arkib

Jumaat, 10 Ogos 2012

Buku bertemu ruas....

Salam hormat!
kata orang "kalau nak krirtik orang lain biarlah kita juga setanding dengan kebolihan orang yg dikritik", contohnya sering kita lihat didalam perlawanan sukan didapati orang yang berada diluar gelangganng itu dilihat lebih mahir bermain berbanding orang yang berada didalam gelangan permainan itu sendiri, apakan tidaknya apabila macam macam kata kata yang dilontarkan,mishalnya dalam perlawanan akhir kejohanan badminton merebut pingat emas dikejohanan sukan olimpik London baru baru ini,bukan sepatutnya mahu memuji sahaja sebaliknya ada juga yang mengeji. kenapa? bersambung.....
Sambungan:-
Perihal pada suatu ketika  seorang teman telah mengkritik seorang imam muda yang mengkepalai sembahyang sunat terawikh katanya "bacaan imam muda ini baik tetapi ayat yang dibaca kurang jelas difahami kerana suaranya sengau sengau naik kehidung ,walaupun dia seorang hafiz tetapi jika sebutannya menGidung nampak sedikit kecacatan disitu".Terdapat seorang lagi teman yang mendengari kritikan tersebut terus mencelah "ewahh...kalau kau dah pandai sangat kenapa tidak engkau sahaja yang menjadi imam?" tempelak teman saya yang satu ini seolah olah menampakan tidak senangnya ia dengan kritikan tadi.
"aku bukan ada kelulusan tinggi macam dia tu,tetapi olih kerana aku juga pernah belajar mengaji jadi aku tahulah sedikit sebanyak cumanya kritikan aku itu sekadar untuk menegur mungkin dengan kerana itu dapatlah dia membaiki sedikit akan mutu bacaan tersebut"jelas rakan saya bagi menjawab persoalan kawan tadi yang seakan akan nampak seperti mahu mencabar supaya menggantikan tempat imam muda tersebut.

Disamping itu terkenang saya akan satu majlis forum agama yang diantara lain seorang ustaz yang menjadi ahli panel  itu telah berkata "diantara ciri ciri kenapa seseorang itu tidak senang hati melihat kejayaan orang lain ialah antaranya terdapat perasaan hasad dengki disebabkan faktor berlaianan budaya,agama mahupun puak dan yang keduanya kerana tidak wujud dalam diri mereka akan sifat kasih mesra diantara satu sama lain maka olih kerana itu lunturlah semangat untuk meraikan kebolihan seseorang.

Sebelum itu apakah difinisi "buku bertemu ruas".Dipetik dari kata kata bidalan bahasa ia bermaksud "sama hebat sama kuat", jika dirujuk kepada perlawanan badminton dikejohanan sukan Olimpik diLondon iaitu pertemuan diantara pemain negara Lee Chong Wei dengan pemaian negara Cina iaitu Lind Dan jadi saya berpendapat kedua dua pemain ini sama sama handal dan masing masing ada kelebihan tersendiri.Namun olih kerana rekod pertemuan mereka sebelum ini lebih banyak memberi kemenangan kepada Lind Dan maka saya dapati LCW telah terkena "badi" lalu fobia ibarat dua ayam laga akan nampak seperti "alah bulu" sahaja namun beliau telah terbawa bawa masuk kedalam gelanggang.Walhal Lind Dan tidaklah mustahil mampu dikalahkan pada malam tersebut.Ini jelas didalam perlawanan itu keadaan Lind Dan nampak seolah olah seperti memperlekehkan keupayaan LCW lalu bermain seperti "over convident" maka kerana itulah LCW dengan mudah dapat mengalahkan beliau dalam game diset yang pertama.Semangat yang tinggi untuk menjuarai perlawanan telah ditunjukkan sepenuhnya olih LCW sehinggakan kehandalan Lind Dan sebelum ini tidak barjaya ditonjolkan.Tentangan LCW terhadap serangan Smash maut Lind Dan ada kalanya berjaya dibalas sehinggakan dalam satu satu keadaan dilihat Lind Dan menggileng gelingkan kepala kerana "mati akal' untuk mencari ruang mematikan servis.Kemahuan Lind Dan untuk memenangi perlawanan tidak semudah yang disangkanya malah helah mengikut taktik gerak badan LCW mampu membuatkan hasil mata demi mata walaupun dengan hanya "back hand smash".Permainan dijaring sahaja pun mampu mematikah langkah panjang Lind Dan.Cumanya terdapat sedikit ralat apabila jurulatih LCW tidak dapat membaca kelemahan LindDan  yang tidak begitu gemar apabila bola tanggis menjunam disebelah kanan badannya sebaliknya kegemaran Lind Dan ialah bola hantaran tinggi kebelakang untuk membolihkan beliau membuat ":Smash Maut".Disinilah kehebatan Lind Dan yang mana jarang terdapat kepada pemain lain yang hanya mampu mematikan bola dengan membuat smash kencang tatkala bola tanggung dipertengahan jaring sahaja.Walau bagaimana pun LindDan dan LCW adalah tandingan sebenar iaitu seperti perlawanan bagaikan "buku dengan ruas",jika tidak masakan Lind Dan hanya mampu menang tipis, itu pun membawa kegame rubberset dan nyaris nyaris LCW akan berolih kemenangan.Apa pun tahniah kepada LCW dan juga syabas kepada LindDan.
akan bersambung sedikit lagi.... 

sambungan :-
Saya mempunyai sejarah peribadi tersendiri yang bolih dikaitkan bagaimana timbulnya minat yang mendalam dalam bidang sukan badminton ini.Dalam usia semuda linggkungan 10 ke 15 tahun lagi saya telah jatuh hati dengan bermain dan berlatih hampir setiap petang dengan seorang "sifu" berbangsa cina yang juga bernama Chong.Walaupun pun dia seorang berlainan bangsa dengan saya tetapi pergaulannya dengan budak budak melayu tidaklah kekok dan cerewet."Chong" yang kini bergelar seorang guru sekolah adalah seorang anak cina kampung Kemuning,bapanya seorang peraih dan penjual hasilan Getah juga membuka sebuah kedai runcit.Dibelakang rumah kedai inilah dibinanya gelangang badminton.Turut sama sama bermain disini ialah budak budak melayu kampung,saya yang pada diwaktu itu tidak berkampuan walaupun untuk memiliki satu set reket cuma hanya bermaian secara suka suka dengan meminjam reket kawan kawan sahaja.Mungkin disebabkan dilihatnya kesungguhan saya ingin bermain lalu CheGu Chong ini telah bermurah hati meng hadiahkan saya satu set reket berjenama Dunlop,dimasa itu kesemua reket berjenis kayu rengan dan ada pengepit bingkai supaya tidak melengkong,alangkah sayangnya saya kepada reket kurniaan CheGu Chong ini kerana bukanlah mudah untuk memiliki reket yang gah dan berjenama pada waktu itu.

Kemuncak keghaiaran kami bermain badminton apabila adanya perlawanan siaran diTv yang menyiarkan siaran langsung kejohanan Piala Thomas,antara nama nama pemain piala Thomas negara yang saya ingat dan sering meniti dibibir adalah seperti Ong Boon Bee,
Puch Gunalan dan lain lain lagi.Apa pun saya ingin merakankan ucapan terima kasih diucapkan kepada Che Gu Chong yang pada pendapat saya sebagai seorang yang sangat baik hati tanpa memilih siapalah saya,yang hanya sebagai seorang anak yatim yang terbiar.Akan tetapi berlainan sekali dengan sikap seorang CheGu berbangsa Melayu yang bernama Che"Gu Pa Kemuning,sifat kejinya disembuinyikan dimasa yang sama secara senyap telah menipu Nenekku dengan menghilangkan nama nenek digeran tanah pusaka kepunyaan asal Datuk-ku.Wahai CheGu Pa Kemuning yang tidak sedar diri... engkaulah sebenarnya lebih kufur berbanding dengan seorang kafir sebenar ! aku dan nenekku akan memprotes kepada tuhan diakhirat nanti seandainya engkau bolih masuk syurga.

Tok ayah su-Duhai Sifu Chong....jasamu akan tetap dikenang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan