arkib

Khamis, 30 Ogos 2012

Disebalik kegemilangan...

Salam hormat!
Langkah tidak dibenarkan mengadakan apa apa acara sorak sorai diDataran Merdeka KL disaat menunggu detik 12malam pada 31 ogos dikira tepat, kerana apa saya kata begitu? kerana sebelum ini tiap tiap tahun akan ada sahaja yang mengaitkan dengan kegiatan yang kurang sihat melibatkan pergaulan bebas dikalangan muda mudi sehinggakan diesok paginya akan bersepah sepah kondom kondom pakai buang yang dijumpai olih pekerja pembersih sampah Dewan Bandaraya.Namun disebalik dengan tiadanya majlis sambutan diambang malam merdeka ini jadi akan tertutuplah sudah satu jalan maksiat,akan tiadalah juga dosa dosa disebalik jalur gemilang.
"55 Tahun Janji DiTepati" telah disambut olih sebilangan besar rakyat walaupun terdapat satu pehak lagi mengadakan cogan kata sendiri. Begitulah juga apabila mata kepala saya sendiri telah melihat pada hari raya yang lalu dihadapan rumah anak beranak CheGu Pa Kemuning telah memacak dan memasang jalur gemilang dipagar,diserambi dan digaraj kereta rumah mereka.

Lalu terfikir dan tertanya tanya sendiri apakah CheGu Pa ini merupakan seorang yang suka menepati janji? Ataupun beliau hanya seumpama seorang islam yang munafik sebagaimana ada terdapat dizaman Rasullalah S.A.W dulu.Ciri ciri orang munafik ialah apabila ia berjanji maka janjinya akan dimungkiri dan apabila dia bercakap ia akan banyak berbohong serta menipu.Hakikat sebenarnya apabila saya lihat perjanjiannya yang membeli tanah pusaka datuk ku telah ditipunya dengan menghilangkan bahagian harta sepencarian nenekku dengan membubuhnya nama dia seorang sahaja.Walhal geran tersebut sepatutnya dipecah lot untuik dibahagikan hak pusaka yang patut nenekku miliki,dengan demikian tidak jadi munafik lagikah CheGu Pa ini dengan penipuannya itu? Tepatkah janji CheGu Pa ini? Jadi layakkah CheGu Pa ini dinobatkan sebagai seorang yang gemilang atau hanya seorang yang kaki temberang?

Dizaman Rasulallah S.A.W dan dizaman pemerintahan Khalifah ArRashiddin  jika terdapat orang islam yang munafik iaitu pura pura islam sebagai contoh kes enggan membayar zakat maka pemerintahan islam pada kala itu akan mengistiharkan perang terhadap golongan munafik .Dengan perjalanan sirah islam lampau ini maka saya kira tidak salahlah jika saya juga turut akan mengistiharkan CheGu Pa ini sebagai musuh peribadi (mengenal sasaran) musuh yang harus diperangi agar aqidah Che Pa ini tidak akan menjadi contoh ikutan kepada generasi islam (anak beranakku khususunya) yang akan datang.Munafik ialah liabiliti umat islam keseluruhannya dan bukan hanya buat mana mana individu sahaja,jadi perlulah kita sama sama membenterasnya.Maka saya minta pembaca turut menyokong akan tindakan yang akan saya buat ini.Bolihhh??? Ini bukan perkara main main yang sengaja saya reka reka untuk mencari salah kepada orang yang bergelar CheGu Pa ini.

Seronokkah anda untuk menyambut mood hari Kemerdekaan jika harta benda yang sepatutunya menjadi milik anda akan tetapi ditakluk dan dimiliki olih orang lain? apakah makna laungan MERDEKAA! MERDEKAA! MERDEKAA! yang anda pekikkan itu memberi erti ? Jika dipaksa paksakan diri memekik maka akan menjadi hipokriklah anda namanya....Jadi begitulah juga perasaan orang orang yang terdahulu disetiap kali menyambut tarikh kemerdekaan,Pada mereka erti kemerdekaan sebenar ialah biarlah kita hidup berdaulat,hidup bebas dari penjajahan minda dan juga bebas dari taklukan material serta tidak memanipulasikan pasaran.
 Pernah disuatu ketika semasa berada dikampung satu debat suka suka diantara dua sahabat telah saya dengari.Katanya "kita tidak bolih mengadakan undang undang sendiri contohnya hendak menukar hukuman Hudud dengan meminda perlembagaan Lord Red" Sebab apa? tanya saya memotong cakap dengan tidak sabar mahu tahu. "sebabnya kemerdekaan kita hanya sekadar separuh bebas ibarat telur masak separuh bolih dimakan walaupun belum masak begitulah juga  MERDEKA yang keadaan sebenarnya kita belum lagi berdaulat sepenuhnya,masih terbelenggu dengan peninggalan undang undang sipenjajah dahulu"jawab sahabat saya itu."Jika kita berdegil juga untuk melaksanakan undang undang islam (HUDUD) maka risikonya kita akan diserang kembali dan dijajah semula sebab terdapat perjanjian sulit yang mensyaratkan sedemikian diketika kita mahu menuntut kemerdekaan dahulu,tetapi rahsia perjanjian ini memang sengaja tidak dihebohkan "Tambah kata sahabat saya ."Jadi untuk mengelak kemudhoratan  kepada umum (rakyat) adalah disarankan agar perlaksanaan hukuman islam itu perlu ditangguh dahulu sehingga kesuatu masa yang sesuai atau sehingga kuasa besar dunia akan turut memeluk islam sama.Persoalannya kita tidak tahu bilakah masa itu akan tiba.Jika umat jahiliah arab juga termasuk separuh dari penduduk dunia bolih ikut ajaran Nabi Muhammad S.A.W maka adalah tidak mustahil orang yang berbangsa Eropah bolih turut sama bersetuju dengan Islam. Sama samalah kita berdoa agar kuasa besar dunia akan turut mendapat petunjuk dari Allah S.W.T"- syarah sahabat saya itu secara panjang lebar.
bersambung....

Terkini :
Sambungan ini masih lagi  membicarakan perihal salahsilah keluarga dan juga perihal kampung kemuning tempat kelahiranku.Tujuannya adalah sekurang kurangnya bolih menjadi tatapan generasi selepas ku.Kampung Kemuning dan kampung Kijal adalah jiran yang bersempadan selain Penakah dan Kampung Simpul,tetapi saya tidak pasti berapa jumlah Kampung yang bernaung dibawah DUN Kemuning,tetapi yang menariknya pernah diDUN Kemuning parti Pas bolih bertahan dan bolih dimenangi olih Parti Pas hanya dengan kelebihan 2 undi (suami isteri).Selain itu Kemuning itu sendiri terdapat juga sejarah disebaliknya dan tersimpan.Diantaranya ialah sejarah sekolah agama rakyat terkubur bersama seorang insan bernama Minah yang mati berdarah dibunuh,olih itu tempat tapak sekolah ini kenali sebagai jolokan "Kubur Minah" sampai sekarang.Disinilah juga telah menjadi tapak perhimpunan pasukan "Pemuda Tahan Lasak" yang dirasmikan olih Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu,cumanya saya tidak pasti samada perdana menteri pertama atau kedua.

Manakala Kampung Kemuning itu sendiri diberi nama bersempena nama pokok balak Kemuning,spesis pokok ini telah pun pupus disebabkan kerakusan manusia olih sebab itu saya mahu mengesyorkan agar nama kemuning ini ditukar kepada Gelugur memandangkan pokok peninggalan tok nenek saya itu masih ujud tetapi telah ditakluk secara haram olih anak beranak CheGu Pa.Nama nama besar dan tersohor dikalangan penduduk ialah seperti Tuan Guru Tok Ayah Soh,Allahyarham telah mengujudkan kelas pengajian agama pada setiap hujung minggu (Jumaat) disurau beliau dikampung Kijal,terdapat ramai dikalangan anak muridnya termasuklah arwah nenek saya sendiri.Cumanya Tuan guru ini kurang bersetuju dengan Kerajaan Persekutuan maka kerana itu beliau tidak pernah bersembahyang jumaat diMasjid Kijal kerana masjid ini telah dibangunkan olih kerajaan Perikatan/umno sebaliknya beliau pergi sembahyang dimasjid yang agak jauh dari kampung halaman.Masaallah tidak mahu bersembahyang dimasjid yang didirikan olih kerajaan BN ini bukan baru,ianya telah berjalan sejak sekian lama,masing masing ada alasan dan manhaj tersendiri.

Disebelah rumah dan surau Tok Ayah Soh inilah ujudnya berjiran satu keluarga besar yang bernama Tok Wan Hj Daud (allahyaryam) isterinya bernama yang saya panggil Mok Yam (allahyarhamah) siapa Mok Yam? beliau adalah anak sulong kepada nenek saya Tok Wa aji Esoh hasil dari perkhawinan dengan suaminya yang pertama,selepas itu lahirlah arwah ibu saya setelah nenek berkhawin dengan suaminya yang kedua (jangan salah faham,bukannya nenek saya ada  2 suami tetapi perkhawinan itu berlaku selepas bercerai dengan suaminya yang pertama) ini bermakna ibu saya dengan Mok Yam ini adalah adik beradik satu ibu berlainan bapa.Olih kerana Mok Yam ini mempunyai anak yang ramai serta terdapat dua orang anak perempuan kembar dengan secara rela hatinya nenek saya mengambil salah seorang anak kembar Mok Yam ini untuk dipeliharanya.Maka kerana itu saya dengan anak kembar mok yam ini pernah tinggal sebumbung buat seketika dirumah nenek.  
Hari ini saya lihat hampir kesemua dari 12 orang anak Mok Yam ini bolih dianggap berjaya berjaya belaka  didalam kehidupan dunia masing masing,termasuklah cucut cicitnya, buktinya salah satu program untuk mengumpul ahli keluarga telah berjaya dibuat dan diatur dengan teliti, difahamkan program itu dibuat pada tiap tiap tahun terutama pada ketika hari raya.Acara itu bolih dibuka dilink>   http://wandaud.blogspot.com/ 
Tahniah...
Sambung semula>  Alahai...semalam tengok syok menulis tiba tiba line internet "break down"jadi mahu tak mahu kenalah saya sambung balik setelah hampir 24jam tergendala,apa lagi yang hendak tuliskan? banyak sudah terlupa dan hilang idea walau bagaimana pun biarlah saya teruskan apa apa yang terlintas diminda khususnya berkenaan salasilah keluarga dan sejarah Kampung Kemuning serta kampung kampung disekitarnya.Kepada sesiapa yang pernah terbaca perihal saya sebelum ini bahawa saya ada bercerita tentang keperitan hidup nenek mengharungi kehidupan untuk menanggung saya bersekolah dan memberi makan minum dengan hanya menanam sayur sayuran dan menjual buah buahan disekitar rumah termasuk buah asam gelugur yang dikeringkan, manakala saya turut  menjadi hang kebun merumput dan memagar dikawasan tanaman,itulah punca mata pencarian seorang nenek tunggal yang tinggal dua bercucu,nasib baiklah ada sebidang tanah padi yang dapat menghasilkan beras untuk menjadi sumber proten yang bolih dimakan bersama lauk budu.Tanah getah pula telah dijual olih anak anak nenek sebagai pembahagian tanah pusaka peninggalan arwah datuk.Jadi tapak rumah seluar lebih kurang 1/2 ekar dan juga sebidang tanah padi itulah sahaja yang masih tinggal.Sepeninggalan saya pergi merantau berpuluh tahun sedar tak sedar tanah padi tersebut telah berpindah milik kepada salah seorang  anak Mok Yam yang pernah dipelihara olih nenek,bertuahnya badan....manakala saya dapat apa? dikatakan tapak rumah inilah pada mulanya menjadi cadangan nenek untuk diberi kepada saya,tetapi agaknya mungkin ada yang menyangka saya sudah mati diperantauan maka kerana itu saya telah tidak mendapat apa apa.....kesiaannn pada aku...masuk angin keluar asaap.....hu...hu...hu.... 

Apa pula jasa aku yang ada kaitan dengan keluarga Mok Yam ini,aahhh malulah nak cakap kerana kecik sangat kalau nak dikatakan jasa pun,jika tiba musim mengetam padi adalah juga sekali sekala saya bersama nenek pergi menuai dan yang tidak saya lupa ialah pergi mencari beratus ratus biji getah untuk disemai dan ditanam olih abe puzi ditanah kebunnya.

Apa lagi yang menarik disini?dihadapan masjid Kg.Kijal inilah terdapatnya satu lubuk berpaya yang amat luas dan pada waktu itu terdapat pelbagai jenis ikan air tawar yang pernah saya "tauk" Olih yang demikian saya berpendapat kawasan lubuk ini bolih djadikan pusat pelancungan jika dibersih dan dijadikan pusat riadah.Selain daripada itu kira kira 10km dari kampung Kemuning ini sememangnya telah terdapat pusat pelancungan Air Terjun diBukit Bakar.

Okelah saya kira setakat inilah dulu penceritaan khususnya yang ada kaitan dengan waris disebelah Emak JIka ada ruang dan masa akan datang saya akan bercerita pula berkenaan dengan waris disebelah arwah bapa saya pula.Insaallah....

Tok ayah su-selamat hari raya dan maaf zahir batin buat anak beranak arwah Mok Yam.....

Sabtu, 25 Ogos 2012

xtvt diAidil fitri...




Salam hormat !

Potret pilihan yang sempat dirakam disepanjang hari raya sehingga kehari catatan ini ditulis.Namun masih banyak lagi tersimpan kerana tidak dapat disiarkan kesemuanya.Apapun keterangan yang lebih terperinci akan disambungkan kemudian....tungguuu....

Sambungan:

Saat hari raya pada tahun ini saya banyak meraikannya diNegeri Kelantan.Apatah lagi keluarga disebelah isteri (mertua) mahu mengadakan majlis kenduri khawin jadi sedikit sebanyak terpaksalah saya perlu turun padang membantu untuk tolong apa apa yang patut.Setidak tidaknya menjadi tukang masak kacau gulai kawah.Kampung isteri saya ini penduduknya bolih dihitung dengan jari tak sampai seribu orang termasuk anak anak kecil,jadi hubungan diantara sesama mereka sekampung masih erat dan akrab walaupun difahamkan pada sebelah malamnya ada kumpulan yang ditugaskan untuk meronda ronda bagi menjaga keselamatan kampung kerana terdapat kes kes kecil jenayah yang melibat kecurian harta benda termasuklah hasil torehan getah.Kampung ini juga berada didalam kawasan DUN Limbungan P.Putih,dari cakap cakap salah seorang orang kuat Pas dikampung ini katanya terdapat 4 DUN diKawasan Pasir Putih tetapi DUN Limbungan bakal calonya masih lagi menjadi teka teki,siapa Chegu Uganu?

Apabila saya tanya bagaimana sambutan orang kampung ini dengan perjuangan parti UMNO,katanya bagaimana Umno mahu menang jika sebuah surau pun tak bolih nak dihidupkan,terdapat sebuah surau yang dulunya diimarahkan olih kalangan pimpinan umno kampung kini telah pun "mampus" dan telah dijadikan kelas KEMAS untuk majlis kaum wanita mengadakan aktiviti.Jika terdapat majlis yang melibatkan hal keagamaan dikampaung bolih dikatakan kesemuanya akan diurusakan olih orang orang PAS belaka,alahai semakin teruknya melayu/umno....

Disemasa saya hadir kemajlis perkhawinan anak buah diTok Bali sempat juga saya kepasar yang pernah menjadi pangkalan mendaratnya ikan ikan segar dari nelayan,tetapi tempat pendaratan ikan itu kini dengar khabarnya telah dipindahkan kekomplek LKIM,tetapi aktivi memasarkan ikan termasuk jualan sayur sayuran masih lagi berjalan disini.Mungkin disebabkan ketika kunjungan saya kepasar ini masih lagi dalam suasana hari raya jadi didapati harga ikannya agak tinggi sedikit akan tetapi sebaliknya jika hendak dikira akan kualiti ikan yang licin berminyak dalam keadaan segar mega maka harga sekilo ikan kembong rm12.00 itu jadi saya kira masih berpatutan.Jika hendak bandingkan ditempat lain ikannya lembek lotek layu semacam pun harganya tetap tinggi.Tetapi untuk kesini dari bandar Pasir Putih jalan rayanya agak terdapat banyak rosak dan berlubang disana sini malah untuk ke Hospital Sains Kubang Kerian bagi melawat saudara yang sakit berada diWad juga terpaksa saya batalkan hasrat tersebut kerana berlakunya JEM (kesesakan Trafik yang agak teruk).
 Namun begitu alhamdulillah hasrat saya untuk melawat seorang saudara sepupu diKemuning dapat juga saya kesana.Sepasang keluarga sepupu saya ini termasuk isteri beliau ditimpa musibah terkena penyakit kencing manis dan baru beberapa bulan lepas telah dipotong kaki kirinya hampir keparas lutut dan bagi isterinya pula kedua belah jari jari kaki juga telah turut terpaksa dipotong.Jika sebelum ini beliau seorang peraih dan penjual ikan jadi perniagaanya kini telah telah tergendala cuma adakalanya sekali sekala dia meminta tolong kepada salah seorang anak gadisnya untuk mengambil alih perniagaan tersebut.Menurut beliau terdapat kepimpinan dari kalangan orang Pas yang  ingin membantu membina sebuah kedai untuk memasarkan ikan diberhampiran rumah kediamannya .Jadi harapan beliau agar hajatnya itu akan tercapai.katanya.

Alang alang sudah berkunjung keKamuning ini jadi seperti yang pernah saya perkatakan sebelum ini bahawa disnilah tercairnya pelbagai nostalgia lama bermain diminda.Untuk mengubat rindu akan kenangan lama ini jadi sebelum bertolak pulang balik saya terlebih dahulu meronda ronda disekitar kampung,antara tempatnya ialah Masjid Kampung Kijal,disinilah tempat saya bersembahyang Jumaat disemasa kecil kecil dahulu,malah hampir kesemua penduduk kampung Kemuning juga turut bersolat jumaat disini kerana disinilah satu satunya masjid terdekat yang ada,Kemuning dan Kijal adalah jiran yang bersempadan , jarak diantara rumah arwah tok nenek saya dengan masjid ini hanya kira kira 500 meter sahaja Dari jalan besar kerumah tok Nenek aku kena melalui terlebih dahulu dengan melintas didepan rumah arwah Tok iman Hj Mamat dan disebelahnya rumah bekas ADUN Chegu Ismail (menantu tok iman Hj Mamat) bersempadan dengan rumah bekas ADUN CheGu Ismail inilah terletaknya tapak bekas rumah TOk Nenek aku.

Malangnya sikap orang melayu bernama CheGu Pa (rengkasan nama) yang mengaku beragama islam tetapi tidak mahu sedar untuk mencari keredhoan tuhan untuk membuat perkara perkara yang dihalalkan malah lebih suka bergelumbang dengan perihal yang haram maka kerana itulah tapak rumah nenek aku yang tidak dijual tetapi telah dihilangkan nama nenek aku kerana tapak tanah tersebut berada didalam satu geran dengan tanah getah bersebelahan yang dibelinya.Keluasannya hampir hampir 1/2 ekar juga.Itulah sebabnya aku bagi pehak nenek aku yang memberi wasiat tetap tidak akan menghalalkannya dari hujung rambut sampai kehujung kaki walaupun sejengkal tanah.aku tetap akan mengatakan pemilikan tanah itu dilakukan secara penipuan lagi menjijikan . Kekayaan kamu itu dek kerana memiliki harta yang haram dan akan diwarisi kepada anak beranaknya kamu pula.Aku sanggup mengajak kamu wahai chegu Pa untuk bersumpah laknat dimasjid.Jika kamu tidak mahu maka aku akan memesan kepada anak beranak aku yang berada diKampung Kemuning dan dimana sahaja agar jangan disokong dan berkerjasama terhadap apa jua perkara dengan menusia yang bergelar Che Pa kemuning ini termasuk dengan anak cucunya sehingga biarlah sampai ketujuh keturunan sekalipun.

Tok Ayah su-Teringat tarikh lahirku pada 28 Ogos dan disinilah tempatnya....

Khamis, 16 Ogos 2012

Meraikan kemenangan Ramadhan...

Salam hormat!

Bulan Ramadhan telah berada dihujung hari jika tiada apa apa halangan kira kira hari sabtu atau Ahad ini semua umat islam diMsia akan meraikan hari raya Aidil Fitri setelah munculnya sinar anak bulan syawal kelak,ini bererti sekaligus umat islam telah berjaya bertarung dengan pelbagai halangan yang melibatkan nafsu diri.Bagi yang sabar melawan nafsu makan minum sudah tentu terasa gembira kerana berbaloi sebab telah dapat menunaikan satu kewajipan yang amat dituntut olih agama.

Bagi saya sendiri pada bulan ramadhan tahun ini agak mempunyai pengalaman yang tidak kurang juga mencabar kerana turut sama membantu isteri mencari 9/10 punca rezeki melalui perniagaan dengan menjual juadah  kuih Murtabak dibazar Ramadhan.Banyak peristiwa pahit manis disepanjang tempoh berada dibazar ramadhan ini,tanpa disangka dapat juga berurus niaga dengan pelangan berbangsa "Mat Salleh".Secara tak diduga berbelit lidah saya kerana terpaksa bertutur bahasa Inggeris,"Hallo sir,like this Murtabak" Tanya saya saya," i like try the hot one,nice? tanya dia."Ok...nice sir"jawab saya,How much?tanya rakannita Mat Salleh itu? Two and fifty ringgit Msia only"jawab saya, lalu dibelinya sebiji,"frome where?" tanya saya. "Australia", jawab beliau,Tourish? tanya saya."Yes'jawabnya rengkas."Thank you sir' mengakhiri perbualan.Belum pun sempat melangkah jauh dibukanya bungkusan Murtabak itu lalu terus dimakan dan dikunyahnya sampai habis sambil berjalan meronda ronda kegerai lain pula,isteri saya yang memerhati gerak gerinya tersenyum simpul malah nak tergelak pun ada,keh...keh...keh....Isteri saya terkejut "bila masa pulak awak ni pandai cakap London dan bolih jadi juru alih bahasa pulak?" tanya bini aku "Cakap broken bolihlah sikit sikit" jawab saya....keh...keh...keh....

Apa lagi pengalaman lain?ooo....ada banyak lagi, nanti saya akan sambung esok pula,insaalah....

Sambungan:

"esok masih ada' alhamdulillah mungkin dek kerana itulah sempat lagi saya menyambung kembali penceritaan saya disepanjang berada dibazar ramadhan,olih kerana sambungan ini terlewat sedikit dari apa yang dijanjikan jadi anggaplah cerita ini sebagai satu "postsmorten"(bedah siasat) sahaja.Bermula dihari pertama ramadhan lagi isteri saya telah memulakan perniagaan,bukan senang nak menyesuaikan diri jika tidak biasa, almaklumlah bila kena berkerja keras bermandi peluh disaat badan keletihan bertarung melawan hawa nafsu menahan diri dari lapar dan dahaga,lalu teringat pula saya dibulan puasa semasa didalam perkhidmatan tentera dahulu, disetiap pagi selepas mengadakan latihan jasmani berlari lari beberapa kilometer kemudian mandi sebelum datang berkerja semula terasa tidak mahu keluar dari bilik air sebab nak berendam lama lama untuk menghilangkan sedikit kepanasan dari keperitan tengkok yang dahaga,jadi suasana kepanasan yang serupa dialami olih saya sekali lagi,saat memulakan perniagaan seawal jam 3 petang jadi diwaktu inilah cahaya panas matahari terpacak bersinar memasuki khemah,kipasan dari tebaran roti dekat kuali lebih menghangatkan lagi ditambah pula dengan asap yang berkumpul kempul dari gerai lain yang menjual ayam bakar menjadi keadaan lebih panas dan perit bagaikan disalar salar diatas bara,tetapi keadaan panas itu bolih lagi bertahan tetapi bila terkena dengan asap dari dapur arang gerai sebelah itulah yang menyebabkan terasa sangat terseksa pedih mata dan hidung sehinggakan terasa bagaikan nak demam demam badan dibuatnya, mujurlah selepas sepuluh hari duduk bertahan dengan suasana perit itu lalu saya memohon dengan pehak Majlis untuk pindah kegerai lain yang agak jauh sedikit dari jarak gerai berasap pekat itu,itupun setelah saya melihat masih ada  ruang niaga yang kosong tidak dihuni olih peniaga lain.

Sepuluh hari pertama perniagaan agak rancak,bolih dikatakan barangan peniagaan habis terjual,kemudian apabila masuk kehari 10 pertengahan puasa keadaan perniagaan agak perlahan ditambah pula dengan keadaan cuaca yang tidak menentu dengan turunnya hujan berserta sekali sekala disertakan ribut, keadaan khemah  terangkat dan berganjak dari kedudukan asal menyebabkan habis meja meja jualan menjadi basah kuyup.Sebab itu tatkala kedatangan YB Adun Ajil beliau ada bertanya "bagaimana dengan peniagaan,ada sambutan?"saya kata "bolih tahan juga Dato',tapi ikut pada ada hari tertentu juga,harap harap diminggu terakhir apabila semua perantau balik kampung minta minta perniagaan bolih jadi laju sikit'kata saya.Setelah Dato" Yb selesai menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan kebersihan, kedengaran isteri saya berkata "kesihan juga tengok Yb dan isterinya berpakaian lusuh dan berselipar sahaja, agaknya pakaian dia habis hagus dalam kebakaran rumahnya baru baru ini ya bang"tambah isteri saya bertanya pada saya. "mungkin jugalah" kata saya.kesiaannn....tetapi bagi orang politik walau bagaimana simpati sekali pun sampai masa pilihan raya tu lawan tetap lawan,Yb Adun Ajil ini sudah masuk 3 penggal menang memanjang, lawannya yang pertama dari Pas yang dikatakan bukan berasal dari anak tempatan lalu beliau menang, kemudian dua penggal lagi dia berlawan pula dengan anak jati dari DUN Ajil ini,seorang Ustaz muda yang baru lulus dari university Timur Tengah,itu pun dimenangi olih beliau lagi, hebat juga dan bukan mudah untuk dikalahkan. Untuk PRU yang ke13 kali ini secara peribadi saya masih lagi tidak bolih baca klu siapakah akan lawan siapa,apakah Pas akan mempertaruhkan calon yang sama, wallahuaklam.,saya sebagai seorang yang sering peka dengan perkembagan politik semasa hanya bertindak tunggu dan lihat sahaja,jika ada yang masih mahukan tenaga kerja saya maka insaallah saya akan bantu seberapa daya sekadar yang mampu.

Terdapat sedikit keselesaan kepada peniaga ramadhan pada kali ini kerana surau yang lengkap dengan tandas yang baru siap dibina untuk kegunaan tetap penjual buah buahan digerai berdekatan jadi bolihlah ditumpang guna olih peniaga bazar ramadhan.
 Manakala keadaan bazar dan juga barangan jualan sering dipantau dan dilakukan olih pehak berkuasa tempatan termasuklah olih kementerian kesihatan. Terdapat juga gerai yang dikuarantinkan sementara atas sebab sebab tertentu,sementara ragam peniaga sendiri adakalanya menjadi panas berang naik angin dan terdengar riuh rendah kerana ada yang tidak berpuas hati diantara satu sama lain.Bila badan penat dan perut berkeroncong akan jadilah macam macam, agaknya. Jika tidak ada kesabaran akan jadilah pergaduhan sebagaimana pernah saya saksikan kira kira  2 tahun yang lalu dan telah saya muatkan didalam blog ini pada waktu itu.
Alhamdulillah syukur  hasil dari sedikit keuntungan dapatlah saya membayar zakat fitrah untuk diri dan tanggungan pada tahun ini disamping menghulurkan sedikit buah tangan (sedeqah) buat beberapa orang OKU yang juga ada menjadi pengunjung bazar ramadhan.Namun demikian pehak sekolah tempat anak saya belajar juga tidak menyempat yempat juga turut memohon sumbangan dengan memberi beberapa surat "saman" bagi mengadakan beberapa program selepas hari raya ini (menurut surat makluman tersebut),
jadi apa lagi yang tinggal pada saya hasil dari perniagaan dibulan ramadhan itu? manakala kereta juga mahu ditukarkan kedua tayar,aduh...pening lagi.Kedua anak yang lepasan ijazah juga tidak dapat membantu kerana belum mendapat kerja yang baik,buat masa ini hanya berkerja sebagai kerani disebuah kedai buku sahaja....
hu...hu...hu...cedihnya....yaa tuhan Toloooonnnggglah akan daku......keh....keh...keh....(batuk warga emas)

tok ayah su-Selamat hari raya Aidil Fitri maaf zahir batin kecuali Chegu Pa Kemuning....

Jumaat, 10 Ogos 2012

Buku bertemu ruas....

Salam hormat!
kata orang "kalau nak krirtik orang lain biarlah kita juga setanding dengan kebolihan orang yg dikritik", contohnya sering kita lihat didalam perlawanan sukan didapati orang yang berada diluar gelangganng itu dilihat lebih mahir bermain berbanding orang yang berada didalam gelangan permainan itu sendiri, apakan tidaknya apabila macam macam kata kata yang dilontarkan,mishalnya dalam perlawanan akhir kejohanan badminton merebut pingat emas dikejohanan sukan olimpik London baru baru ini,bukan sepatutnya mahu memuji sahaja sebaliknya ada juga yang mengeji. kenapa? bersambung.....
Sambungan:-
Perihal pada suatu ketika  seorang teman telah mengkritik seorang imam muda yang mengkepalai sembahyang sunat terawikh katanya "bacaan imam muda ini baik tetapi ayat yang dibaca kurang jelas difahami kerana suaranya sengau sengau naik kehidung ,walaupun dia seorang hafiz tetapi jika sebutannya menGidung nampak sedikit kecacatan disitu".Terdapat seorang lagi teman yang mendengari kritikan tersebut terus mencelah "ewahh...kalau kau dah pandai sangat kenapa tidak engkau sahaja yang menjadi imam?" tempelak teman saya yang satu ini seolah olah menampakan tidak senangnya ia dengan kritikan tadi.
"aku bukan ada kelulusan tinggi macam dia tu,tetapi olih kerana aku juga pernah belajar mengaji jadi aku tahulah sedikit sebanyak cumanya kritikan aku itu sekadar untuk menegur mungkin dengan kerana itu dapatlah dia membaiki sedikit akan mutu bacaan tersebut"jelas rakan saya bagi menjawab persoalan kawan tadi yang seakan akan nampak seperti mahu mencabar supaya menggantikan tempat imam muda tersebut.

Disamping itu terkenang saya akan satu majlis forum agama yang diantara lain seorang ustaz yang menjadi ahli panel  itu telah berkata "diantara ciri ciri kenapa seseorang itu tidak senang hati melihat kejayaan orang lain ialah antaranya terdapat perasaan hasad dengki disebabkan faktor berlaianan budaya,agama mahupun puak dan yang keduanya kerana tidak wujud dalam diri mereka akan sifat kasih mesra diantara satu sama lain maka olih kerana itu lunturlah semangat untuk meraikan kebolihan seseorang.

Sebelum itu apakah difinisi "buku bertemu ruas".Dipetik dari kata kata bidalan bahasa ia bermaksud "sama hebat sama kuat", jika dirujuk kepada perlawanan badminton dikejohanan sukan Olimpik diLondon iaitu pertemuan diantara pemain negara Lee Chong Wei dengan pemaian negara Cina iaitu Lind Dan jadi saya berpendapat kedua dua pemain ini sama sama handal dan masing masing ada kelebihan tersendiri.Namun olih kerana rekod pertemuan mereka sebelum ini lebih banyak memberi kemenangan kepada Lind Dan maka saya dapati LCW telah terkena "badi" lalu fobia ibarat dua ayam laga akan nampak seperti "alah bulu" sahaja namun beliau telah terbawa bawa masuk kedalam gelanggang.Walhal Lind Dan tidaklah mustahil mampu dikalahkan pada malam tersebut.Ini jelas didalam perlawanan itu keadaan Lind Dan nampak seolah olah seperti memperlekehkan keupayaan LCW lalu bermain seperti "over convident" maka kerana itulah LCW dengan mudah dapat mengalahkan beliau dalam game diset yang pertama.Semangat yang tinggi untuk menjuarai perlawanan telah ditunjukkan sepenuhnya olih LCW sehinggakan kehandalan Lind Dan sebelum ini tidak barjaya ditonjolkan.Tentangan LCW terhadap serangan Smash maut Lind Dan ada kalanya berjaya dibalas sehinggakan dalam satu satu keadaan dilihat Lind Dan menggileng gelingkan kepala kerana "mati akal' untuk mencari ruang mematikan servis.Kemahuan Lind Dan untuk memenangi perlawanan tidak semudah yang disangkanya malah helah mengikut taktik gerak badan LCW mampu membuatkan hasil mata demi mata walaupun dengan hanya "back hand smash".Permainan dijaring sahaja pun mampu mematikah langkah panjang Lind Dan.Cumanya terdapat sedikit ralat apabila jurulatih LCW tidak dapat membaca kelemahan LindDan  yang tidak begitu gemar apabila bola tanggis menjunam disebelah kanan badannya sebaliknya kegemaran Lind Dan ialah bola hantaran tinggi kebelakang untuk membolihkan beliau membuat ":Smash Maut".Disinilah kehebatan Lind Dan yang mana jarang terdapat kepada pemain lain yang hanya mampu mematikan bola dengan membuat smash kencang tatkala bola tanggung dipertengahan jaring sahaja.Walau bagaimana pun LindDan dan LCW adalah tandingan sebenar iaitu seperti perlawanan bagaikan "buku dengan ruas",jika tidak masakan Lind Dan hanya mampu menang tipis, itu pun membawa kegame rubberset dan nyaris nyaris LCW akan berolih kemenangan.Apa pun tahniah kepada LCW dan juga syabas kepada LindDan.
akan bersambung sedikit lagi.... 

sambungan :-
Saya mempunyai sejarah peribadi tersendiri yang bolih dikaitkan bagaimana timbulnya minat yang mendalam dalam bidang sukan badminton ini.Dalam usia semuda linggkungan 10 ke 15 tahun lagi saya telah jatuh hati dengan bermain dan berlatih hampir setiap petang dengan seorang "sifu" berbangsa cina yang juga bernama Chong.Walaupun pun dia seorang berlainan bangsa dengan saya tetapi pergaulannya dengan budak budak melayu tidaklah kekok dan cerewet."Chong" yang kini bergelar seorang guru sekolah adalah seorang anak cina kampung Kemuning,bapanya seorang peraih dan penjual hasilan Getah juga membuka sebuah kedai runcit.Dibelakang rumah kedai inilah dibinanya gelangang badminton.Turut sama sama bermain disini ialah budak budak melayu kampung,saya yang pada diwaktu itu tidak berkampuan walaupun untuk memiliki satu set reket cuma hanya bermaian secara suka suka dengan meminjam reket kawan kawan sahaja.Mungkin disebabkan dilihatnya kesungguhan saya ingin bermain lalu CheGu Chong ini telah bermurah hati meng hadiahkan saya satu set reket berjenama Dunlop,dimasa itu kesemua reket berjenis kayu rengan dan ada pengepit bingkai supaya tidak melengkong,alangkah sayangnya saya kepada reket kurniaan CheGu Chong ini kerana bukanlah mudah untuk memiliki reket yang gah dan berjenama pada waktu itu.

Kemuncak keghaiaran kami bermain badminton apabila adanya perlawanan siaran diTv yang menyiarkan siaran langsung kejohanan Piala Thomas,antara nama nama pemain piala Thomas negara yang saya ingat dan sering meniti dibibir adalah seperti Ong Boon Bee,
Puch Gunalan dan lain lain lagi.Apa pun saya ingin merakankan ucapan terima kasih diucapkan kepada Che Gu Chong yang pada pendapat saya sebagai seorang yang sangat baik hati tanpa memilih siapalah saya,yang hanya sebagai seorang anak yatim yang terbiar.Akan tetapi berlainan sekali dengan sikap seorang CheGu berbangsa Melayu yang bernama Che"Gu Pa Kemuning,sifat kejinya disembuinyikan dimasa yang sama secara senyap telah menipu Nenekku dengan menghilangkan nama nenek digeran tanah pusaka kepunyaan asal Datuk-ku.Wahai CheGu Pa Kemuning yang tidak sedar diri... engkaulah sebenarnya lebih kufur berbanding dengan seorang kafir sebenar ! aku dan nenekku akan memprotes kepada tuhan diakhirat nanti seandainya engkau bolih masuk syurga.

Tok ayah su-Duhai Sifu Chong....jasamu akan tetap dikenang.

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan