbalik kepada perlawan akhir semalam,pada masa seawal perlawanan saya melihat bahawa Sepanyol akan berolih kejayaan apabila menyaksikan kelincahan sepanyol dapat mengawal dan menguasai perlawanan,dalam babab babab aksi serangan yang bertubi tubi itu,perasaan saya telah menjadi sedikit mendebarkan apabila kad demi kad kuning telah dilayang olih pengadil, walaupun pengadil agak bijak mengawal suasana itu, hati saya telah menjadi cemas dan timbul perasaan geram apabila seorang pemain Belanda telah menghayungkan kaki tinggi sehingga keparas atas dari pusat menerjah dada Alonso (pemain spain),perbuatan yang dianggap merbahaya dan bolih menjadi satu kesalahan besar malah bolih dihukum dengan kad merah keluar padang namun pengadil hanya sekadar melayangkan kad kuning sahaja.

Selepas perlawanan diteruskan,pasukan Belanda hanya mampu bertahan dari serangan bertali arus yang dilakukan olih pasukan sepanyol,tetapi sekali sekala telah membuat "counter attace" yang berbisa sehingga terlepas seorang sama seorang dengan penjaga gol,namun sekalung pujian harus diberikan kepada penjaga gol sepanyol yang telah banyak menyelamatkan keadaan yang merbahaya itu.Harapan penonton kepada tunggak utama pemain Sepanyol seperti Punyoo dan juga David via tidak menjadi apabila rembatannya agak gopoh dan jauh tersasar dari tiang gol,suasana bertambah cemas dimasa tambahan 30minit akhir apabila pemain "sakit" iaitu toress telah masuk mengantikan David Via,tetapi tuah telah meyebelahi pemain OKU ini setelah dapat diseimbangkan dengan terkeluarnya seorang pemain Belanda apabila satu kad merah telah dilayangkan. Belanda hanya dapat bermain dengan kekurangan seorang pemain.

2 minit saat akhir satu suasana tepukan gemuruh telah mengegarkan dunia apabila pemain bukan pilihan Inesstar telah dapat meluluskan gol Balanda,goooollllll.....itulah suara gegaran memecah suasana malam yang panas panas suam.OOppp ! ada yang bertanya "outside" kah? ohh tidak...tores telah sempat naik keatas semula selepas maraan pertama dan membuat rembatan keramat yang akan akan dikenang dalam sejarah perlawanan Bola Sepak Piala Dunia selepas ini,dan yang tidak kurang pentingnya ramalan saya juga tepat mengalahkan ramalan siSotong paul....ha...ha...ha....
Tok ayah su-Waka~~~ Waka~~~A```A~~~A...good job Africana !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan