Salam hormat!
Bulan Ramadhan telah berada dihujung hari jika tiada apa apa halangan kira kira hari sabtu atau Ahad ini semua umat islam diMsia akan meraikan hari raya Aidil Fitri setelah munculnya sinar anak bulan syawal kelak,ini bererti sekaligus umat islam telah berjaya bertarung dengan pelbagai halangan yang melibatkan nafsu diri.Bagi yang sabar melawan nafsu makan minum sudah tentu terasa gembira kerana berbaloi sebab telah dapat menunaikan satu kewajipan yang amat dituntut olih agama.
Bagi saya sendiri pada bulan ramadhan tahun ini agak mempunyai pengalaman yang tidak kurang juga mencabar kerana turut sama membantu isteri mencari 9/10 punca rezeki melalui perniagaan dengan menjual juadah kuih Murtabak dibazar Ramadhan.Banyak peristiwa pahit manis disepanjang tempoh berada dibazar ramadhan ini,tanpa disangka dapat juga berurus niaga dengan pelangan berbangsa "Mat Salleh".Secara tak diduga berbelit lidah saya kerana terpaksa bertutur bahasa Inggeris,"Hallo sir,like this Murtabak" Tanya saya saya," i like try the hot one,nice? tanya dia."Ok...nice sir"jawab saya,How much?tanya rakannita Mat Salleh itu? Two and fifty ringgit Msia only"jawab saya, lalu dibelinya sebiji,"frome where?" tanya saya. "Australia", jawab beliau,Tourish? tanya saya."Yes'jawabnya rengkas."Thank you sir' mengakhiri perbualan.Belum pun sempat melangkah jauh dibukanya bungkusan Murtabak itu lalu terus dimakan dan dikunyahnya sampai habis sambil berjalan meronda ronda kegerai lain pula,isteri saya yang memerhati gerak gerinya tersenyum simpul malah nak tergelak pun ada,keh...keh...keh....Isteri saya terkejut "bila masa pulak awak ni pandai cakap London dan bolih jadi juru alih bahasa pulak?" tanya bini aku "Cakap broken bolihlah sikit sikit" jawab saya....keh...keh...keh....
Apa lagi pengalaman lain?ooo....ada banyak lagi, nanti saya akan sambung esok pula,insaalah....
Sambungan:
"esok masih ada' alhamdulillah mungkin dek kerana itulah sempat lagi saya menyambung kembali penceritaan saya disepanjang berada dibazar ramadhan,olih kerana sambungan ini terlewat sedikit dari apa yang dijanjikan jadi anggaplah cerita ini sebagai satu "postsmorten"(bedah siasat) sahaja.Bermula dihari pertama ramadhan lagi isteri saya telah memulakan perniagaan,bukan senang nak menyesuaikan diri jika tidak biasa, almaklumlah bila kena berkerja keras bermandi peluh disaat badan keletihan bertarung melawan hawa nafsu menahan diri dari lapar dan dahaga,lalu teringat pula saya dibulan puasa semasa didalam perkhidmatan tentera dahulu, disetiap pagi selepas mengadakan latihan jasmani berlari lari beberapa kilometer kemudian mandi sebelum datang berkerja semula terasa tidak mahu keluar dari bilik air sebab nak berendam lama lama untuk menghilangkan sedikit kepanasan dari keperitan tengkok yang dahaga,jadi suasana kepanasan yang serupa dialami olih saya sekali lagi,saat memulakan perniagaan seawal jam 3 petang jadi diwaktu inilah cahaya panas matahari terpacak bersinar memasuki khemah,kipasan dari tebaran roti dekat kuali lebih menghangatkan lagi ditambah pula dengan asap yang berkumpul kempul dari gerai lain yang menjual ayam bakar menjadi keadaan lebih panas dan perit bagaikan disalar salar diatas bara,tetapi keadaan panas itu bolih lagi bertahan tetapi bila terkena dengan asap dari dapur arang gerai sebelah itulah yang menyebabkan terasa sangat terseksa pedih mata dan hidung sehinggakan terasa bagaikan nak demam demam badan dibuatnya, mujurlah selepas sepuluh hari duduk bertahan dengan suasana perit itu lalu saya memohon dengan pehak Majlis untuk pindah kegerai lain yang agak jauh sedikit dari jarak gerai berasap pekat itu,itupun setelah saya melihat masih ada ruang niaga yang kosong tidak dihuni olih peniaga lain.
Sepuluh hari pertama perniagaan agak rancak,bolih dikatakan barangan peniagaan habis terjual,kemudian apabila masuk kehari 10 pertengahan puasa keadaan perniagaan agak perlahan ditambah pula dengan keadaan cuaca yang tidak menentu dengan turunnya hujan berserta sekali sekala disertakan ribut, keadaan khemah terangkat dan berganjak dari kedudukan asal menyebabkan habis meja meja jualan menjadi basah kuyup.Sebab itu tatkala kedatangan YB Adun Ajil beliau ada bertanya "bagaimana dengan peniagaan,ada sambutan?"saya kata "bolih tahan juga Dato',tapi ikut pada ada hari tertentu juga,harap harap diminggu terakhir apabila semua perantau balik kampung minta minta perniagaan bolih jadi laju sikit'kata saya.Setelah Dato" Yb selesai menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan kebersihan, kedengaran isteri saya berkata "kesihan juga tengok Yb dan isterinya berpakaian lusuh dan berselipar sahaja, agaknya pakaian dia habis hagus dalam kebakaran rumahnya baru baru ini ya bang"tambah isteri saya bertanya pada saya. "mungkin jugalah" kata saya.kesiaannn....tetapi bagi orang politik walau bagaimana simpati sekali pun sampai masa pilihan raya tu lawan tetap lawan,Yb Adun Ajil ini sudah masuk 3 penggal menang memanjang, lawannya yang pertama dari Pas yang dikatakan bukan berasal dari anak tempatan lalu beliau menang, kemudian dua penggal lagi dia berlawan pula dengan anak jati dari DUN Ajil ini,seorang Ustaz muda yang baru lulus dari university Timur Tengah,itu pun dimenangi olih beliau lagi, hebat juga dan bukan mudah untuk dikalahkan. Untuk PRU yang ke13 kali ini secara peribadi saya masih lagi tidak bolih baca klu siapakah akan lawan siapa,apakah Pas akan mempertaruhkan calon yang sama, wallahuaklam.,saya sebagai seorang yang sering peka dengan perkembagan politik semasa hanya bertindak tunggu dan lihat sahaja,jika ada yang masih mahukan tenaga kerja saya maka insaallah saya akan bantu seberapa daya sekadar yang mampu.
Terdapat sedikit keselesaan kepada peniaga ramadhan pada kali ini kerana surau yang lengkap dengan tandas yang baru siap dibina untuk kegunaan tetap penjual buah buahan digerai berdekatan jadi bolihlah ditumpang guna olih peniaga bazar ramadhan.
Manakala keadaan bazar dan juga barangan jualan sering dipantau dan dilakukan olih pehak berkuasa tempatan termasuklah olih kementerian kesihatan. Terdapat juga gerai yang dikuarantinkan sementara atas sebab sebab tertentu,sementara ragam peniaga sendiri adakalanya menjadi panas berang naik angin dan terdengar riuh rendah kerana ada yang tidak berpuas hati diantara satu sama lain.Bila badan penat dan perut berkeroncong akan jadilah macam macam, agaknya. Jika tidak ada kesabaran akan jadilah pergaduhan sebagaimana pernah saya saksikan kira kira 2 tahun yang lalu dan telah saya muatkan didalam blog ini pada waktu itu.
Alhamdulillah syukur hasil dari sedikit keuntungan dapatlah saya membayar zakat fitrah untuk diri dan tanggungan pada tahun ini disamping menghulurkan sedikit buah tangan (sedeqah) buat beberapa orang OKU yang juga ada menjadi pengunjung bazar ramadhan.Namun demikian pehak sekolah tempat anak saya belajar juga tidak menyempat yempat juga turut memohon sumbangan dengan memberi beberapa surat "saman" bagi mengadakan beberapa program selepas hari raya ini (menurut surat makluman tersebut),
jadi apa lagi yang tinggal pada saya hasil dari perniagaan dibulan ramadhan itu? manakala kereta juga mahu ditukarkan kedua tayar,aduh...pening lagi.Kedua anak yang lepasan ijazah juga tidak dapat membantu kerana belum mendapat kerja yang baik,buat masa ini hanya berkerja sebagai kerani disebuah kedai buku sahaja....
hu...hu...hu...cedihnya....yaa tuhan Toloooonnnggglah akan daku......keh....keh...keh....(batuk warga emas)
tok ayah su-Selamat hari raya Aidil Fitri maaf zahir batin kecuali Chegu Pa Kemuning....

Tiada ulasan:
Catat Ulasan