arkib

Khamis, 30 Ogos 2012

Disebalik kegemilangan...

Salam hormat!
Langkah tidak dibenarkan mengadakan apa apa acara sorak sorai diDataran Merdeka KL disaat menunggu detik 12malam pada 31 ogos dikira tepat, kerana apa saya kata begitu? kerana sebelum ini tiap tiap tahun akan ada sahaja yang mengaitkan dengan kegiatan yang kurang sihat melibatkan pergaulan bebas dikalangan muda mudi sehinggakan diesok paginya akan bersepah sepah kondom kondom pakai buang yang dijumpai olih pekerja pembersih sampah Dewan Bandaraya.Namun disebalik dengan tiadanya majlis sambutan diambang malam merdeka ini jadi akan tertutuplah sudah satu jalan maksiat,akan tiadalah juga dosa dosa disebalik jalur gemilang.
"55 Tahun Janji DiTepati" telah disambut olih sebilangan besar rakyat walaupun terdapat satu pehak lagi mengadakan cogan kata sendiri. Begitulah juga apabila mata kepala saya sendiri telah melihat pada hari raya yang lalu dihadapan rumah anak beranak CheGu Pa Kemuning telah memacak dan memasang jalur gemilang dipagar,diserambi dan digaraj kereta rumah mereka.

Lalu terfikir dan tertanya tanya sendiri apakah CheGu Pa ini merupakan seorang yang suka menepati janji? Ataupun beliau hanya seumpama seorang islam yang munafik sebagaimana ada terdapat dizaman Rasullalah S.A.W dulu.Ciri ciri orang munafik ialah apabila ia berjanji maka janjinya akan dimungkiri dan apabila dia bercakap ia akan banyak berbohong serta menipu.Hakikat sebenarnya apabila saya lihat perjanjiannya yang membeli tanah pusaka datuk ku telah ditipunya dengan menghilangkan bahagian harta sepencarian nenekku dengan membubuhnya nama dia seorang sahaja.Walhal geran tersebut sepatutnya dipecah lot untuik dibahagikan hak pusaka yang patut nenekku miliki,dengan demikian tidak jadi munafik lagikah CheGu Pa ini dengan penipuannya itu? Tepatkah janji CheGu Pa ini? Jadi layakkah CheGu Pa ini dinobatkan sebagai seorang yang gemilang atau hanya seorang yang kaki temberang?

Dizaman Rasulallah S.A.W dan dizaman pemerintahan Khalifah ArRashiddin  jika terdapat orang islam yang munafik iaitu pura pura islam sebagai contoh kes enggan membayar zakat maka pemerintahan islam pada kala itu akan mengistiharkan perang terhadap golongan munafik .Dengan perjalanan sirah islam lampau ini maka saya kira tidak salahlah jika saya juga turut akan mengistiharkan CheGu Pa ini sebagai musuh peribadi (mengenal sasaran) musuh yang harus diperangi agar aqidah Che Pa ini tidak akan menjadi contoh ikutan kepada generasi islam (anak beranakku khususunya) yang akan datang.Munafik ialah liabiliti umat islam keseluruhannya dan bukan hanya buat mana mana individu sahaja,jadi perlulah kita sama sama membenterasnya.Maka saya minta pembaca turut menyokong akan tindakan yang akan saya buat ini.Bolihhh??? Ini bukan perkara main main yang sengaja saya reka reka untuk mencari salah kepada orang yang bergelar CheGu Pa ini.

Seronokkah anda untuk menyambut mood hari Kemerdekaan jika harta benda yang sepatutunya menjadi milik anda akan tetapi ditakluk dan dimiliki olih orang lain? apakah makna laungan MERDEKAA! MERDEKAA! MERDEKAA! yang anda pekikkan itu memberi erti ? Jika dipaksa paksakan diri memekik maka akan menjadi hipokriklah anda namanya....Jadi begitulah juga perasaan orang orang yang terdahulu disetiap kali menyambut tarikh kemerdekaan,Pada mereka erti kemerdekaan sebenar ialah biarlah kita hidup berdaulat,hidup bebas dari penjajahan minda dan juga bebas dari taklukan material serta tidak memanipulasikan pasaran.
 Pernah disuatu ketika semasa berada dikampung satu debat suka suka diantara dua sahabat telah saya dengari.Katanya "kita tidak bolih mengadakan undang undang sendiri contohnya hendak menukar hukuman Hudud dengan meminda perlembagaan Lord Red" Sebab apa? tanya saya memotong cakap dengan tidak sabar mahu tahu. "sebabnya kemerdekaan kita hanya sekadar separuh bebas ibarat telur masak separuh bolih dimakan walaupun belum masak begitulah juga  MERDEKA yang keadaan sebenarnya kita belum lagi berdaulat sepenuhnya,masih terbelenggu dengan peninggalan undang undang sipenjajah dahulu"jawab sahabat saya itu."Jika kita berdegil juga untuk melaksanakan undang undang islam (HUDUD) maka risikonya kita akan diserang kembali dan dijajah semula sebab terdapat perjanjian sulit yang mensyaratkan sedemikian diketika kita mahu menuntut kemerdekaan dahulu,tetapi rahsia perjanjian ini memang sengaja tidak dihebohkan "Tambah kata sahabat saya ."Jadi untuk mengelak kemudhoratan  kepada umum (rakyat) adalah disarankan agar perlaksanaan hukuman islam itu perlu ditangguh dahulu sehingga kesuatu masa yang sesuai atau sehingga kuasa besar dunia akan turut memeluk islam sama.Persoalannya kita tidak tahu bilakah masa itu akan tiba.Jika umat jahiliah arab juga termasuk separuh dari penduduk dunia bolih ikut ajaran Nabi Muhammad S.A.W maka adalah tidak mustahil orang yang berbangsa Eropah bolih turut sama bersetuju dengan Islam. Sama samalah kita berdoa agar kuasa besar dunia akan turut mendapat petunjuk dari Allah S.W.T"- syarah sahabat saya itu secara panjang lebar.
bersambung....

Terkini :
Sambungan ini masih lagi  membicarakan perihal salahsilah keluarga dan juga perihal kampung kemuning tempat kelahiranku.Tujuannya adalah sekurang kurangnya bolih menjadi tatapan generasi selepas ku.Kampung Kemuning dan kampung Kijal adalah jiran yang bersempadan selain Penakah dan Kampung Simpul,tetapi saya tidak pasti berapa jumlah Kampung yang bernaung dibawah DUN Kemuning,tetapi yang menariknya pernah diDUN Kemuning parti Pas bolih bertahan dan bolih dimenangi olih Parti Pas hanya dengan kelebihan 2 undi (suami isteri).Selain itu Kemuning itu sendiri terdapat juga sejarah disebaliknya dan tersimpan.Diantaranya ialah sejarah sekolah agama rakyat terkubur bersama seorang insan bernama Minah yang mati berdarah dibunuh,olih itu tempat tapak sekolah ini kenali sebagai jolokan "Kubur Minah" sampai sekarang.Disinilah juga telah menjadi tapak perhimpunan pasukan "Pemuda Tahan Lasak" yang dirasmikan olih Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu,cumanya saya tidak pasti samada perdana menteri pertama atau kedua.

Manakala Kampung Kemuning itu sendiri diberi nama bersempena nama pokok balak Kemuning,spesis pokok ini telah pun pupus disebabkan kerakusan manusia olih sebab itu saya mahu mengesyorkan agar nama kemuning ini ditukar kepada Gelugur memandangkan pokok peninggalan tok nenek saya itu masih ujud tetapi telah ditakluk secara haram olih anak beranak CheGu Pa.Nama nama besar dan tersohor dikalangan penduduk ialah seperti Tuan Guru Tok Ayah Soh,Allahyarham telah mengujudkan kelas pengajian agama pada setiap hujung minggu (Jumaat) disurau beliau dikampung Kijal,terdapat ramai dikalangan anak muridnya termasuklah arwah nenek saya sendiri.Cumanya Tuan guru ini kurang bersetuju dengan Kerajaan Persekutuan maka kerana itu beliau tidak pernah bersembahyang jumaat diMasjid Kijal kerana masjid ini telah dibangunkan olih kerajaan Perikatan/umno sebaliknya beliau pergi sembahyang dimasjid yang agak jauh dari kampung halaman.Masaallah tidak mahu bersembahyang dimasjid yang didirikan olih kerajaan BN ini bukan baru,ianya telah berjalan sejak sekian lama,masing masing ada alasan dan manhaj tersendiri.

Disebelah rumah dan surau Tok Ayah Soh inilah ujudnya berjiran satu keluarga besar yang bernama Tok Wan Hj Daud (allahyaryam) isterinya bernama yang saya panggil Mok Yam (allahyarhamah) siapa Mok Yam? beliau adalah anak sulong kepada nenek saya Tok Wa aji Esoh hasil dari perkhawinan dengan suaminya yang pertama,selepas itu lahirlah arwah ibu saya setelah nenek berkhawin dengan suaminya yang kedua (jangan salah faham,bukannya nenek saya ada  2 suami tetapi perkhawinan itu berlaku selepas bercerai dengan suaminya yang pertama) ini bermakna ibu saya dengan Mok Yam ini adalah adik beradik satu ibu berlainan bapa.Olih kerana Mok Yam ini mempunyai anak yang ramai serta terdapat dua orang anak perempuan kembar dengan secara rela hatinya nenek saya mengambil salah seorang anak kembar Mok Yam ini untuk dipeliharanya.Maka kerana itu saya dengan anak kembar mok yam ini pernah tinggal sebumbung buat seketika dirumah nenek.  
Hari ini saya lihat hampir kesemua dari 12 orang anak Mok Yam ini bolih dianggap berjaya berjaya belaka  didalam kehidupan dunia masing masing,termasuklah cucut cicitnya, buktinya salah satu program untuk mengumpul ahli keluarga telah berjaya dibuat dan diatur dengan teliti, difahamkan program itu dibuat pada tiap tiap tahun terutama pada ketika hari raya.Acara itu bolih dibuka dilink>   http://wandaud.blogspot.com/ 
Tahniah...
Sambung semula>  Alahai...semalam tengok syok menulis tiba tiba line internet "break down"jadi mahu tak mahu kenalah saya sambung balik setelah hampir 24jam tergendala,apa lagi yang hendak tuliskan? banyak sudah terlupa dan hilang idea walau bagaimana pun biarlah saya teruskan apa apa yang terlintas diminda khususnya berkenaan salasilah keluarga dan sejarah Kampung Kemuning serta kampung kampung disekitarnya.Kepada sesiapa yang pernah terbaca perihal saya sebelum ini bahawa saya ada bercerita tentang keperitan hidup nenek mengharungi kehidupan untuk menanggung saya bersekolah dan memberi makan minum dengan hanya menanam sayur sayuran dan menjual buah buahan disekitar rumah termasuk buah asam gelugur yang dikeringkan, manakala saya turut  menjadi hang kebun merumput dan memagar dikawasan tanaman,itulah punca mata pencarian seorang nenek tunggal yang tinggal dua bercucu,nasib baiklah ada sebidang tanah padi yang dapat menghasilkan beras untuk menjadi sumber proten yang bolih dimakan bersama lauk budu.Tanah getah pula telah dijual olih anak anak nenek sebagai pembahagian tanah pusaka peninggalan arwah datuk.Jadi tapak rumah seluar lebih kurang 1/2 ekar dan juga sebidang tanah padi itulah sahaja yang masih tinggal.Sepeninggalan saya pergi merantau berpuluh tahun sedar tak sedar tanah padi tersebut telah berpindah milik kepada salah seorang  anak Mok Yam yang pernah dipelihara olih nenek,bertuahnya badan....manakala saya dapat apa? dikatakan tapak rumah inilah pada mulanya menjadi cadangan nenek untuk diberi kepada saya,tetapi agaknya mungkin ada yang menyangka saya sudah mati diperantauan maka kerana itu saya telah tidak mendapat apa apa.....kesiaannn pada aku...masuk angin keluar asaap.....hu...hu...hu.... 

Apa pula jasa aku yang ada kaitan dengan keluarga Mok Yam ini,aahhh malulah nak cakap kerana kecik sangat kalau nak dikatakan jasa pun,jika tiba musim mengetam padi adalah juga sekali sekala saya bersama nenek pergi menuai dan yang tidak saya lupa ialah pergi mencari beratus ratus biji getah untuk disemai dan ditanam olih abe puzi ditanah kebunnya.

Apa lagi yang menarik disini?dihadapan masjid Kg.Kijal inilah terdapatnya satu lubuk berpaya yang amat luas dan pada waktu itu terdapat pelbagai jenis ikan air tawar yang pernah saya "tauk" Olih yang demikian saya berpendapat kawasan lubuk ini bolih djadikan pusat pelancungan jika dibersih dan dijadikan pusat riadah.Selain daripada itu kira kira 10km dari kampung Kemuning ini sememangnya telah terdapat pusat pelancungan Air Terjun diBukit Bakar.

Okelah saya kira setakat inilah dulu penceritaan khususnya yang ada kaitan dengan waris disebelah Emak JIka ada ruang dan masa akan datang saya akan bercerita pula berkenaan dengan waris disebelah arwah bapa saya pula.Insaallah....

Tok ayah su-selamat hari raya dan maaf zahir batin buat anak beranak arwah Mok Yam.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan