arkib

Sabtu, 29 September 2012

Kemana perginya janji ?

Salam hormat!

Didalam mesyuarat PIBG pada awal tahun 2012 lalu didapati begitu grairahnya salah seorang wakil ibubapa berucap mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana telah bermurah hati kononya telah memansuhkan yuran persekolahan maklumlah bagi orang kampung yang berpendapatan kecil sudah tentu bergembira menerima berita baik itu,tetapi malangnya kegembiraan itu tidaklah berpanjangan apabila pehak sekolah memaklumkan yang dimansuhkan ialah yuran akan tetapi ibubapa tetap perlu memberi sumbangan kepada sekolah.Aik...apa bezanya yuran dengan sumbangan, kedua duanya memerlukan duit,makna 2 x 5 dengan 5x2 jawapannya sama, congak itu hitung ini dah nak habis tahun persekolahan 2012 didapati jumlahnya hampir rm 3ratus perlu dikeluarkan untuk satu orang anak,jadi mana janji yang dikatakan yuran dihapuskan seperti yang diwar war didalam bajet? soalnya....
 Sementara itu terdapat seorang Chegu yang mencelah nampak seperti seolah seperti mahu coverline dengan berkata "ala...bayar sikit pun apa salahnya, bukankah kerajaan dah beri duit "BRIM".Mengungkitlah pulak sichegu ni...kalau dah beri tu tetapi diambil balik apa maknanya pemberian itu? tambahan pula bukan semua orang yang dapat duit BRIM tersebut.
bersambung...
Terkini: 
Alang alang dah bercakap pasal sekolah jadi untuk makluman tidak kurang dari 4 tahun lebih saya sudah berada dan aktif didalam Ajk PIBG, dari kajian saya bajet yang diperlukan untuk setiap (1) tahun mengikut rujukan kepada pembentangan penyata ianya memerlukan hampir hampir 4 ribu ringgit,dikira secara langsam ini bererti jika dibahagi dengan jumlah murid katakan dalam 2 ratus orang maknanya seorang (1kepala) hanya perlu keluar belanja sebanyak rm20 ringgit sahaja, akan tetapi malangnya dicelah celah itu timbul pula bayaran bayaran lain yang diminta dari ibubapa,inilah yang menjadi persoalannya yang membolihkan ibubapa tergeduh hati. Setiap kali bermesyuarat maka akan adalah bab nak meminta duit dari makbapak murid,apa cerita ni....sayalah yang sikaki "duduk bantah" macam dibuat diDataran Merdeka dulu tu cumanya tempat sahaja berbeza.
Itu baru bercakap soal pasal sekolah rendah dan menengah,anak yang belajar diIPT pun lebih kurang sama juga,setiap bulan tidak kurang dari RM3ratus makbapak kena TopUp tambah duit poket, duit PTTN dikatakan tidak mencukupi,bila dah tamat grad bukan bolih terus dapat kerja yang baik baik sikit,ada yang hanya kerja kerani sahaja,tolak bayaran hutang PTTN tinggal berapa sen sangat berbaki, olih yang demikian rebet sebanyak 10 dan 20 peratus potongan dalam pembentangan bajet itu sebenar tidaklah semua orang lepasan IPT yang bolih menikmatinya,bab kata P.Ramli... jarang..jarang ada. Potongan persen sebegini bukannya perkara baru malah dulu dulu pun ada,jika loan kereta dan sebagainya, kepada sesiapa yang dapat membayar secara FullSetle (bayaran habis) secara lebih awal dari tarikh pinjaman tamat maka pehak bank akan mengira beberapa persen potongan akan diberi.

Sementara itu terdapat aduan dari seorang pekerja restoran wanita mengadu hal katanya pehak kontrekter tidak menunaikan janjinya selepas melakukan kerja kerja mengali longkang besar dihadapan kedai taukenya.Pada asalnya dikatakan selepas selesai kerja,janji mereka (pehak kontrekter) akan memulihkan balik seperti sediakala iaitu bertar dan bersimen akan tetapi malangnya ditinggalkan begitu sahaja yang kini sudah hampir beberapa bulan berlalu.Taukenya  tidaklah hendak meminta ganti rugi dalam bentuk wang ringgit cumanya cukuplah dibuat sekadar apa yang seperti dijanjikan pun sudah memadai.
Katanya lagi Taukenya juga telah membayar cukai GST (goverment servis tax) dengan menghidupkan lesen niaga di SSM.Disini beliau telah bertanya tentang Insurant seperti yang dibentangkan dalam bajet iaitu setiap orang yang mendaftar niaga dengan SSM akan diberi premium insurant rm5.000 tetapi respon dari pegawainya yang mengatakan "tidak ada' malah dia sendiri pun tidak tahu apa apa, aikkk... nampaknya tidak ada maklumat awal yang diberi kepada pegawai pegawai diSSM ini,keluh Tauke saya.

Tok ayah su-tahniah kepada bekas bekas tentera yang akan mendapat habuan seadanya.... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan