Teringat kata kata Yb Dato' Rosol ADUN Ajil ketika beliau merasmikan mesyuarat agong PIBG. katanya" sekarang ini terdapat ramai dari kalangan anak anak dalam keadaan delima untuk membahagikan masa dengan kerjaya kerana terpaksa memberi perhatian kepada kedua ibubapa yang tua dan sedang sakit lagi uzur,ada yang duduk terlembek terbaring ditikar,setiap masa orang tua ini memerlukan perhatian,hendak kencing berak pun terpaksa dipapah,terpaksa diusung untuk kebilik air.Sedangkan anak anak ini pula dimasa yang sama terbelenggu dengan tugas dan kerja buat dipejabat,jika kerja dekat dekat dengan rumah itu tak apa lah, bolih dijenggok jenggok sekejap kejap tetapi bagaimana yang berkerja dijarak jauh,rumah orang tua diTerengganu dan tempat kerja anak anak pula diKuala Lumpur atau diluar negara....bagaimana?" kerana itu terdapat dikalangan anak anak mengambil jalan mudah menjadi siTanggang moden berjumpa bomoh bertujuan untuk membuang ilmu kerana pada anggapan sesentengah orang kononnya jika siorang tuanya banyak ilmu maka akan lambatlah menemui ajal....nauzubillah.
Pada pandangan peribadi saya,perbuatan sianak seperti itu melambangkan kedangkalan ilmu dan lebih kepada bersikap jahilliah,apa tidaknya....tindakan berbomoh seperti itu amat bertentangan sekali dengan ayat "tidak aku percepat atau melambatkan masa ajal seorang anak adam itu setelah tiba masanya".Olih yang demikian jika perbuatan mahu dipercepatkan mati seseorang maka sudah tentu bolih disamakan seperti membunuh atau lebih tepat mahu mengambil alih kerja malaikat....anda kenal malaikat? apa nama malaikat yang diarahkan olih Allah mencabut nyawa? jika ada yang tak kenal bolihlah bertanya dengan Dr M.
bersambung...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan