Salam hormat!
Didalam cerita yang lalu (sebelum ini) telah saya paparkan 3 cerita dalam satu pakej,yang pertamanya suasana ceria dikomplek membeli belah tatapi dicemari sedikit dengan longkang berhampiran yang menjadi tempat pembiakan nyamuk,cerita kedua berkaitan keselesaan isteri bersalin dihospital tetapi tidak bolih lena tidur disebabkan banyak nyamuk walaupun berada ditingkat 3, manakala cerita ketiga ialah pehak yang bertanggung jawab dengan pembasmian nyamuk hanya dilihat bekerja mengikut musim iaitu ketika musim hujan sahaja,sebab apa? antara salah satu sebabnya ialah diwaktu ini nyamuk bolih membiak ditempat tempat yang ditangkungi air maka mudahlah mengeluarkan surat saman untuk mendenda keatas kecuaian tuan punya premis tersebut namun tidak pula dibuat kerja ini dimusim kemarau,kenapa?
Olih sebab itulah kebanyakkan tulisan saya banyak menjurus kepada kajian didalam bidang perniagaan malah inilah yang menjadi salah satu minat saya.Kenapa? kenapa tidak menjadi penganalisa dan menulis tentang politik? atau kenapa tidak dikususkan dalam agama sahaja atau dalam bidang pendidikan? ewah...banyak soalan nampak ? jadi untuk itu pada saya biarlah kita tumpu kepada peranan masing masing.Kalau seorang MB nak campur tangan kerja seorang mufti,kalau seorang PM banyak buat tugas seorang pendidik atau guru atau kalau seorang ahli politik dah buat tugas polis atau anggota keselamatan maka tidakkah pasti akan jadi haru biru dan dunia akan jadi cacar marba kesudahannya? Maksud hadith juga ada berbunyi "jika tugas tertentu diberi kepada orang yang bukan ahli dalam bidangnya,maka tunggulah akan saat kehancurannya".
Sudah tentu keadaan dunia realiti sebenar tidak ada orang yang "serba bolih" kecuali didalam dunia lakonan yang penuh dengan kepura puraan dan tidak berpijak dibumi nyata dengan kata lain dunia halimunan.
Jesteru itu apabila saya terbaca akbar yang melapurkan terdapat kedai makan yang diprogramkan dibawah seliaan "Menu 1malaysia" kemudian setelah meneliti pakej harga yang diwartakan maka saya mengambil kesimpulan apa yang ditawarkan itu adalah harga biasa biasa sahaja dan tiada luar biasanya,terus terang saya katakan itulah juga harga dari kedai yang tidak tersenarai dalam program tersebut. Contoh antaranya secawan air tea o berserta sekeping roti canai rm1.50 adalah bersamaan dengan kedai kedai makan lain dan itulah juga harga semasa.
Pada bulan lepas (oktober) satu majlis sambutan hari jadi telah dibuat olih satu keluaga disebuah taman diCheras,Kuala Lumpur. Menurut tuan rumah memberitahu beliau menjamu tetamu dengan hidangan meehoon sup tulang.Harga daging tulang cincang tempatan itu dibeli dengan harga rm13 tetapi apabila dia balik keTerengganu didapati harga pasaran semasa barangan yang sama dijual dengan harga rm16.Olih itu katanya benarlah kata orang kos harga barangan makanan diTerengganu sedikit mahal dan tinggi harganya berbanding dibandar besar seperti diKuala Lumpur itu sendiri. Apakah sebab musababnya terjadi sedemikian? apakah disebabkan rakyat dinegeri Terengganu ini terdiri dari orang yang senang lenang almaklumlah sebuah Negeri pengeluar minyak mentah maka sudah tentu limpahan minyak terpias kepada penduduknya...agaknyalah.
tok ayah su-ingin jadi pelangan masjid tetapi masih belum tercapai sepenuhnya....dan selamat hari raya aidil adha.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan