arkib

Jumaat, 30 Julai 2010

Aktiviti kemasyarakatan-PBTM (tambahan)




Maaf........ulasannya akan menyusul kemudian,tunggu !!
Terkini:
Jika akbar sinar harian lahir pada tarikh 31 july,begitulah juga dengan blog ini lahir pada bulan july kira kira 3 tahun yang lalu,samada ada secara kebetulan ataupun tidak yang pasti segala maklumat yang terpapar didalam blog ini lebih kepada level dari akar umbi,segala maklumat yang dipetik dari akbar tersebut hanya sekadar hiasan semata mata dan tidak ada kena mengena atau berkait dengan penulis blog,saya berbuat demikian adalah sebagai mengabadikan kenangan berita dari satu akabar yang menjadi bahan bacaan harian saya, pada pendapat saya sebelumnya ianya dijadikan sampah maka adalah lebih baik saya petikmuat kedalam blog terlebih dahulu mudah mudahan ia mungkin berguna untuk rujukan para pegunjung blog.Tambahan pula saya berbelanja rm1.00 hampir setiap hari untuk melanggan akbar ini sejak ianya diterbitkan sehinggalah kehari ini.Bukanlah niat saya hendak membuat satu promosi percuma bagi pehak akbar ini tetapi setidak tidaknya saya mahu lihat pengunjung blog ini juga merasakan satu kelainan dengan hanya tidak tertumpu kepada tulisan saya semata mata tetapi sebaliknya bolih turut sama menilai pro dan kontra setiap paparan berita akbar,ini bermakna jika kita mahu orang lain mendengar apa yang kita cakap maka kita juga mahu tidak mahu kenalah juga sanggup terima idea orang lain.Cuma terpulanglah kepada mana mana individu untuk menapis sendiri supaya apa yang tidak berkenan dihati jangan disimpan telan sampai kedalam perut. kan...kan...kan....
Baiklah saya tinggalkan dahulu soal penjelasan perkara diatas diatas,apa yang hendak kiatkan sedikit lagi ialah keterbatasan masa saya untuk menulis,kerana selain dari berblogger saya juga ada tanggungjawab lain,kerana saya bukanlah seorang penulis sepenuh masa,ianya cuma sekadar memenuhi hobi masa lapang tanpa upahan sesiapa, untuk 'mengisi perut" saya terpaksa melakukan banyak kerja kerja lain.
akan bersambung lagi.....tunggu !

Rabu, 28 Julai 2010

Aduan 2


Salam hormat !


Kali ini saya hendak kemukakan satu aduan kepada syarikat pembekalan air negeri Terenggnu (SATU) yang beribu pejabat Didaerah hulu Terengganu,terdapat seorang kawan yang tidak mahu namanya disiarkan menyatakan kepada saya bahawa beliau sudah menjadi begitu fobia untuk mengupah Plumbing atau pun tukang paip untuk membaiki apa apa kerosakan kebocoran air dirumahnya,kerana pernah katanya pada satu ketika tukang paip ini mengambil upah dengan kadar sesuka hati dan langsung tidak bermunasabah dengan perkhidmatan yang dibuatnya.Apa tidaknya beliau menambah kata pernah dengan hanya sekadar membaiki untuk menukarkan sambungan wire paip POLY dengan belian alat sambungan yang berharga hanya tidak sampai pun rm 4.00 namun dichargenya upah sampai rm50.00 kemudian apabila diminta pula untuk menukar cabel paip dalam kadar 20meter panjang dimintanya pula upah pasang termasuk harga batang paip POLY dengan kadar sampai sehingga rm 1.000 (satu ribu ringgit) lebih.Mak ooii...alangkah terkejut beruk dia dibuatnya,dikatakkan harga secara sesuka hati dan sewenang wenangnya.
Maka kerana itulah beliau ingin terus melapurkan terus kerosakan kepada syarikat SATU, tambahan pula kerosakan tersebut berada disebelah meter tanggungjawab syarikat namun demikian apabila diajukan permasallahan ini kepada pejabat melalui telifon apa yang mengejutkan beliau stafnya itu memaklumkan kerosakan (code meter loose) itu bukanlah dibawah bidang tugas syarikat untuk membaikinya tetapi katanya adalah dibawah tanggung jawab pemilik.Kawan saya itu merasa hairan jugak,pada sangkaannya jika disebelah meter saluran kerumah barulah bolih syarikat lepas tangan,tetapi kali ini lain pulak jadinya, pehak syarikat telah memberi alasan sebaliknya,"aduhai...sungguh tidak faham aku"keluhnya.
Jikalaulah macam ni lebih baik aku buka sendiri dan ambil terus dari paip sebelah meter, tambahnya dengan perasaan geram,katanya buat semasa aduan ini ditulis sudah lebih 48 jam aduan dibuat namun tidak ada apa apa bayang dari pehak SATU untuk datang membaikinya.Jadi macammana ni? tanya dia seolah olah semacam saya ni bolih menyelesaikan masaallahnya.
Tok ayah su-kadang kadang tersempit dengan poket kosong juga........

Ahad, 25 Julai 2010

aktiviti PBTM (persatuan bekas tentera malaysia)


Salam hormat !
Pada hari kelmarin dulu (sabtu) saya telah menghadiri satu persidangan para perwakilan bekas tentera malaysia peringkat bahagian Negeri Terengganu yang telah berlangsung diWisma Peladang dibandar KT.Tempat persidangan berada ditingkat 3 agak luas dan selesa dengan kehadiran yang agak memuaskan juga walaupun dua orang "boss cawangan H.Trg tidak hadir".
Secara rengkasnya segala egenda mesyuarat dapat dijalankan dengan lancar walaupun terdapat sedikit perbahasan hangat tentang penyata keuwangan,terdapat setengah daripada perwakilan menyuarakan pandangan dengan menunding jadi pada syarikat ordit yang dipertanggung jawabkan menguruskan pengisian perjumlahan perbelanjaan dan keluaran akaun yang dikatakan tidak tepat dan mencadangkan supaya syarikat ini tidak lagi disambung kontrak urusan ordit dengan PBTM negeri.Disamping itu ada juga juga yang cuba mengheretkan Ahli Jawatan Kuasa khususnya Bendaharinya kerana tidak membuat semakan pelarasan terlebih dahulu seperti mengadakan ordit dalaman sebelum ianya dibentangkan kedalam mesyuarat,apa pun saya perpendapat pehak ordit tidak bolih disabitkan dengan kesalahan ini kerana saya percaya apa yang terbentang didalam penyata keuwangan tersebut adalah seperti yang dilampirkan kepadanya sebelum itu...betul tidak? jadi egenda menghebohkan dengan meletakkan kesalahan pada syarikat ordit tersebut bertujuan apa?apakah ada yang tersirat disebaliknya? wallahuaklam...hanya orang yang berkenaan sahaja mengetahuinya.
Ok..saya tinggalkan dahulu isu tersebut,apa yang hendak saya paparkan isi hati para wakil cawangan yang membuat ucapan penangguhan,kebanyakan dari ucapan berkisar kepada permohonan atau satu permintaan ataupun bolih diistilah sebagai satu cadangan kepada Bahagian untuk diangkatkan atau dipanjangkan terus kepada peringkat negara, antaranya supaya jawatan Sanator dari kalangan Bekas Tentera dapat dilantik untuk sama sama berada diDewan Rakyat,mungkin dengan cara ini suara bekas Tentera akan terus dikemudangkan melalui perantaraan wakil iaitu Sanator itu tadi.Manakala lain lain suara dari cawangan yang tidak dapat saya ditailkan secara terperinci disini ialah antaranya berbunyi agar diberi pencen kepada mereka yang berhenti disekerat jalan iaitu kepada bekas tentera yang pernah berkhidmat lebih daripada 10 tahun.Masaalah ini pernah saya ulas secara panjang lebar didalam blog ini pada suatu ketika dahulu,walaubagaimana pun saya akan perturunkan sekali lagi untuk bacaan kali:
Kehadapan Ybhg Dato"President.


MukaddimahKata orang PBTM adalah sebuah persatuan NGO (non goverment organisation) yang ditubuhkan dari hasil usaha perjuangan bekas bekas tentera dari generasi orang orang lama dan kini hasilnya dapat diwarisi olih generasi baru dan tidak mustahil ianya akan kekal gah hingga kebeberapa generasi akan datang.Pada asasnya antara lain objektif utamanya ialah untuk merialisikan gagasan dan hasrat kerajaan disamping dapat memberi kebaikan dari segi menjaga hak kebajikan kemanusian bekas bekas tentera agar terus terbela,almaklumlah jika ada kesatuan dan persefahaman dalam satu satu kelompok atau kumpulan sudah tentulah akan mudah dijadikan landasan perantaraan untuk mendesak atau untuk menuntut sesuatu perkara yang difikirkan bersesuaian dengan keseimbangan jasa yang telah dicurahkan sebelum ini,dan harapan kita agar ianya akan mudah dilayan olih mana mana pehak yang berkaitan.Cuma peranan PBTM kini dari sudut pandangan peribadi, saya lihat persatuan telah banyak dimanipulasikan untuk tujuan mainan politik,sebagai contoh semasa didalam setiap kali majlis mesyuarat sepatutnya lebih difokuskan kepada egenda bagaimana untuk mencari satu jalan penyelesaian melepaskan dari belenggu kekurangan dana bagi tujuan menjalankan sebarang aktiviti persatuan. Kenapa? sebabnya ialah kerana persatuan bukanlah pertubuhan parti politik. Tetapi sebaliknya jika dipolitikkan maka jadilah apa yang berlaku iaitu majlis mesyuarat telah dijadikan medan untuk mengadu domba juga lobi melobi mana mana tokoh politik disamping mempromosikan pertubuhan parti politik.Walhal diantara piagam pelangan persatuan berbunyi "BERDIRI TEGUH DIBELAKANG KERAJAAN".
Jika hendak diambil kira dari piagam tersebut ini bererti waimma sesiapa saja tokoh atau mana mana parti politik yang dipilih rakyat untuk memerintah sudah tentu Ahli PBTM mestilah mempunyai sikap dimana bumi dipijak maka disitulah langgit mesti dijunjung.Maknanya jika dalam kontek bernegara sudah tentu buat masa ini persatuan mestilah menunjukan sokongan kepada kerajaan BN yang memerintah ,manakala untuk negeri negeri dibawah pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) seperti diKelantan,Selangor dan Kedah maka PBTM hendaklah juga menunjukkan kesetian kepada pimpanan dibawah kerajaan PR ini,bolihkah begitu?sebenarnya tidaklah sukar untuk memberi kesetian jika ada sikap keiklasan dalam perjuangan PBTM.Namun demikian apa yang menyedihkan tentang apa yang belaku dalam tek tek ucapan mesyuarat akan terselitnya kata kata sindiran sinis ditujukan kepada pimpinan politik bagi tujuan mengutuk pehak lawan.Tidakkah ini menandakan persatuan PBTM telah cuba dimanipulasikan bagi tujuan mencapai hasrat dan cita cita politik bagi pehak pehak tertentu?.
PERJUANGAN
Jadi apa yang harus diubah dan diperjuangkan?saya selaku bekas tentera generasi ahli baru mahu cepat belajar dan ingin memahami rentak tari yang didendangkan olih persatuan dengan harapan agar dapat menyesuaikan diri dengan keadaan namun dimasa yang sama kadangkala merasakan bahawa saya perlu menjadi bagaikan seorang jurulatih kawad yang mesti menegur akan kesilapan yang dilakukan oleh anak buah,kerana itu adalah sebahagian dari kerja kerja saya semasa dalam perkhidmatan dahulu. Jesteru itu saya melihat peri pentingnya segelintir ahli PBTM perlu membuat anjakan paradigma kearah membuat perubahan minda,jika sekali pun mahu menyokong mana mana polisi yang dicadangkan maka seharusnya ia perlu dibawa kehadapan ahli terlebih dahulu untuk dibahaskan barulah ianya dipanggil bersesuain dengan konsep amalan berdemokrasi iaitu "satu undi satu suara". Jadi dikesempatan ini saya terpanggil untuk turut berjuang mengunakan kemudahan alam siber dizaman IT untuk turut sama memberi pandangan dan cadangan untuk tindakkan PBTM seterusnya jika sudi.....
Pandangan dan cadangan pertama,
Berkenaan dengan cadangan untuk menjadikan konsep satu bekas tentera satu rumah dibawah skim rumah mesra rakyat yang diuruskan kelulusannya olih syarikat perumahan negara berhad (SPNB) saya dapati proses permohonannya perlu terlebih dahulu melalui beberapa saluran tokoh politik tertentu seperti ADUN ataupun Ahli Parliment dikawasan masing masing.Untuk itu sebagai memudahkan cara maka saya ingin "mencadangkan" supaya ditetapkan satu polisi agar dilantik mana mana pegawai dikalangan Ahli PBTM sendiri untuk memberi kuasa membolihkan beliau menanda tangan borang borang berkaitan dengan permohonan tersebut.Ini kerana seperti ramai sedia maklum terdapat dikalangan ahli yang berlainan haluan arah tuju idealogi politik mereka.Perbezaan fahaman pegangan idealogi politik ini menyebabkan mereka merasa berat hati atau segan silu untuk datang mengadap sembah kepada mana mana tokoh politik yang tidak sealiran.Itulah pandangan saya dimana saya dapati akan perkara yang perlu ada kepada perubahan dalam urusan pentadbiran persatuan.
Pandangan dan cadangan kedua
Berkenaan dengan akta veteren yang bakal diwartakan,saya ingin memberi sedikit respon berkenaannya.Daripada cakap cakap yang degari mengatakan akta veteren ini akan mengandungi antara lain menyatakan bahawa mana mana bekas tentera yang pernah berkhidmat selama 10 tahu keatas akan turut sama diberi pencen bulanan,persoalannya kenapa hanya selepas anggota ini berhenti (bukan bersara wajib) barulah mereka terfikir akan kepentingan berhenti secara berpencen,sedangkan mengikut pengalaman saya yang pernah mendengar dari cakap cakap tentang sebab musabab mengapa mereka memilih untuk berhenti awal adalah kerana sudah jemu untuk berkhidmat (berjuang dalam tentera) disamping itu turut terpengaruh dengan duit ganjaran kerajaan yang disekalikan (double) perolihan wang simpanan dari LTAT. Jadi apakah layak mereka ini digelar pejuang walhal perjuangan mereka hanya separuh jalan dan apabila telah berada diluar baharulah teringin untuk berjuang kembali. Perjuangan jenis apakah ini? Sedarkah mereka betapa peritnya kehidupan bagi anggota yang mahu menamatkan edah 21 tahun untuk melayakkan diri memperolehi pencen? sedangkan mereka hanya bersenang senang diluar dengan khidmat hanya cukup 10 tahun sahaja akan tetapi sudah ingin menuntut itu dan ini...sedarkah?Tambahan pula apabila perkara ini diketahui olih anggota yang kini masih berkhidmat sudah tentu mereka juga akan mahu berhenti awal (10 tahun) kerana ganjaran pencen sudah menanti mereka,maka dikala itu akan pasti berduyun duyunlah anggota yang akan "keluar baris" awal.Akan timbul pula masaallah penganggur baru dikalangan bekas tentera disamping memberi beban keuwangan kepada kerajaan untuk menampung kos kadar pencen yang naik mendadak itu, implikasinya rakyat teramai akan menjadi mangsa dikenakan kenaikan pelbagai jenis cukai.Jadi apa gunanya akta ini dirangka jika hanya untuk kepentingan beberapa kerat golongan tertentu sahaja?.
Baru baru ini iaitu pada bulan January 2009 telah pun dikuatkuasa pindaan pemberian pencen maksimun kepada bekas tentera LLP yang mendapat kurang daripada rm720.00 diketegerikan sebagai layak mendapat pindaan pencen baru tersebut,begitu juga dengan bekas pegawai yang berkhidmat lebih dari tempoh masa 24 tahun juga dikata layak mendapat 3/5 gaji akhir,sebelum pindaan kelayakkan hanya 1/2 daripada gaji akhir hari bersara.Namun pindaan ini tidaklah menyeluruh kerana tidak meliputi kepada bekas bekas tentera yang berkhidmat genap 21 tahun keatas.Olih itu cadangan saya agar PBTM dapat sekali lagi membuat gesaan agar dapat disemak semula pemberian pencen kepada bekas tentera yang khidmatnya genap 21 tahun ini kerana saya merasakan mereka ini telah yang tercicir.
Pandangan dan cadangan ketiga
Berkaitan dengan dewan perniagaan bekas tentera,saya difahamkan keutamaan untuk turut serta berada didalam dewan perniagaan ini adalah terdiri daripada kalangan usahawan yang mempunyai lesen kontrekter samada kelas F atau lesen keuwangan dan sebagainya.Untuk makluman bukan semua orang berminat untuk menceburkan diri dari merebut sebarang tender kontrek dari kerajaan,sebaliknya mereka lebih suka berkecimpung dalam bidang niaga seperti membuka restoran ataupun warung warung kopi,persoalannya apakah peranan persatuan dalam usaha untuk membantu golongan seperti ini? jadi cadangan saya agar dapat kiranya persatuan menyediakan satu premis sendiri yang mempunyai pasarana yang lengkap untuk diuruskan olih ahli ahli didalam mana mana kawasan yang difikirkan strategik bagi disetiap cawangan,sebagai contoh kedai ala milik anak syarikat Felda seperti cafeteria D"saji atau kedai runcit D"mart.
Cadangan dan pandangan yang keempat-
penglibatan PBTM dalam menjaga hal ehwal agama dan kebajikan pendidikan anak anak ahli.Selain jabatan Veteren (JHEV) selaku penyalur bantuan bagi pehak kerajaan untuk anak anak ahli yang layak menerima,saya selaku ketua bironya mengharapkan agar PBTM Bahagian (Negeri) hendaklah juga menyumbangkan sedikit peruntukan kepada cawangan sekadar untuk menampung keperluan membiayai aktiviti yang akan dibuat seperti majlis solat hajat dan juga untuk sumbangan saguhati kepada pelajar cemerlang mahupun kepada (ahli)keluarga pelajar yang kurang berkemampuan.Selain daripada itu mohon dibenarkan cawangan menubuhkan tabung khairat kematian dibawah pentadbiran cawangan sendiri, ini kerana memandangkan kos menampung keperluan mengurus jenazah sudah semakin meningkat disamping sebagai sumber tambahan kepada peruntukkan yang disalurkan olih JHEV sebanyak rm 500.00 tersebut yang dikira masih tidak mencukupi.

Hanya sekian dari Ahli PBTM seumur hidup yang bernombor-3511,terima dulu ganti...
Tok ayah su-sebagai tanda tidak bercakap "klu klek" dan bersimpati dengan nasib rakan rakan jadi saya mencadangkan supaya diperuntukkan sejumlah elaun XGratia dan bukannya pencen....

Jumaat, 23 Julai 2010

apa yang tersirat dan tersurat...?

salam hormat!

Mudahnya penyelesaian isu perpaduan melayu ditamatkan semudah kes berfrofil tinggi ditutup atau semudah penyelesaian masallah kekurangan gula dipasaran,secepat mee segera sedap dimakan cepat dimasak,akan tetapi kronologi saya agak berlainan sedikit,ambil contoh mudah iaitu penyelesaian harta pusaka peninggalan ibubapa,jika generasi anak anak atau generasi ke2 tidak dapat diselesaikan semasa hidup,jadi apalah sangat yang bolih diharapkan kepada generasi ke3 dan seterusnya,terdapat satu kes dimana tanah pusaka yang mempunyai ramai penama akan tetapi ada yang mahu diselesai dengan cara mudah iaitu dengan mejualkan sahaja harta pusaka tersebut untuk dibahagikan dengan duit ringgit,manakala terdapat sebilangan dari kalangan penama tersebut masih ada yang sayang untuk menjualkan diatas beberapa sebab tertentu,jadi pertelagahan keluarga ini amat sukar untuk dibuat perundingan sesama sendiri lalu berlakukan selisih faham dan bermasam muka,jadi cuba bayangkan apa akan jadi pada generasi selepas itu,begitulah dengan kemelut perpaduan melayu ini bahawasanya saya melihat pasti tidak akan ada berkesudahan jika usaha yang hendak dilakukan pada masa ini gagal menemui jalan pendamaian.

Maka kerana itulah saya merasa tergedik gedik gatal jari jari tangan terlalu gian hendak menulis, ini bukan soal main mainan atau ada agenda tersurat atau tersirat tetapi soal fardhu kifayah yang saya anggap sudah terlepas dari tanggunggajawab sebagai seorang blogger.
akan bersambung dengan hujah yang lebih menarik...tunggu !
tok ayah su-sambungan artikal ini terpaksa ditangguhkan untuk sementara waktu,harap maaf...!

Selasa, 20 Julai 2010

Sejenak bersama pesanan penaja

Salam sejahtera,
terima kasih kerana masih mengunjungi blog ini,

Diucapkan tahniah kepada sesiapa yang telah memiliki Local WebSite dari GDI (global domoin internasioanal), untuk maklumat GDI adalah salah sebuah webhosting company yang berpengkalan di USA dan telah pun beroperasi semenjak 1999, wujud hampir lebih 10 tahun lalu. Ia seperti juga webhosting company lain yang terdapat diseluruh dunia, cuma satu perbezaan yang amat besar adalah mereka mengembangkan perniagaan menggunakan sistem affiliate iaitu memberi sejumlah komisen sehingga 50 peratus kepada sesiapa yang berjaya membawa seberapa ramai mungkin menyertai program GDI ini. Sistem tersebut beroperasi sejak awal penubuhan mereka lagi, dan telah diiktiraf sebagai sistem affiliate terbaik didunia ketika ini. Ianya dapat dibuktikan dengan hanya menggunakan youtube atau google, jika kita mencari keyword "money online" atau "best affiliate program", kita akan jumpai 95% internet marketer (IM) mengiklankan GDI. Ini sudah memadai untuk membuktikan dakwaan tersebut. Jika kuranga yakin sila buat kajian terlebih dahulu tentang GDI ini, pasti didapati tidak ada satu blog atau forum diseluruh dunia menceritakan bahawa GDI ini scam atau tidak membayar komisyen kepada pelangan. Kenyataan tersebut cukup kukuh membuktikan yang GDI mempunyai sistem affiliate terbaik diseluruh dunia.

1.Berapakah kos untuk menyewa tapak dan pendaftaran webhosting di GDI?
Kosnya hanyalah US$10 (rm 38.00)setiap bulan atau mengikut writ semasa.

2.Apa beza GDI dengan webhosting yang lain?
a. Sistem affiliate yang memberikan 50% kepada sesiapa yang mempromosikan GDI. dan boleh disertai oleh sesiapa sahaja diseluruh dunia.
b. Anda akan mendapat 7 hari percuma sebelum aktifkan website dan juga affiliate anda.
c. Anda hanya perlu bayar 10$ setiap bulan dan boleh di cancel kan pada bila2 masa. untuk Join GDI ni.bolih di http://www.WebSite.ws/maha58/
Opp ! nak tanya dulu....Adakah pendapatan ni halal 100%.saya tak nampak pun sumbernya, tolong jelaskan?
Jawapannya : Ia merupakan soalan yang baik. Pada pendapat saya ianya 200% halal InsyaAllah. Contohnya, saya menyewa kedai Pak Ali untuk membuka perniagaan Restoran makanan, dan disebabkan Pak Ali mempunyai lot kedai lain yang masih kosong, dia menawarkan kepada saya untuk mencari pelanggan yang lain, dan sekiranya ada yang menyewa lot kedainya itu disebabkan saya yang mempromosikan nya,maka Pak Ali memberi upah yang telah dipersetujui terlebih dahulu, iaitu sebanyak 10% daripada sewanya akan diberikan kepada saya sebagai tanda penghargaan membantu mempromosikan kedainya. Dia juga berjanji akan memberikan 10% sedalam lima generasi kerana menghargai usaha saya yang mendapatkan orang pertama tersebut, kerana tanpa level pertama maka tidak akan wujud level kedua, ketiga, dan seterusnya. Ini merupakan satu upah dan penghargaan yang perlu dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak terlebih dahulu. Malah terdapat perjanjian yang ditandatangani menandakan persetujuan telah dimeteri. Oleh itu sebenarnya ianya bergantung kepada diri saya sendiri, saya boleh meneruskan perniagaan restoran saya seperti biasa kerana saya membayar sewanya setiap bulan dan Pak Ali tak boleh ganggu perniagaan saya kerana itu hak saya untuk berniaga apa apa sahaja yang asalkan tidak menyalahi undang2, disamping itu saya juga boleh mendapatkan wang sampingan dengan mempromosikan lot kedai Pak Ali yang lain.Itulah jawapannya,jesteru itu maka saya tidak nampak mana-mana bab yang melanggar hukum Allah atau sunah rasulullah.

GDI mempunyai sever yang sangat besar kapasitinya, kita hanya menyewa 100Mb dan perlu memeterai perjanjian bertulis didalam ruangan 'Document' yang disediakan. Selagi kita tidak menanda tanganinya maka mereka tidak akan mengeluarkan apa2 komisyen kepada kita, kerana kita perlu menyetujui kesemua syarat yang ditetapkan terlebih dahulu jika ingin mempromosikan tapak web mereka yang lain. Ia produk maya, sebenarnya jika kita menyewa 100Mb, ini bermakna suatu peratusan yang kecil didalam server mereka adalah milik kita, dan kita boleh melakukan apa sahaja dengan 100Mb tersebut. Kita boleh menjual nasi lemak didalam web kita, kita boleh menjual produk kesihatan,boleh mengiklankan kursus keusahawan internet dan dengan 100Mb tadi kita bolih juga membuka warung cyber dengan mempromosi landing page kempen untuk menjual barangan bermutu bagi membantu usahawan di negara kita secara online, disamping itu saya juga boleh membuat website ataupun blog untuk mewar-warkan yang Pak Ali masih mempunyai lot kedai yang kosong untuk disewakan,jadi jika ada yang menyewanya saya akan mendapat upah dari Pak Ali. InsyaAllah ianya halal. Rajin kerja ada hasil, kalau tak buat tidak ada hasil, walau berapa puluh peratus sekali pun Pak Ali nak bagi, ia tidak akan berhasil,kata orang "lebih baik berusaha daripada tidak buat apa apa langsung",jadi kenapa masih ragu ragu untuk menyertai programe GDI ini .

Olih itu dapatkan yang original WebSite dengan nama domain anda sendiri, apa yang anda perlu lakukan ialah isi borang update active form ini >
https://www.website.ws/kvmlm2/dispatch.dhtml?sponsor=maha58&fname
(pilih Definitely the income opportunity, with little interest in products and services) sebelum itu isikan maklumat mastercad/credit atau debit kad akaun bank anda didalam borang tersebut. Setelah permohonan diterima,anda disarankan masuk kelaman "WebSite member area' dan klik preffer payment kemudian buat pilihan jenis bayaran dan jumlah paling minima seperti ini :
Current Preferred Commission Method:
Receive Commissions by PayPal
Current Minimum Payout Amount:
$10
Amount Due:
$0.00

Pehak GDI akan aktif kan akaun anda dalam tempoh 24 jam kemudian anda berolih WebSite replika Original seperti ini http://www.WebSite.ws/maha58/ bagi tujuan promosi.

Setiap prospek akan diforwardkan secara outorespon keEmail anda/tuan bagi membolihkan anda membuat followUp, gunakan daya kretiviti anda untuk menarik seramai mungkin prospek untuk terus menyertai rangkaian anda, peranan anda cuma promotekan link Website anda itu keEmail rakan rakan atau mana mana laman sosial seperti FaceBook dan sebagainya atau bolih juga turut sama menyertai kempen dilaman laman forum sebegini http://www.gdimalaysia.com/forum/index.php
Berikut adalah senarai nama Member GDI diserata dunia yang telah menerima komisen:
Weekly Potential Leaderboard Covers New Signups for the Week of 07/05/2010 - 07/11/2010

Amount New Signups Affiliate Name City State Country
$600 32 Paul Cherry Sebastian FL US
$500 29 Tissa Godavitarne Herndon VA US
$500 26 Randy Beck Sioux Falls SD US
$400 22 Tim Sebert Waxhaw NC US
$300 15 Bear Marketing Taylor MI US
$200 14 Estopheles Gray Los Angeles CA US
$200 13 Virasak Aromsuk Bangplee SAMUTPRAKARN TH
$200 13 GDI Website Leaders Penfield NY US
$200 12 Pittaya Kinsungnoen Sungnoen NAKHON RATCHASIMA TH
$200 12 Wiwat Marakrong Muang Distric UBON RATCHATANI TH
$200 12 Stone Evans Dallas TX US
$200 11 Ewen Chia Ti Wah Singapore SINGAPORE

SEKADAR MENYENARAIKAN BEBERAPA NAMA

Kira-kira 60 peratus daripada penduduk Malaysia menggunakan internet sama ada untuk mencari kerja atau meninjau peluang business internet khususnya yang berkonsepkan "HOME BASED BUSINESS" atau "ONLINE BUSINEES" bagi mencari duit tambahan untuk menampung kos perbelanjaan yang semakin meningkat ketika ini. Di sinilah platform yang mudah untuk anda menjana pendapatan sampingan atau sepenuh masa. Dengan hanya dari rumah atau dimana mana lokasi yang bolih diekseskan dengan ICT.

Dengan menggunakan kad bank sama ada DEBIT atau KREDIT, anda boleh menjalankan perniagaan ini melalui suatu sistem yang terbukti dapat menjana pendapatan, tanpa menjejaskan masa anda disamping mempunyai banyak ruang masa untuk bersama keluarga atau melakukan aktiviti kesukaan mahupun hobi anda.Suri rumah, kakitangan awam dan swasta serta usahawan sudah ramai yg telah berjaya mendapat hasil dari program ini.sebelum itu sila ke link ini untuk mengetahui cara perkiraan komisen :-
http://freedom.ws/index.dhtml?sponsor=maha58&cookie
Terima kasih

AalHadi
(kempen i-sponsor)

P/s: Aktifkan keahlian sekarang dengan mengisi borang ini:- https://www.website.ws/kvmlm2/dispatch.dhtml?sponsor=maha58&fname
tok ayah su-iklan buat pengisian blog untuk menafaat bersama...

Jumaat, 16 Julai 2010

Politik itu perlu diretorikkah?

Salam hormat !

Kata seorang sahabat "kita berkerjaya sebagai peniaga tidak perlu banyak buang masa dengan menceburi bidang politik kerana peluang untuk mengisi jawatan semuanya telah penuh diisi, tidak ada apa untuk dikejar lagi jadi lebih baikberi perhatian hanya kepada perniagaan sahaja" itulah syarahan kawan yang saya anggap merupakan satu saranan iklas daripada beliau.Namun demikian saya teringat akan kata kata seorang yang bergelar ustaz,katanya "terdapat 4 golongan manusia,pertama mukhlisin iaitu golongan iklas dalam perjuangan,kedua ialah golongan yang mahu mengejar sesuatu dengan memperalatkan ilmuan agama untuk kepentingan duniawi, golongan ketiga ialah orang yang berpura pura atau retorik yang dipanggil juga munafikin dan yang keempat golongan yang menentang secara terang terangan ajaran islam iaitu digelar kafirun. Diantara kegolongan ini,hanya golongan yang pertama sahaja yang diiktiraf dalam bilangan orang orang yang beriman"katanya.

Berbalik kepada persoalan bagaimana ingin mendapatkan keselesaan dalam perniagaan jika banyak hal dicampuri dengan kerenah politiking hatta kepada urusan pemberian wang zakat pun dikawal olih politikus,apatah lagi dunia perniagaan,kerana itu kita lihat pada suatu ketika dijanjikan akan diberi duit raya (diFelda Trolak) dan dimasa yang lain pula dinaikkan harga barangan semasa, contohnya hari ini dikenaikan harga minyak dan gula.Manakala pembangkang pula adalakanya dilihat 2kali5,pernah disuatu ketika secara senyap memarahi kerajaan kerana turunkan harga minyak kerana dibimbangi tidak akan ada lagi modal buat dijadikan isu politik untuk menentang kerajaan yang dikatakan bertindak sengaja membebankan rakyat,manakala alasan kenaikan olih pehak kerajaan pula ialah harga barangan dinegara kita masih lagi terendah jika hendak dibandingkan dengan lain lain negara sedangkan pendapatan rakyat dinegara luar nisbahnya amat besar contoh dinegara jiran seperti Singapore,khabarnya upah gaji tukang kebun pun mencecah ribuan ringgit jadi rasionallah jika harga keperluan barangan harian dinegara luar agak mahal,jadi bolihkah kononnya alasan kenaikan harga minyak dijamin tidak akan membebankan penguna.Kepura puraan inilah bolih diibaratkan "gajah sama gajah bertarung,kancil ditengah tengah mampus terpijak"....jadi siapakah sebenarnya lebih retorik?

Kerana itulah juga jika ada suara suara yang cuba menyuarakan agar diujudkan gabungan diantara kedua tonggak utama parti politik orang melayu iaitu Pas dengan Umno,maka saya hanya mampu memberi senyuman hambar sahaja,apa tidaknya,perbezaan kedua idealogi yang menjadi dasar kedua parti dilihat begitu jauh berbeza seumpama langgit dengan bumi.Ada juga yang mengumpamakan seperti campuran minyak dengan air,hendak diminum airnya tidak bolih dan hendak dibuat minyak kenderaan pun tidak bolih. Kedua duanya jadi tidak berguna,jadi mana "bisa" kedua Parti politik ini bolih bercampur,belum ada apa apa sebarang termeterainya perjanjian sudah ada suara supaya syarat syarat tertentu perlu diselesaikan terlebih dahulu kerana akan dibimbangi dikemudian hari akan wujud kem kem atau team team yang kelak masing masing mahu mencabar bagi merebut sebarang jawatan dan kedudukan sebagaimana pernah berlaku diantara Team Kemamam dengan Team Setiu. Jika pasukan bola sepak, yang akan menjadi juara hanya satu pasukan sahaja,jadi bagaimana dengan nasib pasukan yang kalah dalam pertarungan? siapakah yang membela mereka kelak?

Begitu juga jika dilihat dari sudut dasar,ada pehak yang memandang sinis akan perundangan islam yang mahu dilaksanakan olih Pas kerana masih menganggap soal agama perlu dipisahkan dengan politik (fikiran sekular acuan Barat) manakala pehak Pas pula dilihat tidak mahu mengiktiraf sebarang element yang berbau sekular atau kearah keBANGSAan,kedudukan perbezaan fahaman kedua ideologi inilah yang menjadi benteng pemisahan yang menyukarkan dan sangat subjektif,kerana itu juga soalan yang sering didengari ditelinga "dimana silapnya dasar islam yang mahu dilaksanakan olih Pas?" dan tidak pula terdengar orang yang bertanya "dimana silapnya dasar Kebangsaan?"walhal mengikut ilmu fiqah terdapat lima perkara yang perlu ditekankan sebagai amalan iaitu jika direngkasnya berbunyi " menjaga Keturunan iaitu bangsa,kedua fikiran (otak) yang yakni menjaga kesihatan",ketiga harta iaitu tanah air(negara), yang keempat dan seterusnya kelima cubalah anda pula semak sendiri,teringat juga saya akan satu maksud hadith dari sabda nabi kita yang sering dibaca olih khatib dalam setiap khutbah Jumaat yang berbunyi "telah aku tinggalkan kamu dua perkara,pasti tidak akan sesat buat selamanya jika kamu beriman dengannya iaitu alQur"an dan sunnah pengajaranku"!!!

Tok ayah su-tepuk dada tanya iman....

Rabu, 14 Julai 2010

"kaki bangku" vs 'buta IT"...


salam hormat !
"Buta IT" dan "Kaki Bangku" adalah bidalan bahasa yang membawa maksud yang berlainan, kaki bangku membawa maksud seseorang yang tidak tahu bermain bola sepak tetapi bidang ini diperkatakan olih "DIA" secara berapi api mengalahkan seorang pakar bola,lalu kita dapati setiap tuturnya nampak songsang men"gila'.Sebab itu jika dirujuk pada pandangan kacamata agama sendainya tidak tahu maka "diam itu lebih baik" jika tidak jadilah seperti mengajar ilmu sains sekular yang menyatakan asal usul kejadian orang (manusia) berasal dari seekor beruk,walhal agama mengajar kita bahawa manusia dicipta dari tanah maka ujudlah ADAM dan HAWA,tetapi kenapa tidak ada yang bertanya siapakah mengkahwinkan mereka berdua?
 Manakala buta IT adalah satu istilah baru dalam bidalan bahasa yang ada hubung kaitnya dengan ilmu sains moden yang bermaksud seseorang itu tidak tahu ilmu Teknologi,saya masih ingat orang orang tua dahulu amat melarang anak anaknya bermain alat alat bunyian termasuklah pasarana yang ada ada masa itu seperti TV dan Radio ,tetapi hari ini dunia teknologi semakin berubah dari alat pandang dengar kepada satu alat yang bolih berhubung dan berkongsi pandangan mahupun buah fikiran.Kini lebih mudah dan cepat malah lebih daripada itu alat ini lebih senonim dipanggil dengan nama "internet" bolih juga dijadikan alat "jalan jalan cari makan",cuma terpulanglah kepada tahap kepakaran seseorang itu mengendalikannya.
Dalam kerancakan berInternet terdapat juga suara suara ilmuan agama yang telah memberi pandanagan samada ianya halal atau pun haram.Pendapat saya secara peribadi,jika sesuatu perkara itu dilakukan secara melampau dan lalai daripada menunaikan kewajiban yang difardhukan kepada seorang islam sudah tentu akan melahirkan bibit bibit songsang.Sebaliknya jika dikawal pengunaannya untuk satu keperluan semasa kini supaya tidak dianggap tertinggal terkebelakang,jadi apa salahnya ilmu IT ini diterokai.Tetapi seperti biasa "baik lawannya buruk". Yang buruknya ialah bolih dibuka lihat kearah benda benda mungkar seperti melayari bahan bahan lucah dan juga permaianan (programe game) yang melekakan khususnya kepada para pelajar dengan banyak menghabiskan wang ringgit ibubapa dengan melepak diciber cafe.
Tok ayah su-harap penguatkuasa lebih kerap buat pemantauan di CiberCafe...

Ahad, 11 Julai 2010

Piala Dunia > Tahniah Sepanyol....



salam hormat!
Para peminat bola sepak sudah tentu tidak mahu melepaskan peluang menonton perlawanan akhir merebut satu piala yang amat berprestij didunia yang mana hanya dapat disaksikan dalam tempoh satu musim empat tahun sekali,inilah yang dikatakan "bola",untuk meraih kejayaan sampai kepuncak bukanlah satu perkara mudah malah untuk mengekalkan kejuaraan yang disandang pun bukanlah senang,contohnya pasukan German walaupun sudah dua musim lalu sebagai penyandang juara namun pada musim kali ini telah kecundang.
Pada musim tahun ini saya tidaklah bersungguh sangat mengikuti perlawanan ini dari awal ianya bermula,namun begitu saya tetap memberi perhatian setelah masuk aksi keperingkat saat separuh akhir,pada peringkat ini perhatian saya kepada perlawanan diantara German melawan Sepanyol,saya melihat pemain German talah ramai dibarisi pemain baru dan berusia muda, keghairahan pasukan ini yang tanpa banyak pengalaman meyebabkan saya tidak banyak meletakkan keyakinan bahawa pasukan German akan bolih terus mara keperingkat akhir,itulah penilaian saya lalu memilih Pasukan Sepanyol sebagai pilihan,dengan itu juga saya telah membuat beberapa ramalan ,jika disemak banyak dari komen komen saya (dalam FaceBook rakan rakan) sebelum perlawanan bermula diantara German menentang Sepanyol maka saya telah memilih Sepanyol,wow...tergaman pula apabila tekaan saya telah menjadi tepat sekaligus melayakkan sepanyol keperingkat akhir.Seterusnya dua hari selepas itu giliran perlawan untuk merebut tempat ke3 diantara German melawan Paraguay,namun pada kali ini saya telah memilih German dengan membuat tekaan rambang bahawa German akan menang,woww...sekali lagi ramalan saya telah menjadi tepat dimana German telah dapat mengalahkan Paraguay dengan jaringan 3 gol berbalas 2.

Semalam sekali lagi masa yang ditunggu tunggu saatnya telah tiba,walaupun pedih mata berjaga namun demi pasukan fovorite saya iaitu Sepanyol maka saya telah mengorban masa tidur untuk menonton siaran langsung tersebut.Jika Paul iaitu seekor sotong yang menjadi pilihan dunia untuk membuat ramalan,jadi fikir saya apa salahnya jika saya sebagai manusia normal ini turut membuat tekaan,setidak tidaknya perhatian tidaklah hanya tertumpu kepada sotong dengan melakukan satu kepercayaan khurafat bahawa binatang yang tidak mempunyai akal dan tidak tahu menahu tentang bola sepak tetapi telah diperbesar besarkan sebagai Tok Nujum keramat.

Berbalik kepada perlawan akhir semalam,pada masa seawal perlawanan saya melihat bahawa Sepanyol akan berolih kejayaan apabila menyaksikan kelincahan sepanyol dapat mengawal dan menguasai perlawanan,dalam babab babab aksi serangan yang bertubi tubi itu,perasaan saya telah menjadi sedikit mendebarkan apabila kad demi kad kuning telah dilayang olih pengadil, walaupun pengadil agak bijak mengawal suasana itu, hati saya telah menjadi cemas dan timbul perasaan geram apabila seorang pemain Belanda telah menghayungkan kaki tinggi sehingga keparas atas dari pusat menerjah dada Alonso (pemain spain),perbuatan yang dianggap merbahaya dan bolih menjadi satu kesalahan besar malah bolih dihukum dengan kad merah keluar padang namun pengadil hanya sekadar melayangkan kad kuning sahaja.

Selepas perlawanan diteruskan,pasukan Belanda hanya mampu bertahan dari serangan bertali arus yang dilakukan olih pasukan sepanyol,tetapi sekali sekala telah membuat "counter attace" yang berbisa sehingga terlepas seorang sama seorang dengan penjaga gol,namun sekalung pujian harus diberikan kepada penjaga gol sepanyol yang telah banyak menyelamatkan keadaan yang merbahaya itu.Harapan penonton kepada tunggak utama pemain Sepanyol seperti Punyoo dan juga David via tidak menjadi apabila rembatannya agak gopoh dan jauh tersasar dari tiang gol,suasana bertambah cemas dimasa tambahan 30minit akhir apabila pemain "sakit" iaitu toress telah masuk mengantikan David Via,tetapi tuah telah meyebelahi pemain OKU ini setelah dapat diseimbangkan dengan terkeluarnya seorang pemain Belanda apabila satu kad merah telah dilayangkan. Belanda hanya dapat bermain dengan kekurangan seorang pemain.

2 minit saat akhir satu suasana tepukan gemuruh telah mengegarkan dunia apabila pemain bukan pilihan Inesstar telah dapat meluluskan gol Balanda,goooollllll.....itulah suara gegaran memecah suasana malam yang panas panas suam.OOppp ! ada yang bertanya "outside" kah? ohh tidak...tores telah sempat naik keatas semula selepas maraan pertama dan membuat rembatan keramat yang akan akan dikenang dalam sejarah perlawanan Bola Sepak Piala Dunia selepas ini,dan yang tidak kurang pentingnya ramalan saya juga tepat mengalahkan ramalan siSotong paul....ha...ha...ha....
Tok ayah su-Waka~~~ Waka~~~A```A~~~A...good job Africana !

Sabtu, 10 Julai 2010

BOLA SEPAK PIALA DUNIA

Salam hormat !

Malas pulak rasanya nak tulis panjang panjang,olih kerana sehari dua ni hangat diperkatakan tentang bola sepak ,jadi saya melihat anak saya juga tidak ketinggalan dalam mengikuti permaianan kegemaran ramai ini,semalam berlangsungnya satu kejohanan putsal yang turut disertai beliau,saya melihat bolih tahan juga dia bermain,bolih shoot 2 jaringan gool dan pasukannya menang (rujuk video diatas) ,ini adalah bahana demam piala dunia,pehak penganjur mengambil kesempatan mengadakan acara ini sempena musim bola piala dunia, meriahnya bolihlah tahan,nampaknya banyak pasukan mengambil bahagian,sebagai bapa tidaklah saya mahu menghalang hobi anak saya itu asalkan tidaklah sampai menganggu pelajarannya yang akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini.

Dahulu pun ketika diusia muda muda saya juga kaki bola tetapi tidaklah hebat sangat,sebab itu bolih dikata setiap musim piala dunia pasti saya tidak ketinggalan mendapatkan jadual perlawanan dan mengikuti setiap perlawan dari awal hingga keakhir namun demikian sekarang agak jauh berbeza,saya cuma hanya sekadar ambil tahu sikit sikit sahaja dan melihatnya setelah kejohanan hampir hampir berakhir iaitu diperingkat suku akhir dan seterusnya hingga keakhir almaklumlah umur dah meningkat separuh abad jadi biarlah soal bab sukan sukan saya letakkan dibelakang sahaja kecualilah sekali sekala tu adalah sekadar pergi berjongging untuk mengeluarkan peluh.Biarlah anak anak pula yang berkecimpung seandainya dia ada menaruh minat dalam bidang sukan ini,saya cuma memberi sokongan sekadar apa yang perlu....

Tok ayah su- nak buat ramalan pasukan German akan mendapat tempat ke3,manakala manakala Sepanyol akan menjadi juara dunia....gooolll

Rabu, 7 Julai 2010

Jasamu dikenang....



salam hormat !
Kata pepatah "kawan ketawa senang dicari,kawan menanggis seorang diri",ini membawa erti ramai kawan akan mengelilingi kita apabila didapati kita berolih sesuatu kejayaan besar,ibarat dialog dalam filem sibongkok (maaf sudah lupa senikatanya),akan tetapi apabila kita berolih sesuatu musibah atau dalam kedukaan maka amat jarang sekali ditemui mereka yang mahu dekati jika ada pun hanya sekadar diucapkan "saya juga bersimpati dengan anda".

Apa yang hendak saya ceritakan disini ialah mengenai sikap seorang kawan lama yang baru baru ini telah datang mengunjungi kerumah,pada mulanya saya ingatkan perangainya sudah berubah almaklumlah sekarang ini sudah bergelar seorang usahawan yang berjaya,mempunyai ramai rakan dalam rangkaian perniagaan MLM dan juga memiliki sebuah restoran disamping mempunyai beberapa buah rumah dan beberapa buah kereta separa mewah,isteri pun sudah lebih dari satu...he..he..he...Namun perangainya tetap sama seperti saya kenali kira hampir 30 tahun dahulu,jika dahulu bolih dikatakan dialah kawan dan dialah juga saudara,apa tidaknya persahabatan kami begitu akrab juga bolih berkongsi masaallah dalam apa jua suasana samada ketika susah ataupun senang,begitu intim sekali bagaikan saudara kandung.
Antara kehebatan beliau yang mempunyai gaji yang tidak seberapa ketika itu namun diatas kepandaiannya yang "casligas"telah mampu berdikari bolih bergerak kesana kemari dengan kereta proton yang model awal 8Oan keluaran terkini.Beliau bolih menjadi saleman usecar,dia bolih jadi ejen syarikat kereta sewa pandu sendiri,dia juga bolih menjadi pemandu kereta sewa (teksi) dan paling paling habis iktiar dia juga bolih jadi pemancing ikan,malah adakalanya dia telah diminta olih kawan kawan yang lain berkhidmat sebagai ejen Bank untuk menarik kereta yang tidak menjelas insuran,puhh...yooo...bolih tahan "gedebe" jugak orangnya. Manakala orang kanannya ketika itu siapa lagi jika tidak saya. Kemana sahaja tempat bergerak pasti sayalah diajak temankan dia.

Pada suatu ketika saya terpaksa berpisah sementara dengannya sewaktu hendak menghadiri kursus selama 3 bulan nun jauh diselatan tanah air,kursus yang memerlukan kerahan tenaga yang lasak seperti berkawad dan berjalan jarak jauh,entah dimana silapnya tiba tiba sahaja saya jatuh sakit dan diusung kehospital kerana disyaki telah keracunan makanan,akibatnya perut saya terpaksa dibedah untuk membuang usus yang sakit atau diistilah dengan ilmu perubatan moden sebagai sakit ependik.Sayang disayang....saya terpaksa balik semula ke kem asal dan tidak sempat untuk menamatkan kursus walaupun sudah separuh masa terbuang menjalankan kursus tersebut,olih kerana kawan saya tadi mahukan saya lebih selesa untuk pulang maka beliau sanggup datang dari KL keHospital Seremban untuk menjemput saya pulang dengan menaiki keretanya.

Kerana itu apabila mengenangkan kembali kesah tersebut,beliau berkata kepada saya "sebenarnya kejayaan perlu dicipta kerana ia tidak akan datang sendiri,sebagai contoh untuk berolih kejayaan saya terpaksa datang kursus tersebut untuk kali kedua setelah tertangguh untuk menunggu sembuh kira 2 tahun lebih selepas itu,katanya jika saya telah berputus asa sudah tentu tidak lagi mahu untuk datang kursus lasak tersebut untuk kali keduanya"pujian iklas beliau pada saya.
Lalu saya juga teringat pada kata kata jurulatih "jarang anak melayu yang datang kursus lasak ini sampai dua kali malainkan dia berperangai gila gila" ahhh...lantaklah,apa jua gelaran yang hendak diberikan kepada saya yang penting aku mahu mencipta sesuatu kejayaan"bisik hati saya pada ketika itu. Alhamdulillah, untuk kali kedua ini saya telah dapat menamatkan kursus tersebut dengan jayanya.
Akan bersambung.....
TERKINI
Duhai sahabatku,semua itu telah pun berlalu dan meninggalkan nostalgia buat kita,namun sekali sekala apabila dikenangkan bagaikan ianya baru sahaja semalam berlaku,perjalanan hidup yang ditempuh telah banyak mengajar dan mematangkan kita,masakan tidak apabila melihat selonggok durian yang pasarkan olih penjaja maka akan teringat semasa tatkala susah dahulu, jangankan untuk membeli selonggok ,untuk dapat belikan sebiji pun terpaksa menunggu tarikh hari gaji, manakala setelah terima gaji tak sampai seminggu duit poket sudah pun kosong,mahu tidak mahu terpaksalah beriktiar cara lain bagi mendapatkan sumber keuwangan bagi menampung keperluan keluarga,malah bukanlah satu perkara mudah untuk memperolihi wang,terpaksa berkerja keras tak mengira penat lelah dan jemu sehinggakan adakalanya jatuh bangun dalam setiap yang diceburi telah menjadi asam garam,sudah secukup rasa....
Duhai kawan,persabahatan kita kini telah terpisah dengan dua suasana,keadaan jarak jauh beratus kilometer dan suasana kedua ialah budaya kehidupan dikampung berbanding dikota amat jauh berbeza,dibandar bolih dikatakan semuanya ada melainkan ayah dan bonda,manakala didesa begitu terbatas dengan kekurangan banyak perkara.Untuk menghilangan rasa gelisah dan gundah gulana maka ubatnya ialah dengan sering mendampingi buku agama sebagai teman manakala sekali sekala mengunjungi masjid untuk lebih dapat mengulangkajinya.Itulah rutin harian ku kini disamping kerja hakiki sebagai peniaga sepenuh masa.Mudah mudahan nikmat yang allah berikan pada kita ini akan terus berkekalan hendaknya....amim !!
tok ayah su-mohon keberkatan rezeki...

Peranan-Duta-Lidah (peduli) 02


tok ayah su- jom nilaikan kemanakah perginya wakil rakyat tu ?

Selasa, 6 Julai 2010

UPSR....dimana suara PIBG?

salam hormat !

Saya pun merasa hairan bin ajaib apabila suara PIBG hanya seolah olah dianggap satu suara picisan yang tidak perlu dilayan melainkan ianya bolih diterima pakai untuk kepentingan mencari sumber atau dana bagi pehak sekolah namun jika usul yang melibatkan dari PIBG untuk kerajaan atau kementerian pendidikan langsung tidak berusik contohnya sepanjang dua penggal saya berada dalam jemaah jawatankuasa PIBG langsung tidak kedegaran perkara seperti isu ingin memansuhkan peperiksaan UPSR ataupun PMR ini.Walhal perkara sepenting ini apa salahnya jika suara dari ibubapa juga perlu diambil kira sebelum dijadikan sebarang dasar kerajaan setidak tidaknya dapatlah direalisasi slogan "rakyat didahalukan".

Saya pernah terdengar dan masih lagi tergiang miang ditelinga akan satu suara sumbang yang mengatakan "apalah sangat hendak dibanggakan dengan pencapaian murid dengan banyak dapat A dalam setiap peperiksaan samaada UPSR mahupun PMR kerana pencapaian tersebut hanya bolih bermegah pada sijil sahaja sedangkan ilmunya tidak ada didada".Jadi saya sendiri tidak faham apakah yang dikatakan erti "ilmunya tidak ada" ,apakah maksudnya setiap murid itu mestilah seorang hafiz yang bolih menghafal 30 juzuk alQur"an atau bolih berwirid dan berdoa berjela jela panjang barulah bolih dikatakan seorang itu berilmu?apakah asas pembelajaran kebangasaan itu tidak bertepatan dengan kehendak agama jadi ianya dikata ilmu sekular dan dinilai "kosong" walaupun berolih sijil sebesar tikar...?walhal setahu saya nabi kita sendiri pun mengunjurkan supaya umatnya menuntut apa jua ilmu hatta sampai kenegeri cina.Apa ilmu yang ada disana?

Inilah sebahagian pandangan dari ibubapa yang pro dan kontra,namun pemansuhan yang dicadangkan ini saya berpendapat dengan sokongan pengalaman sebelum ini dimana anak saya yang telah banyak berolih keputusan gred A kemudian apabila dipohon untuk kesekolah berasrama penuh pun juga telah ditolak, mungkin saya tidak ada cabel kenaliti agaknya, jadi dimanakah dikatakan untuk menjadikan peperiksaan ini sebagai kayu ukur untuk melayakkan seseorang murid berada pergi kesekolah berasrama penuh?

tok ayah su-tidak hapus pun tak apa, jika hapus terus pun lagi baik....

Jumaat, 2 Julai 2010

"aktiviti sri adidah sup" (ASAS)








salam hormat!

Pada petang hari jumaat kelmarin tok nek su (isteri tok ayah su) telah menganjurkan satu majlis bacaan yassin dan kesyukuran dirumah sempena mengingati kematian bonda tok ayah su,majlis seumpama ini sering dikelolakan dibawah aktiviti muslimat pas cawangan,namun demikian kehadiran jemputan kebiasaanya tidak mengira apa jua edeologi politik,malah terdapat dikalangan kaum wanita umno turut sama sama hadir meraikan dalam setiap kali acara majlis bacaan yassin ini dibuat, pada lazimnya ianya akan dibuat secara bergilir gilir dari satu rumah kesatu rumah,dan jika tiada yang mahu menganjurkan dirumah maka ianya akan dibuat dimasjid. Inilah kehebatan muslimat cawangan yang menjadikan majlis sebegini menjadi acara rutin setiap minggu pada disebelah petang jumaat,syabas diucapakan...

Tok ayah su-juga ingin mewakili tok nek su mengucapkan terima kasih kepada Ustazah Khalsom dari Pas kawasan marang (Rusila) yang sudi mengetuai majlis ini....

Khamis, 1 Julai 2010

Tazkirah jumaat....

Salam hormat !

kita kongsikan ilmu yang saya perolehi hari ini...


Orang-orang Yang Didoakan Oleh Malaikat
Allah SWT berfirman, "Sebenarnya (malaikat - malaikat itu) adalah hamba - hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah - perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang dihadapan mereka dan yang dibelakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa'at melainkan kepada orang - orang yang diridhai Allah, dan mereka selalu berhati - hati karena takut kepada-Nya"(QS Al Anbiyaa' 26-28)Inilah orang - orang yang didoakan oleh para malaikat:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa 'Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan karena tidur dalam keadaan suci'" (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/37)

2. Orang yang duduk menunggu shalat. Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Tidaklah salah seorang diantara kalian yang duduk menunggu shalat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia'" (Shahih Muslim no. 469)

3. Orang - orang yang berada di shaf bagian depan di dalam shalat. Imam Abu Dawud (dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra' bin 'Azib ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat kepada (orang - orang) yang berada pada shaf - shaf terdepan" (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud I/130)

4. Orang - orang yang menyambung shaf (tidak membiarkan sebuah kekosongan di dalam shaf). Para Imam yaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu bershalawat kepada orang - orang yang menyambung shaf - shaf" (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/272)

5. Para malaikat mengucapkan 'Amin' ketika seorang Imam selesai membaca Al Fatihah. Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Jika seorang Imam membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh dhaalinn', maka ucapkanlah oleh kalian 'aamiin', karena barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang masa lalu" (Shahih Bukhari no. 782)

6. Orang yang duduk di tempat shalatnya setelah melakukan shalat. Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahwa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, " Para malaikat akan selalu bershalawat kepada salah satu diantara kalian selama ia ada di dalam tempat shalat dimana ia melakukan shalat, selama ia belum batal wudhunya, (para malaikat) berkata, 'Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia'" (Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir menshahihkan hadits ini)

7. Orang - orang yang melakukan shalat shubuh dan 'ashar secara berjama'ah. Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Para malaikat berkumpul pada saat shalat shubuh lalu para malaikat ( yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga shubuh) naik (ke langit), dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu shalat 'ashar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga shalat 'ashar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal, lalu Allah bertanya kepada mereka, 'Bagaimana kalian meninggalkan hambaku ?', mereka menjawab, 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan shalat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan shalat, maka ampunilah mereka pada hari kiamat'" (Al Musnad no. 9140, hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Ahmad Syakir)

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa sepengetahuan orang yang didoakan. Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda' ra., bahwasannya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa sepengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata 'aamiin dan engkaupun mendapatkan apa yang ia dapatkan'" (Shahih Muslim no. 2733)


9. Orang - orang yang berinfak. Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Tidak satu hari pun dimana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali 2 malaikat turun kepadanya, salah satu diantara keduanya berkata, 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak'. Dan lainnya berkata, 'Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang pelit'" (Shahih Bukhari no. 1442 dan Shahih Muslim no. 1010)

10. Orang yang makan sahur. Imam Ibnu Hibban dan Imam Ath Thabrani, meriwayaatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat kepada orang - orang yang makan sahur" (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhiib wat Tarhiib I/519)

11. Orang yang menjenguk orang sakit. Imam Ahmad meriwayatkan dari 'Ali bin Abi Thalib ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan bershalawat kepadanya di waktu siang kapan saja hingga sore dan di waktu malam kapan saja hingga shubuh" (Al Musnad no. 754, Syaikh Ahmad Syakir berkomentar, "Sanadnya shahih")

12. Seseorang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain. Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dari Abu Umamah Al Bahily ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah diantara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya bershalawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain" (dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Kitab Shahih At Tirmidzi II/343)

Tok ayah su-Semoga kita tergolong diantara salah satu golongan orang-orang yang disebut diatas,amimm....

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan