Salam hormat !
Potret pilihan yang sempat dirakam disepanjang hari raya sehingga kehari catatan ini ditulis.Namun masih banyak lagi tersimpan kerana tidak dapat disiarkan kesemuanya.Apapun keterangan yang lebih terperinci akan disambungkan kemudian....tungguuu....
Saat hari raya pada tahun ini saya banyak meraikannya diNegeri Kelantan.Apatah lagi keluarga disebelah isteri (mertua) mahu mengadakan majlis kenduri khawin jadi sedikit sebanyak terpaksalah saya perlu turun padang membantu untuk tolong apa apa yang patut.Setidak tidaknya menjadi tukang masak kacau gulai kawah.Kampung isteri saya ini penduduknya bolih dihitung dengan jari tak sampai seribu orang termasuk anak anak kecil,jadi hubungan diantara sesama mereka sekampung masih erat dan akrab walaupun difahamkan pada sebelah malamnya ada kumpulan yang ditugaskan untuk meronda ronda bagi menjaga keselamatan kampung kerana terdapat kes kes kecil jenayah yang melibat kecurian harta benda termasuklah hasil torehan getah.Kampung ini juga berada didalam kawasan DUN Limbungan P.Putih,dari cakap cakap salah seorang orang kuat Pas dikampung ini katanya terdapat 4 DUN diKawasan Pasir Putih tetapi DUN Limbungan bakal calonya masih lagi menjadi teka teki,siapa Chegu Uganu?
Apabila saya tanya bagaimana sambutan orang kampung ini dengan perjuangan parti UMNO,katanya bagaimana Umno mahu menang jika sebuah surau pun tak bolih nak dihidupkan,terdapat sebuah surau yang dulunya diimarahkan olih kalangan pimpinan umno kampung kini telah pun "mampus" dan telah dijadikan kelas KEMAS untuk majlis kaum wanita mengadakan aktiviti.Jika terdapat majlis yang melibatkan hal keagamaan dikampaung bolih dikatakan kesemuanya akan diurusakan olih orang orang PAS belaka,alahai semakin teruknya melayu/umno....
Disemasa saya hadir kemajlis perkhawinan anak buah diTok Bali sempat juga saya kepasar yang pernah menjadi pangkalan mendaratnya ikan ikan segar dari nelayan,tetapi tempat pendaratan ikan itu kini dengar khabarnya telah dipindahkan kekomplek LKIM,tetapi aktivi memasarkan ikan termasuk jualan sayur sayuran masih lagi berjalan disini.Mungkin disebabkan ketika kunjungan saya kepasar ini masih lagi dalam suasana hari raya jadi didapati harga ikannya agak tinggi sedikit akan tetapi sebaliknya jika hendak dikira akan kualiti ikan yang licin berminyak dalam keadaan segar mega maka harga sekilo ikan kembong rm12.00 itu jadi saya kira masih berpatutan.Jika hendak bandingkan ditempat lain ikannya lembek lotek layu semacam pun harganya tetap tinggi.Tetapi untuk kesini dari bandar Pasir Putih jalan rayanya agak terdapat banyak rosak dan berlubang disana sini malah untuk ke Hospital Sains Kubang Kerian bagi melawat saudara yang sakit berada diWad juga terpaksa saya batalkan hasrat tersebut kerana berlakunya JEM (kesesakan Trafik yang agak teruk).
Namun begitu alhamdulillah hasrat saya untuk melawat seorang saudara sepupu diKemuning dapat juga saya kesana.Sepasang keluarga sepupu saya ini termasuk isteri beliau ditimpa musibah terkena penyakit kencing manis dan baru beberapa bulan lepas telah dipotong kaki kirinya hampir keparas lutut dan bagi isterinya pula kedua belah jari jari kaki juga telah turut terpaksa dipotong.Jika sebelum ini beliau seorang peraih dan penjual ikan jadi perniagaanya kini telah telah tergendala cuma adakalanya sekali sekala dia meminta tolong kepada salah seorang anak gadisnya untuk mengambil alih perniagaan tersebut.Menurut beliau terdapat kepimpinan dari kalangan orang Pas yang ingin membantu membina sebuah kedai untuk memasarkan ikan diberhampiran rumah kediamannya .Jadi harapan beliau agar hajatnya itu akan tercapai.katanya.
Alang alang sudah berkunjung keKamuning ini jadi seperti yang pernah saya perkatakan sebelum ini bahawa disnilah tercairnya pelbagai nostalgia lama bermain diminda.Untuk mengubat rindu akan kenangan lama ini jadi sebelum bertolak pulang balik saya terlebih dahulu meronda ronda disekitar kampung,antara tempatnya ialah Masjid Kampung Kijal,disinilah tempat saya bersembahyang Jumaat disemasa kecil kecil dahulu,malah hampir kesemua penduduk kampung Kemuning juga turut bersolat jumaat disini kerana disinilah satu satunya masjid terdekat yang ada,Kemuning dan Kijal adalah jiran yang bersempadan , jarak diantara rumah arwah tok nenek saya dengan masjid ini hanya kira kira 500 meter sahaja Dari jalan besar kerumah tok Nenek aku kena melalui terlebih dahulu dengan melintas didepan rumah arwah Tok iman Hj Mamat dan disebelahnya rumah bekas ADUN Chegu Ismail (menantu tok iman Hj Mamat) bersempadan dengan rumah bekas ADUN CheGu Ismail inilah terletaknya tapak bekas rumah TOk Nenek aku.
Malangnya sikap orang melayu bernama CheGu Pa (rengkasan nama) yang mengaku beragama islam tetapi tidak mahu sedar untuk mencari keredhoan tuhan untuk membuat perkara perkara yang dihalalkan malah lebih suka bergelumbang dengan perihal yang haram maka kerana itulah tapak rumah nenek aku yang tidak dijual tetapi telah dihilangkan nama nenek aku kerana tapak tanah tersebut berada didalam satu geran dengan tanah getah bersebelahan yang dibelinya.Keluasannya hampir hampir 1/2 ekar juga.Itulah sebabnya aku bagi pehak nenek aku yang memberi wasiat tetap tidak akan menghalalkannya dari hujung rambut sampai kehujung kaki walaupun sejengkal tanah.aku tetap akan mengatakan pemilikan tanah itu dilakukan secara penipuan lagi menjijikan . Kekayaan kamu itu dek kerana memiliki harta yang haram dan akan diwarisi kepada anak beranaknya kamu pula.Aku sanggup mengajak kamu wahai chegu Pa untuk bersumpah laknat dimasjid.Jika kamu tidak mahu maka aku akan memesan kepada anak beranak aku yang berada diKampung Kemuning dan dimana sahaja agar jangan disokong dan berkerjasama terhadap apa jua perkara dengan menusia yang bergelar Che Pa kemuning ini termasuk dengan anak cucunya sehingga biarlah sampai ketujuh keturunan sekalipun.
Tok Ayah su-Teringat tarikh lahirku pada 28 Ogos dan disinilah tempatnya....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan