arkib

Sabtu, 8 September 2012

Mencari keiklasan...


salam hormat!
Dimanakah keiklasannya jika setiap projek yang dibuat olih UBN tidak langsung mengambil kira soal mahu mendidik pasal kerohanian? bagaiamana soal aklak khususnya bagi murid murid sekolah kebangsaan sama ada rendah ataupun disekolah menengah jika suraunya pun tidak ada? jika ada pun hanya sekadar tempel tempelan sahaja iaitu dimana mana kelas yang tidak digunakan akan dijadikan surau.Ini terbukti apabila dekat dekat murid hendak mengambil peperiksaan pada masa ini pehak sekolah akan sibuk mengadakan program solat hajat,jadi jika kehadiran ibubapa melibatkan jumlah yang besar sudah tentu surau tempelan itu tidak akan muat ,untuk mengatasi masaalah sebegini pehak sekolah terpaksa mengambil anisiatif mengadakan solat hajat dipadang atau dikawasan tanah lapang. Nasib baik tidak hujan tetapi bagaimana jika cuaca buruk secara tiba tiba ketika sedang sembahyang? Inilah bezanya sistem pendidikan spara sekular dengan sistem pendidikan aliran agama. Jika disekolah agama pasti akan dibina serentak pasarana surau dengan premis sekolah.Apakah keperluan surau tidak direka cipta olih arkitek atau memang sengaja tidak ada didalam "costing"?. 

Dasar pendidikan ini jika diteliti teramat jauh bagaikan langit dengan bumi bezanya dengan pendidikan yang dibawa olih Parti Pas khususnya.Cuba perhatikan sendiri jika tidak percaya,manakala modiul selibusnya juga tidak menyamai sama sekali.Olih yang demikian jika ada pehak mahu mengajak supaya pas bersatu dengan umno perkara pertama yang perlu diubah ialah sistem pendidikan diperingkat asas ini dulu,jika tidak akan sampai bila bila pun pasti berlaku percanggahan pendapat sehingga dijadikan modal politik.
Bersambung....

Sambungan terkini:

"kalau aku mati jika ada duit khairat tu tak payahlah kau serah ke "dia' ,begitulah bunyi wasiat terakhir yang keluar dari mulut arwah siDatok."Kau gunalah untuk buat apa apa majlis (tahlil) terus dimasjid"sambung beliau."Doh wat pe (sebab apa) sampai gitu sekali? tanya saya nak tahu."Ouuk aloh la panjang cerita kalu nok royat gak,lepas Mok Yam mu meninggal segala makan minum aku lo ni pun dok terurus,terpaksa make dikedai sokmo"sambung siDatok."Dok kei pok nik ado cucu duduk dekat rumah sekali, takkan lah dok leh tumpang dia?tanya saya."Huuhh....(keluhnya dengan nada bagaikan satu sesalan dan bunyi seperti tidak berpuashati) dijawabnya rengkas tetapi bagaikan semacam ada sesuatu yang mahu disembunyikan. Rupa rupanya saya difahamkan olih orang lain bahawasanya cucu belaannya itu tidak pernah menghulurkan apa apa pun.Begitulah secebis kesah masyarakat yang pernah saya saksikan.Seorang datok yang bertukus lumus berkebun untuk membesarkan seorang cucu perempuan  yang dipeliharanya sejak kecil.Sebelum itu tinggal serumah 3 beranak bersama arwah isterinya.Akan tetapi sejak isterinya terlebih dahulu meninggal dunia lalu menjadikan kehidupannya kian sukar, bukan sukar dari segi keawangan tetapi sukar kerana dek usia tuanya yang tidak mengizinkan dari segi kesihatan waima untuk menguruskan diri serta makan minum sendiri.
Kesah ini tidak habis begitu, sebaliknya terdengar runggutan dari waris terdekat (anak) kepada arwah mengatakan "harta nok tetapi Tok tidak dipeduli..."inilah bahananya jika harta diserahkan awal (semasa hidup),seperti kata pepatah "habis manis sepah dibuang". Yang sadisnya sidatok ini bagaikan terbuang dan membawa diri seperti gayanya merajuk pergi jauh dari pandangan cucunya itu untuk hidup menumpang dirumah anoknya yang lain bagi menghabiskan sisa sisa usia tuanya.Entah bagaimana segala hartanah termasuk kebun sawit milik asal datok ini telah pun bertukar tangan menjadi milik cucu tersebut.Manakala anok yang memelihara disaat akhir hayatnya tidak mendapat apa apa,patutkah begitu? atau dimanakah keiklasan yang sepatutnya dibuat dalam kesah ini.
 Bila berbicara pasal iklas ini rasanya saya bolih tulis panjang berjela jela tetapi biarlah saya tangguh dahulu dan akan disambung lagi.... kemudian, insaallah.
 Terkini:
Disuatu pagi ketika saya berada dipasar  terdengarlah olih saya suara seorang penjual A telah ketawa sakan "ha... ha.... ha.... ha.... gelihati hati aku ni' katanya,lalu ditanya olih kawannya sipeniaga B "waa...doh guane aku nampok mu senang hati sunggoh? dijawabnya peniaga A"aku senang hati sebab dapat menipu dia (pelangan) aku telah dapat "main harga",bolihlah untung lebih sikit". Peniaga B berkata dengan dada yang agak kesal semacam tidak bersetuju dengan cara peniaga A itu lakukan "isk....isk...ish....mu ni dok habis habis dok wat naye ko orang (mengeluh).

Saya yang baru pertama kali  terdengar perihal sebegini secara tidak disedari olih sipeniaga A telah bertanya dengan sipeniaga B "Main Harga guane pulok?tolong royat getek"tanya sayaJawab sipeniaga B "itu sebabnya saya dok pernah ajok anak remaja saya datang tolong saya berniaga dipasar ni,takut dia terikut ikut perangai sesetengah peniaga yang suka menipu,harga yang sepatutnya dijual lebih murah tetapi dijual dengan harga yang lebih tinggi dari sepatutnya,itulah maksusdnya "main harga",jelas sipeniaga B,"dah la menipu tu tak baik ,diheboh hebohkan dan dibangga banggakan pulak perbuatan jahat dia,sebab takut kalau anok saya yang masih muda (dialam persekolahan lagi) tahu dan terikut buat kerja begini jadi lebih baik saya dok ajok dia tolong berniaga,biar saya susah sorang pun tak apa" Begitulah jelasnya peniaga B ini yang agak jujur sedikit berbanding dengan si peniaga A dalam urusan berjual beli (berniaga)." oooo... begitu rupanya,tapi mujurlah dok semua buat perangai gitu"kata saya"tapi payoh nok cari peniaga jujur macam demo ni"saya memuji beliau (peniaga B) dengan iklas namun dimanakah keiklasan yang ada dijiwa sipeniaga A serta orang orang lain yang sewaktu perangai dengannya?

Sementara itu dalam perkembangan lain seorang sahabat telah terpengaruh untuk menyertai satu skim perniagaan MLM yang pada mula dianggapnya baik disebabkan orang yang mempromosikan perniagaan tersebut bukannya calang calang orang malah terkenal dengan kebijaksanaan mengatur bicara dalam setiap siri siri memotivasikan orang ramai,jesteru itu kerana yakin dengan sitokoh ini lalu sahabat saya ini terus menyertai skim perniagaan tersebut untuk mencuba nasib. Pada hari hari seterusnya beliau hadir kekelas dan juga seminar untuk memahirkan dirinya sambil sambil itu dibawanya sekali kenalan kenalan dengan tujuan untuk mempengaruhi kenalannya agar turut sama menyertai peniagaan ini. Apa yang berlaku?

Kenalannya yang dibawa itu turut serta mendaftar sebagai ahli baru namun begitu difahamkan kenalannya ini yang sepatutnya menjadi "downline" kepadanya akan tetapi yang berlaku tidak begitu, kesemua orang yang baru masuk sebagai ahli dilonggokkan masuk hanya dibawah "kepala" orang menganjurkan seminar,jadi sahabat saya tadi "kosong downline"tetap seorang diri terkonteng konteng, olih yang demikian kiraan bonus dan lain lain faedah tidak layak diperolehi, menyedari keadaan ini akhirnya beliau merasakan bagai tertipu lalu mengabaikan diri dengan tidak mahu lagi aktif. Persoalannya dimanakah keiklasannya perniagaan sebegini....






tok ayah su- alhamdulillah dan harapan semoga berjaya buat adik adik dan anak yang baru selesai menjalani ujian peperiksaan UPSR...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan