(gambar hiasan)
Salam hormat! Sebelum hendak menyambung topik seterusnya ada baiknya saya membuka satu cerita metos dulu dulu tetapi ada moral yang bolih dikutip darinya dan rasanya cerita ini terdapat didalam buku buku tek sekolah rendah pada suatu ketika dulu, berkemungkinan ada yang telah terbaca dan saya hanya mahu mengulanginya sahaja mudah mudahan bolih memberi satu motivasi diri.
(gambar hiasan)
Cerita berkenaan rasa tidak tentu arah untuk membuat pilihan mana satu yang baik olih seorang pekerja pemecah batu,dengan kata lain beliau merasa was was ada orang yang lebih baik dan kuat darinya lalu turut ingin menjadi seperti itu.Kesah siPemecah Batu ini bermula semasa ia berkerja disebuah lereng gunung berbatu.Dengan mengunakan kekuatan tenaga fizikalnya yang berbadan sasa disetiap saban hari ia membanting tulang mengerah tenaga empat kerat dengan perasaan penuh bangga diatas kemampuannya yang bolih memecahkan batu batu tersebut dengan mengunakan penukul besi. Pada suatu hari penukul besi itu haus lalu pecah,sangkanya sudah tentu batu gunung itu lebih kuat berbanding dia dan penukul besi itu. Lalu berdoa dan memohonlah dia agar bolih menjadi batu gunung itu.Permintaannya itu termakbul dan cerita berulang,kemudian datang lah sipecah batu lain memukul dan memecahkan batu batu disitu satu persatu, lalu terfikir fikir olih dia "jika begini rasanya aku tidak akan dapat bolih bertahan lama,adalah terlebih baik aku menjadi gunung sudah tentu lambat pecah dan selamat kerana gunung lebih kuat dan besar.Dimintalah doa lagi agar permintaannya untuk menjadi gunung tercapai.Nak dijadikan cerita apa yang dimintanya berhasil maka jadilah dia gunung pula.Wahhh...bukan main seronok dan gahnya dia..maklumlah berbadan besar bergelar gunung.
Sangkaan dia apabila sudah menjadi gunung itu sudah tentu dia mempunyai kekuatan.Tiba tiba pada suatu hari beliau (gunung jadian) itu merasa gelap gelita,apabila diperiksa rupa rupanya awam(n) mendung telah mengkelubungi dan menselimuti gunung itu. Sangkanya bahawa dialah yang kuat tadi kini sudah berubah dan beranggapan awamlah yang lebih hebat.Apa lagi berdoalah lagi sekali dia untuk menjadi awam pula,tetapi sipenunai hajatnya telah memberi kata dua dengan bersyarat."jika mahu jadi awam syaratnya inilah permintaan yang terakhir atau kamu bolih terus kekal jadi gunung".tanpa berfikir panjang lalu diterimalah syarat tersebut dan memilih untuk menjadi awam.Setelah menjadi awam berlegar legarlah dia sesana kemari kehulu kehilir berterbangan.Pada suatu hari sampailah kembali dia kegunung tempat asalnya tadi dan dengan bangga dan megahnya dia melanggar akan gunung tersebut. Apa lagi....dari satu kumpulan gerombolan awam yang besar kini sudah berpecah dan terpecah menjadi satu kumpulan awam yang kecil kecil dan tiada kekuatan manapun sebagaimana anggapannya sebelum ini, eh...eh...eh...rupanya aku telah tersilap perhitungan kerana menyangka awam(n) lebih kuat berbanding dari gunung (mengeluh) dengan penyesalan yang tidak berkesudahan itu dia cuba merayu untuk dikembali seperti asalnya iaitu menjadi siPemecah Batu semula,tetapi apakan daya teringat pula dia akan syarat perjanjian nya tadi.Lalu bagaimana ya?apakah moral ceria ini sebenarnya?bersambung lagi....
sambungan
Dari cerita diatas kesimpulannya mungkin ada yang menyatakan suatu hayalan karut dan tidak lojik diakal,memanglah benar tetapi bagi yang mahu meneliti maksud yang tersirat sudah tentu ada yang membuat tafsiran sendiri,kalau diperingkat kanak kanak dia hanya menganggap satu cerita hiburan semata mata tetapi bagi orang yang lebih dewasa corak pemikiranya sudah tentu berbeza pandangan dan bagi saya yang separa matang ini juga mempunyai sudut pandangan terbeza.
Secara peribadi and "direct to the point" (dengan izin) terdapat 3pakej pengajaran yang bolih dikutip,pertamanya mengenai mengenali sikap dan potensi diri,yang keduanya soal kecelaruan minda seseorang individu itu dalam membuat sesuatu keputusan dengan kata lain tiada ketegasan.dan point yang ketiga soal ketiadaan muafakat dan kesepakatan bolih mencetuskan perpecahan sekaligus tiadalah kekuatan kepada sesebuah kumpulan itu.
Mengenal potensi diri
Jika berbalik kepada diri sendiri maka saya perlu tanya "siapakah aku?"jawapannya aku adalah aku,,,,dan aku tetap berbangga serta tidak menyesal dilahirkan dari kalangan bangsa melayu walaupun bangsa ini pernah dicemuh sebagai melayu haprak,sebab apa aku berbangga? sebabnya kerana dari bangsa inilah aku kenal apa itu agama islam meski pun aku tidak pernah sampai keNegara Arab timur tengah.Aku berbangga sebab arwah ayahku telah meniupkan roh islam dengan laugan azan disemasa hari aku dilahirkan. Kemudian selepas itu aku berbangga islam sebagai agama resmiku.
Kecelaruan minda
sebagai seorang yang bernama manusia dan bukan melaikat sudah tentu sedikit sebanyak terdapat kelakuan dan kesalahan yang pernah dilakukan,tapi bukan bererti buat kerja jahat cuma sedikit nakal sahaja.ha...ha...angkat bakul nampak !
Kesepakatan
Ini soal yang agak subjektif dan memerlukan huraian yang agak luas, dan akan diulas kemudian dilain masa cumanya saya mahu kaitkan dengan kesepakatan dalam bidang perniagaan (9/10 punca rezeki) sendiri. Walaupun bidang niaga ini bolih memberi pulangan lumayan namun terdapat dari kalangan saudara terdekat khususnya anak anak sendiri masih memilih kerja makan gaji dengan orang lain, kenapa eek?apakah tawaran dari pehak luar lebih baik?apa pun saya tetap tidak menghalang kerana biarlah mereka mencari pengalaman ditempat lain dulu,kemudian apabila sudah puas puas berkerja nanti silalah kembali balik berniaga mengantikan tempat saya ,harap harap begitulah....
Tok ayah su- bermuhasabah diri ....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan