arkib

Jumaat, 16 Julai 2010

Politik itu perlu diretorikkah?

Salam hormat !

Kata seorang sahabat "kita berkerjaya sebagai peniaga tidak perlu banyak buang masa dengan menceburi bidang politik kerana peluang untuk mengisi jawatan semuanya telah penuh diisi, tidak ada apa untuk dikejar lagi jadi lebih baikberi perhatian hanya kepada perniagaan sahaja" itulah syarahan kawan yang saya anggap merupakan satu saranan iklas daripada beliau.Namun demikian saya teringat akan kata kata seorang yang bergelar ustaz,katanya "terdapat 4 golongan manusia,pertama mukhlisin iaitu golongan iklas dalam perjuangan,kedua ialah golongan yang mahu mengejar sesuatu dengan memperalatkan ilmuan agama untuk kepentingan duniawi, golongan ketiga ialah orang yang berpura pura atau retorik yang dipanggil juga munafikin dan yang keempat golongan yang menentang secara terang terangan ajaran islam iaitu digelar kafirun. Diantara kegolongan ini,hanya golongan yang pertama sahaja yang diiktiraf dalam bilangan orang orang yang beriman"katanya.

Berbalik kepada persoalan bagaimana ingin mendapatkan keselesaan dalam perniagaan jika banyak hal dicampuri dengan kerenah politiking hatta kepada urusan pemberian wang zakat pun dikawal olih politikus,apatah lagi dunia perniagaan,kerana itu kita lihat pada suatu ketika dijanjikan akan diberi duit raya (diFelda Trolak) dan dimasa yang lain pula dinaikkan harga barangan semasa, contohnya hari ini dikenaikan harga minyak dan gula.Manakala pembangkang pula adalakanya dilihat 2kali5,pernah disuatu ketika secara senyap memarahi kerajaan kerana turunkan harga minyak kerana dibimbangi tidak akan ada lagi modal buat dijadikan isu politik untuk menentang kerajaan yang dikatakan bertindak sengaja membebankan rakyat,manakala alasan kenaikan olih pehak kerajaan pula ialah harga barangan dinegara kita masih lagi terendah jika hendak dibandingkan dengan lain lain negara sedangkan pendapatan rakyat dinegara luar nisbahnya amat besar contoh dinegara jiran seperti Singapore,khabarnya upah gaji tukang kebun pun mencecah ribuan ringgit jadi rasionallah jika harga keperluan barangan harian dinegara luar agak mahal,jadi bolihkah kononnya alasan kenaikan harga minyak dijamin tidak akan membebankan penguna.Kepura puraan inilah bolih diibaratkan "gajah sama gajah bertarung,kancil ditengah tengah mampus terpijak"....jadi siapakah sebenarnya lebih retorik?

Kerana itulah juga jika ada suara suara yang cuba menyuarakan agar diujudkan gabungan diantara kedua tonggak utama parti politik orang melayu iaitu Pas dengan Umno,maka saya hanya mampu memberi senyuman hambar sahaja,apa tidaknya,perbezaan kedua idealogi yang menjadi dasar kedua parti dilihat begitu jauh berbeza seumpama langgit dengan bumi.Ada juga yang mengumpamakan seperti campuran minyak dengan air,hendak diminum airnya tidak bolih dan hendak dibuat minyak kenderaan pun tidak bolih. Kedua duanya jadi tidak berguna,jadi mana "bisa" kedua Parti politik ini bolih bercampur,belum ada apa apa sebarang termeterainya perjanjian sudah ada suara supaya syarat syarat tertentu perlu diselesaikan terlebih dahulu kerana akan dibimbangi dikemudian hari akan wujud kem kem atau team team yang kelak masing masing mahu mencabar bagi merebut sebarang jawatan dan kedudukan sebagaimana pernah berlaku diantara Team Kemamam dengan Team Setiu. Jika pasukan bola sepak, yang akan menjadi juara hanya satu pasukan sahaja,jadi bagaimana dengan nasib pasukan yang kalah dalam pertarungan? siapakah yang membela mereka kelak?

Begitu juga jika dilihat dari sudut dasar,ada pehak yang memandang sinis akan perundangan islam yang mahu dilaksanakan olih Pas kerana masih menganggap soal agama perlu dipisahkan dengan politik (fikiran sekular acuan Barat) manakala pehak Pas pula dilihat tidak mahu mengiktiraf sebarang element yang berbau sekular atau kearah keBANGSAan,kedudukan perbezaan fahaman kedua ideologi inilah yang menjadi benteng pemisahan yang menyukarkan dan sangat subjektif,kerana itu juga soalan yang sering didengari ditelinga "dimana silapnya dasar islam yang mahu dilaksanakan olih Pas?" dan tidak pula terdengar orang yang bertanya "dimana silapnya dasar Kebangsaan?"walhal mengikut ilmu fiqah terdapat lima perkara yang perlu ditekankan sebagai amalan iaitu jika direngkasnya berbunyi " menjaga Keturunan iaitu bangsa,kedua fikiran (otak) yang yakni menjaga kesihatan",ketiga harta iaitu tanah air(negara), yang keempat dan seterusnya kelima cubalah anda pula semak sendiri,teringat juga saya akan satu maksud hadith dari sabda nabi kita yang sering dibaca olih khatib dalam setiap khutbah Jumaat yang berbunyi "telah aku tinggalkan kamu dua perkara,pasti tidak akan sesat buat selamanya jika kamu beriman dengannya iaitu alQur"an dan sunnah pengajaranku"!!!

Tok ayah su-tepuk dada tanya iman....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan