(hiasan berita)
salam hormat!
Jika kita rajin menyemak samada dari sumber internet mahu pun dari buku buku bahan bacaan bercorak keagamaan sudah pasti akan terjumpa keterangan yang menyenaraikan perjumlahan peratusan yang perlu dibayar untuk kewajipan mengeluarkan zakat,jika hendak dihuraikan disini sudah tentu banyak pecah pecahannya.Apa yang hendak saya nyatakan cuma dalam tempoh setahun nisbah perlu wajib dihitung olih setiap pendapan yang diperolehi umat yang beragama islam. Wah...macam ustaz pulak bunyi ayat saya kali ini.
Persoalannya kemanakah nanti zakat ini akan disalurkan? persoalannya lagi bolihkah zakat ini disalurkan kepoket poket individu tertentu untuk menyelamatkan dirinya dari masaalah hutang piutang dan kebangrapan? apa yang saya perhatikan dalam kontek permasaalah umum ianya bolih dan diharuskan.Saya mengajukan persoalan ini adalah berpunca dari satu mesej SMS nakal yang masuk ketalifon bertanyakan apakah nombor ekor yang keluar sebab nak buat bayar hutang jika menang,puhh...ingat saya ada teropong ajaib ala cerita filem P.Ramli ke? saya jawab "jangan buat kerja haram macam tu,kalau perlu duit mintalah dengan badan zakat' (secara berseloroh) tidak perlulah saya publistkan nombor talifon tersebut tetapi jika dia terus menerus menganggu dengan mesej yang semacam itu maka saya tidak akan teragak agak untuk menwar warkannya kepada dunia didalam blog ini.
Berbalik kepada perihal zakat tadi sudah tentu bagi setiap peniaga muslim perlu tahu kewajipan pengeluarkan zakat perniagaan dan sebagainya.Bagi usahawan kecil yang mempunyai pendapatan bulanan dalam sekitar rm10.000 (sepuluh ribu) setelah didharab sepuluh (10) bulan kemudian didharab lagi 10 tahun masa panjang berniaga maka sedar tak sedar jumlahnya sudah sejuta ( rm 1 juta) woww....Inilah jasa jasa usahawan yang berjuang atas nama 9/10 punca rezeki yang datang dari perniagaan.
Persoalan kemana dan berapakan jumlah yang dikeluarkan untuk zakat mahupun untuk aktiviti kemasyarakatan demi menjaga tangungjawab sosial?tepuk dada tanya iman....tetapi dari satu segi yang lain, kita harus sedari samada secara langsung atau pun tidak langsung para usahawan tidak mempergadaikan prinsip berkebajikannya dengan tempias kelumayan pendapatannya dengan turut sama menyumbang untuk GST (goverment service tax) melalui cukai cukai kerajaan yang pelbagai itu.
Persoalan kemana dan berapakan jumlah yang dikeluarkan untuk zakat mahupun untuk aktiviti kemasyarakatan demi menjaga tangungjawab sosial?tepuk dada tanya iman....tetapi dari satu segi yang lain, kita harus sedari samada secara langsung atau pun tidak langsung para usahawan tidak mempergadaikan prinsip berkebajikannya dengan tempias kelumayan pendapatannya dengan turut sama menyumbang untuk GST (goverment service tax) melalui cukai cukai kerajaan yang pelbagai itu.
Tetapi malangnya yang meresahkan sebahagian dari impian peniaga ini telah cuba dirobekkan olih pehak pehak tertentu samada dari musuh dalam selimut mahupun dari luar juga,tidak pasti apakah niat meraka atau bersikap PHD (perangai hasad dengki).Keterbukaan minda untuk melihat kejayaan orang lain masih lagi terbelenggu. Kecuali mereka itu terdiri dari kalangan kroni dan proksi sahaja. segala kerja buat akan diperhalalkan cara.Kerana itu kita lihat tidak ada semua tempat yang menawarkan sama harga walaupun sama barang dan sama quality.Sikap pilih memilih bulu dengan "mainan harga" masih lagi berlaku.Laungan nilai nilai murni hanya sekadar dibibir sedangkan tindak tanduknya mengambarkan kelainan. Bayangkan harga sebiji sawi bolih dimain harga berganda mahalnya dijual dengan rm20 lebih. Dimana ketegasan pehak berkuasa dalam mengawal permasaalahan ini....?
Jesteru itu sebagai aktivis masyarakat setempat dan ahli kepada sebuah persatuan NGO maka harapan supaya tidak terlalu berpolitiking sehingga melupakan matlamat sebenar perjuangan. Jadikan politik hanya sebagai "platform" (landasan) untuk memperolehi sesuatu tujuan dan ingat NGO tetap NGO dan bukan sebuah pertubuhan politik,didalamnya terdiri banyak orang yang mempunyai pelbagai fahaman ideologi, jika ingin terus persatuan itu hidup dan ahlinya kekal setia jangan pecahkan ahli dengan wadah perjuangan sebenar iaitu untuk kebajikan dan kesejahteraan kesemua ahli. Sebagai contoh yang mudah difahami jika ada ahli jawatan kuasa yang mencadangkan sesuatu usul atau cadangan itu janganlah diketepikan begitu sahaja suaranya semata mata atas dasar suara itu datang dari ahli yang berbeza warna benderanya. Sedangkan suara itu sebagai ejen yang mewakili ahli yang memilihnya untuk ketampilkan perkara berbangkit.
tok ayah su-sedar tak sedar maksu turut menyumbang pertumbuhan ekonomi negara/i hampir satu juta ringgit dalam tempoh sepuluh tahun berniaga...lumayan tak ?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan