arkib

Ahad, 13 November 2011

Besar periok besarlah keraknya....

Salam hormat!


Saya masih ingat disemasa dalam perkhidmatan tentera dahulu ada yang merasai cemburu apabila terdapat diantara mana mana anggota yang dinaikkan pangkat, mereka mencemburui  diatas kenaikan pangkat itu atas alasan kononnya dengan kenaikan pangkat itu tadi dengan sendirinya tangga gaji juga turut sama dinaikkan, memanglah pada asasnya pun begitulah lumrahnya akan tetapi pada hakikat sebenarnya semakin poket berisi semakin cepat pula poketnya bocor,diibaratkan seperti kata pepatah melayu "semakin besar periok semakin besarlah juga keraknya".


Sebagai contoh jika disemasa pangkat hanya tatkala kopral kebawah diketika itu tidak banyak pula aktiviti pasukan yang memerlukan perbelanjaan duit poket sendiri dikeluarkan melainkan tatkala hendak kemana mana seperti pergi menghadiri kursus ataupun ketika pergi menjalani latihan,itu sahaja namun setelah kenaikan pangkat yang agak lebih tingi iaitu dari sarjan keatas atau lebih senonim dipanggil PTT kanan maka sewaktu inilah pelbagai bagai perbelanjaaan tambahan dari poket sendiri secara bulanan terpaksa dikeluarkan. Diantara bayaran yang perlu dibayar ialah yuran Mess Bil dan coffe room.Jika kedua tempat ini banyak mengadakan aktiviti seperti mengadakan majlis majlis tertentu diantara keraian kenaikan pangkat,majlis perpisahan,majlis suai kenal dan lain lain  maka banyaklah jumlah duit poket terpaksa dikeluarkan.paling paling koman minima jika tiada sebarang aktiviti pun jumlah wajib yang patut dibayar yurankan bolih mencecah rm 100 juga.Dengan tangga gaji bersih hanya disekitar rm800 pada ketika itu jika dipotong bocorkan rm 100 adalah merupakan satu jumlah yang dirasai amat besar,kerana itu kalau dilihat kebanyakkan anggota yang isterinya juga tidak berkerja janganlah diharap untuk pakai kereta sendiri. kerana apa?kerana tidak berkemampuanlah...dan jika ada yang berkampuan pun hanya jarang jarang,itupun disebabkan isterinya juga turut sama berkerja.Kerana itulah saya lihat pada waktu itu kebanyakkan anggota tentera hanya gah pada nama sahaja...tetapi poketnya kocong.




Bukan niat saya hendak membuka pekung didada dengan pendedahan ini cumanya hanya sekadar hendak membuat perbandingan bahawa kerja makan gaji dengan kerja sendiri khususnya berniaga terlalu jauh berbeza pendapatannya. Cumanya antara kelebihan maka gaji pendapatannya telah tetap ada walaupun ditatkala hujan ribut taufan melanda, adapun pendapatan melalui 9/10 punca rezeki datang dari perniagaan ianya ada waktu pasang surutnya. Ibarat sama dengan pendapatan para nelayan juga,adakalanya kurang dan adakalanya berolih lebihan rezeki,ianya banyak bergantung pada daya usaha dan bertawakal tualallah.
Bersambung....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan