arkib

Isnin, 17 September 2012

Catatan Jelajah Hari MalaysiaRaya

Salam hormat!

Saya ada aktiviti sendiri dalam versi menyambut hari gabuangan MalaysiaRaya pada 16 Sept 2012 yang lalu.Pada mula catatan biarlah saya memaparkan sedikit sejarah rengkas yang saya petik dari kata kata ustaz Nazir ketika saya singgah bersolat subuh diMasjid Taman Cheras Jaya fasa2.Menurut topik ceramah beliau yang berbentuk umum menerangkan sejarah kedatangan penjajah berbangsa Eropah dikepulaun rumpun Melayu seperti Indonesia mahupun Malaysia sendiri.Pada asasnya kedatangan mereka hanya mahu mendapatkan barangan hasilan tempah ratus untuk dibawa kenegara asal mereka bagi kegunaan memanaskan badan dimusim sejuk namun disebaliknya mereka juga turut menyebarkan ajaran Kristian Protestan yang anggapan mereka pada masa itu pehak gereja telah mengawal kehidupan mereka.Walaupun begitu dimasa yang sama sedikit demi sedikit mereka juga telah menjajah minda khususnya penduduk dikepulauan ini dan menyekat perkembangan agama islam. Untuk tidak menampakan begitu ketara akan kejahatan mereka lalu dibenarkan umat islam (Malaysia) mengerjakan amalan agama seperti solat,naik haji,nikah khawin dan sebagainya.Akan tetapi bila sampai keperingkat untuk melaksanakan hukum hakam islam khususnya hudud lalu mereka telah mengubal undang undang rekaan mereka sendiri yang dideligasikan olih Suruhajaya LordRed dan diFasakan serta digezetkan beberapa perkara didalam Perlembagaan Negara yang dengan jelas telah menyekat agar tidak ada undang undang lain yang bolih mengatasi peraturan ciptaan mereka tersebut.Jesteru itu menurut ustaz itu lagi "jika pengubalan undang undang islam dari awal awal lagi telah disekat jadi bagaimana peraturan Allah akan dilaksanakan dinegara kita,ibarat kata jika lesen untuk membawa bas tidak diberi macamana hendak memandu secara sah sebaliknya jika lesen digantung disebabkan olih kekerapan kemalangan olih syarikat bas tersebut maka adalah munasabah ianya untuk disekat".begitulah kronologi kata kata ustaz tersebut,maknanya disini yang menjadi petualang besar kepada pelaksanaan hukum Hudud adalah peninggalan undang undang penjajah yang masih kita guna pakai sampai sekarang,jadi Merdekakah kita? soal belau.

Didalam siri penjelajahan ini saya sempat menghadiri satu majlis rumah terbuka Aidil fitri anjuran satu komuditi penduduk rumah Pangsa Pahlawan diTaman Tun Perak fasa1.Pada mulanya saya terasa pelik dan agak keliru apabila terlihat kelibat seorang berbangsa sikh mundar mandir melayan tetamu serta memastikan tetamu berolih hidangan dan dapat makan.Lalu saya bertanya kepada salah seorang abang penganjur majlis "ini majlis apa ni bang? kemudian dijawab secara berlawak "majlis menyambut hari jadi tok sikh" ha...ha...ha...dia gelak."tapi jangan risau semua makanan halal sebab orang islam yang sediakan makanan, tok sikh itu hanya tolong membantu,dah menjadi kebiasaan dia tu memang rengan tulang untuk menolong malah jika perlukan keawangan pun dia bolih hulur juga".Jelas abang itu."ooo...oooo...hebat,inikah yang dikatakan MalaysiaRaya?"saya tertanya sendiri.Makanan rendam ayamnya sodap juga....terima kasihlahhh....
Cerita punya cerita,apahal pulak saya bolih sampai kesini?alkisahnya begini, Jelajah punya jelajah kenderaan saya telah buat hallah pulak,maklumlah kuda tua,bagi memastikan keselamatan perjalanan kesini pun telah banyak duit poket telah terbang membuat servis itu ini tukar barang itu dan ini tetapi masih berbunyi... tih...tihhh...tih....nak pitih ! (pitih tu maksudnya duitlah-cakap orang kelate) Termenung sejenak dari dalam bilik tandas sehingga kebilik tidur,pening kepala berfikir dimana nak cekau nak bagi duit untuk Kenderaan antik aku yang sedang lapar  berbunyi itu? akhirnya teringat akan satu bengkel kereta yang dengar khabarnya baru dibuka olih seorang anak melayu bumiputra campuran Ganu-kelate yang berada diDaerah Kajang/Cheras .Untuk mengtahui cerita selanjutnya kenalah ikuti akan sambungannya selepas ini.... 
Terkini: rasa tak sedap hati juga jika saya melambat lambatkan untuk menyambung cerita siri penjelajahan ini kerana setiap kali saya buka blog didapati jumlah pengunjungnya ada meningkat jadi saya anggap mereka suka baca dan mahu tahu kesah selanjutnya. Ketika sedang menunggu nunggu kenderaan siap dibaiki saya sempat bertanya sepatah dua dengan pemilik bengkel.Bagaimana asalnya timbul idea mahu membuka bengkel kereta sedangkan jika diteliti kebanyakkan orang dari pantai timur khususnya dari Terengganu mahupun Kelantan kebanyakkannya mereka hanya lebih gemar untuk membuka perniagaan kedai makan tetapi tidak pada saudara? jawabnya "sebenarnya sudah banyak jenis pekerjaan sendiri yang dibuat disekitar kuala lumpur dan lembah Klang malah pernah pun juga membuka kedai makan, tetapi terpaksa ditutup atas sebab sebab tertentu.Olih itu sementara itu beliau mahu menukar selera lain pula beralih mencari ilmu secara formal dan tidak formal dengan menghadiri kursus kursus jangka pendek membaiki kenderaan Sebelum membuka kedai sendiri terlebih dahului beliau bekerja disebuah bengkel milik orang lain.Dari pengalaman itulah belaiu memberanikan diri mahu mengusahakan sendiri lalu tertubuhlah bengkel ini.Saya menulis ini adalah sebagai testimoni yang telah mendapat khidmat beliau.


Rupanya alat ganti kenderaan ada banyak ketegeri,ada hok molek dan ada hak biasa, kalau mahu hak molek harganya agak tinggi sikitlah dan kalau hak biasa tu harganya lebih rendah. Soal kualiti barang tu terpulang kepada kelasakkan kita mengunakannya.Kalau dah terlampau lasak barang molek sekalipun bolih cepat rosak inikan pula alatganti biasa,katanya.Olih yang demikian setakat hari ini saya rasa berpuasa hatilah dengan servis yang diberikan.jadi bagaimana dengan anda? jika mahu tahu bolihlah datang membaikai kenderaan anda disini,dimana? alamatnya Jalan Tun Perak6,Taman Tun Perak, Cheras, Kajang.Selangor.Ehem...ehem....cuma buat masa ini didapati kelihatannya seperti kekurangan tenaga kerja mahir sebagai pembantu jadi terpaksalah beliau bekerja keras secara sendiri dan lebih masa, harap harap perniagaan bengkel ini akan lebih maju dan berkekalan.

Selain dari itu beralih pula kehari lain memandangkan alang alang sudah berada disini  makanya saya mengambil kesempatan masa menziarahi anak yang telah melahirkan cucu saya yang kedua,pada jangkaan dan kehendak ibunya pada mula mahu bersalin sahaja diTerengganu diawal bulan Syawal dahulu malah pernah beberapa hari masuk Hospital Kuala Terengganu tetapi tak juga jadi bersalin lalu olih sebab kekangan masa kerja lalu kembali semula keKuala Lumpur and than 10 September jam 10 maka lahirlah seorang cucu yang saya bagi nama timang timangan sebagai Syawani yang bermaksud "Rahmat Syawal". Secara kebetulan pula bagaikan dirancang rancang angka 10hb bersamaan dengan tarikh lahir abang sulungnya.,dapat adik Perempuan jadilah sepasang....Tok Abah (panggilan cucu kepada saya) mahu berdoa bila besar kelak jadilah seorang yang berguna buat agama bangsa,negara dan juga pada keluarga.Amim....

Tok ayah su-Mengucapkan Selamat Hari MalaysiaRaya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan